Klik Untuk Kembali:
PERHATIAN!!
Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!
Khamis, 26 Februari 2009
Darjah kebesaran Kesultanan Sulu?
Khamis, 19 Februari 2009
Keturunan Raja-raja Saudi Adalah Yahudi?
Pasar Borong Jakarta
Pada 16hb, ketika majlis Tabligh Akbar anjuran Forum Umat Islam, penulis mendapat jemputan dari Dewan Pimpinan Pusat Al-Ittihadiyah untuk menjelaskan Tausug & Kesultanan Sulu di surau seliaan mereka ditengah bandaraya Jakarta.
Al-Fadhil Ustaz Drs Fikri, Sekretaris Jenderalnya sendiri yang mengundang untuk mengisi ceramah ringkas sebelum solat Zohor itu malangnya tidak dapat dipenuh kerana kenderaan kami terperangkap dalm kesesakan lalu lintas yang teruk ditengah bandaraya Jakarta.
Ketika kami sampai para jamaah telah pun bersurai. Untuk menenangkan keadaan Ustaz Fikri menyatakan esok masih ada peluang. Selepas berbincang kami minta diri dari Ustaz Fikri menuju ke satu restoran terbuka untuk makan tengah hari.
Kami singgah terlebih dahulu di sebuah surau yang penuh sesak dengan jamaah bersolat bergilir-gilir. Inilah Indonesia, negara ummat Islam terbesar dunia. Ummat Islam teramai yang pantang terlihat demonstrasi atau rapat umum, pasti mereka menyertainya. Beza dengan di Malaysia yang tidak begitu terdedah dengan budaya demonstrasi. Kalau ada pun tidaklah semeriah di Indonesia. Yang sungguh sensitif kepada setiap isu.
Terkejut
Ketika hendak menyimpan kasut di surau tersebut ust Agus yang menjadi pemandu kami mengejutkan penulis dengan kehadiran seorang sahabat lamanya yang dia gelar "Murid KH Abu Bakar Ba'asir", dikatakan beliau seorang mujahidin yang pernah berjuang dari Afghan hingga ke "Moro". Kami pun berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman. Kemudian beliau menunjukkan penulis satu risalah yang menurutnya risalah tersebut telah mendedahkan "Tembelang Keluarga Diraja Saudi". Menurutnya telah terbukti "Bani Saud" itu adalah akar keturunannya dari bangsa Yahudi yang terlaknat. Beliau bersungguh-sungguh menyampah dengan meluahkan kekecewaannya terhadap perilaku Pemerintah Saudi penjaga Haramain itu yang hanya berdiam diri ketika Gaza dilanyak.
Penulis membelek risalah tersebut yang bentuknya seperti majalah kecil Mastika di Malaysia. Penulis bertanya kiranya ada lagi penulis akan beli. Katanya tidak perlu beli, buku itu dia hadiahkan tanda persaudaraan dengan umat Moro.
Setelah itu datang seorang lelaki yang kelihatannya seperti penjaga surau tersebut. Dengan imej berkopiah, berjanggut menyapa kami dengan wajah muram. Selepas bersalaman lelaki tersebut terus bersoal jawab dengan "mujahidin" yang baru sahaja menjadi sahabat penulis itu. Antara perbualan mereka yang penulis fahami (kerana mereka bertutur bahasa Melayu pasar Jakarta):
Lelaki Surau:
Akhi, risalah yang antum bagi pada ana ini sangat tidak sesuai, kerana kalau benar Bani Saud dari keturunan Yahudi maka bagaimana dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (pengasas Wahhabi) yang membantu Bani Saud membela Al-Quran dan Sunnah?
Mujahidin:
Akhi, percaya atau tidak terpulang. Kerana itu adalah kajian yang mempunyai asas. Yang benar tetap benar. Di situ juga dikatakan Muhammad bin Abdul Wahhab itu adalah juga berketurunan Yahudi dari Turki.
Penulis tergamam, kelihatannya mungkin akan berlaku hujjat-menghujjat yang tidak sihat sebentar nanti. Penulis mengambil keputusan mendiamkan diri untuk mendengar dahulu debat mereka. Mujahidin yang seorang ini, dengan imej yang juga berkopiah berjanggut, dengan usia mencecah 50-an tidak berganjak menyatakan persetujuannya dengan kandungan risalah itu. Tentunya beliau adalah yang mengedar risalah itu.
Lelaki Surau:
Sahabat-sahabat saya semuanya menelefon saya marah-marah kerana sebelum ini saya yang menyuruh mereka membeli dan membaca risalah ini. Mereka menghujjat, tulisan ini tidak benar dan memecah belah perpaduan ummat. Kalau itu benar sudah tentu sudah lama kita semua tahu.
Mujahidin:
Akhi, buktinya saudi tidak berbuat apa-apa ketika Gaza dilanyak, malah Saudilah yang menyumbang semula pembangunan Gaza yang musnah dan menyeru umat Islam Gaza jangan melawan Israel lagi, menyarankan menyambung pelan damai dengan Israel sahaja. Bukannya antum tidak tahu, pelan perdamaian itu kan tipu helah Yahudi saja memperbodohkan umat Islam?
