Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Ahad, 19 Oktober 2008

Peranan Sebenar Bangingi - Kiriman Neldy Jolo

Peranan Bajau Bangingi’ dalam Kegemilangan Kesultunan Sulu

Hari ini bila kita menyebut Bajau Bangingi’ ia mungkin membawa makna yang tertanam dalam fikiran dan diri kaum Tausug sendiri yang begitu mengecewakan. Kaum ini dianggap seperti satu kaum “hamba abdi” pada para kaum Tausug atau Suluk yang bertugas untuk mereka dan tanpa pengetahuan terhadap sejarah. Para Tausug sendiri tidak mengetahui peranan Bajau Bangingi ini dengan butanya hati mereka tidak mengetahui fakta sejarah peranan Bajau Bangingi membantu menggemilangkan Kesultanan Sulu dahulu. Hal ini sepatutnya di ketahui oleh orang Tausug sendiri agar tidak berlakunya pengdiskriminasian dan pemandangan rendah terhadap kaum yang di gelar “perompak laut?” ini.

Penghamba-abdian (slavery) sepertimana yang di ketahui oleh orang Amerika sebenarya tidak wujud dalam perbendaharaan kata di Kesultanan Sulu, cuma yang ada ialah pengikut (follower) yang bertugas untuk Kesultanan Sulu sebagai tentera laut, para Sultan Sulu dan para Datu Tausug. Tetapi kita tidak boleh menafikan berlakunya aktivity penculikan (abduction) oleh kaum Bajau Bangingi’ dan kaum Iranun ini kepada orang-orang asing yang menceroboh ke kawasan perairan kepulauan Sulu dan Mindanao untuk di jual ke Negara jiran.

Dan terjadi juga perampasan barang-barang dagangan Spanyol yang cuba di seludup ke daerah Jambangan (Zamboanga), satu daripada wilayah Kesultanan Sulu yang majoritinya di huni oleh para kaum dan Datu Bajau Bangingi’. Kaum Chavacano yang di kenali hari di Zamboanga adalah “Orang Bebas atau Merdicans” yang di bawa dari Ternate dan Tidore untuk menolong Spanyol menentang pahlawan-pahlawan Sulu. Tetapi gagal!

Hal ini bukanlah semata-mata untuk merompak, menculik dan merampas harta benda dan orangnya sekali, di jual untuk di jadikan hamba abdi tanpa alasan yang munasabah. Ini adalah mengawal keselamatan dan mempertahankan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama dari pencerobohan Spanyol dan lain-lain yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan Negara. Sepertimana yang di lakukan oleh para tentera laut Malaysia, Philippines, Indonesia, Brunei dan Singapore masa kini.

Bajau Bangingi’ ialah satu kaum bersama kaum Iranun yang di gelar sebagai “perompak laut” oleh Spanyol yang beroperasi di pesisiran Laut Sulu, Laut Celebes dan Laut China Selatan untuk mencari, menangkap dan menjaga penceroboh pantai-pantai wilayah Kesultanan Sulu untuk di jual ke Makkasar dan Melaka. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-dua kaum ini, Bajau Bangingi’ dan Iranun adalah sabahagian daripada pegawai-pegawai Kesultanan Sulu dan Maguindanao.

Sebenarnya, Spanyol telah membohong dalam catatan sejarah mereka menggelar kaum-kaum ini sebagai “vagamundo” yang bermaksud “tidak mematuhi undang-undang” atau “penjenayah” kerana Spanyol takut, sebab kaum ini lah yang menghalang kapal mereka memasuki perairan Kepulauan Sulu untuk menindas rakyat-rakyat Sulu selain menyeludup.

Kaum ini adalah satu daripada pelayar yang terbaik sehinggakan kapal Spanyol tidak dapat menumpas kapal layar mereka yang di kenali sebagai Juangga atau Lanung yang di ketua oleh kaum Tausug. Kita harus mengetahui bahawa kaum Bajau Bangingi’ adalah “Pahlawan Laut” yang rapat hubunganya dengan kaum Tausug yang juga di kenali sebagai “Pahlawan Darat.” Kaum Bajau Bangingi ini kalau di zaman sekarang adalah tentera laut atau Navy dengan gelaranya “jaga laud” dalam Bahasa Sug (Tausug) atau “penjaga laut” dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum kita meneruskan perbincangan khusus terhadap Bajau Bangingi’ ini kita sembar semula mengapa kaum ini begitu rapat dengan kaum Iranun dan sama-sama dan seiring belayar di perairan Sulu dan Mindanao. Iranun atau Ilanun bermula daripada teluk Illana (Ilyana) yang bermaksud “orang yang tinggal di pesisiran teluk Illana”, sepertimana pribumi Sulu, yang di kenali sebagai Buranun “orang yang tinggal di pergunungan Sulu.”

