Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Rabu, 15 Oktober 2008

Kaum Momogun & Kaum-Kaum Lain Di Sabah

Penjelasan Tentang Kaum Momogun Secara Jujur
Seorang sahabat dari kaum Momogun bertanya pada saya mengapa kaum Suluk dan kaum-kaum di Sulu sahaja yang saya kaji dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu mengapa kaum Momogun di Sabah (Kadazan-Dusun dll) tidak dikaji sekali. Saya katakan sebabnya saya sendiri adalah berasal dari kaum Sulu sebab itu layak menulis tentangnya. Sepatutnya kaum Momogun lah yang tulis tentang asal-usul bangsa mereka sebab hanya kaum mereka sendiri yang faham tentang keadaan mereka sendiri. Dia ingin tahu juga sekiranya saya ada mengkajinya kerana tiada penulis buku pun yang berjaya mendedahkannya. Untuk memuaskan hatinya saya memberi beberapa keterangan ringkas sahaja agar untuk mudah difahami.

Pada awalnya saya enggan memberi apa-apa ulasan atau mengungkit hal ini hanya kerana ia terlalu sensitif , sudah tentu ramai sahabat saya dari suku kaum Momogun akan "terasa". Malangnya isu-isu "menghalau orang Suluk dari Sabah", "Mereka Orang Filipin Nyah dari Sabah", "Orang Filipin bangsa yang kotor" dan sebagainya semakin berleluasa hanya kerana kejahilan mereka terhadap sejarah.

Sejarah tetap sejarah, perlunya sejarah sebagai kayu pengukur kepada setiap tindakan dewasa ini. Sebarang keceluparan akan menghasilkan tindak balas yang mungkin lebih celupar. Sebab itu perlunya kita belajar sejarah masa silam demi maslahat ummat di masa akan datang.


Momogun kaum lemah lembut tidak suka cari gaduh.
Dalam sejarah Malaysia, terutamanya bila dirujuk di muzium Negeri Sabah, Kadazan-Dusun dan beberapa kaum dayak lain Momogun bukanlah berasal dari Sabah (Borneo Utara) melainkan datang dari Yunnan China atau Indochina. Melihat pada wajah mereka kita akan tahu sebab itu kaum cina di Sabah hari ini suka berkahwin dengan mereka kerana budi bahasa dan lemah lembutnya serta tidak mahu cari gaduh, tak tumpah seperti perangai kaum Cina, janji jangan ganggu bisnes, sudah. Itu sebab orang-orang Suluk ketika dulu tidak mengganggu mereka atau mangutip cukai melainkan mereka keluar berdagang melalui kawasan yang ada laluan pengutipan cukai seperti mudik ke hilir sungai untuk bertukar barang.

Satu persoalan, bagaimana orang-orang momogun atau kadazan-dusun serta kaum-kaum dayak lain berada di Sabah. Sedangkan sejarah mereka berasal dari indochina? Mungkinkah mereka adalah manusia Proto yang pertama kali datang ke Sabah ketika Zaman Ais? Tidak,..tidak... manusia proto atau negrito rupa parasnya seperti kaum Jakun di Melaka, atau Orang Asli di Pahang yang rupa mereka seperti negro campur Melayu (Rambut Kerinting) sedangkan momogun ini sepet-sepet matanya dan putih kuning kulitnya. Mari kita analisis secara jujur, tanpa ada prasangka kerana tiada penjelasan sebelum ini tentang bagaimana kaum-kaum dayak ini datang ke Borneo Utara (Sabah), telah dijelaskan dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu dari mana asalnya kaum Suluk dan kaum Bajao telah dijelaskan secara terperinci tetapi tidak bagi kaum momugun.