Lelaki Surau:
Jadi bagaimana dengan segala tulisan-tulisan Syeikh Ibnu Abdul Wahhab yang selama ini menjadi rujukan kita? (Beliau menyebut nama-nama kitab Syeikh Ibnu Abdul Wahhab satu persatu)
Nampaknya semakin reda walaupun hujjah mereka masih berterusan. Penulis pun akhirnya menyampuk untuk menceriakan keadaan yang kalau dibiarkan tentunya tidak membawa keuntungan. Penulis memahami, Indonesia ini sekali pun berbeza mazhab sesama mereka dengan hujjah masing-masing, tetapi masih dapat bersilaturrahmi dan berlapang dada.
Penulis:
Sahabat sekalian, risalah ini memang ada benarnya kerana Lawrence Of Arabia yang membantu Raja Saud sehingga membawa kepada tertakluknya Makkah dari tangan para Syaraif ternyata adalah Zionis. Hal ini juga baru kita ketahui kerana didedahkan sendiri oleh ahli-ahli sejarah mereka sendiri. Tetapi, perlunya juga dilihat bahawa tulisan ini (dalam RisalahMujahidin) hanya menjelaskan tentang Raja Saud bukannya Syeikh Ibnu Abdul Wahhab. Rasanya adalah tidak adil mencerca Syeikh Ibnu Abdul Wahhab dengan panggilan Yahudi sedangkan saudara-saudaranya itu adalah para alim ulamak yang mukhlis bermazhab Hambali. Contohnya Syeikh Sulaiman, abang kandung Syeikh Ibnu Abdul Wahhab itu adalah salah seorang yang menentang ajaran Syeikh Abdul Wahhab.
Apa pun hal ini, mari kita bertasamuh (berlapang dada), perbezaan pendapat adalah lumrah. Habib Muhammad Rizieq Syihab yang Syafi'i itu boleh duduk semeja dengan KH Abu Bakar Ba'asyir yang Salafi, bersama-sama berganding bahu menangani masalah ummat Islam Nusantara. Kita letak ketepi perbezaan, cari persamaan untuk menyatukan ummat. Inilah mazhab yang benar, hormat-menghormati sesama selagi berada dalam naungan Ahli Sunnah Waljamaah. Guru saya Ustaz Abdul Halim Abbas Kedah mengatakan, sebagaimana ummat Islam mengamalkan ayat-ayat Allah yang muhkamat dan menyerahkan kepada-Nya segala yang Mutasyabihat, begitu juga dengan hal ini (perbezaan mazhab), mengutamakan yang jelas dipersetujui bersama, meletakkan ke tepi segala yang diperselisihkan. Maaf pak, kiranya tersilap sila betulkan.
Lelaki Surau tersenyum dan si Mujahidin terangguk-angguk tanda bersetuju dengan hujjah mudah itu. Lelaki Surau meminta alamat dan nombor HP penulis kemudian kami bersurai.
------------------------
Setelah meneliti tulisan dalam Risalah Mujahidin, sememangnya segala fakta yang dikemukakan memang ada kebenarannya. Berikut penulis petik dari kandungannya dalam tajuk Fakta Menggemparkan:
"Sejumlah kesaksian yang meyakinkan bahawa keluarga Saud itu merupakan keturunan Yahudi, dapat dibuktikan melalui fakta-fakta berikut ini. Pada tahun 1960-an, pemancar radio "Sawtul Arab" di Kairo, Mesir, dan pemancar radio di Sana'a, Yaman, membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saudi adalah dari trah Yahudi".
"Raja Faisal Al-Saud tidak bisa menyanggah bahawa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada tanggal 17 September 1969, dengan menyatakan bahawa: "Kami, keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar ke seluruh dunia".
Hmmm... Patutlah si Mujahidin tadi serius benar berhujjah.
Isnin, 16 Februari 2009
Safari Wali Songo 2009: Di Jakarta, 15hb Feb 2009
Kami sampai di satu lorong yang penuh sesak dengan pemuda berbaju putih Laskar FPI. Kelihatannya para penjaja barang-barang berupa alat-alat ibadat, DVD dan VCD ceramah para habaib berada disepanjang tepi jalan menuju ke majlis tersebut. Penulis teringat suasana seperti ini ketika menghadiri majlis ceramah PAS tidak lama dulu, lebih kurang sama.
Dari jauh lagi kedengaran lagu ratib Al-Haddad dinyanyikan di atas pentas dengan alunan lagu yang begitu merdu memuji Rasulullah saw. Lagunya lebih merdu dari penyanyi ratib di majlis-majlis Habaib di Malaysia yang biasa penulis hadiri. Yang peliknya 90% kehadiran adalah golongan muda dari Laskar Front Pembela Islam (FPI). Semangat mereka begitu berkobar-kobar. Di sepanjang jalan menuju ke tempat para Habaib duduk para pemuda ini tidak putus-putus bersalaman dengan KH Muhammad Al-Khaththath mencium tangannya, penulis yang hanya berjalan mengekori KH Al-Khaththath turut mendapat berkat darinya kerana turut di jabat tangan oleh para pemuda Laskar FPI.