Iranun ialah tentera laut Diraja Kesultanan Maguindanao dan Bajau Bangingi’ pula tentera laut Diraja Kesultanan Sulu. Tetapi kaum Iranun juga serta mempertahankan Kesultanan Sulu sebab kedua-dua kesultanan ini ada kaitan darah dari Sultan Sulu Syariful Hashim Sayyid Abubakar dengan Sultan Maguindanao Syarif Kubungsuhan dan Sultan Maguindanao Dipatuan Kudarat Ali telah berkahwin dengan Putri Sultan Sulu Mawallil Wasit atau Raja Bungsu I ia itu Pangiyan Ampay atau Sitti Kabira. Dan akhir sekali kaum Bajau Bangingi’ dan kaum Iranun ini sering bertemu di kawasan laut semasa melalukan dan menunaikan aktivity pengawalan.

Bahasa Bajau Bangingi’ ialah bahasa perantaran atau lingua franca para kaum Bajau yang lain selain Bahasa Sug. Kaum Bajau Pangutaran, Bajau Sama dan lain-lain boleh bertutur bahasa Bajau Bangingi di sebaliknya kaum Bajau Bangingi’ tidak begitu faham akan bahasa atau dialek kaum Bajau yang lain. Maka itu, kita boleh mengatakan bahawa Bahasa Bajau Bangingi’ lah asal dialek dan bahasa kaum Bajau yang lain. Cuma sudah berevolusi pada beberapa jenis slanga yang tersendiri berdasarkan factor budaya dan penempatan. Seperti Bahasa Sug sebagai lingua franca yang boleh di tutur oleh semua kaum Bajau yang berada di kepulauan Sulu dan sebahagian di Sabah. Tausug pula tidak boleh bertutur bahasa Bajau, cuma memahami sedikit sahaja. Dia antara kuam Bajau, Bajau Bangingi’ lah yang fasih bertutur Bahasa Sug, di sebabkan dengan rapatnya hubungan mereka dengan kaum Tausug dulu hingga kini.

Datu Bajau Bangingi’ juga yang menjaga kaum Bajau yang lain yang bertugas sebagai penyelam mutiara di pulau-pulau Sulu seperti di Marunggas, Selat Parang dan Maimbung, Tapul-Lugus, Siasi, Patian, Kabingaan, Laminusa dan di kawasan pulau Pilas termasuk lah pulau Bangingi’ yang kini di ketahui sebagai pulau Tungkil untuk mendapatkan mutiara yang indah. Mutiara-mutiara ini akan diberikan oleh para penyelam kepada Datu Bajau Bangingi’ sebagai peraih untuk di jual pula kepada Datu Tausug atau lebih di kenali sebagai Ulangkaya(Orang Kaya).

Kemudian para Datu Tausug pula akan hadiahkan Sultan Sulu dan ahli-ahli Ruma Bichara (Dewan Negara) Kesultanan Sulu sebahagian daripada hasil selaman itu. Di mana ada aktivity penyelaman mutiara, di situ lah penempatan majority Bajau Bangingi’ dan pengikut mereka. Hinggakan mereka di gelar oleh orang Eropah di laman web www.jewelstones.org sebagai satu daripada penyelam termahir dan cemerlang di dunia dan penyelam tempatan terbaik. Sebab aktivity ini lah Bajau Bangingi” di gelar sebagai pembela perairan Sulu (defenders of the sea) hinggakan Spanyol tidak boleh masuk ke Tanah Besar Sulu, khususnya di ibu kota bernama Jolo.

Untuk memperkukuhkan lagi peranan Bajau Bangingi’ ini pada kegemilangan Kesultanan Sulu kita imbas semula perwira Sulu, dua saudara Sangkalan dan Angging dari kaum Bajau Bangingi’ besertakan 800 perwira-perwira yang handal di bawah naungan kaum Tausug bernama Panglima Ilidji sebagai ketua yang di arahkan ke Brunei oleh Sultan Sulu menolong mendamaikan perang saudara di sana yang berlangsung selama sepuluh tahun. Dari sini lah North Borneo (Sabah) dimasukkan ke salah satu wilayah Kesultanan Sulu di tahun 1704.

Kaum Bajau Bangingi juga serta dalam serangan terhadap penempatan Spanyol di Visayas khususnya di Panay, Mindoro dan Camarines yang menyerbu wilayah Kesultanan Sulu di Jambangan (Zamboanga). Encik James Dunnigan menggambarkan di artikelnya “Tropical Vikings” pada 17 Mac 2003 bahawa, “Orang Tausug adalah seperti Vikings, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa di duga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis ialah Tausug.” Encik James Dunnigan telah menyebut “pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa di duga dengan kapal layar mereka yang pantas” membawa maksud kaum Tausug besertakan dan bersama-sama kaum Bajau Bangingi’ dan Iranun dalam serangan itu.