Sebenarnya kedatangan Momogun ke Borneo Utara ada kaitan dengan pelanunan bermula ketika era Kesultanan Sulu yang awal lagi. Istilah "LANUN" yang kita panggil hari ini adalah dinisbah kepada bangsa Iranun. Dalam pelat Suluk, kaum Iranun dipanggil kaum "ilanun" (Wal hal bukanlah lanun kerana kaum Iranun adalah kaum yang mementingkan maruah). Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, m.s. 890, Lanun bermaksud Perompak Laut, yang sebenarnya diambil dari lidah orang-orang Suluk memanggil Iranun dengan Ilanun. Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya yang terkenal "Muslim In The Philipines" mengatakan lanun yang paling handal melanun di perairan Sulu dan Laut China Selatan ialah lanun dari kaum Iranun dan Kaum Bajao Balangingi. Dua kaum ini bersatu dalam satu kumpulan belayar bersama-sama. Kerja mereka merompak dan menyerang kampung-kampung kaum dayak (Non-Muslim) dimana-mana sahaja menangkap kaum lelakinya dan menjualnya kepada Datu-Datu Diraja Sulu dan kepada Pangeran Brunei sebagai hamba. Seorang pencatat sejarah bernama James Francis Warren dalam bukunya "The Sulu Zone 1768-1898" (Singapore University Press 1981) menyatakan mereka melanun hingga ke perairan Terengganu dan Kelantan, hinggakan sampai ke Vietnam atau Indochina. Dari Laut China Selatan masuk ke Selat Melaka dan tembus semula ke perairan Kalimantan terus ke Sulu melalui Makassar. Hasil tangkapan mereka jual ke Makassar di negeri Bugis.


Kehandalan Suku Kaum Tidung
Satu lagi kaum yang paling ganas melanun sehingga menjahanamkan Spanyol ialah suku Kaum Tidung dari Sibuku Kalimantan. Seperti juga Iranun dan Bajao Balangingi, Tidung atau Tirun atau bahasa Spanyolnya Comucones adalah kaum pagan yang punya sistem kehidupan tepi pantai, bertani dan pelayar yang mahir. Kerja mereka menyerang perkampungan dayak mengikat kaum lelakinya lalu dijual kepada orang Bugis di Makassar dan kepada Datu-Datu diraja Sulu dan Pangeran Brunei di Borneo atau di Sulu. Beratus tahun berlangsungnya pelanunan "Hamba" ini sehingga terdapatnya kaum-kaum dayak di merata tempat di seluruh Borneo. Setelah Inggeris datang, mereka memajak Borneo Utara dan beransur-ansur mematikan sistem perhambaan. Mereka membeli hamba dari kalangan para Datu untuk bekerja dengan mereka dan akhirnya dibebaskan.

Pada awalnya Sultan Sulu sukar menumpaskan suku kaum ini yang kebiasaannya suka berperang. Sultan Sulu akhirnya mendapat akal dengan mengahwini puteri Raja Tidung, Sultan Sulu yang kahwin Puteri Tidung ada dua, iaitu Sultan Salahuddin Karamat Bakhtiar (1649-1680) dan Sultan Badaruddin-I (1718-1732). Pada akhirnya Suku Kaum tidung berbangga menjadi kerabat kesultanan Sulu, justru mereka sanggup dikerah kemana sahaja untuk berperang dibawah panji-panji Kesultanan Sulu. Tugas mereka ialah menangkap seramai mungkin penduduk pagan di kepulauan Filipina yang ditadbir Spanyol untuk dijual dan dijadikan hamba dan menjahanamkan pedagang-pedagang Spanyol yang melalui perairan Sulu dan Visaya. Mereka juga terkenal dengan kaum pemburu buaya, hingga hari ini mereka masih dikenal sebagai pakar memburu buaya.

Semenjak rapatnya pertalian dengan Kesultanan Sulu, kaum Tidung telah berjaya diislamkan, hingga kini majoriti mereka ialah Islam. Penempatan mereka berada disekitar Teluk Sibuko, Pulau Tidung hingga ke Daerah Tawau sampai ke Kinabatangan dan Sugut. Sebilangan besar kaum Tidung fasih berbahasa Suluk sebagaimana kaum Ida'an dan kaum Sungei di Pantai Timur Sabah. Saya tidak hairan bila saya dapati Datuk Bung Mokhtar Radin, Datuk Akli dan YB-YB kaum Sungei serta yang lain sangat fasih berbahasa Suluk. Tinggal lagi bahasa Suluknya punya slanga yang merdu seperti alunan bahasa Sungei.


