tag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post5675325730853025687..comments2023-09-28T04:13:22.617-07:00Comments on Blog Rasmi Asreemoro: Perang Dunia Ketiga Bermula Di SULU?Asreesulu @ Asreemoro,http://www.blogger.com/profile/10412712384466493256noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post-28651930954570787602018-09-20T00:31:00.125-07:002018-09-20T00:31:00.125-07:00Untuk menegakkan keadilan terhadap bangsa yg dezal...Untuk menegakkan keadilan terhadap bangsa yg dezalimi ini,dgn kuasa yg maha isadng muhzijat dari Allah akanku bangkitkan dari kubur mereka yg tersangkut dlm hal kesultanan Sulu.mereka harus bertanggungjawap atas perbuatan dan pengzaliman yg mereka lakukan terhadap bangsaku.insha allah pasti akan terjdiAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/18088430089409786206noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post-87964989138981843772018-09-20T00:18:04.593-07:002018-09-20T00:18:04.593-07:00Sungguh hati ini membarah sprti air yg baru mindid...Sungguh hati ini membarah sprti air yg baru mindidih stlah mengathui tentang kebenaran yg telah menimpah kpda bangsaku,b3tullah hadis nabi d akhir zaman,seakan akan ku muhon pada Tuhan untuk dpercpatkan kmunculan.akanku adili mereka ini yg menderjunakan dan menghuruharakan bangsaku,Ya Allah huhuhuhuhuhuhu.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/18088430089409786206noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post-22044073653863049572018-09-12T20:24:55.010-07:002018-09-12T20:24:55.010-07:00Assalammualaikum dngn nma Allah yg maha Adil lgi m...Assalammualaikum dngn nma Allah yg maha Adil lgi maha berkuasa,insyaAllah Allah akan kembalikan kpda mereka apa yg patut mereka miliki,bangsaku yg dzalimi kita akan bangkit bersama Allah dan para malaikat2nya untuk perjuangkan keadilan d muka bumi Allah ini.Allahumma AamiinnnAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/18088430089409786206noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post-32926015107578754072013-02-25T15:14:35.443-08:002013-02-25T15:14:35.443-08:00"Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenal..."Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenali hari ini sebagai Kalimantan tidak di rasai dan begitu senyap. Hinggakan terbitnya buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, mengatakan Kalimantan ialah salah satu daripada wilayah Sulu, pusat pentadbiranya di Balikpapan dan ia juga salah satu bintang yang terterah dalam Bendera Sulu."

Dalam sejarah kami, TIDAK PERNAH ADA CATATAN mengenai kekuasaan Kesultanan Sulu di wilayah Indonesia, apalagi kalau mengatakan kekuasaannya berpusat di Balikpapan. Saya bisa membantahnya, dengan hanya 1 alasan: TIDAK ADA SEORANG PUN SUKU SULU DI BALIKPAPAN. Balikpapan dan kebanyakan kota-kota di Kalimantan Timur dibangun oleh Suku Bugis, dan mereka mempunyai pemerintahan-pemerintahan tersendiri yang berdaulat dan masih diakui keberadaannya oleh negara Indonesia hingga kini, beberapa di antaranya kesultanan Tidung di wilayah Kabupaten Tana Tidung, Nunukan, dan Kota Tarakan sekarang; kesultanan Kutai di wilayah Kabupaten Kutai Kartanegara, Kutai Barat, Kutai Timur dan Mahakam Ulu sekarang, serta kota Balikpapan, Samarinda, dan Bontang; kesultanan Bulungan di wilayah kabupaten Bulungan, Malinau, dan Berau sekarang; dan kesultanan Paser di wilayah kabupaten Paser dan Penajam Paser Utara.