Kubu pertahan Bajau Bangingi’ di Sipak, pulau Bangingi kini Tungkil, Sulu ialah yang paling kukuh sukar di cerobohi. Bajau Bangingi’ bukan hanya “Penjaga Laut” kepada Laut Sulu atau perairan Sulu tetapi juga bertugas sebagai “Anggota Pertahanan Negara” Kesultanan Sulu. Dari sebab ini kerabat Diraja Sulu dan para Sultanya banyak terhutang budi pada Bajau Bangingi’ yang kurang di ketahui oleh para kaum Tausug hari ini. Jadi boleh ka kita menggelar kaum ini sebagai perompak, perampas dan sebagainya atau mengasingkanya seolah-olah kaum yang kotor dan hina? Kepada kaum Bajau Bangingi’, sepatutnya tidak lagi bersifat rendah diri sebab kaum Tausug adalah kerabat kamu yang sampai bila-bila tidak akan meninggalkan kamu walaupun di medan perang.

Kaum Tausug dan kaum lain yang berada di Sabah mahupun di kepulauan Sulu dan di mana-mana sahaja di pelusuk dunia ini semestinya berterima kasih pada kaum Bajau Bangingi’ serta Iranun kerana kegigihan mereka turut serta mempertahankan maruah Kesultanan Sulu. Oleh itu haruslah kita bersatu kembali sebagai satu Bangsa Sulu yang berdaulat di bawah payung kerajaan Kesultanan Sulu dan Agama Islam dengan tidak lagi memandang sesebuah kaum sebagai orang lain. Jasa dan budi kaum Bajau Bangingi’, Iranun dan kaum lain di Sulu dan Sabah patut di sanjung dan di kenang dengan tidak menyengkir mereka dari masyarakat dan sebagai rakyat Kesultanan Sulu yang banyak bertaruh nyawa demi Bangsa, Negara dan Agama!


Ulasan:
Terima kasih kepada Bro Neldy Jolo atas kiriman artikel yang hebat ini. Penjelasan yang agak sinis dan radikal kepada sesetengah pihak tetapi positifnya bolehlah diambil dengan berlapang dada. Tidak sangka bro Neldy boleh menulis dalam bahasa Malaysia sedangkan setahu saya beliau adalah graduan dari salah satu University di Mindanao. Bro Neldy memaklumkan kepada saya tentang kemahirannya menguasai hampir semua bahasa kaum-kaum di Mindanao selain Bahasa Sug dan Bajau. Saya teringat Jose Rizal yang menjadi kebanggan Filipina tentang keGeniusan otaknya yang bukan sahaja dapat menguasai banyak ilmu malah menguasai majoriti bahasa utama dunia ketika itu (Termasuk bahasa Arab dan Melayu).

Berkenaan dengan petikan Bro Neldy Jolo terhadap cerita Mr James Dunnigan tentang betapa hebatnya perahu layar kaum Tausug muncul dengan tiba-tiba dan menyerang dengan ganas yang diumpamakannya sebagai Juramentado dan Viking itu tidaklah memeranjatkan kita. Telah diakui oleh Eropah (Portugal) 500 tahun sebelum menjajah wilayah kepulauan lain di dunia menyaksikan tentang kehebatan perahu layar Nusantara yang ganjil dan menakjubkan. Apa yang menjadi perhatian mereka ketika itu ialah kecanggihan perahu layar orang-orang Jawa yang dikatakan pempunyai binaan secara saintifik berbanding perahu layar Eropah, China dan Jepun. Portugal percaya jenis perahu layar orang-orang Jawa ini telah lama dibena dan belayar di samudera Nusantara sejak 930 M hingga 990 M yang sudah dikenali dengan kelasakannya mengharungi badai taufan di lautan.

Seorang pakar perkapalan (Salah seorang dari beberapa pakar kapal klasik di dunia) dari German, Mr Horts H. Liebner menyatakan kepada akhbar The Jakarta Post "Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine, the ship Columbus used to sail to America and 15th century European ships were all less than 20 meters".

Pakar German itu menyatakan lagi bahawa, melihat kepada bentuk binaan kapal itu berkemungkinan besar adalah seperti kapal yang diguna oleh orang-orang Sumatra, Kalimantan dan juga orang-orang Bugis di Sulawesi. Tentunya perahu/kapal layar jenis ini sangat laju dan ringan kerana hanya menggunakan paku kayu tidak seperti kapal layar China yang menggunakan paku besi untuk menyambung bahagian-bahagian kapal. Maka saya membuat kesimpulan bahawasannya satu Nusantara sememangnya telah menggunakan perahu atau kapal layar yang dibena dengan kaedah ini termasuk orang-orang Sulu (Tausug). Tidak hairanlah kalau Tentera Laut Sulu begitu hebat dengan boleh memintas dan menjahanamkan apa sahaja jenis kapal di lautan yang dianggap "musuh". Tentunya Iranun dan Balangingi juga turut menggunakan perahu layar yang sama.