Kami sampai di ruang tamu tuan rumah Habib Umar, dan kami dijemput duduk bersama habaib yang lain yang telah sampai awal. Penulis diperkenalkan oleh KH Muhammad Al-Khaththath kepada tetamu dan berbual beberapa isu. Jam 10 malam penulis dijemput ke atas pentas duduk bersama para habaib kerana diminta memberikan sepatah dua kepada hadirin tentang siapa yang dikatakan Moro itu.
Setelah ceramah KH Muhammad Al-Khaththath dan dua habib selesai, maka tibalah giliran penulis. Antara kandungan ucapan:
"Ramai yang bertanya kepada saya setelah menjejak kaki ke Jakarta sejak semalam, mangapa kami dipanggil Moro?, penjelasannya mudah, Moro bermaksud kaum atau pelbagai etnik beragama Islam yang tinggal di kepulauan Filipina Selatan. Siapa yang mula memanggil gelar ini? Ialah para penjajah Spanyol kerana sebelum datang ke Filipina, mereka mempunyai sejarah yang panjang berperang dengan Muslimin Afrika Utara yang juga dipanggil Moro"
Penulis jelaskan lagi,
"Gelaran Moro bermaksud Orang Beragama Islam, maka menurut Spanyol di seluruh dunia setiap orang yang beragama Islam tetap dipanggil Moro, maka Malaysia, Indonesia, Brunei dan Pattani juga tetap mereka panggil Moro"
"Ada yang bertanya mengapa hingga hari ini Moro masih berperang? Ternyata peperangan itu telah menghancur leburkan segala apa sahaja, anak-anak kebanyakan buta huruf, menjadi pelarian dan sebagainya. Mengapa umat Moro jadi begini? kerana mereka sudah kehilangan pemimpin mereka para Habaib, yang pada ketika dulu menjadi sumber kekuatan mereka".
"Wilayah Moro terbahagi dua, yang pertama Mindanao, yang kedua ialah Sulu. Keduanya mempunyai Sultan dari kalangan Habaib. Untuk menyatukan kedua negara ini mustahil, mana mungkin menyatukan Malaysia dengan Indonesia sedangkan mereka punya kedaulatan masing-masing? begitulah juga Sulu dan Mindanao. Mereka hari ini telah berjaya dilanyak kerana telah kehilangan para Habaib yang selama ini menjadi "ibu dan ayah" mereka"
"Habib Abu Bakar bin Ali Zainal Abidin seorang ulama membawa Islam ke Sulu. Mengislamkan umat Sulu dari Hindu-Buddha yang kemudian menjadi sultan Sulu pada 1450 M. Setelah itu para penjajah datang, tetapi gagal menjajah kerana kekuatan Spiritual para habaib yang ada bersama mereka"
"Pada tahun 1700-an datang lagi Habib Alawi Balfaqi dari Hadramaut telah memberi kekuatan kepada mereka sekali lagi. Maka (Umat Sulu) mereka terus bertahan tidak terkalahkan dari sebarang peperangan dan penjajahan. Malah pada masa kedatangan Habib Alawi Balfaqi ke Sulu, ketika itu Sulu berada di kemuncak kegemilangannya"
"Hari ini, kami umat Moro! Telah tewas kerana para kekasih kami cucu-cicit Rasulillahi Sallallahu'alaihi wasallam telah meninggalkan kami bersendirian tanpa barakah! Wahai para Habaib, kami berseru atas nama Allah swt, kembalilah kepada kami, kami terkalah kerana kehilangan kalian, kami telah kehilangan "kekasih" kami para ulama'ulamilin dari kalangan habaib lantaran Marcos dapat menguasai wilayah Moro hingga hari ini"
"Sebab itu wahai saudara-saudara sekalian, saya sebagai menyampai amanat dari Kesultanan Sulu, Datu Ladjamura bin Datu Wasik menyampaikan pelawaan kepada Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab untuk menjadi mufti kerajaan Sulu sempena pertabalannya sebagai Sultan Sulu yang rasmi pada tanggal 17hb Feb 2009 nanti, insyaAllah, Dan Pak Habib Muhammad Rizieq telah menyatakan persetujuannya Allahu akhbar!!"
Tiba-tiba para habaib dan para laskar FPI bangkit melaungkan takbir dengan penuh semangat.
"Allahu akbar, subhanallah!!"
"Allahu akbar, subhanallah!!"
"Allahu akbar, subhanallah!!"
Penulis mengakhiri ucapan. Jam 1.30 pagi bersurai.