Mohon lebih bijak untuk tidak hanya mengambil satu sumber rujukan sebagai bahan tulisan, apalagi yang tidak mempunyai dasar pijakan yang kuat. Terima kasih.Jack The Guitaristhttps://www.blogger.com/profile/00898960228498364267noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1927616047943551753.post-91078087971602565222009-02-09T05:10:00.000-08:002009-02-09T05:10:00.000-08:00Salam Bro Asree, saya terharu dengan artikel Bro A...Salam Bro Asree, saya terharu dengan artikel Bro Asree ini. Ini ialah infromasi baru bagi kajian tentang Sulu. Seperti Lawrence itu ialah Zionis, melambangkan satu kegigihan Bro Asree mengkajai apa jua fakt-fakta yang berhubungkait dengan Kesultanan Sulu. Dari itu, saya mengulas artikel Bro Asree melalui arikel di bawah selepas saya membaca artikel Bro Asree.

WILAYAH KESULTANAN SULU TERBAHAGI TIGA

Neldy Jolo

Kepulauan Sulu Dianeksasi Ke Republik Filipina

Semasa Sepanyol kalah berperang dengan Amerika, ia menyerahkan Delas Islas Filipinas atau kepulauan Filipina dengan harga 20 juta dollar dalam perjanjian kedamaian yang di tandatangani di Paris pada 10 Disember 1898, yang telah dikenali sebagai “Treaty of Paris” . Kedaulatan Kesultanan Sulu dan Mindanao disertakan dalam perjanjian tersebut, walaupun ia tidak pernah dijajah.

Pada 7 November 1900, perjanjian baru telah diadakan antara Sepanyol dengan Amerika. Perjanjian tersebut telah memasukkan Teluk Sibutu dan wilayah Kagayan De Sulu pada harga 100,000 dolar. Taganak dan Pulau Penyu turut dimasukkan dalam perjanjian baru tersebut, walaupun ia sebahagian dalam pajakan antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara yang dimeterai pada 22 Januari 1878. Disamping itu, juga pada tahun 1878, perjanjian perdamaian telah diadakan diantara Kesultanan Sulu dengan Kerajaan Sepanyol yang di wakili oleh Colonel Carlos Martinez kerana di masa itu, Kerajaan Sepanyol mengalami kekalahan yang amat teruk dalam perperangan dengan Kesultanan Sulu.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum perjanjian Kesultanan Sulu-Amerika Syarikat yang di panggil “Kiram-Bates Treaty” pada 20 August 1898 dan perjanjian yang dikenali sebagai “Carpenter Agreement” pada 22 Mac 1915, terdapat satu lagi perjanjian di tahun 1904 antara Kesultanan Sulu dan Amerika Syarikat dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”. Dalam perjanjian itu Amerika Syarikat telah mengikhtiraf kedaulatan, hak dan tugas Sultan Sulu dan pembesar-pembesarnya atas kedaulatan Negara Kesultanan Sulu.

Semua perjanjian ini di tandatangani semasa pemerintahan mendiang Sultan Muhammad Jamalul Kiram II, beserta Perdana Menteri Hadj Butu dan para pembesar-pembesarnya. Kiram-Bates Treaty telah dimeterai pada 2 March 1904, kononnya Sultan Sulu gagal menghapuskan pemberontakan oleh pahlawan-pahlawan Sulu dan triti tersebut adalah penghalang pada penaklukan Amerika terhadap Kesultanan Sulu.

Pada 10 October 1904, Hadji Abdulbaqui Butu Rasul sebagai Perdana Menteri Kesultanan Sulu, telah dilantik sebagai penolong kanan kepada Gabenor Tentera di Sulu oleh kuasa tentera Amerika Syarikat. Ini bermakna pada tahun 1904, Hadji Butu telah mula bersubahat dengan Amerika Syarikat untuk mengambil alih kedaulatan Kesultanan Sulu. Pada tahun 1904 tersebut, Sultan Jamalul Kiram II masih lagi memerintah di Sulu sebelum beliau mangkat pada 7 Jun 1936.

Perbuatan Hadji Butu bagaikan melompat parti, sepertimana yang berlaku dalam sistem politik hari ini. Bayangkan, sebagai Perdana Menteri tiga kali berturut-turut di bawah pemerintahan tiga Sultan, tiba-tiba menjadi penolong kanan kepada Gabenor Tentera Amerika Syarikat. Apakah yang boleh di katakan padanya, selain daripada kata-kata yang menyakitkan hati.