Kaum Bisaya (Visaya)
Bukti pelanunan sebagai agen "pembawa" kaum pagan ke Borneo dapat kita lihat dengan kewujudan Kaum Bisaya (Visaya dari kepulauan Filipina) di sebahagian kawasan di Sabah. Kaum Iranun dan Bajau Balangingi menangkap beratus-ratus kaum Visaya di sekitar perairan yang dikuasai Spanyol lalu dijual ke tanah Bugis, juga dijual kepada Pangeran Brunei dan para Datu-Datu Diraja Sulu di sekitar pantai barat Sabah. Kaum Bisaya yang merdeka dan erat perhubungannya dengan Pangeran Brunei dan Datu Sulu biasanya akan menganut agama Islam dan mendapat pembelaan sebagai saudara seagama.

Bagi kaum-kaum pagan lain, ada yang bebas lari ke tengah hutan takut ditangkap dan dijadikan hamba semula oleh ekspedisi mencari hamba Iranun, Bajao Balangingi dan Tidung. Sebab itu jangan hairan kaum-kaum yang kita anggap Pribumi Sabah hari ini suka berada di kawasan belantara yang paling ulu sekalipun mereka ada, kerana kebiasaan mereka mengelak dari ditangkap untuk dijadikan hamba itu tadi. Sekali pun ekspedisi mencari hamba sudah berlalu dan sekarang sudah di era moden, kebiasaan tinggal di dalam hutan belantara masih mereka teruskan. Hinggakan Jabatan Pendaftaran Negara pun payah menjejaki mereka.

Kaum Iranun dan Bajau Balangingi juga turut menempatkan diri mereka di sekitar Pantai Barat Sabah hingga hari ini. Kawasan Bajau Balangingi yang terbesar ialah di Daerah Kota Belud yang kita gelar penduduk Bajaunya sebagai Bajau Kota Belud. Iranun juga begitu, perkampungan mereka turut berada dimana-mana di Pantai Barat Sabah.

Iranun Raja Laut
Iranun asalnya ialah dari Mindanao di Teluk Ilana. Mereka ialah bangsa pejuang yang awal-awal menganut Islam sebelum kedatangan Sayyid Kabungsuan dari Johor Lama ke Mindanao lagi (Sayyid Kabungsuan dilantik Sultan di Mindanao pada tahun 1515). Kaum Iranun adalah kaum asal kepada suku kaum Maguindanao dan Maranao. Dari segi linguistik, Magui dan Mara adalah sub-etnik kepada kaum Iranun. Kaum Iranun sangat mahir dalam pelayaran dan peperangan di laut dengan teknik gerila "serang dan lari". Kemahiran ini telah digunakan untuk menjahanamkan Spanyol di Filipina, dan yang menambah penderitaan Spanyol lagi ialah bersatunya Kaum Bajau Balangingi dengan Iranun dalam aktiviti perniagaan hamba. Sultan Sulu tidak menghiraukan aktiviti pelanunan "Hamba" ini selagi yang dilanun itu bukan dari rakyatnya. Kebanyakan hamba yang ditangkap oleh Iranun dan Bajau Balangingi di kepulauan Filipina (kebanyakannya terdiri dari kaum Visaya) telah dijual ke Borneo Utara (Sabah) kepada Datu dan Pangeran.

Bajau Kota Belud Raja Laut
Bajau Kota Belud asalnya adalah Bajau Balangingi yang berani bersama Iranun, sebab itu jangan hairan Bajau Kota Belud antara kaum yang berani berperang. (Ketika dulu pada 1995 ada seorang sahabat saya Tentera Darat Diraja Malaysia dari Semenanjung Malaysia yang bertugas di Kota Belud mengadu tentang sifat Bajau Kota Belud yang keras. Kawan mereka ketika latihan terpijak putik nangka yang dah jatuh di kawasan kebun seorang nenek Bajau. Nenek Bajau tersebut marah dan telah meminta ganti-rugi membayar putik yang dipijak. Kekecohan terjadi akhirnya tentera mangaku kalah dengan terpaksa membayarnya RM10). Ini yang nenek tua, bagaimana kalau yang kaum lelakinya?