Safari Wali Songo 2009: Di Jakarta, 15hb Feb 2009
Pada malamnya (setelah solat Isyak) kami bersiap menuju ke Majlis Habaib tidak jauh dari Masjid KH Abdul Rasyid Abdullah Syafi'i. Penulis dijemput ke majlis Habaib tersebut oleh Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab ketika melawatnya di lokap semalam.
Ahad, 15 Februari 2009
Kutipan Bantuan Kemanusiaan Sulu Di Indonesia
Habib Muhammad Rizieq As-Syihab Sebagai Mufti Kerajaan Sulu
Pertemuan yang penuh muhibbah dengan presiden Front Pembela Islam (FPI) dalam lokap. Penulis menyampaikan amanat dari Datu Ladjamura bin Datu Wasik berkenaan permintaan yang mulia Habib sebagai Mufti Kerajaan Sulu.
Asree:
Pak Habib, Datu Ladjamura bin Datu Wasik-Aranan bersama ahli RUMAH BICARANYA di Sulu telah menerima saranan dari yang berbahagia guru kami Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah, bahawasanya untuk mengembalikan "Roh" Kesultanan Sulu harus melantik seorang Mufti dari kalangan Habaib yang ada di Malaysia atau di Indonesia. Kerana untuk mengembalikan hak ummat Sulu, perlu kembali kepada sejarahnya iaitu Dakwah Islamiyah sampai ke Sulu sejak awal abad ke-15 adalah dibawa oleh para Habaib. Sultan Sulu yang pertama ialah Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin Al-Husseini seorang ulama besar berjaya menyatukan umat Tausug dengan Islam. Kemudian dia dilantik Sultan Sulu yang pertama pada 1450. Maka sudah selayaknya kemuftian datang dari para Habaib sendiri.
Perkara ini juga semestinya diikuti oleh umat Islam Mindanao yang kesultanan mereka juga dimulai oleh Sayyid Kabongsuan bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Adik kandung Sayyid Abu Bakar) yang ditabal menjadi Sultan Maguindanao pada 1515.
Soalan:
Asree:
Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah telah membuat cadangan dalam satu musyawarah dengan para asoib-asoib dari Malaysia telah sepakat dengan "Rumah Bicara" Datu Ladjamura di Sulu, untuk melantik yang mulia Pak Habib sebagai Mufti Kerajaan Sulu. Bagaimana pandangan Pak Habib tentang hal ini?
Pak Habib:
Alhamdulillah, saudara Asree, hal itu pada dasarnya saya menerimanya dengan rasa tanggungjawab dan dengan penuh rasa muhibbah, kerna kita semua umat Islam rantau Nusantara harus bersatu padu bahu-membahu untuk membantu sesama. Perkara ini (perlantikan Mufti Sulu) telah pun dimaklumkan melalui telefon oleh sahabat saya Ustaz Hj Abdul Halim Abbas pada tahun lepas lagi, cuma belum mendapat makluman resmi dari sana. Kerna kami juga perlukan kepastian.
Berkenaan kepimpinan yang sejak dulu para Habaib yang memulakannya, maka memang selayaknya kaum Sulu perlu bangkit kembali mengangkat pemimpin mereka semula. Kerna saya lihat, umat Islam di Filipina Selatan seperti kehilangan "Ibu dan bapa" sejak sekian lamanya, dan hingga kini masih tidak mampu bangkit sebagai satu ummat yang bersatu padu kearah mendapatkan cita-cita mereka. Terima kasih atas kepercayaan Datu Ladjamura serta kawan-kawan yang berkerja kearah kesejahteraan ummat.
Asree:
Untuk makluman Pak Habib, tanggal 17 Maret 2009 (17hb Mac 2009) adalah hari pertabalan yang berbahagia Datu Ladjamura sebagai Sultan Sulu yang pertama sejak kehilangannya bermula dari hari kewafatan Sultan Sulu yang terakhir pada 1936. Ia akan dilakukan dengan aman dan muhibbah. Kita menjemput saudara-saudara kita dari Malaysia dan Indonesia malah Filipina dan Brunei sendiri untuk sama-sama menyertai hari bersejarah ini. Hal ini (perlantikan Sultan Sulu) kita harus menanganinya dengan berhati-hati kerana ianya perlu dilihat sebagai satu kesatuan dan perpaduan ummat Islam Nusantara bukannya sebagai pemecah belah.
Kerana ada beberapa pandangan menyatakan kiranya Sulu keluar jadi satu negara maka wilayahnya di Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) akan dituntutnya kembali. Dan juga Filipina (Manila) sendiri akan tertuntut masuk ke wilayah Sulu kerana hutangnya terlalu banyak kepada kerajaan Sulu yang memungkinkannya tidak mampu membayar sekalipun membayarnya secara ansuran selama 3000 tahun. Ini kerana semenjak tahun 1935-49, Manila berhutang dengan Kerajaan Sulu lebih 600,000 tan metrik jongkong emas. Pembantaian kepada umat Islam Moro juga adalah berpunca dari sini (Harta Sulu).