Pada 20 Jun 1913, pangkatnya di naikkan kepada Naib Gabenor wilayah Sulu oleh Gabenor Tentera wilayah Moro (Mindanao dan Sulu), iaitu Jeneral John Pershing. Maka dari ini, boleh dikatakan bahawa Hadji Butu tahu akan rancangan Tentera Amerika untuk mengadakan pembunuhan beramai-ramai para Datu dan rakyat Kesultanan Sulu yang tinggal di Bud Dahu (Bukit Dahu) pada Mac 1906 dan yang tinggal di Bud Bagsak (Bukit Bagsak) di Julai 1913 sebab dia telahpun seiring dan bertugas di bawah kerajaan Amerika.

Kemudian, Hadji Butu dilantik sebagai senator oleh Gabenor-Jeneral Francis Burton Harrison pada December 1915, bagi mewakili persidangan ke-12 wilayah senator di Mindanao dan Sulu. Sejak itu, dia telah dikenali sebagai senator Muslim pertama di Filipina. Ini bermakna, dia telahpun menjadi bangsa Filipina dan rakyat Amerika, bukan lagi bangsa Sulu dan rakyat Kesultanan Sulu. Walhal, kerajaan Kesultanan Sulu ialah negara yang berdaulat dan telah di buktikan dalam perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915.

Draf undang-undang yang di sarankan adalah untuk memberi autonomi dan seterusnya kemerdekaan Filipina. Draf undang-undang tersebut mula ditulis pada tahun 1912 oleh Demokrat William Atkinson Jones yang pada masa itu sebagai pengerusi, Komite Dewan Amerika Syarikat Hal Ehwal Dalam Negara. Draf undang-undang tersebut ialah rancangan untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada 4 Julai 1921. Tetapi ia tidak lagi berkembang selepas itu.

Versi kedua draf undang-undang (bill) tersebut difailkan lagi oleh Wakil Dewan Jones pada 1914, tetapi ia tidak lagi menentukan tarikh untuk memberi kemerdikaan pada Filipina. Banyak pembaharuan pada draf tersebut disebabkan pembangkanganan wakil-wakil dewan Repulikan. Ia diluluskan setelah disemak dan di tandatangani pada 29 Ogos 1916 oleh Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson dan di namakan “Jones Law of 1916.”

Pada tahun 1920, sistem politik Kesultanan Sulu telahpun di masukkan dalam sistem politik Filipina, mungkin dalam keputusan perjanjian Mei 1919 antara Kesultanan Sulu dengan Amerika Syarikat. Seperti yang di katakan oleh Dr. Hedjazi, iaitu berakhirnya Kesultanan Sulu di perjanjian Mei 1919 dalam buku mereka the “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”.

Di petik dalam buku manuskrip “Sulu Archipelago: The Islands of Pearls and the Wisdom Behind It” yang di tulis oleh Nelson Dino, bahawa kemasukan (dipaksa) Kesultanan Sulu, selepas Jabatan Mindanao dan Sulu dibawah Biro pihak bukan Kristian, Jabatan Hal Ehwal Dalam Negara di mansuhkan. Orang Amerika dan Filipina menyepadukan (mengintegrasikan) orang Islam Mindanao and Sulu ke aliran sistem politik utama mengikut kuasa dari Majlis Undang-undang Negara Filipina. Dan para Datu Tausug menentang pengintegrasian ini pada 1921. Hadji Butu masih lagi bertugas sebagia senator pada masa itu sehingga tahun 1931 dalam kerajaan Amerika Syarikat di tanah jajahan Filipina (kecuali Mindanao dan Sulu).

Wakil Dewan New York, Robert Bacon memperkenalkan House Bill No. 12772 atau lebih dikenali sebagai “Bacon Bill” pada 6 May 1926, memanggil politik terasing untuk tanahair Muslim, merdeka daripada Filipina. Tetapi bill ini kalah oleh pengaruh para orang Amerika yang menyebelahi sebilangan rakyat Filipina. Pada 2 Januari 1930, Amerika dan British membuat perjanjian sempadan yang disahkan pada 13 Disember 1932, merujuk pada Treaty of Paris, Disember 10, 1898 dan perjanjian pada 7 November 1900.