Ketika dahulu Bajau Balangingi erat perhubungannya dengan kaum Suluk termasuk bermati-matian membela Datu Paduka Mat Salleh. Bila Mat Salleh tewas pada 1900 dan kubunya yang terakhir di Tambunan dimusnahkan oleh Syarikat British Hindia Timur. Para pengikut Mat Salleh yang terdiri dari Bajau Balangingi telah bertebaran di sekitar Tambunan hingga ke Papar. British Hindia Timur risau dengan kaum Bajau Balangingi yang kebanyakannya keras kepala itu bersatu dengan kaum lain untuk memerangi Syarikat British, lalu dibena lah satu kota pemantau di atas sebuah bukit dinamakan Kota Belud (Bermaksud kota atas bukit). Dalam bahasa Suluk bukit adalah BUD, dalam bahasa Bajau bukit adalah BELUD. Kota pemantau yang dibena Kompani inggeris itu akhirnya berjaya mengekang segala aktiviti subversif dari kaum Bajau Balangingi. Hingga hari ini Bajau di sekitar Kota Belud digelar Bajau Kota Belud. (Ruj: Peristiwa-peristiwa Berdarah Di Sabah, DBP cetakan 1988).

Bajau Kota Belud (Balangingi) bukan sahaja sebagai Raja Laut yang handal malah sebagai pahlawan didarat bersama kaum Suluk yang tiada tolok tandingan. Kepakaran mereka menunggang kuda adalah bukti tradisi perangnya yang bukan sahaja sebagai Raja Laut malah didarat juga. Tentera pejuang MNLF (Moro National Lebaretion Front) majoriti terdiri dari kaum Tausug dan Kaum Bajau Balangingi (selain Maguindanao, Maranao dan Iranun). Hatta Pemimpinnya sendiri Nur Misuari adalah dari Kaum Bajau Balangingi.

Di Sulu, tradisi kepahlawanan Bajau Balangingi masih berterusan. Mereka adalah perisai kaum Tausug dalam peperangan menentang kufar di laut. Sebab itu kaum yang sangat rapat dengan kaum Tausug ialah Bajau Balangingi. Bajau Balangingi adalah termasuk dalam kategori Bajau Laut atau sama (Pelat Suluknya Samal), ini adalah disebabkan penguasaan mereka terhadap laut secara kebiasaan. Bajau Laut di Sulu terbahagi 2:

1- Bajau Bangingi' (Balangingi) juga kita panggil Bajau Penguasa. Mereka mentadbir beberapa pulau di kepualaun Sulu seperti Pulau Balangingi', Pulau Dasalan, Pulau Sangbay dan beberapa pulau lagi secara bersendirian tanpa terikat dengan kekuasaan Sultan Sulu (Disebabkan mereka adalah Tentera Laut Sulu) hal ini telah dinyatakan oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya "Muslim In The Philipines". Bajau Balangingi' adalah yang terkenal berpegang kuat dengan ajaran Islam. Ramai da'i yang lahir dikalangan mereka yang menjadi penyumbang utama kepada semangat Jihad dikalangan mereka. Mereka juga sangat menghormati ulama' terutama para Sharif (ahlul-bait). Kalau di Sulu budaya dan tradisi mereka sangat mirip kepada budaya dan tradisi kaum Tausug (disebabkan terlalu rapat hubungan dengan tausug). Berbanding Bajau Kota Belud yang budayanya telah berevolusi menyerap budaya dan tradisi orang Melayu Brunei (Seperti tarian kebudayaan). Bajau Balangingi juga terkenal dengan penguasaannya ke atas Bajau Luwa'an (Biasanya Bajau Luwa'an adalah khadam kepada Bajau Balangingi). Datu-Datu Tausug mendapatkan hasil laut seperti mutiara dan sebagainya melalui Bajau Balangingi yang menjadi penguasa ke atas Bajau Luwa'an. Sejak dahulu kala Bajau Balangingi' adalah pelindung kepada Bajau Luwa'an.

