Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Jumaat, 27 Mac 2009

Kekeliruan Malaysia Terhadap Surat Kelahiran UTC


Sultans aplenty: Dr Hiew showing the birth certificate issued by the Sultanate of Sulu to The Philippines, Saturday.

Dalam laporan The Star Online satu tajuk berita yang menggemparkan baru-baru ini telah dibongkar oleh Dr Hiew. Malah perihal surat kelahiran Sulu ini turut dibawa ke Parlimen.

Tajuk besar The Star Online ialah: So, who’s the real sultan? Untuk membaca laporan lanjut sila ke http://thestar.com.my/

Dengan terbongkarnya berita surat kelahiran UTC di Parlimen maka timbullah tanda tanya. Siapa yang punya? Sultan Sulu yang mana satu? Sultan Sulu masih wujud? Bermacam-macam lagi pertanyaan serta tanggapan tetapi sehingga artikel ini ditulis Ahli Parlimen Malaysia masih tidak mendapat jawapannya.

Sebenarnya tanpa disedari surat kelahiran tersebut telah menjadi satu kegemparan samada dari segi perundangan mahu pun dari segi hubungan antara Filipina dan Malaysia. Kerana menurut sebahagian rakyat Malaysia Sultan Sulu dan rakyatnya adalah warga Filipina. Tanggapan seperti ini turut dipersetujui oleh hampir kesemua PTI Sulu di Sabah kerena bukan sahaja mereka menerima panggilan "Orang Pilipin" terhadap diri mereka malah mereka sendiri menyebut "Kami Orang Pilipin" adalah kerana kejahilan mereka sendiri. Maka tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia termasuk Sabahan bertanggapan bahawa Sultan Sulu dan rakyatnya adalah warga Filipina.

Filipina dan Malaysia tidak menyedari bahawa di Sulu telah ada satu gerakan pembaharuan Tausug yang bermula pada tahun 2006. Satu gerakan teratur dan bijak atas nama UTC dan Sultanate of Sulu. Satu gerakan keamanan diketuai oleh seorang Datu Aranan (bukan Kiram) buta huruf yang tidak pandai membaca dan menulis. Tetapi berjaya menghimpun puluhan ribu penyokong yang setia rela berkorban harta dan nyawa atas nama perjuangan Tausug dan Kesultanan Sulu. 

Beliau datang seorang diri ke Jolo dari Lahad Datu dengan hanya membawa bendera merah (tertera atasnya lima bintang, keris dan tombak) lalu memacaknya di Jolo sambil berseru:

"Wahai Tausug! Kamu sememangnya merdeka. Inilah bendera nenek moyang kalian yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah di atasnya!! Keluar dari Filipino dan keluarlah dari panggilan Moro, insyaAllah kalian merdeka!!"

kemudian Tausug Jolo berdiri "Tuan memang benar dan jujur sekali pun buta huruf! Kami redha dengan tuan sebagai pemimpin kami. Maka kami akan dengar dan kami patuh!"

Tindakan pertama Datu Aranan yang buta huruf ini ialah mendaftarkan pengikutnya dengan Surat Kelahiran sebagai tanda yang mereka bukan rakyat Filipina. Semuanya menurut dan hingga hari ini kumpulan mereka dinamakan United Tausug Citezens (UTC) yang berpusat di Jolo, Sulu.



Virus UTC menular sehingga ke Bongao Tawi-Tawi. Kemudian menular ke Basilan hingga ke Palawan. Dan sekarang menular pula hingga ke Sabah. UTC tidak dapat dihalang kerana mereka bergerak atas nama keamanan dan perpaduan bangsa, negara dan agama. Mereka membuka keahlian kepada siapa sahaja. Sehingga keturunan cina dari Manila dan Zamboanga pun turut mendaftar jadi Warga Tausug UTC. Maka jangan hairan kaum cina dari Singapura datang berbondong-bondong jadi Warga Tausug UTC adalah kerana kejatuhan ekonomi global hari ini tak lama lagi akan menghancurkan Singapura.

Dalam kekalutan mencari siapa yang punya surat kelahiran dan dari mana datangnya itu, muncullah Sultan-sultan boneka dari keluarga Kiram mengaku bahawa itu adalah mereka yang punya. Tanpa segan silu mereka mengaku bahawa UTC adalah rakyat mereka walhal selama ini mereka ditabal jadi Sultan pun di Manila, Tawi-Tawi dan Zamboanga, bukannya di Jolo, Sulu sebagai pusat pertabalan Sultan yang sah. Hari ini Sultan Sulu yang diangkat oleh UTC telah pun ditabal. Walau pun pada awalnya Datu Aranan ini tidak mahu ditabal jadi Sultan tetapi atas desakan UTC beliau pun menyusun Rumah Bicharanya diikuti oleh para ahli kabinetnya maka tertaballah Sultan yang benar dengan gelarannya Sultan Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan.

Lepas ini Dr Hiew dan ahli Parlimen Malaysia tidak akan tercari-cari lagi siapa yang keluarkan Surat Kelahiran tersebut.

Asree: Semua ahli keluarga sudah mendaftar jadi ahli UTC.


Analisis: Kemenangan UTC Adalah Fakta

Menurut Legal Councel Sultanate of Sulu (UTC), Atty. Meltino Jaujan Sibulan menyatakan bahawa Kerajaan Filipina tiada kuasa ke atas rakyat Sultan Sulu yang tidak mengaku Filipino. Kemenangan UTC pada tunjuk perasaan 17hb Mac baru-baru ini adalah kerana mereka bukan Filipino. Apa bukti mereka bukan Filipino? Kerana mereka punya Surat Kelahiran Tausug yang ditandatangani oleh Sultan Bantilan Muizuddin II Aranan. Dalam Surat Kelahiran mereka tertera mereka adalah bangsa Tausug dan tiada satu pun nama dan tulisan Filipino atau Philipines dalam surat kelahiran tersebut.

Menurutnya ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal. Manila tahu akan hal ini sebab itu Mayor Hussin U. Amin terkejut setelah fakta dari Philippine Supreme Court dibacakan kepadanya. Takut undang-undang berpatah balik kepadanya Mayor membebaskan segera 13 orang rakyat Sultan Sulu tersebut. Barulah Mayor memahami mengapa Polis Marin Manila menjawab tidak mahu campur tangan kiranya melibatkan urusan Rakyat Sultan Sulu ketika semburan bomba kepada UTC berlaku kelmarin. Ini kerana Polis Marin Manila telah mendapat arahan jangan sekali-kali mengganggu UTC kerana mereka adalah rakyat Sultan Sulu.

Menurut Atty. Meltino lagi, ahli UTC sendiri tidak boleh dikenakan cukai kepala (Saidulla) oleh Filipina. Ini terbukti beberapa kes ahli UTC yang diperiksa oleh Polis Marin Manila, ketika ditanya mana Saidulla nya, ahli UTC tersebut menunjukkan surat kelahirannya sebagai rakyat Sultan Sulu bukan Filipino. Polis Marin hanya terkebil-kebil tidak dapat berbuat apa-apa, begitu juga dengan Polis MUNICIPAL. 

Menurutnya lagi, sebab itu istilah Tausug dan Sultanate of Sulu adalah lebih autentik diguna pakai berbanding memanggil Bangsa Moro atau Moro. Sejarah telah manunjukkan kepada kita bahawa istilah Moro adalah istilah baru yang digunakan untuk ejekan dan memecahbelahkan perpaduan Tausug. Baginya terserah siapa yang mahu gunakan istilah Moro pada diri mereka. Kerana akhirnya mereka akan tahu kelak istilah Moro walau pun bermaksud baik tetapi ternyata bukanlah kepunyaan Tausug tetapi adalah kepunyaan Spanyol dan negara Morocco (Maghribi). Kalau dilihat MNLF hari ini mengapa mereka gagal (walaupun berjuang hampir 40 tahun)  adalah kerana telah mengasingkan diri mereka dari fakta sejarah yang benar.