Akta Kemerdekaan Filipina atau dikenali sebagai Tydings-Mcduffie Act ditandatangani pada 24 Mac 1934 untuk membenarkan orang Filipina (Filipino) menulis perlembagaan negara mereka sendiri untuk peralihan Kerajaan Komonwel dalam masa sepuluh tahun dan memberikan kemerdekaan Filipina pada 4 July 1946 bermula dari tahun 1935. Di tahun 1935 ini juga Konvensen Perlembagaan diadakan dengan tiga wakil dari Mindanao dan Sulu dan dua orang daripada mereka dipilih menjadi wakil ke Perhimpunan Agung (National Assembly). Pada tahun yang sama, Kerajaan Komonwel telahpun rasmi ditubuhkan.

Pada 4 Julai 1946, kemerdekaan Republika Filipina telahpun diisytiharkan. Mindanao dan Sulu telah di aneksasikan sebahagian daripada Negara Filipina. Dan bukti keengganan orang Sulu terhadap penganeksasian ini masih wujud lagi hingga kini.

Borneo Utara Menyertai Persekutuan Malaysia

Pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu, iaitu Sultan Muhammad Jamalul Ahlam-Kiram telah menandatangani Surat Ikatan Pajakan Borneo Utara dengan Gustavus Baron de Overbeck orang Austria dari Hong Kong dan Alfred Dent, Esquire dari London yang mewakili Syarikat British Borneo Utara. Wilayah yang dipajak adalah dari Sungai Pandasan di Timor, dan seluruh pesisir pantai Timor hingga ke Sungai Sibuku di selatan (sekarang Kalimantan, Indonesia) termasuk wilayah-wilayah di Sungai Pandasan dan tanah pesisir dikenali sebagai Paitan, Sugut, Banggal, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang, dan wilayah-wilayah dan tanah pesisir ke selatan sempadan Teluk Darvel hingga ke Sungai Sibuku termasuk semua pulau-pulau di dalam sembilan batu dari pesisir pantai.

Dalam pajakan tersebut, Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent, Esquire telah menjanjikan bayaran sebanyak lima ribu Mexican Emas Dolar setiap tahun dan berjanji tidak akan memindah milik hak dan kuasa kepada Negara lain atau syarikat warganegara asing tanpa persetujuan dari kerajaan Duli yang Maha Mulia. Dan pada tarikh 22 Januari 1878 ini juga Baginda Sultan yang empunya kuasa di Negeri Sarawak, melantik Baron de Overbeck sebagai Raja Sandakan dan Datu Bendahara, sepertimana yang tertulis di dalam buku Asreemoro, “Tausug dan Kesultanan Sulu”.

Pada 1849, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Sulu Jamalul Ahlam untuk membenarkanya menduduki Negeri Sarawak. Dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah” mengatakan, setelah Kerajaan British mengisytiharkan protektorat pada 12 Mei 1888 terhadap North Borneo dan Sarawak, James Brooke telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai Raja dan pemerintah yang sah bagi Negeri Sarawak yang merdeka di bawah naungan Great Britain.

Overbeck dan Dent mempunyai kedudukan sebagai hamba sebagaiman kedudukan Raja James Brooke denga Sultan Brunie sebelum Sarawak diisytiharkan sebagai negeri naungan. Satu lagi perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara pada 22 April 1903, memajakkan wilayah dari Pulau Banggi ke Sungai Sibuku (Kalimantan).

Setelah Republik Filipina mendapat kemerdekaan pada 4 Julai 1946, selepas sebelas hari, wilayah Borneo Utara dianeksasikan oleh kerajaan British dan dipanggil Tanah jajahan Borneo Utara. Syarikat British Borneo Utara mula menyerahkan kuasanya pada Kerajaan British bagi Borneo Utara pada 26 Jun 1946. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua di tahun 1945. Syarikat British Borneo Utara tidak boleh lagi memulihkan kehancuran pada wilayah ini. Dan pada 10 Julai, kerajaan British mengeluarkan pengumuman dalam mesyuarat untuk menganeksasikan Borneo Utara beserta Labuan sebagai Tanah jajahan.