Saya optimis, segala tuntutan wilayah itu tidak akan berlaku sekiranya kita umat Islam Nusantara membantu Sulu tegak kembali menjadi satu negara berdaulat seperti dahulu kala. Keluarnya Sulu jadi satu negara juga dengan cara ini (mengembalikan kesultanannya kembali berdaulat) kemungkinan besar akan diikuti oleh saudara kita di Mindanao untuk membuat perkara yang sama. Hal ini tidak memerlukan peperangan. MNLF dan MILF yang perjuangan mereka berdasarkan penentangan bersenjata akan terserap menjadi tentera kedua-dua wilayah kesultanan Sulu dan Mindanao. Filipina tidak boleh berbuat apa-apa kecuali membantu mempermudahkan segala urusan Kesultanan di kedua-dua wilayah itu, kerana dia sendiri tahu kedudukannya yang "berhutang" kepada umat Islam di Filipina Selatan.
Habib:
(Pak Habib tersenyum panjang terukir diwajahnya sambil mengangguk-angguk) Sebenarnya saya sudah membaca sebahagian kandungan buku saudara Asree, maka perlu dibaca lagi dihabisin untuk lebih memahami permasalahan umat Islam Sulu dan Mindanao ini. Sebelum saudara bagi yang ini (menunjukkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu) saya sudah mendapatkannya di Kuala Lumpur ketika kedatangan saya ke sana. Saya perlu membacanya dan akan membincangkannya kepada para ikhwan untuk dinilai bagaimana kita dapat membantu hal ini samada dari segi undang-undang dan sebagainya.
Penjelasan saudara Asree telah menambahyakinkan lagi bahawa Kesultanan Sulu itu selayaknya muncul kembali kerana haknya telah tertutupi oleh pihak-pihak yang kita telah ketahui. Apa pun kita berdoa kepada Allah swt untuk keselamatan ummat Muhammad saw di seluruh dunia amnya khususnya di bumi Nusantara ini agar perjuangan kita menegak Agama Allah swt dipermudahkan, kiranya ada halangan dan sebagainya maka itu adalah lumrah (dinamika) dalam perjuangan dan kita akan menanganinya dengan strategi.
Asree:
Syukran Pak Habib, insyaAllah kita akan berjumpa lagi.
Habib:
InsyaAllah!
--------------
Temuramah dari lokap POLDA Jakarta. Perbualan penulis banyak lagi dengan beliau selama lebih kiurang 2 jam yang tak mampu dicatat dikesempatan ini.
Sabtu, 7 Februari 2009
Lawrence Of Arabia Adalah Zionist
Perang Dunia Ketiga Bermula Di SULU?
Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakana buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia Tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.
Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya betulkah?
Menurut sahabat saya seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan Setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan.
Beberapa hari lalu seorang sahabat yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini.
Satu penjelasan menarik dari salah seorang Dr yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores. Dalam blognya
http://jurnalis-ntt.blogspot.com/2008/07/bupati-flores-timur-drs-simon-hayon.html
memperjelaskan tentang satu benua yang dinamakan LAMAHOLOT. Umum mengetahui yang dinamakan Solot oleh Srivijaya dan Majapahit dalam dalam catatan Negarakrtegama adalah kepulauan Sulu itu sendiri.
Dalam blog beliau menjelaskan:
Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan.
Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?
Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu.
Kejatuhan Ekonomi Global Serta Kaitannya Dengan SULU
Baru-baru ini seorang Tengku, sahabat saya dari keluarga diraja Pahang dan Selangor mengatakan sepatutnya kejatuhan Ekonomi Global sudah berlaku selepas beberapa bulan meletupnya bangunan berkembar New York pada Sebelas September 2001 yang lalu. Betulkah? Bagaimana ia berlaku demikian?
Katanya, pada tarikh 11hb September adalah tarikh lahir Mantan Presiden Filipina Ferdinand E.Marcos, kerana pada tarikh tersebut berakhirnya cagaran/pelaburan Gold Bar yang ditabur Marcos di seluruh dunia untuk kembali ke Filipina (Sulu?). Bermakna, segala jongkong emas (gold bar) itu sepatutnya akan kembali ke Filipina pada tarikh tersebut, malangnya berlaku letupan dan meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York itu. (Umum mengetahui, letupan tersebut bukan dilakukan oleh Al-Qaeda Osama bin Laden) Ini bermakna letupan tersebut adalah “Diletup Sendiri” untuk menghalang kembalinya jongkong emas 600,000 tan metrik ke Filipina. Sebab itu mengapa “Isu Keganasan” telah dinyalakan untuk mengalih tumpuan. “Keganasan” terfokus terutama kepada golongan Islam radikal (Wahhabi/Salafi) yang sememangnya mudah dikambing-hitamkan (Al-Qaeda).