Sekiranya diselidiki ternyata kebenaran dari penerangan Atty. Meltino itu tadi jelas dan mudah difahami. Berikut adalah paparan antara fakta yang diguna pakai oleh UTC dalam perjuangan mereka:

In LAUREL VS. MISA, 44 O.G. 1176, the Philippine Supreme Court said that, 

“The absolute and permanent allegiance of the inhabitants [TAUSUG CITIZENS] of a territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS OF REPUBLIC OF THE PHILIPPINES] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT] or sovereign is not abrogated or severed by the enemy [PHILIPPINE] occupation, because sovereignty of the government or sovereign de jure [SULTANATE OF SULU] is not transferred thereby to the occupier [FILIPINOS OF THE PHILIPPINES], and if it is not transferred to the occupant [FILIPINOS], it must necessarily remain vested in the titular government [SULTANATE OF SULU]. 

What may be suspended is the government [SULTANATE GOVERNMENT] of the territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS] which passes temporarily to the occupant [PHILIPPINE GOVERNMENT]. And, since sovereignty itself is not suspended and subsists during the enemy [PHILIPPINE] occupation, the allegiance of the inhabitants [TAUSUGS] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT] or sovereign, SUBSISTS and therefore, there is no such thing as suspended political laws of the occupied territory [Sultanate of Sulu] are suspended or held in abeyance during the military occupation [by the Philippines] is a rule intended for the government of the civil inhabitants [civilian Tausugs] of the occupied territory [Sultanate of Sulu] and DOES NOT BIND THE ENEMIES [Tausugs of Sultanate] AT WAR". Rujuk: Ruffy, et al. vs. Chief of Staff, 75 Phil. 875.

Sebahagian Analisis dalam kertas kerja Asreemoro bertajuk:
Tamatnya Riwayat Bangsa Moro dan Munculnya United Tausug Citizens

Analisis: Nur Misuari dan MNLF Semakin Buntu

United Tausug Citizens telah pun berjaya mengangkat Sultan Sulu dan Rumah Bicharanya. Menunjukkan kepada dunia satu kesatuan dari kelompok yang menginginkan keamanan di bumi nenek moyang mereka seterusnya dapat mengembalikan kedaulatan Kesultanan Sulu ke asalnya. Secara logik, bila Kesultanan Sulu dapat dikembalikan ke asal dengan rakyat kembali menyokongnya maka otomatis Sulu menjadi merdeka. Pengiktirafan dunia terhadap Kesultanan Sulu telah pun diketahui. 

Kedaulatan Kesultanan Sulu bukanlah satu rahsia walau pun terdapat usaha menutup atau menghilangkannya di muka bumi. Filipina sendiri mengusahakan hal ini dengan mewujudkan peperangan yang mereka rancang dan reka sendiri. Teori mereka mudah, pecah dan perintah. Malangnya kaedah mereka sudah lapok dan ketinggalan zaman kerana telah pun dihidu oleh umat Islam Sulu sejak dahulu lagi.

Niat Filipina mahu menghancurkan monarki Kesultanan Sulu serta kekuasaannya lebih ketara ketika pemerintahan Presiden Marcos. Dengan mengistiharkan Undang-undang Tentera pada 1972 dan dengan munculnya MNLF yang dipimpin Nur Misuari menyebabkan kehancuran kepada Kesultanan dan rakyat Sulu. Kerana Marcos menggunakan alasan memerangi keganasan MNLF untuk memulakan peperangan walaupun pada peringkat awal bukanlah MNLF yang memulakannya.

Marcos menggunakan peperangan ini sebagai modal untuk bantuan antarabangsa datang ke Sulu melalui MNLF. Antara yang mencurahkan bantuan ketika itu ialah Libya, Arab Saudi dan umat Islam Nusantara. Secara teori, mencurahnya bantuan antarabangsa kepada MNLF akan menjelaskan lagi bahawa Sulu dan Mindanao terjajah dan dianiaya oleh Filipina. Maka sudah pasti ada hero yang muncul untuk membela. Dalam hal ini MNLF bertugas sebagai pembela atau heronya. Ini adalah satu taktik permainan kolonial dalam bentuk baru untuk menguasai sesuatu bangsa.

Amerika Syarikat melakukan perkara yang sama kepada Afghanistan dan Iraq iaitu menggunakan alasan ancaman keganasan Al-Qaeda dan ancaman bom Nuklear tinggal lagi yang menjadi heronya ialah mereka sendiri. Kaedah AS lagi terkini dan canggih berbanding Marcos. AS menggunakan alasan "membantu" untuk menguasai satu-satu negara. Lihat sahaja di Afghan dan Iraq hari ini, AS akan tetap berada di sana entah bila mahu keluarkan tenteranya.

Dalam konteks Sulu, MNLF digunakan sebagai agen penghancur Kesultanan Sulu dan rakyatnya secara tidak langsung. Meletusnya perang MNLF vs Marcos (Filipina) ketika itu mewujudkan satu persepsi kepada dunia bahawa MNLF adalah yang menguasai Wilayah Filipina Selatan bukannya Kesultanan Sulu atau pun Kesultanan Mindanao. Marcos mengetahui MNLF kelak akan memperjuangkan negara Republik bukannya negara Kesultanan seperti sebelumnya. Inilah maksud sebenar pengistiharan Martial Law 1972 untuk menghilangkan entiti dan identiti Kesultanan Sulu. Sebab itu mengapa perang MNLF yang pertama meletus di Jolo bukan di Mindanao. Hinggakan berpuluh ribu kaum Tausug lari menjadi pelarian dan membanjiri Pantai Timur Sabah. Hingga hari ini dunia terpaksa menerima kehendak MNLF untuk mewujudkan republik di Filipina Selatan walaupun perjuangan MNLF semakin hari semakin diragui oleh masyarakat antarabangsa.

Mari kita lihat bagaimana OIC sendiri meragui MNLF. Edd K. Usman melaporkan dalam tulisannya http://www.mb.com.ph/node/198435 bertajuk OIC Assures Continued Support For Mindanao Peace Processes bagaimana duta OIC, El-Masry mengatakan kepada pemimpin MNLF:

“We will not accept anymore your dragging us into this waste of time, energy, and resources and conflict, which has no basis. And it is harmful to the cause and harmful to the Bangsamoro people,”.

Kata-kata El-Masry sebenarnya telah memalukan Nur Misuari sebagai pemimpin utama MNLF. Menurut salah seorang anggota MNLF ketika mengulas perbincangan keamanan OIC dan MNLF baru-baru ini, Presiden MNLF Nur Misuari memberi kata dua samada OIC membantu memerdekakan Bangsa Moro di tangan MNLF atau peperangan akan meletus semula. Dalam hal ini OIC telah pun menyatakan kebimbangannya berkenaan perpecahan yang berlaku di kalangan Bangsa Moro sendiri. Kerana hingga hari ini MNLF membentuk satu kumpulan manakala MILF juga satu kumpulan.Umum mengetahui MNLF dan MILF memang tidak sehaluan dan tidak mungkin dapat disatukan. Yang menambahkan lagi kekalutan ialah bahawa Abu Sayyaf di Basilan dan Jolo itu juga satu lagi kumpulan yang juga mengaku Bangsa Moro.

Sebab itu mengapa El-Masry mengatakan dengan tegas kepada MNLF “But the main obstacle that is facing this long sought goal is the division within the MNLF. This division has to end. And I have a strong message to them, all of them. Unless you unite, nobody is going to unite you,” itulah kata-kata kekecewaan El-Masry kepada MNLF yang berpecah belah.

Kebuntuan semakin menjerut MNLF dan kumpulan-kumpulan yang seangkatan dengannya. Kumpulan ini kesemuanya menggelar diri mereka Bangsa Moro. Hanya satu jalan sahaja untuk kemerdekaan seperti yang disarankan oleh OIC iaitu "bersatu". Persoalannya bolehkah di satukan? Adalah tidak mustahil untuk menyatukan mereka hanya sanya perlu ada satu kaedah atau mekanisma tertentu yang mereka boleh yakini sebagai penyatu padu kepada bangsa yang mereka gelar Bangsa Moro itu.