Satu pertanyaan yang timbul disini. Mengapa Syarikat British Borneo Utara tidak menyerahkan kembali ke empunya wilayah, hak dan kuasa mentadbir. Jawapanya mungkin di sebabkan yang empunya wilayah, Kesultanan Sulu telahpun di aneksasi ke Republik Filipina. Jadi lebih eloklah Syarikat British Borneo Utara menyerahkan Borneo Utara kepada Kerajaan British.

Pada 16 September 1963, Borneo Utara menyertai Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, Singapore dengan persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Tarikh sebenar menubuhkan Persekutuan Malaysia ialah 31 Ogos 1963, mengikut tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, tetapi mendapat tentangan dari dua Negara jiran iaitu Republik Filipina dan Republik Indonesia pada tahun 1962, hinggakan Konfrontasi meletus antara Persekutuna Tanah Melayu dan Republik Indonesia.

Pada tahun 1962, Republik Filipina telah mengumumkan tuntutannya terhadap Borneo Utara melalui Kesultanan Sulu. Padahal Kesultanan Sulu tidaklah termasuk pada wilayah Filipina secara tersirat dan tersurat. Ini hanya di sebabkan pengisytiharan kemerdikaan Republik Filipina oleh Amerika Syarikat di tahun 1946 dan dalam Treaty of Paris di tahun 1898, tanpa persetujuan Sultan, para Datu dan para rakyat Sulu.

Kalimantan Menjadi Indonesia

Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenali hari ini sebagai Kalimantan tidak di rasai dan begitu senyap. Hinggakan terbitnya buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, mengatakan Kalimantan ialah salah satu daripada wilayah Sulu, pusat pentadbiranya di Balikpapan dan ia juga salah satu bintang yang terterah dalam Bendera Sulu.

Setelah membaca buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”, terdapat perjanjian-perjanjian antara United Kingdom dan Belanda, iaitu perjanjian sempadan pada 30 Jun 1891, disahkan pada 11 Mei 1892. Perjanjian tersebut menetapkan garis sempadan antara milik Belanda di Borneo dengan negeri naungan British. Dan satu lagi perjanjian sempadan pada 28 September 1915 bahawa British tidak boleh mengambil wilayah Borneo yang terdapat di selatan khatulistiwa iaitu di Kalimantan, dan menetapkan sebagai negeri naungan Belanda.

Setelah wilayah-wilayah dan Kepulauan Aceh, Jawa, Sumatra, Makassar, Maluku, Sulawesi, Irian Jaya beserta Timur Timor (Timor Leste), Kalimantan dan lain-lain mendapat kemerdekaan dari kerajaan Belanda pada 17 Ogos 1949 yang dinamakan Republik Indonesia, bermaksud kedaulatan Kalimantan sekarang ialah di Republik Indonesia.

Kesimpulan Dan Analisis Terkini

Pada 26 January 2002, Eric Margolis mengatakan di artikelnya, Philippines, Next Target of Bush's War, iaitu:

“Inilah kali kedua selepas lebih seratus tahun tentera Amerika beraksi menentang Moro (Muslim di Sulu dan Mindanao). Setelah Amerika menghalau Sepanyol dari Filipina pada tahun 1901 dan menjadikan kepaulauan tersebut (Filipina) sebagai Negara taklukan, Kesultanan Sulu dan Mindanao telah menentang dengan berani seperti apa yang mereka lakukan terhadap Sepanyol selama 350 tahun…Amerika telah mengetepikan pemberontakan di utara (Filipina) oleh komunis gerila yang begitu ganas seperti Abu Sayyaf. Nampaknya terorisma, dalam istilah Bush hanya merujuk kepada Muslim.”

Pengisytiharan kemerdekaan Republik Filipina telah memasukkan Kesultanan Sulu pada tahun 1946, dan penyerahan Borneo Utara (Sabah) oleh Syarikat British Borneo Utara kepada Kerajaan British juga pada tahun 1946, ada sesuatu yang tersirat yang boleh melambangkan bagaimana Kesultanan Sulu di hancurkan, menggunakan akal fikiran. Telah sedia maklum, Kesultanan Sulu tidak pernah dijatuhkan atas nama peperangan hingga kini.