Jongkong emas yang ditabur Marcos keseluruh dunia bermula pada 1981, iaitu berakhirnya undang-undang tentera (Martial Law) di Filipina Selatan (ketika ini (1981) penduduk Sulu sudah membanjiri Sabah kerana lari dari perang MNLF vs Marcos sebagai pelarian, yang kekal hingga hari ini (IMM13)). Dalam mana-mana pelaburan jongkong emas, 20 tahun adalah jangka masa maksimum yang ditetapkan, setelah itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Umum mengetahui, akaun pelaburan Marcos bermula pada 11hb September 1981, sempena tarikh lahirnya dan sudah tentu akan berakhir pada 11hb September 2001 (tarikh berlakunya kehancuran Pusat Dagangan Dunia, New York).
Tarikh Lahir Keramat?
Dalam laman web http://www.globalpinoy.com mengatakan: “The 10th president of the Republic of the Philippines, Ferdinand Marcos was born on September 11, 1917 in Sarat, Ilocos Norte…”
Para pengkaji harta bersetuju, bahawa Marcos sangat suka meletak sesuatu pekerjaan yang punya nilai sejarah sesuai dengan tarikh lahirnya. Tarikh Undang-undang Tentera (Martial Law) di Filipina juga dilakukan pada tarikh hari lahirnya, cuma terlewat beberapa hari iaitu pada 22hb September 1972 yang mungkin disebabkan masalah teknikal ianya tersasar. Bermula dari tarikh lahirnya segala kedurjanaan turut mewarnai 11hb September sebab itulah tarikh “kekayaan” yang membawa “kehancuran”
Para pengkaji harta juga termasuk Mr. Mike Kay menyatakan segala jongkong emas Marcos adalah bukan kepunyaannya, tetapi adalah kepunyaan Sultan Sulu dan Rakyatnya. Ianya telah menjadi sumber kekayaan Marcos bersama isterinya Imelda secara peribadi. Ini bermakna Marcos dan Imelda lebih kaya daripada kerajaan Filipina sendiri setelah berjaya memanipulasi Harta Perbendaharaan Sulu. Dalam laman web http://www.infoplease.com membuktikan Marcos dan Imelda tidak menggunakan harta kerajaan Filipina sekali pun rakyat sangsi bagaimana Marcos mendapat kekayaan yang begitu banyak.
“After substantial evidence of Marcos's corruption emerged, he and his wife were indicted for embezzlement in the United States. Marcos died in Hawaii. After her husband's death Imelda Marcos was found innocent (1990) of embezzlement by a U.S. court, but she was convicted of graft in a trial in the Philippines in 1993”.
Walaupun Filipina membicarakannya namun tiada bukti kaitan penyelewengan Marcos terhadap asset Filipina. Dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu menjelaskan:
“Juga semasa soaljawab oleh pihak Mahkamah di Manila ke atas Puan Imelda Marcos (Isteri Marcos) pada tahun 1993, beliau telah menafikan yang suaminya (Presiden Marcos) ada menggelapkan mana-mana harta Kerajaan Filipina semasa era pemerintahannya dari tahun 1965-1986”.
Yang digelapkan sebenarnya ialah jongkong emas Sultanate Of Sulu. Kerajaan Filipina terpaksa mengakui bahawa kalau bukan Marcos sudah tentu Filipina hingga hari ini gagal memasukkan Sulu dalam wilayah kedaulatannya. Malah kalau bukan Marcos masakan Filipina pada tahun 1949 berjaya meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Kesultanan Sulu untuk menubuhkan “Bank Negara Filipina” yang ketika itu adalah salah satu dari negara “Papa Kedana” di Asia Tenggara?
Untuk mengetahui bagaimana cara Marcos memanipulasi harta Sulu, sila klik ke dalam kandungan buku “Tausug dan Kesultanan Sulu”: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html
Kuasa Proksi Zionis
Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan AS) mengatakan “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa AS pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi AS akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan AS hebat ialah kekuatan ketenteraannya”
Sebenarnya kejayaan AS bukan semata-mata kepada ketenteraannya tetapi “think tank” disebalik semua apa sahaja yang dimiliki oleh AS iaitu “Yahudi”. Perkara ini bukan lagi rahsia bagaimana “Jutawan Yahudi” sebagaimana yang pernah disebut oleh Tun Mahadir sebagai “Kuasa Proksi” adalah yang berkuasa terhadap segala tindak-tanduk AS. Lalu, bagaimana “Yahudi” begitu berkuasa dalam negara “Polis Dunia” itu? Bagaimanakah Yahudi mendapat dana begitu besar sehingga dapat menguasai Dunia? Sebenarnya adalah berpunca dari harta KESULTANAN SULU! (Lihat kaitannya dengan Marcos serta kerjasama Vatikan memindahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas dari Sulu ke Italy sebelum Perang Dunia ke-II meletus : http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html)
AS secara zahirnya, tidak lagi mampu menguruskan dirinya kerana hutang terlalu banyak. Hutang yang bertimbun menyebabkan AS mengikut sahaja apa yang dimahukan oleh kumpulan yang memberikan hutang. Hutang kepada siapa? Dalam laman web http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/nwo-krisis-dunia-sekarang.html menyatakan:
“Masalah hutang luar negera Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk ( Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dll ). Hutangnya sekitar USD 50 dan 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion. Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya”
Ketika Zionis muncul dan menjadi kuat selepas Perang Dunia Pertama, dengan percaturan bijak mereka berjaya memproses serta menghantar Kamal At-Tarturk dan Laurence of Arabia masing-masing ke Turki dan Najad, Saudi Arabia, hinggakan mereka berjaya menghancurkan kesatuan Khilafah Othmania di Timur Tengah, maka adalah mudah menewaskan yang lainnya (seperti Asia Tenggara) selepas itu. Kerana sumber kekuatan Dunia Islam telah pun musnah.