Sekiranya benar Nur Misuari dan MNLF nya mahu mencetuskan peperangan semula maka sebenarnya mereka memilih jalan kehancuran. MNLF sendiri sudah berpecah belah. MNLF 15 Council, MNLF atas pagar, MNLF Intigrate (Nur Misuari) dan serpihan MNLF seperti Abu Sayyaf dan MILF di Mindanao. Kiranya MNLF Nur Misuari mahu mencetuskan perang maka yang berperang hanya dia dan orangnya sahaja melawan Filipina bersendirian, yang mana kebanyakan ahlinya telah pun diserap kedalam tentera Filipina. 

Umum mengetahui MNLF Intigrate digaji oleh kerajaan Filipina dan mustahil mahu berperang melawan Filipina sekiranya Nur Misuari sendiri tidak mendapat bantuan kewangan antarabangsa? Ini kerana OIC sendiri sudah berlepas tangan tidak mahu bersekongkol dengan keganasan. Bagi OIC MNLF telah pun menerima keamanan Otonomi yang ditandatangani Nur Misuari sendiri pada 1996 hinggakan semua MNLF ketika itu telah pun menerima ketuanan Filipina ke atas mereka.

Sebahagian Analisis dalam kertas kerja Asreemoro bertajuk:
Tamatnya Riwayat Bangsa Moro dan Munculnya United Tausug Citizens

Khamis, 26 Mac 2009

Nur Telah Kembali Ke SULU



Akhirnya!!
Nur telah kembali datang,
Nur telah kembali bersinar,
Nur kasih sayang dan kelembutan budi,
Nur dari sulbi Sayyidina Ali,
Dan dari Fatimah Binti Muhammad Rasulullah,
Maka kami kembali berbai'ah,
Sami'na wa ata'na,
Kami serahkan segalanya,
Kepada cucunda Habibuna Muhammad Rasulullah.

Nur telah kembali ke Sulu,
Setelah menghilang ditelan zaman,
Para makhdum memperingatkan,
Pemimpin hendaknya dari alim Muhammadan,
Kerana mereka membawa berkah,
Bersama mereka ada Syafaah,
Kebenaran dan Manfa'ah,
Penunjuk jalan ke hari qiyamah.

Sulu ketika awal dahulu,
Didatangi Makhdum Mashaika dan Maqbalu,
Kemudian datang lagi Karimul Makhdum,
Menyusul lagi Aminullah Makhdum,
Sayyid Abu Bakar datang kemudian,
Si pembawa obor keimanan,
Pemusnah faham kesyirikan,
Tausug menjadi Islam keseluruhan,
Berkah sayyid berakhlak mulia,
Islam dianut tanpa pertumpahan darah.

Datang penjajah Spanyol,
Mahu kalahkan Tausug kononnya manganut agama bahlul,
Mahu mencabut Islam dengan penukul,
Ketika Tausug hampir kalah,
Seorang Sayyid datang lagi membawa aura,
Sayyid Alawi Balfaqi namanya,
Asalnya dari Tarim datang dari Sumatera,
Mengislamkan bangsa Tausug semula,
Menyuntik Rohul Islam Sulu menerima islah,
Hingga Tausug menjadi kuat tidak terkalah,
Spanyol lari tercirit kembali ke Manila.

Amerika datang Jepun berganti,
Tausug semakin lemah hampir mati,
Filipina mengganti konon sahabat karib,
Tetapi mereka sebenarnya agen Yahudi,
Umat Nasrani dijadi proksi,
Tausug diperangi digelar Moro sehari-hari,
Akhirnya Tausug pecah dan lari dari negeri sendiri.

Hari ini!!
Nur telah kembali ke Sulu,
Sultan dikembalikan rakyat seperti dulu,
Di samping mufti dari kalangan makhdumin,
Sultan dari Sulbi Sayyidina Hassan,
Muftinya dari sulbi Sayyidina Hussein,
KHILAFAH akhirnya muncul,
 Dari hujung khatulistiwa timur,
Toifah yang dijanjikan oleh Rasul,
Ikhwan akhir zaman bermulanya kekuatan,
Al-Mahdi Al-Muntazar di ambang kemunculan.

Asreemoro
Jumaat 11:00 am
27hb Mac 2009 M
30 Rabiul Awal 1430 H


Petang 19hb Mac 2009 Pertabalan Sultan Sulu

Perarakan Hari Pertabalan Sultan Sulu 19hb

Perarakan pada pagi 19hb berjalan dengan lancar. Seperti biasa perarakan dilakukan tanpa permit kerana bagi UTC permit dari Mayor Hussin U. Amin talibarut Filipina tidak laku ke atas rakyat Sultan Sulu. Bagi UTC permit telah pun dikeluarkan oleh Gabenor Sultan Sulu, Datu Bendahara Andam. Perarakan pada pagi tersebut dilakukan dengan penuh persediaan dan strategi sekiranya berlaku gangguan dari Polis MUNICIPAL. UTC sudah maklum Polis Marin Manila sendiri tidak boleh mengganggu UTC kerana UTC adalah rakyat Sultan Sulu bukannya rakyat Filipina.

Polis Marin Manila telah pun memaklumkan kepada salah seorang pemimpin UTC bahawa telah ada arahan dari Manila agar tidak ikut campur sebarang urusan yang melibatkan Sultan Sulu dan rakyatnya. Sekiranya ada gangguan maka itu adalah datang dari Polis MUNICIPAL Jolo sendiri atas arahan Mayor Hussin U. Amin atau Gabenor Shakur Tan. Nampaknya Polis Marin Manila berlepas tangan dari segala tindak-tanduk Polis MUNICIPAL Jolo. Kesimpulan terhadap pengakuan Polis Marin Manila tersebut menunjukkan dua perkara:

  • Pertama: Manila sedar dan mengakui kedaulatan Kesultanan Sulu kerana sebarang tindakan negatif ke atas UTC akan menyebabkan "malapetaka terhadap entiti Filipina" sendiri. Kerana mereka telah pun tahu, UTC bukan sahaja punya peguam muda yang handal malah UTC mendapat dokongan dari umat Islam Malaysia dan Indonesia.
  • Kedua: Manila seolah-olah membiarkan Polis MUNICIPAL Jolo yang rata-rata berbangsa Tausug Muslim bertempur dan berbunuhan dengan UTC yang juga Tausug Muslim. Perkara ini telah pun disedari oleh Sultan Sulu dan para pemimpin UTC sebab itu Sultan Sulu atas nasihat Legal Councel (Atty. Meltino Jaujan Sibulan) mengarahkan anggota UTC agar jangan bawa sebarang senjata ketika perarakan. Sebarang tindakan ganas terhadap UTC adalah dikira keganasan di pihak Filipina bukan UTC yang tidak bersenjata.
Pada pagi 19hb perarakan berjalan dengan lancar dengan Polis MUNICIPAL hanya terkebil-kebil melihat perarakan UTC tanpa dapat berbuat apa-apa. Sultan Sulu dan UTC kali ini tidak sama dengan sultan yang lain seperti Sultan Abdulla Fuad Kiram (www.royalsulu.com), Sultan Esmail Kiram II , Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Muidzullail Kiram, Sultan Patico, Sultan Bahjin Shakirullah, Sultan Aidal Aliuddin dan pelbagai sultan lagi yang kesemuanya melantik diri sendiri tanpa dokongan rakyat Jolo.  Sultan-sultan yang disebutkan itu kesemuanya mengaku Sultan Sulu tetapi dalam masa yang sama mengaku rakyat Filipina, inilah kesilapan besar dan kebodohan terhadap hak mereka sebagai Sultan Sulu. Mereka bukan Sultan Sulu tetapi Sultan Filipina. Sedangkan Filipina diambil dari nama King Philips II dari Spanyol. Tausug menganggap Filipina adalah lambang penjajahan dan "kekafiran" yang dari dahulu hingga hari ini Tausug menentangnya.

Yang paling teruk ialah Sultan Abdulla Fuad Kiram (www.royalsulu.com) walau pun sudah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu tetapi masih bekerja di Malakanyang dibawah pentadbiran Gloria Macapagal Arroyo. Ini bermakna Presiden Filipina lebih tinggi dari Sultan Sulu seperti Fuad. Ternyata Fuad adalah Sultan Boneka kepada kerajaan Filipina yang korup dan hanya digunakan oleh Filipina untuk menuntut Sabah. Berbeza dengan UTC, Sabah bagi mereka bukanlah satu isu besar sebab itu UTC tidak menggandingkan nama North Borneo dengan nama Sultannya.