Pada tahun 1915, perjanjian Carpenter telah di adakan antara Sulu dan Amerika, juga boleh menimbulkan satu persoalan, sebab perjanjian sempadan antara British dengan Belanda juga ditandatangani pada tahun 1915.

Tertulis dalam buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, Wilayah- wilayah Kesultanan Sulu yang terdapat dalam Bendera Sulu iaitu lima bintang melambangkan lima wilayah Kesultanan Sulu, iaitu Kepulauan Sulu (Sulu, Basilan, Tawi-Tawi), bintang ditengah, Zamboanga Peninsula, Palawan, Borneo Utara dan Kalimantan bintang pada empat penjuru.

Perjanjian perdamaian antara Kesultanan Sulu dan Kerajaan Sepanyol pada tahun 1878 di wakili oleh Colonel Carlos Martinez menjadi kesempatan bagi pihak Syarikat British Borneo Utara untuk membuat perjanjian pajakan terhadap Borneo Utara (wilayah Sulu) antara Kesultanan Sulu di tahun yang sama iaitu 1878.

Kesultanan Sulu telah tenggelam dalam perjanjian yang kini ada. Yang terkini ialah perjanjian-perjanjian antara Republik Filipina dan Moro National Liberation Front iaitu perjanjian di Tripoli, Libya pada tahun 1976 (Tripoli Agreement), perjanjian di Jeddah (Jeddah Accord) pada tahun 1986 dan yang terakhir ialah perjanjian di Manila, Filipina (Final Peace Agreement) pada tahun 1996. Semua perjanjian-perjanjian hanyalah Autonomi bukannya kepada kemerdekaan wilayah-wilayah BangsaMoro?

Jika suasana ini diteliti dengan baik maka boleh di katakan orang Sulu telah diperbodohkan. Kerajaan Filipina akan membuat perjanjian selepas setiap sepuluh tahun untuk membunuh rakyat Sulu. Lihat perjanjian 1976, selepas sepuluh tahun perjanjian 1986 dilakukan dan seterusnya selapas sepuluh tahun lagi menghancurkan rakyat Sulu dan Mindanao iaitu perjanjian tahun 1996 turut diadakan.

Setelah sekian lama kerjaan Filipina tidak boleh menentang ketua MNLF iaitu Prof. Nur Misuari. Satu helah diadakan oleh kerajaan Filipina supaya ia boleh menimbulkan satu peperangan yang kejam lagi. Selepas itu, NProf. Nur Misuari ditangkap pada tahun 2001 di Malaysia dan di hantar ke Filipina atas sebab kes pemberontakan (rebellion). Dan pada 2006, selepas sepuluh tahun perjanjian itu diadakan, ulangtahun perjanjian itu yang kesepuluh dimeriahkan di Davao. Apa lagi agaknya perjanjian yang diadakan nanti?

Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa sebegini ada hubungkait dengan operasi Zionis Yahudi. Mungkin inilah cara Yahudi membutakan mata dan hati orang-orang Islam di Sulu supaya tidak lagi menghiraukan harta perbendaharaan Kesultanan Sulu.

Apa yang dikatakan di dalam Filem Braveheart, orang Scotland memerangi kemerdekaan dari orang Inggeris bahawa, “hidup tanpa kebebasan sama sekali tidak hidup” adalah benar dan berunsur kenyataan. William Wallace berkata dalam filem ini juga, “memang benar orang akan mati tetapi tiada orang yang benar benar hidup” tanpa kebebasan. Kata-kata ini membawa maksud kebebasan Agama, Negara dan Bangsa.

Mengikut Hadis Muhammad RasulAllah, bahawa panji-panji hitam yang di bawah oleh orang-orang yang berpakain putih akan muncul dari timur menolong Imam Al-Mahdi untuk menentang panji-panji kuning. Ada kemungkinan “timur” yang di katakan itu ialah Sulu. Kembalinya kebenaran ke Bumi Sulu, kemerdekaan dan kemajuan di Negara Sulu Darul Islam akan timbul dan muncul serta merta!!!InshaAllah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!Langanhttps://www.blogger.com/profile/07225465040007754251noreply@blogger.com