Amerika Syarikat Bermula Di Sulu
Pada hujung abad ke-19, AS telah pun berada di Sulu memeterai beberapa perjanjian penting setelah kekalahan Spanyol kepada AS. Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram-II, memeterai Perjanjian Bates pada 1898 dan membuat perjanjian semula pada Perjanjian Carpenter 1915. Ketika ini AS telah dapat menghidu “sesuatu” ke atas Sulu dan Kesultanannya. Pada 1916, AS telah mewujudkan Jones Law untuk persediaan memberikan kemerdekaan pada Filipina tetapi gagal kerana ditentang hebat oleh kongres AS sendiri. Tujuan AS ialah agar Sulu berjaya dimasukkan ke Filipina secara tipu helah sebab itu AS cepat-cepat memberikan Kemerdekaan kepada Filipina.
AS telah berjaya “menghidu” kekayaan Sulu berdasarkan budaya perniagaan secara BARTER pihak Istana Sulu dengan kerajaan Kayangan China, yang sudah tentu telah mengumpul harta karun yang bukan sedikit. AS tidak dapat berbuat apa-apa atau memaksa Sultan Sulu membuat itu dan ini kecuali Sulu mesti berada di bawah kekuasaan atau pentadbiran negara lain, maka sebab itu Filipina mesti dimerdekakan dan memasukkan Sulu-Mindanao dalam wilayahnya untuk memudahkan AS membuat “urusan”.
Pada tahun 1930, AS telah mengalami musibah kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah AS. Kemelesetan turut merebak ke seluruh dunia yang kita katakana hari ini sebagai kejatuhan ekonomi global. Kejatuhan ini seperti telah “dirancang” dengan begitu rapi, dengan demikian segala urusan perjanjian dengan wilayah-wilayah dalam naungan perniagaan AS akan dapat dipermudahkan.
Sebab itu Jones Law yang gagal pada 1916, telah diganti dengan satu lagi Undang-undang yang telah diperkenalkan pada tahun 1934 iaitu Tyding-MCduffie Law. Ia juga dikenali sebagai The Philipines Independence Act sebagai langkah memberi kemerdekaan kepada Filipina. Tyding-MCduffie Law akhirnya berfungsi sepenuhnya pada 1935 di Filipina.
Ketika ini pada 1935, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram-II telah berjaya diyakinkan oleh “Agen” yang terdiri dari 2 orang Trusty untuk melabur dalam pelaburan AS. Oleh kerana Sultan Jamalul Kiram-II terikat dengan beberapa perjanjian sebelumnya dan dikatakan bagindalah satu-satunya Sultan Sulu yang paling bijak dan moden yang mengetahui pelaburan “ala saham Amerika”, dan mungkin ditambah lagi dengan kemudahan dari Tyding MCduffie Law, maka Sultan Sulu menyerahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas kepada 2 orang Trusty tersebut. Oleh kerana Sultan Sulu yang satu ini bijak dengan senantiasa memantau “jongkong emasnya” maka pada tahun 1936 baginda telah mangkat dipercayai diracun.
Tercetusnya Perang Dunia Ke-II
Berkenaan aset besar Sulu, jongkong emas bernilai lebih 600,000 tan metrik ini kemungkinan besar berjaya “dihidu” oleh Jepun melalui Turki yang pada ketika itu Jepun bersekutu dengan Turki dan Jerman sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-II. Setelah itu Jepun telah melaungkan slogan “Asia untuk Asia” yang kemungkinan inspirasinya datang dari pembolotan AS terhadap “Harta Karun Sulu” itu. Keadaan ini menimbulkan ketakutan AS dan para “proksinya” lalu dibuat tindakan drastik:
“Pada 1939, harta-harta Sulu telah dihantar ke Vatican City untuk mengelakkan dari Perang Dunia ke-II (WW-II) dan ketika ini (Vatican) dibawah jagaan POPE JOHN PAUL-II. Tidak lama selepas itu, kedua-dua trusty telah mengambil Ferdinand E.Marcos menjadi "Peguam" mereka dalam menguruskan harta-harta Sulu tersebut..” Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu, http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html
Akhirnya Perang Dunia Ke-II telah meletus pada tahun 1941-1945. Jepun telah berjaya masuk ke Sulu dengan General Tenteranya bernama Yamashita mengetuai serangan. Telah terbukti Jepun telah mengetahui akan kewujudan “Harta Karun” Sulu itu lebih awal sebelum meletusnya perang, iaitu setelah General Yamashita berjaya masuk ke Sulu, langkah keduanya ialah mencari “Harta Karun” Sulu. Yamashita telah berjaya menemui satu kawasan simpanan jongkong emas Sulu yang nilainya tidaklah sebanyak apa yang didapat oleh AS (2 trusty dan Vatican) yang diserah oleh Sultan Jamalul Kiram-II. Hingga hari ini, terdapat satu nama sebagai pemilik Jongkong emas iaitu “Yamashita”.