Kalau kita lihat Sultan A. Fuad Kiram (www.royalsulu.com) dinamakan Sultanate of Sulu and North Borneo. Begitu juga dengan sultan-sultan boneka yang lain terdapat nama North Borneo selepas nama Sultanate of Sulu. Menurut Atty. Meltino Jaujan Sibulan kebodohan para sultan-sulta boneka ialah mereka tidak tahu Protokol dan Tertib Kesultanan Sulu, ini kerana mereka tidak mengetahui tentang bendera kerajaan Sulu semenjak abad ke-17 (bendera merah punya lima bintang dan terdapat keris serta tombak). Mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana menempatkan diri mereka setelah menjadi Sultan Sulu. 

Menurut Sultan Sulu UTC (Sultan Bantilan Muizzuddin II Aranan), mereka para sultan boneka seperti Sultan-sultan Kiram mereka hanya "masuk bakul angkat sendiri" kerana menabalkan diri sebagai Sultan sedang mereka tidak punya rakyat atau pendokong Tausug di Jolo. Kerana kebanyakan sultan Kiram menabalkan diri sebagai Sultan Sulu di luar Jolo. Malah katanya yang lebih teruk ada yang ditabalkan di Manila dan ada juga yang di tabal di Zamboanga serta Tawi-Tawi. Sebab itu mereka tidak boleh dipanggil Sultan Sulu tetapi Sultan Manila. Maka tidak hairanlah mereka digelar "Sultan Sapi" oleh Pusat Sejarah Brunei. Kerana dengan hanya menyembelih beberapa ekor lembu maka jadilah dia Sultan.

Perhimpunan Susulan Malam 17hb Mac


Setelah selesai solat Isyak telah diadakan ceramah susulan di perkarangan Istana. Tujuan ceramah ialah memberi perangsang kepada UTC agar tidak putus asa atau goyah dengan peristiwa yang berlaku tadi di hadapan Balai Polis MUNICIPAL. 

Antara yang berucap ialah Atty. Meltino Jaujan Sibulan, Datu Bendahara Andam (Gabenor Sultan Sulu di Jolo), Neldy Jolo, Asreemoro dan beberapa orang pemimpin termasuk Datu Ladjamura (Sultan Sulu). Kata-kata perangsang dari Sultan telah menaikkan semangat para hadirin berkobar semula. Sultan mengumumkan bahawa esok (18hb) UTC tidak akan berarak di Bandar Jolo seperti yang telah dirancang sebelum ini adalah kerana memberi ruang kepada perarakan MNLF yang dianjurkan oleh Nur Misuari. Walau pun UTC menganggap MNLF sudah tidak relevan lagi ketika ini tetapi menghormati majlis mereka perlu untuk keamanan di Jolo.


Sultan juga mengumumkan bahawa pada esoknya akan diadakan taklimat UTC di Astaka Istana untuk persediaan perarakan terakhir pada 19hb nanti. Taklimat kali ini sangat penting kerana UTC akan diberikan tip-tip penting sekiranya Polis MUNICIPAL mengganggu lagi maka beberapa tindakan akan dirangka. Sultan juga turut menyatakan bahawa, sudah ternyata kekuatan UTC kini terbukti benar dengan kekalahan Polis Filipina pagi tadi (mengaku kesalahan dengan memohon maaf serta mengembalikan bendera serta sepanduk UTC ke Istana) menunjukkan kedaulatan Sultan Sulu dan rakyatnya diakui.

Para hadirin bertepuk tangan dengan gemuruh kemudian dikumandangkan doa oleh Syarif Murakib dan hadirin mengaminkannya tanda kesyukuran.

Rabu, 25 Mac 2009

Siapakah Yang Kalah Menjadi Hina?



Sebelah petang setelah penangkapan 13 orang UTC, telah berlaku soal-jawab dalam Balai Polis MUNICIPAL antara penyiasat Polis dengan 13 orang mangsa. Pada mulanya mangsa tersebut tidak bercakap sepatah pun sekali pun disoal dan sebagainya. Apa yang mereka minta ialah Presiden Filipina bukan Polis MUNICIPAL atau Mayor Hussin U. Amin yang tiada harga:

Polis Penyiasat:
"Kami mahu anda semua beri keterangan!"

UTC:
"Siapa anda? Kamu tidak layak mengadap atau menyiasat atau menangkap kami".

Polis Penyiasat:
"Mengapa kami tidak layak? Sedangkan kamu semua telah lakukan kesalahan".

UTC:
"Kami rakyat Sultan Sulu bukan rakyat Filipina. Kamu hanya layak menangkap rakyat Filipina bukan rakyat Sultan Sulu seperti kami". 

Kemudian salah seorang dari mereka (UTC) mengemukakan undang-undang perlembagaan Filipina tentang sebutan Rakyat Sultan Sulu adalah dibawah bidang kuasa Sultan Sulu bukan Filipina, adalah kerana Sultan Sulu sememangnya berdaulat dan pemilik kepada tanah jajahan di bawah kekuasaannya. Polis penyiasat terpinga-pinga lalu keluar melaporkannya kepada Mayor. Sebenarnya Polis penyiasat tidak tahu langsung tentang undang-undang dalam perlembagaan Filipina telah menyebut bahawa Sultan Sulu mempunyai bidang kuasanya yang tersendiri dan berdaulat. Yang menghairankan ialah semua anggota UTC telah mengetahui hal ini kerana telah diajar setiap minggu tentang undang-undang Filipina dan Antarabangsa oleh Atty. Meltino Jaujan Sibulan (Legal Councel Sultanate of Sulu). Tidak berapa lama kemudian Mayor datang:

Mayor:
"Kamu telah menyalahi undang-undang kerana menghalang laluan awam serta berhimpun tanpa permit".

UTC:
"Kami tidak perlukan anda! Anda tidak layak bercakap dengan kami. Kami mahu Presiden Filipina datang berbincang dengan kami atau pun wakilnya".

Mayor bercakap lagi tetapi tidak dihiraukan oleh UTC. Seramai 13 orang hanya mendiamkan diri menyebabkan Mayor merah padam lalu keluar dari kawasan lokap. Tidak berapa lama kemudian Mayor datang lagi sambil menyatakan bahawa mereka semua 13 orang telah dibebaskan:

Mayor:
"Kamu semua sudah dibebaskan dari sebarang pertuduhan, sila keluar dari sini".

UTC:
"Hahhh! Kamu telah tangkap kami tanpa hak dengan tujuan memenjarakan kami dan menghina kami. Kami tidak akan keluar dari sini. Panggil Presiden Filipina kami mahu berdepan dengannya. Mayor tidak layak berbincang tentang hal ini".

Mayor membebel lagi tapi tidak dihiraukan oleh UTC seramai 13 orang, mereka semua hanya mendiamkan diri. Mayor merasa malu lalu masuk semula kepejabatnya. Mayor mengarahkan lagi Polis pergi menemui 13 orang tersebut untuk menyuruh mereka keluar tetapi 13 orang UTC masih tidak mahu keluar. Mayor mula pening kepala, lalu menyuruh orangnya menelefon Peguam Sultan Sulu, Atty. Meltino Jaujan Sibulan untuk datang ke MUNICIPAL berbincang kerana 13 orang UTC tidak mahu keluar dari lokap.

Setengah jam kemudian Peguam Sultan Sulu sampai lalu masuk berjumpa Mayor Hussin U. Amin dipejabatnya. Mereka berbincang agak lama lebih kurang sejam kemudian Peguam Sultan Sulu keluar dari pejabat Mayor. Kelihatan Mayor bergegas keluar ikut pintu belakang menaiki keretanya dan pergi dari situ diiringi dua lori pengawal keselamatan.

Peguam Sultan Sulu menceritakan bagaimana Mayor begitu merayu agar Peguam Sultan Sulu dapat mengambil 13 orang UTC yang tidak mahu keluar dari lokap walau pun sudah 3 kali di arahkan oleh Mayor agar mereka keluar dari situ. Mayor menyatakan lagi, bahawa beliau "nagpatibaba' na tuud" (merendahkan diri sungguh) kepada 13 mangsa agar keluar dari lokap secepat mungkin. Mayor berjanji agar segala bendera dan sepanduk yang dirampas akan dihantar sendiri oleh Polis MUNICIPAL ke Istana Sultan Sulu.