2- Bajau Luwa'an (Khadam) juga dipanggil Bajau Berperahu sebutan Suluknya Pala'o. Mereka adalah golongan yang melepak dalam perahu mereka 24 jam yang dipanggil lepa-lepa. Kerja mereka menangkap ikan dan hasil laut yang lain diberi kepada penguasa mereka yang terdiri dari Bajau Balangingi dan para Datu Diraja Sulu. Bajau Luwa'an tidak suka duduk di darat dan sukar diIslamkan disebabkan gaya hidup mereka yang senantiasa di laut. Asal-usul Bajau Luwa'an adalah dari perairan Sumatera yang bertebaran di sekitar Nusantara (Di sekitar kepulauan Melayu termasuk Kepulauan Sulu). Mereka termasuk dalam rumpun Malayu-Austronesian (Polenesian) Ketika era kesultanan Melayu Melaka mereka sudah berada di Selat Melaka ketika itu. Mereka disebut sebagai "Orang Laut" oleh masyarakat Melayu. Bajau Luwa'an senantiasa diapit oleh pelindung mereka iaitu Bajau Balangingi. Mereka datang ke Sulu melalui Sarawak dan Brunei. Seluruh pelusuk Sulu terdapat Bajau Luwa'an hingga kepulauan Tawi-Tawi sampai ke Semporna Sabah. Mereka adalah golongan dhaif atau marhain yang perlu pembelaan terutama pada anak-anak mereka. Hidup dalam perahu tidak sesuai lagi dalam era globalisasi hari ini.


Tiadakah mundu atau lanun di kalangan Tausug atau Suluk?
Ahaaa...soalan di atas mungkin diminati oleh mereka yang membenci kaum Tausug/Suluk di Sabah. Kaum Tausug atau Suluk ni lain sikit, mereka tidak tonjol diri dalam kes pelanunan ni sebagai yang "melanun". Wal hal sebenarnya mereka adala ketuanya kerana bertindak sebagai Nakura' (Nakhoda). Kita lihat bagaimana Lt. Gabenor yang bertugas di tanah Jawa, Jhon Hunt yang pernah tinggal di Jolo selama enam bulan memberi laporan kepada Sir Stamford Raffles pada tahun 1812 "Kuasa dan pengaruh para Datu khususnya kerana kekayaan masing-masing dan jumlah hamba abdi mereka". Pada tahun 1836 kapal perang Inggeris di perairan Malaya (Mungkin di Selat Melaka) bernama H.M.S. Wolf berjaya menawan lanun dari Sulu melaporkan "Orang kaya Kullul memberitahu kami bahawa sultan yang memerintah dia merompak dan menculik segala kaum, kecuali bangsa Eropah". Betul kah? Nada macam nak lepas diri saja.... Smile?

Yang benar ialah.....
Para lanun ini sebenarnya (Iranun, Bajao Balangingi dan Tidung) adalah tentera laut Diraja Sulu. Mereka bertebaran di sekitar lautan nusantara menjaga kawasan jajahan pemerintahan Sulu siang dan malam dari dimasuki anasir luar seperti Spanyol, Inggeris, Belanda dan Jerman. Sebab itu Wilayah Kesultanan Sulu sehingga tahun 1936 masih diiktiraf sebagai sebuah empayar kerana kekuatan tentera lautnya yang terdiri dari pakar-pakar pelayaran bangsa Iranun, Bajao Balangingi dan Tidung. Mereka diarah bertugas mengawal lautan dari pencerobohan, sebaliknya tentera ini pula mengambil kesempatan meceroboh merompak dan sebagainya? Bak kata pepatah menyelam sambil minum air. Sebenarnya mereka bukanlah perompak tetapi sebagai menjalankan tugas di perairan luas menjaga wilayah Sulu dan pendapatan sampingan mereka menangkap kaum pagan di mana-mana untuk dijual.

Dalam sejarah Moro, yang paling siksa disebabkan pelanunan kaum Sulu ini ialah Spanyol. Sehingga mereka merayu minta Sultan Sulu menghentikan pelanunan itu kerana pedagang-pedagang dari wilayah mereka selalu kena rompak, malah kampung-kampung di sekitar kekuasaan Spanyol turut kena serang dan penduduknya diikat beratus-ratus orang dijual kepada orang Sulu dan Makasar hinggakan penduduk di kepulauan Visaya "hampir kering" dibuatnya. Ini diakui sendiri oleh Jose Rizal dalam artikelnya di surat khabar La Solidaridad.

35 ulasan:

Puteri (Enuvung) Manisa berkata...