5 ulasan:

Ismail Jagat berkata...

Macam tidak adil juga artikel ni, Menurut artikel ini seoalah-olah sehebat mana pun Bangingi dan Iranun tetap dibawah tapak kaki Orang Suluk. Iranun ada Sultannya sendiri, manakala Bangingi tidak suka memerintah dan diperintah walaupun tidak dinafikan ada kelompok yang berkhidmat dengan Sultan Sulu.

Pemikir Bangsa berkata...

Saya amat bersetuju dengan tulisan saudara Neldy.Bagi saya,peranan dan jasa kaum bangingi dalam mempertahankan kedaulatan kesultanan sulu adalah besar.Tidak salah kiranya saya katakan jasa dan peranan kaum bangingi ini lebih besar kalau dibandingkan dengan kaum tausug dalam mempertahankan tanah sulu.Ini adalah kerana,kaum tausug dikenali kerana mereka adalah kaum majoriti di tanah sulu dan merupakan dominan dalam pentadbiran kesultanan sulu.Manakala kaum bangingi ini boleh dikatakan pahlawan-pahlawan sultan yang berani yang telah berkorban nyawa dan harta demi mempertahankan bumi sulu.Mereka merupakan perisai utama sultan dan juga pahlawan sultan di barisan hadapan.Oleh kerana pada masa itu, jalan laut merupakan jalan utama bagi segala aktiviti tak kiralah dari segi ekonomi,politik,sosial mahupun ketenteraan,maka jalan laut ini merupakan jalan atau kawasan yang penuh dengan bahaya.Jadi kaum bangingi inilah yang menjadi perisai ataupun pahlawan sultan untuk menjaga dan mempertahankan perairan sulu agar bangsa penjajah ini dapat dihalang untuk masuk ke tanah sulu seterusnya mempertahankan kedaulatan kesultanan sulu.

Unknown berkata...

Memang tidak dapat dinafikan kebenarannya,lebih-lebih lagi bagi masyarakat kepulauan sulu dan mindanao. Walaupun saya Sabahan,saya jugak keturunan filipin. Bapa saya tausug siasi mix bangingi'.Hal ini banyak saya pertanyakan kepada orang2 tua(tausug & bangngi') termasuk nenek atuk saya sendiri. Apa yang disampaikan oleh saudara Neldy adalah fakta. Suku kaum Bangingi'& Tausug tidak boleh dipisahkan dalam sejarah kesultanan tausug. Sultan Sulu sendiri menghargai kaum Bangingi'kerana keberanian dan aktif di perairan sehingga Sultan Sulu jadikan Bangingi' tentera pertahanan mereka di lautan sulu hingga kepulauan mindanao. Diatas keakraban tausug dan bangingi'lebih2 lagi di kepulauan Mindanao sudah banyak kedua-2 kaum ini disatukan(melalui perkahwinana)hinggakan ada golongan mengatakan bahawasanya bangingi'jugak berasal-usul tausug (Kepulauan Sulu). Sebab,mengikut pepatah "Tausug" Mindanao : *asal sin tausug dain ha Sug,asal sin iyakan dain ha basilan haunu in asalan sin Bangingi?* maksudnya asal orang Suluk dari Kepulauan Sulu orang Iyakan asal dari Basilan di mana asal usul orang Bangingi'? Hanya orang2 lama veteran yang menjawab asal dari Kepulauan Sulu jugak.
Untuk pengetahuan pembaca Kaum Bangingi'bila bercakap "Tausug" ia sangat fasih sehinggakan orang Suluk tidak tahu ia Kaum Bangingi'kecuali orang bertanya. Apa lagi pada zaman sekarang sudah banyak keturunan MIX. Hidup "Tausug" Hiduplan "Bangingi'" Untuk Mengetahui lebih lanjut datanglah berkunjung ke Basilan,Mindanao,Filipina jangan lupa singga di Sug (Kepulauan Sulu)

Unknown berkata...

ulasan nampak lebih kepada keagungan a'sug, maaflah masih belum lari dari kotak peninggian diri zaman pemerintahan purbakala. motif resis gabungan, yang menyeru supaya bersatu kepada pemimpin yang yang mementing kan darah keturunan yang tak seberapa mulia...
bukan semua bangsa tidak mau bersatu sama sultan a'sug, sejarah sudah jelas tertulis, dan banyak juga sudah lari dari pemerintahan itu (kau tau kenapa?) 'sudah buang, tapi puji'

Unknown berkata...

kkk