Peguam pun dengan ditemani oleh Timbalan Mayor masuk ke kawasan lokap dan berbincang dengan 13 mangsa. Tidak lama kemudian mereka keluar beramai-ramai dari kawasan lokap sambil melaungkan takbir diiringi oleh peguam yang hanya tersenyum pada mereka. Mereka sempat bergambar beramai-ramai. Beberapa minit kemudian Polis memunggah bendera dan sepanduk masuk ke dalam lori mini Polis dibantu oleh UTC secara suka rela.



"Telah Jelas Kemenangan Berpihak Kepada Tausug dan Kesultanan Sulu"

Polis Talibarut Kerajaan Filipina Adalah Bacul Dan Hina



Tidak berapa lama kemudian Polis MUNICIPAL datang menyerbu penunjuk perasaan UTC dengan bahasa perlahan. Mereka meminta segala bendera dan sepanduk UTC diserahkan kepada mereka. Peringkat awal UTC melawan, hingga berlaku tolak menolak. Hinggakan Polis menggunakan muncung  M-16 mencucuk ke perut UTC yang enggan. Gabenor Sultan Sulu dan Komander UTC mengarahkan mereka mengikut arahan Polis agar tidak berlaku pertempuran yang merugikan bangsa.

Menurut komander dan Gabenor Sultan Sulu, jangan sampai UTC berperang pula dengan Polis kerana kesemua Polis berbangsa Tausug juga. Tetapi tidak mengapa, video dan foto telah pun diambil. Biarkan mereka merampas apa sahaja supaya menjadi bukti bahawa yang kejam bukannya UTC atau rakyat Sultan Sulu tetapi kekejaman akan berbalik kepada Polis Filipina.

Setelah melihat bahawa mereka telah menguasai UTC, tiba-tiba si Bodoh ketua Polis MUNICIPAL datang seperti hilang akal mengarahkan orangnya menangkap beberapa orang Peace Keepers Sultan Sulu. Maka berlakulah tangkapan, tolak menolak dan tendang menendang dari pihak Polis MUNICIPAL atas arahan Ketua Polis Bodoh dan bacul terhadap bangsa sendiri. Seramai 13 orang tertangkap kebanyakannya adalah anggota remaja Peace Keepers Sultan Sulu. Yang hairannya ketua UTC dan Komander Peace Keepers tidak mereka tangkap sebabnya Polis sendiri takut menangkap mereka. 

Kelihatan Gabenor Sultan Sulu didekati oleh polis untuk menangkapnya tetapi Gabenor tersebut mara ke arah polis sambil memaki hamun. Wajah Gabenor Sultan Sulu begitu menggerunkan. Dengan kopiah hitamnya, pipi ditumbuhi jambang berbadan besar pula serta latar belakangnya yang disegani menyebabkan polis berfikir 1000 kali untuk menangkapnya.

Polis Marin Manila yang kafir itu pun tidak melakukan apa-apa terhadap UTC. Yang lebih sudu dari kuahnya ialah Ketua Polis MUNICIPAL sambil memaki hamun tak tentu pasal kepada bangsanya sendiri. Gabenor Sultan Sulu dan Komander Peace Keepers mengarahkan juru gambar mengambil gambar Ketua Polis bodoh tersebut serta mengarahkan UTC agar tidak bertindak balas. Biar Polis sendiri yang melakukan kekasaran agar menjadi bukti bahawa bacul, dayus dan hina ialah mereka yang menjadi talibarut Filipina seperti Ketua Polis MUNICIPAL dan konco-konconya itu.



Ketua Polis kemudiannya mengarahkan merampas semua Sepanduk dan Bendera Sultan Sulu. Maka dirampaslah semuanya lalu dilemparkan ke tanah, dilonggok begitu sahaja. Sebahagian UTC meleleh air mata kerana yang dilempar ke tanah itu ialah bendera mereka tertulis kalimah "La ilaha illallah Muhammadurrasulullah". Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana menurut arahan ketua UTC agar tidak berlaku pertumpahan darah.

Kita akan lihat siapa yang akan menang, UTC atau Polis Talibarut Filipina.

Pejuang Veteran MNLF Cedera


Ketika hiruk pikuk jeritan takbir dalam semburan air bomba, kelihatan seorang tua yang kudung sebelah kanan tangannya sedang memegang bendera merah, tersembur air pada tangannya lalu terpelanting bersama bendera merah bertulis kalimah "La ilaha illallah Muhamadurrasulullah" yang dipegangnya sejak tadi.

Beliau bingkas bangun menoleh kiri dan kanan mencari bendera merahnya. Baginya bendera merah tertulis kalimat suci itu adalah segala-galanya. Tidak boleh jatuh terhina kerana jatuhnya bendera tersebut maka jatuhlah maruah dirinya. Tiada siapa yang boleh merampas dari tangannya. Itulah nyawanya, nyawa bangsanya, nyawa tanah airnya dan nyawa generasinya yang akan datang. 

Setelah terlihat bendera merahnya yang tidak jauh dari sisinya beliau lantas tunduk untuk mengambilnya semula. Tangannya teraba-raba dalam kekalutan semburan air dalam kumpulan manusia UTC. Sungguh malang semburan air bomba datang lagi menghentam pinggulnya dari belakang. Kali ini lebih deras dan padu mengena pinggulnya yang kurus, tangan kanannya tidak dapat menahan kerana kudung sedangkan tangan kirinya memegang bendera lantas sahaja beliau tersembam ke bumi. Kepalanya menjunam mengheret simen tetapi kali ini bendera merahnya masih tergenggam erat. Beliau membiarkan dirinya tersembam berbanding dari melepaskan benderanya ke bumi.

Beliau bangkit lagi sambil menongkat batang benderanya agar tidak jatuh semula. Lututnya mula menggigil jantungnya mula berdegup pantas kerana sejak pagi tadi perutnya belum di masuki oleh satu makanan pun. Bekalan yang baru diberi anaknya belum dijamah. Adrinalin mula meresap kedalam urat saraf otaknya. Tiba-tiba beliau melaung dengan jeritan takbir seperti singa sekali pun suara tuanya tidak sekuat dulu ketika dalam MNLF. Darah mula mengalir dari dahinya. Dahinya terkoyak akibat tersembam tadi. Darah terus mengalir didahinya. Darah yang menjadi saksi kepada "si tua yang tidak mengenal kekalahan", darah yang menjadi saksi di hadapan Allah swt sekiranya beliau gugur sebagai syuhada hari itu.

Dengan tangan kirinya menggenggam erat bendera merah beliau berlari menuju ke pintu MUNICIPAL sambil tangan kudungnya terkial-kial mengimbangi lariannya "Allahu akbar!! Kalian ingat saya takut mati!! Saya telah lama menginginkannya!! Allahu akbar!!". Salah seorang Peace Keepers menjerit "Hey, tahan orang tua itu! Pegang dia! Pegang dia!!", Peace Keepers meluru memeluk dan mengheretnya ke tepi. 

"Lepaskan saya, si tua ini akan syahid hari ini!! Lepaskan!! Allahu akbar!!" Jerit si tua seperti kehilangan akal. "MasyaAllah pakcik!! Ingat kita di sini atas perintah Sultan yang kita kasihi!! Baginda mengarahkan kita bersabar sekali pin kita dibunuh!! Ingat!! Kalau kita ditembak hari ini, kita tidak kalah tapi kemenangan!!".

Si tua menjadi tenang semula. Peace Keepers Sultan Sulu membawanya ke tepi. Bendera merah yang dipegangnya masih tidak dilepaskan. Peace Keepers menarik batang bendera merah ditangannya, beliau tidak mahu melepaskannya. Seorang Komander Peace Keepers datang memujuk si tua dengan bahasa lunak. Mengingatkan beliau tentang pesanan Sultan bahawa hanya keamanan yang boleh selamatkan Sulu.