Ini juga membuktikan, Sultan Sulu masih ada simpanan emasnya di Sulu, tetapi masih tersimpan rapi. Sebahagiannya telah dijumpai oleh Yamashita dan sebahagian lagi diserah kepada Trusty AS itu tadi. Hingga hari ini pencarian masih berlaku di sekitar kepulauan Sulu. Tentera Filipina menjaga Sulu dengan propaganda “keganasan” dari Tausug (Abu Sayyaf, MILF, MNLF, JI dan sebagainya) yang dianggap ganas dan jahat. Yang kononnya segala penculikan adalah dilakukan oleh kaum Tausug, hakikatnya adalah untuk menjaga Sulu dari didatangi pemberita kerana disitu terdapat banyak kepentingan AS (Minyak dan Emas) yang belum diteroka.
Amerika Akan Berakhir Di Sulu?
Untuk menyelamatkan ekonomi AS dan gobal keseluruhannya, AS bersama “proksinya” terpaksa mengakui bahawa Sulu adalah “tempat” untuk menyelamatkan diri. Setelah meletupnya bangunan Pusat Dagangan Dunia, New York pada 11hb September 2001 dengan atas alasan yang penulis sudah terangkan di atas, AS akan bergegas kembali ke Asia Tenggara terutama di sekitar Mindanao. Dalam hal ini (AS kembali melihat Asia Tenggara), Prof. Joseph S NYE mengakui dengan mengatakan:
“Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah ‘kembali kepada Asia’”
Di dalam laman web http://www.nautilus.org/fora/security/08053Valencia.html menyatakan:
“..the United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.
Semuanya atas nama memerangi keganasan global sebagai alasan tunggal masuk ke Sulu (Mereka tidak menyebut Sulu secara spesifik, takut kantoi, hanya menamakan Mindanao). Artikel di atas bersambung lagi:
“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.
Juga mereka masuk dengan tajuk “latihan bersama” atas alasan memerangi keganasan serta kebebasan. Contohnya di Filipina, latihan bersama AS dengan tentera Filipina di Sulu dinamakan “Balikatan”. Semenjak tahun 2002, AS telah berada di Sulu malah dengan adanya “Balikatan” mereka semakin kukuh di sana dengan menunjukkan bantuan kemanusiaan “Humanitarian”. Bangunan “kekal” juga turut dibina di seluruh kepulauan Sulu untuk memudahkan “bantuan”. Antara program Humanitarian AS di Sulu ialah:
- 1. Menyediakan bekalan air bersih di kepulauan Sulu.
- 2. Membina Jalan Berturap (sekarang sedang berlangsung).
- 3. Membina perigi-perigi untuk bekalan air bersih penduduk.
- 4. Sistem perparitan (dalam Bandar) terutama di Jolo kerana selalu banjir.
- 5. Membina sekolah untuk kanak-kanak Sulu (membasmi buta huruf).
- 6. Membaiki masjid dan surau.
- 7. Membina hentian-hentian bas (berbumbung)
- 8. Membaiki bangunan lama yang rosak.
- 9. Mengadakan seminar-seminar untuk kesedaran bernegara secara aman, kursus-kursus kesedaran berpolitik (sebahagian anak Sulu di bawa ke AS untuk mendalami kaedah berpolitik mengikut sukatan AS).
Rakyat Sulu tentunya sangat berterima kasih dengan “Balikatan” dan satu rahmat buat mereka dari Allah swt sekali pun yang memberi bantuan itu AS. Nampaknya OIC tiada langsung peranan di Sulu kecuali “Oh, i see”… Tiada apa yang boleh diharapkan dari negara-negara Islam kecuali hanya “omong kosong” dan kedayusan. Sebagaimana kedayusan negara-negara Islam kerana gagal menghalang serangan Israel-Yahudi ke atas penduduk GAZA, begitu jugalah dengan Sulu.
Sulu kiranya menjadi negara berdaulat semula, ia akan menjadi sahabat “Karib” Amerika yang tak boleh disangkal dan dinafikan “kekuatannya”. SEBAB ITU SULU BOLEH TUNTUT SEMUA HAKNYA DISELURUH DUNIA walau sekecil biji sawi pun ianya akan tertuntut.
Mengikut Hadith Rasulullah saw, menyatakan bahawa akan ada satu kumpulan dari sebelah timur yang akan datang membawa panji-panji untuk membantu Al-Mahdi. Berkenaan kemunculan Dajjal juga dikatakan akan muncul di SEBELAH TIMUR?