SAUDARA ASREEMORO... SAYA MENGAGUMI BLOG ANDA DALAM MEMPERJUANGKAN DAN MENGANGKAT MARTABAT BANGSA KITA. SAYA FAHAM DAN MENGERTI SETIAP TULISAN DAN ILHAM YANG ADA DIBLOG INI.. NAMUN SETELAH SAYA MEMBACA DAN MENELITINYA SECARA PANJANG LEBAR SEPERTI SEBALIKNYA... BUKANKAH SULUK, IRANUN, BAJAU ITU TERGOLONG DALAM BANGSA KADAZANDUSUN ATAU MOMOGUN? KADAZANDUSUN NI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA ETNIK YANG LAIN..SEPERTI KIMIRAGANG, RUNGUS, DUSUN, SULUK, IRANUN, KADAZAN DLL.. BAGAIMANA SAUDARA BOLEH MENGAITKAN SUKU KAUM INI DENGAN PTI DISABAH?

SAYA SANGAT MEMAHAMI KEADAAN ITU LAGI2 TINDAKAN OLEH SEBILANGAN PENDUDUK SABAH.. TAPI IKHLAS SAYA NYATAKAN DISINI BAHAWA SAYA TIDAK SUKA PERKATAAN SABAHAN SEPERTI YANG ANDA SEBUTKAN..KEH.. KALAU SAUDARA TIDAK MAHU BANGSA KITA BERPECAH BELAH, JANGLAH KAITKAN DENGAN ISU PTI.. KALAU SAUDARA MENGAKU BAHAWA SAUDARA ITU PENDUDUK PRIBUMI DAN TERGOLONG DALAM BANGSA MOMOGUN KENAPA PULA BERTINDAK DAN BERKATA-KATA SEPERTI PTI.. SAYA TIDAK FAHAM APA MAKSUD SAUDARA??

SELANG BEBERAPA TAHUN MENETAP DISABAH SUDAH PASTINYA NEGERI INI MENJADI 1 TEMPAT YANG SELAMAT LEBIH2 LAGI TINDAKAN KERAJAAN FILIPINA YANG MELAMPAUI BATASAN PERI KEMANUSIAAN PADA MASA LALU.. MEMANG SAYA TIDAK SANGKALKAN BAHAWA ADA SEJARAH YANG MENGATAKAN BAHAWA KERAJAAN SULU MENGUASAI HAMPIR KESELURUHAN LAUT SULU DAN LAUT CHINA SELATAN... TAPI SUKA SAYA MEMBERITAHU ANDA BAHAWA BUMIPUTERA SABAH SEPERTI MOMOGUN SEPERTI YANG ANDA SEBUT SEBELUM INI MERUPAKAN ORANG ASLI SABAH YANG MEMANG TINGGAL DAN MENETAP BERABAD LAMANYA DINEGERI INI... INI SAYA JELAS KERANA CERITA NENEK MOYANG TIDAK AKAN BERBOHONG DAN SEJARAH ITU TETAP ADA WALAUPUN DITELAN ZAMAN.. SATU LAGI FAKTA YANG SAYA TIDAK SUKA IAITU MOMOGUN INI DISAMAKAN DENGAN PENDUDUK DARI INDOCHINA.. KALAU ANDA KATA BANGSA INI BERHIJRAH SELEPAS ADANYA KERAJAAN SULU, SAYA TIDAK SETUJU KERANA NENEK MOYANG SAYA KATA BANGSA INI TIDAK MAMPU UNTUK PERGI KEMANA-MANA PUN UNTUK MENAKLUKI DUNIA KERANA BANGSA INI SANGAT DAIF DAN JUMLAHNYA ADALAH SEDIKIT... LIHAT SAHAJA PETA SABAH... APA YANG MEREKA BOLEH BUAT ADALAH CUMA MEMPERTAHANKAN DIRI DAN MEMBUAT PENEMPATAN SAMBIL BERPINDAH RANDAH UNTUK MENCARI SUMBER MAKANAN.