Tembakan M-16 Bergema Pancutan Air Meletus


"Allahu akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Saudara ku sekalian, kita akan ditembak. Kita tanpa senjata berbaris secara aman hari ini memperlihatkan kepada dunia. Bahawa Tausug dan Kesultanan Sulu sememangnya berdaulat dan berkuasa terhadap tanah airnya sendiri. Kiranya kita dinafikan hak maka biarkan mereka menembak. Kita lihat siapa yang akan kalah! Kita atau mereka! Allahu akbar!!"

Pancutan air pun tiba-tiba keluar dari dalam MUNICIPAL. Ia datang dari lori bomba yang sudah sedia sejak pagi tadi atas arahan Mayor. Pancutan deras meluncur langsung melanda penunjuk perasaan. Kelihatan anak-anak kecil terpelanting bergulung-gulung di tanah termasuk wanita tua terbang bersama bendera merah tertulis kalimah "la ilaha illallah Muhammadurrasulullah". Wanita tua dan kanak-kanak tadi terpelanting lalu hilang dalam kabus air pancutan. 

Jeritan anak muda UTC tidak putus-putus dengan takbir menyeru dan memuji nama Allah swt. Kederasan pancutan air tidak disangka oleh para penunjuk perasaan. Telah mematah dan menghancurkan setiap spanduk yang terkena pancutan dan akan diterbangkan ke belakang setelah itu bersama orang yang memegang spanduk.


Jeritan suara Polis dari dalam MUNICIPAL kedengaran dalam bahasa Tausug yang kasar:
"Manga iru' baboy, nanamun niyu sayan!!" (Kamu anjing, babi rasakan!!)

Kedengaran beberapa das tembakan M-16 kedengaran lagi. Kemudian kedengaran lagi lebih 20 das tembakan yang saya kira dihalakan kepada penunjuk perasaan. Tetapi setelah diperhatikan kesemua tembakan tersebut sebenarnya dihalakan ke atas.

Suara UTC kedengara dari dalam hiruk pikuk takbir:
"Hey, jangan sia-siakan peluru kamu!! Halakan ke mari... buat apa tembak ke atas!! Sasaran ada di sini!! Dayyussss kamu!! Allahu akbarrrr!!!".

Kelihatan dari kejauhan, Polis Marin Manila (didatangkan dari Manila) kesemuanya diarahkan oleh komander mereka masuk menyorok dalam MUNICIPAL. Mereka mendapat arahan dari Manila agar tidak mengapa-apakan UTC atau pun ikut campur dengan Polis MUNICIPAL Jolo. (Arahan ini saya tahu setelah tamat tunjuk perasaan).


Sebahagian Polis Marin Manila berada jauh di hujung jalan. Seorang Polis MUNICIPAL mengadu kepada Polis Marin Manila:
"Tolong kami, mungkin mereka akan merusuh". 

Marin menjawab "Ahh, itu hal kamu, kami tidak masuk campur, kami telah mendapat arahan tidak mengganggu UTC". 

Polis MUNICIPAL hanya terkebil-kebil. Kemudian salah seorang Polis MUNICIPAL memberi arahan kepada kanak-kanak yang memegang bendera merah Sultan Sulu agar beredar dengan menghalakan muncung M-16 ke arah kanak-kanak tersebut. 

Hal ini menaikkan kemarahan Polis Marin Manila lalu menghalang tindakan Polis MUNICIPAL "Hey, jangan calar reputasi Kerajaan Filipina". (Hal ini diberi tahu oleh UTC kepada kami dari seorang Polis Municipal yang menyokong UTC)

Majoriti Polis MUNICIPAL adalah Muslim berbangsa Tausug sedangkan Polis Marin Manila adalah Kristian Visaya. Sudah menjadi peraturan di Sulu, Polis MUNICIPAL semestinya berbangsa Tausug beragama Islam.

Di hadapan Balai Polis MUNICIPAL jeritan UTC tidak putus-putus dengan takbir dan jeritan cabaran. Tiba-tiba pekerja bomba yang sedang bertugas memegang hos pancutan terkena lastik dengan peluru guli dari arah UTC. Beberapa biji batu juga kelihatan dilempar dari arah UTC menuju si tukang pancut air. Petugas bomba cepat-cepat memakai topi keledar.

Suara Polis MUNICIPAL kedengaran:
"Hey, lebih baik kamu bersurai!! Kami pun Tausug juga seperti kalian!!"

Kedengaran suara balas dari UTC:
"Hey, kamu bukan Tausug!! Kamu FILIPINO!! Pemimpin kamu bukan Islam! Bagaimana kamu sanggup memanggil diri kamu Tausug sedangkan kamu sanggup makan gaji kepada orang Kristian Manila!! Keluar Filipino dari tanah kami!! Bebaskan kami atau bunuh sahaja kami!! Allahu akbar!!!".

Polis MUNICIPAL membalas jeritan:
"Kalau Filipina kamu halau keluar, kita di sini mau diletak di mana? Fikirlah!!".

UTC:
"Hey, ini tempat kita Tausug, biarkan saja mereka kembali ke tempat asal mereka Filipina. Kita ada Sultan Sulu!! Bodohh!!".

Tindakan Kasar Mayor Hussin U. Amin


Tiba-tiba muncul seorang lelaki berbadan besar berbaju merah menuju kepada ketua penunjuk perasaan UTC. Rupa-rupanya beliaulah yang dinamakan sebagai Mayor Hussin U. Amin yang berpejabat di MUNICIPAL. Neldy Jolo datang berlari ke arah Mayor dan mengambil gambar.

Berikut perbualan mereka menurut cerita penunjuk perasaan UTC:

Mayor:
"Mengapa kamu semua menghalang jalan! Ini adalah tindakan salah menyalahi undang-undang".

UTC:
"Apa kesalahan kami? Kami hanya menyatakan pendirian kami atas nama Sultanate of Sulu yang berdaulat"

Mayor:
"Kamu tiada permit, bagaimana aktiviti perniagaan berjalan lancar sekiranya kamu menutup jalan? Kamu semua pergi ke hadapan Masjid Tulay di sana ada plaza untuk kamu".

UTC:
"Kami sudah ada permit dari Gabenor Sultan Sulu".

Mayor:
"Kamu mahu beredar atau mahu ditembak?"

UTC:
"Menembak? Silakan... kami tetap berdiri di sini untuk menunjuk perasaan. Filipina keluar dari tanah kami. Ini adalah tanah Tausug dan Kesultanan Sulu. Nyah dari sini Filipino!"

Mayor berjalan laju menuju ke dalam MUNICIPAL diikuti oleh Polis pengiringnya yang ramai. Saya yang melihat dari tembok MUNICIPAL mula berasa risau. Merasakan seperti ada perkara yang tidak diingini bakal berlaku. Kelihatan UTC semakin galak bertakbir. Dunia seolah-olah pecah dengan gema takbir mereka. Mereka melompat sambil mencabar Mayor yang mengugut mahu menembak mereka. 

"Tembak kami kalau berani, Allahu akbar! Saksikan wahai kaum Muslimin, kami syahid hari ini tanpa senjata ditangan! Allahu akbar!".

Salah seorang Polis biadap menjerit kearah UTC:
"Allahu akbar kah atau Allahu akkal?".

Tiba-tiba Gabenor Sultan Sulu menjerit ke arah Polis:
"Hey, biadap, berani kau cakap begitu! Kamu Islam kah?"

Polis:
"Ahhh... !"

Gabenor Sultan Sulu:
"Kami tidak perlu permit, ini negara kami, mengapa? Kamu mahu bermusuh secara personal? Cakap!"



Polis berundur tanpa menyahut cabaran Gabenor Sultan Sulu. Sudah menjadi adat kebiasaan Tausug, permusuhan personal boleh membawa peperangan saudara 7 keturunan. Ini lebih menakutkan dari peperangan secara besar-besaran dengan musuh yang telah kita ketahui. Berbanding "Permusuhan Personal" ia lebih khusus diiringi dendam kesumat. Tausug maklum, memulakan permusuhan personal bermaksud "bunuh diri". Lagi pun siapa yang tidak kenal dengan Gabenor Sultan Sulu yang terkenal dengan ramai saudara mara lelaki di Jolo.

Hambatan Filipino terhadap UTC 17hb Mac 2009



Lepas sarapan pagi pada pagi 17hb, saya dan Neldy bergegas ke Bandar Jolo dari rumah tempat kami menginap. Jam tangan menunjukkan jam 8 am. Neldy Jolo menyuruh saya berjalan cepat menuju ke bulatan lapangan terbang kerana Balai Polis Jolo (MUNICIPAL) berada di sana.

Sampai di sana kelihatan UTC sudah begitu ramai berkumpul di sepanjang jalan depan MUNICIPAL. Anggaran saya lebih kurang 3000 orang ketika itu. Kelihatan Peace Keeper sibuk menyusun barisan agar tidak berpecah. Bendera Kesultanan Sulu degan bertulis kalimah "La ilaha illallah Muhammadurrasulullah" berkibar megah. Kalimah yang sama juga mereka lilit di kepala seolah-olah mahu melakukan "perang sabil".

Takbir kedengaran bergema tanpa henti-hentinya "Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" dari pada pemuda-pemuda Peace Keeper. Neldy Jolo yang sibuk mengambil gambar kesana-kemari dengan kemera 8.1 megapixel Fujifilmnya. Saya menyandar di dinding luar tembok MUNICIPAL. Tiba-tiba saya disapa oleh seorang dari dalam tembok MUNICIPAL "Saudara dari mana?" saya menjawab "Dari Malaysia... Tausug Malaysia".

Orang yang berada dalam tembok terkejut kerana saya fasih berbahasa Tausug, lalu menyoal lagi:

Penyoal:
"Ahh, Malaysia di mana tempat?"

Asree:
"Kuala Lumpur.... Tausug dari Kuala Lumpur"

Penyoal:
"Kamu datang ke sini melancong?"

Asree:
"Ya, saya juga observer Tausug dari Malaysia"

Penyoal:
"Bagaimana kamu tahu hal ini?" (Maksudnya UTC)

Asree:
"Kamu tak tahu UTC sudah tersebar ke Semenanjung Malaysia dan Indonesia? Kamu tak tahu observer dari Australia juga ada di sini?"

Penyoal:
"Kami tak tahu, sungguh! Kamu tak terlibat dengan UTC?"

Asree:
"Saya tak terlibat, cuma observer kerana saya rakyat Malaysia. Hanyasanya saya berbangsa Tausug. Walaupun saya Malaysian tetapi sangat mengharapkan keadilan tertegak dibumi Tausug. Saya datang kemari hanya mahu menyaksikan pertabalan Sultan Sulu dan mahu lihat samada UTC benar-benar wujud atau tidak"

Penyoal:
"Bagaimana anda tahu observer dari Australia datang kemari?"

Asree:
"Saya tahu sebab sebelum datang ke mari (Jolo) saya singgah di Zamboanga. Sahabat-sahabat dari MNLF beritahu, bukan setakat observer dari Australia, dari China dan Singapore pun ada" kelihatan mereka berpandangan sesama sendiri.

Saya merasakan kedatangan observer dari negara luar adalah disebabkan menghadiri perhimpunan MNLF sempena ulang tahun Bangsa Moro anjuran Nur Misuari yang akan berlangsung 18hb. Tidak berapa lama kemudian datang seorang Polis Filipina berbangsa Tausug menyapa saya:

Polis:
"Bro, cuba tolong kami bagaimana UTC ini beralih tempat dari sini. Ini sangat bahaya, bagaimana kalau mereka merusuh sudah tentu perang saudara tidak dapat dielakkan. Tolong bagi tahu mereka beredar dari sini"

Asree:
"Ahaaa... saya bukan orang sini, saya pelancong dari Malaysia. Saya rasa mereka tak akan merusuh. Mereka hanya tunjuk perasaan secara aman... janganlah kuwatir"

Polis:
"Cuba lihat mereka semakin agresif. Spanduk mereka pun nampak seperti mahu merusuh". Di wajah Polis muda ini tergambar satu kerisauan. Sekali pandang seperti wajah kecewa pun ada. Putus asa pun ada.



Asree:
"Sabar bro, jangan ganggu mereka sudah. Mereka berarak dan tunjuk perasaan secara aman saja. InsyaAllah mereka tak akan merusuh".

Polis:
"Hairan, apa sebenarnya yang mereka mahu?". Bergegeas berlalu dari situ menuju ke hadapan pintu MUNICIPAL.

Laungan takbir semakin gamat. Kelihatan UTC semakin ramai jumlahnya. Yang baru berdatangan semakin ramai.


Rayuan Bantuan Kesihatan Antarabangsa ke Sulu

Datu Ladjamura dan para Datu serta UTC mengharapkan bantuan Perubatan Antarabangsa akan datang ke Sulu untuk membantu memberi ubat-ubatan dan rawatan sewajarnya kepada umat Islam Sulu keseluruhannya. Selepas pertabalan Sultan Sulu pada 17hb Mac 2009, akan dirangka surat menyurat untuk dihantar secara rasmi kepada Mercy Indonesia dan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Sultanate of Sulu nanti.

Taklimat di Astaka Istana


Taklimat pada petang 16hb di Astaka Istana adalah taklimat terakhir setelah mendapat kata putus kaedah menyusun Rumah Bichara Kesultanan Sulu bersama para Datu. Saya ditugaskan untuk menyampaikan sepatah dua berkenaan lawatan saya ke Jakarta Indonesia dan menjelaskan sejarah kedatangan Habaib ke Sulu membawa Islam pada abad ke-14. 

Penjelasan ini penting agar UTC tidak tertanya-tanya mengapa perlunya Sultan Sulu mengambil Mufti dari luar Sulu. Adalah kerana sejarah kedatangan Islam ke Sulu adalah bermula di tangan para Habaib. Saya juga menjelaskan kelebihan-kelebihan Ahlul Bait Rasululluh saw dan para keturunan Quraish dan Bani Hasyim menjadi pemimpin adalah sabit dari hadith Rasulullah saw.

Juga menjelaskan kepada mereka pendapat para Imam Mazhab As-Syafi'iyah seperti Imam Syafi'e r.a.  sendiri serta Imam An-Nawawi meletakkan syarat perlantikan pemimpin dari kalangan Bani Quraish atau Bani Hasyim. Walaubagaimana pun saya menyatakan kepada mereka bahawa sekiranya ada yang lebih layak maka boleh juga melantik dari kalangan golongan bawahan kerana Rasulullah saw menyatakan bolehnya melantik pemimpin sekalipun mereka berketurunan Habsyah (kulit hitam). Sebab itu Datu Ladjamura melantik Datu Panglima kepada pemimpin Bajau Laut adalah kerana perlunya melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri yang mereka sendiri hormati sebelum ini untuk memudahkan pentadbiran.



Dalam taklimat saya di Astaka Istana ini, kehadiran para Datu Panglima dan Paduka dari Pulau Basilan dan Tawi-Tawi menambahkan lagi kemeriahan majlis taklimat. Sebelum ini dimaklumkan kehadiran para Datu dan Panglima dari Pulau Palawan. Manakala dari Borneo Utara (Sabah) meminta perlantikan para Datu Panglimanya tidak dibuat pada ketika ini adalah kerana menghormati keputusan Datu Ladjamura dan Peguamnya (Atty. Meltino Jaujan Sibulan) untuk tidak melantik Datu Panglima di Sabah buat masa ini. Ini juga turut dipersetujui oleh para dilegasi dari Borneo Utara (Sabah) sendiri.

Petang itu berakhir dengan terlantiknya para Datu Panglima di setiap pulau kerajaan Kesultanan Sulu termasuk Ahli Rumah Bicharanya. Majlis ditutup dengan bacaan do'a oleh seorang Ustaz dari Bongao, Tawi-Tawi.

Perbincangan Bersejarah

Kerendahan Hati Sultan Sulu

Setelah berbincang dengan Peguam Kesultanan Sulu Atty. Meltino Jaujan Sibulan kami pun pergi mengadap ke Istana Datu Ladjamura (ketika ini beliau belum ditabal sebagai Sultan Sulu). Kami menaiki motorsikal bersama Neldy Jolo. Sampai diperkarangan Istana kami disambut oleh berpuluh-puluh orang dengan peluk cium tanda muhibbah. Saya dan Neldy dijemput ke atas Istana bertemu Datu Ladjamura. Setelah berbincang beberapa perkara dan bertukar-tukar fikiran dan maklumat saya pun meminta Neldy mengambil gambar kami bersama Datu Ladjamura disamping kumpulan Bajau Laut yang turut hadir ketika itu.

Menurut Datu Ladjamura, UTC tidak mengira bangsa. Sekiranya mereka mendaftar surat kelahiran UTC mereka automatik diistilahkan sebagai Tausug. Kaum Bajau Laut sekiranya mendaftar akan dikategorikan sebagai TAUSUG didalam daftar kelahiran kerana bagi Datu Ladjamura UTC ingin dicatat dalam sejarah sebagai "Pembaharuan Tausug" (Revivals of Tausug). Bagi beliau Ummat Islam Sulu perlu pembaharuan, istilah Tausug cuma satu Kesatuan dari pelbagai etnik Muslim Sulu untuk kemerdekaan. Beliau tidak kesah sekiranya ada yang menganggap cara UTC ini hanya semata-mata memancing sokongan dari etnik Bajau dan Iyakan. Baginya cukup jelas, Allah swt tidak membezakan antara satu dengan yang lain melainkan iman dan ketakwaannya sahaja kepada Allah swt.

Baginya istilah TAUSUG yang dilagang UTC bukanlah satu "pemadaman" etnik lain menjadi Tausug tetapi sebagai lambang kesatuan ummat Sulu yang sedar terhadap hak-hak mereka. Beliau menegaskan bahawa, Allah swt tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam diri dan cara mereka berfikir agar dengan demikian mereka dapat merubah bentuk kehidupan bermula dari pendirian mereka yang telah mereka "ubah". Katanya lagi, bahawa Tuhan telah memberikan kita pilihan samada menjadi buruk atau sebaliknya. Dan setiap pilihan akan ada pertanggungjawaban dihadapan Ilahi nanti.

Selasa, 24 Mac 2009

Pemimpin Yang dilantik Filipina adalah Korupsi?


Anak-anak Sulu Perlu Pembelaan



Ke Jolo, Sulu 16hb Mac 2009


Sampai di Jolo satu malam perjalanan dengan menggunakan kapal laut dari Bandaraya Zamboanga bersama Neldy Jolo. Setelah selesai solat Subuh di Masjid kecil Shariful Hashim berhampiran Pelabuhan Jolo:

  • Jam 6 am, saya dan Neldy Jolo mengambil keputusan bersiar-siar di Bandar Jolo.
  • Neldy memanggil beca yang dikayuh oleh seorang remaja Tausug. Barang yang kami bawa dimuatkan kesemuanya ke dalam beca manakala kami hanya berjalan kaki.
  • Neldy mengambil gambar di setiap sudut yang kami lalui. Menurut Neldy kami perlu menuju ke rumah Peguam Kesultanan Sulu Atty. Meltino Jaujan Sibulan dengan berjalan kaki.
  • Kami singgah di sebuah restoran Tausug berhampiran dengan bulatan jalan Lapangan Terbang Jolo untuk sarapan pagi. Kami ajak pengayuh beca sekali bersarapan.
  • Ketika bersarapan, kami menemuramah remaja pengayuh beca dan mendapati beliau berumur 16 tahun sudah tidak bersekolah lagi kerana membantu adik-adiknya mencari wang untuk menampung persekolahan mereka sehari-hari. Beliau begitu gembira dan bangga kerana berjaya membantu adik-adiknya melanjutkan pelajaran. Baginya ini adalah satu pengorbanan sebagai abang kepada adik-adiknya.
  • Ketika dalam restoran saya menyuarakan kebimbangan kepada Neldy berkenaan barang-barang kami hanya diletak diluar restoran berada dalam beca tanpa penjagaan. Neldy mengatakan bahawa di Jolo tidak mungkin barang akan dicuri sedangkan diketahui pemiliknya berada dalam restoran. Katanya Tausug bukan pencuri dan tidak akan sanggup mencuri, kerana ia melibatkan maruah. Tausug sangat menjaga maruah takut keluarganya digelar peminta sedekah atau pencuri, terutamanya seperti di Jolo yang majoritinya Tausug.
  • Setelah selesai sarapan kami berjalan kaki lagi menuju ke satu lorong yang sangat sibuk dengan beca dan motorsikal yang berwarna warni.
  • Tiba-tiba pengayuh beca yang membawa barang-barang berharga kami telah hilang dihadapan kami. Neldy yang memahami reaksi saya bersuara "Asree, Tausug kalau sudah kita belanja makan dia tak akan mengkhianati kita, jangan bimbang".
  • Saya berkata dalam hati "Bukankah Tausug adalah bangsa Muslim yang paling khianat di Nusantara seperti yang dituduh oleh sejarahwan barat?". Hati saya juga menjawab "Ya memang, tetapi setelah Tausug dikhianati mereka akan menjadi manusia yang paling khianat".

Kami sampai di rumah Atty. Meltino Jaujan Sibulan pada jam 8:30 am langsung disambut oleh ibunya dan barang-barang kami dipunggah masuk (kerana Bro Meltino masih tidur). Saya beri 20 Peso kepada remaja pengayuh beca dan ucapkan ribuan terima kasih atas kejujurannya.



Di Zamboanga 14hb-15hb Mac 2009


Ketika sampai di Pelabuhan Zamboanga kelihatan sepupu saya Bro Raddin dan seorang pembantunya sedang melambai-lambai datang mengambil barang-barang yang saya bawa menuju ke atas sebuah lori kecil.

Tiba-tiba muncul Bro Neldy Jolo dan sahabatnya Bro Nur Daniel, kami bersalaman beramah mesra kerana hanya bersembang dalam talian internet selama ini. Neldy Jolo memperkenalkan Nur Daniel yang mengajar sebagai pensyarah di salah satu University Zamboanga. Neldy Jolo juga setahu saya pernah mengajar di university yang sama selama tiga tahun sebelum berhijrah ke Sabah. Saya berasa begitu kecil dihadapan mereka kerana saya cuma lulus SPM 1994 (pangkat 2) berbanding mereka yang bekerja sebagai pensyarah.

Saya perkenalkan mereka dengan sepupu saya Raddin, kemudian kami bergegas ke Santa Barbara. Sampai di rumah saya bersalaman dengan makcik saya Hjh Dallama (adik kandung kepada ibu) dan suaminya Hj Aziz @ Pula, kerana sudah hampir 30 tahun terpisah. Ketika umur saya 5 tahun ibu pernah bawa saya ke Pulau Dassalan tidak jauh dari Zamboanga (dihuni oleh majoriti kaum Bajau Balangingi, kebetulan ibu saya darah campuran Tausug dan Bajau Balangingi) sebelum kembali ke Jamperas Sandakan, ketika itu saya tidak ingat apa-apa.

Nur Daniel menyoal saya beberapa soalan antaranya apa posisi saya dalam UTC, apakah pendirian UTC (United Tausug Citizens) terhadap MNLF (Nur Misuari) dan apakah halatuju UTC kepada ummat Islam Sulu. Lagi soalan beliau ialah beberapa isu dalam buku yang saya tulis Tausug & Kesultanan Sulu yang beliau tidak bersetuju. Saya menjawab satu-persatu persoalannya sehingga beliau berpuas hati. Beliau tersenyum puas sambil menyatakan bahawa buku yang saya tulis itu telah menjadi satu kajian di bawah seliaannya di University tempat beliau mengajar.

Menurut beliau walaupun buku tersebut bukan ditulis oleh seorang Doktor PHD atau ahli akedemik tetapi mempunyai fakta yang memuaskan yang perlu dilanjutkan kajiannya oleh mana-mana University. Nur Daniel mempunyai pendirian berbeza iaitu, Sulu tidak boleh merdeka dalam suasana yang belum sedia seperti hari ini serta tidak dapat menerima ketuanan Sultan Sulu yang monarki kerana beberapa kesalahan Sultan Sulu sebelum ini atas kuasanya yang mutlak yang tidak boleh dibangkang oleh rakyat. Saya katakan perlunya beliau bertanya secara langsung kepada pemimpin atasan UTC sekiranya sampai di Jolo nanti.