KALAU SAUDARA KATA BAHAWA HASIL DARI ZAMAN BATU AIR, SAYA SANGAT SETUJU KERANA SAYA SANGAT PERCAYA FAKTA GEOGRAFI DAN SAINS. MELIHAT BENTUK MUKA BUMI SABAH DAN SEMENANJUNG TANAH BESAR MEMANG ADA KESAMAANNYA. MELALUI FAKTA SAUDARA BANGSA INI DARI INDOCHINA.. ADA BERKEMUNGKINAN JUGA TAPI SAYA TEGASKAN BAHAWA KAMI TIDAK SAMA DENGAN BANGSA DI INDOCHINA.. INI SUDAH ZAMAN MILLENIUM...

MENDAPAT TARAF SEMENTARA ITU BERKEMUNGKIAN DAN SEPATUTNYA MENDAPAT TARAF PENDUDUK TETAPLAH.. ITU TIDAK ADA MASALAH.....SAYA PERCAYA MEREKA YANG DAH LAMA MENETAP, LAHIR DISABAH SUDAH PASTI MENYAYANGI NEGERI INI SEPERTI MENYAYANGI DIRI SENDIRI.. TAPI KENAPA HASIL DARI TANGKAPAN POLIS YANG DIBUAT ITU KEBANYAKANNYA MEREKA TIDAK MEMPUNYAI IC MAHUPUN DOKUMEN KEPENDUDUKAN SEMENTARA ITU.. DARI MANAKAH MEREKA ITU??.. BUKAN APA.. SAYA TERMASUK SAUDARA SENDIRI TERGUGAT DENGAN KEHADIRAN MEREKA INI.. BUKANKAH BEGITU.. BUKAN DARI FILIPINA SAHAJA TETAPI DARI INDONESIA JUGA.. TIDAK PERLU DISANGKALKAN BAHAWA TINDAKAN KERAJAAN ITU ADA BENARNYA JUGA.. BERKAITAN DENGAN EKONOMI ITU.. SAYA TIDAK SUKA SENTUH.. ITU HAK SESIAPA SAHAJA... TERPULANG BAGAIMANA PANDAINYA MEREKA BERNIAGA ITU TIDAK KISAH.. SEKARANG INI SABAH DIBAWAH PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA DAN BUKANNYA KERAJAAN SULU YANG TIDAK KESAMPAIAN DIMASA LALU.. BUAT APA BERPALING KEMASA LALU.. PANDANGLAH KEHADAPAN.. KALAU TIDAK RAMAI ORANG YANG TIDAK BERDOSA AKAN MENJADI MANGSA AKIBAT DARIPADA SALING MEMPERTAHAN KEPUNYAAN ATAU KETUANANNYA NEGERI INI..

KESIMPULANNYA, SABAH INI, NEGERI INI DAN TANAH INI TIDAK DIMILIKI OLEH SESIAPA PUN. YANG EMPUNYA ADALAH TUHAN YANG MAHA KUASA.. SEPATUTNYA SEMUA MANUSIA DIDUNIA INI BOLEH DUDUK SESUKA HATI TETAPI MANUSIALAH YANG MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN INI KERANA MONOPOLI MENGUASAI KAWASAN DAN PEMERINTAHANNYA..

SAUDARA ASMEERO.. MAAFKAN SAYA, SAYA BERKATA-KATA DISINI DEMI UNTUK KEBENARAN DAN KEADILAN..

Asreesulu @ Asreemoro, berkata...

Cik/puan Manisa,

Tengkiyu kerana bagi respon dan komen. Komen anda memang ada kebenarannya dan ada pula yang saya tidak sependapat dengan cik putri. Almaklum lain orang lain persepsi.

Apa pun sesiapa sahaja boleh beri komen dan itu hak si pengomen dan saya tidak ada hak menghalang. Saya juga ada hak beri pendapat dan yang saya paparkan dalam blog saya adalah hasil kajian dengan menghadirkan beberapa bukti.

Setiap kajian yang ada bukti konkrit maka dikira sebagai kajian saintifik. Tapi sekiranya kekurangan bukti maka dikira sebagai hipotesis sahaja.

Hipotesis saya mungkin salah mungkin juga benar.

panakz berkata...

Saudara
Saya rasa, saudara sudah tersilap pandangan Masyarakat Bukan Tausug (spt Momogun,dsb) terhadap orang-orang Philipine. Orang Philipine, adalah Philipine. Mereka harus balik ke Philipine. Orang Sabah, takkan la mahu pergi ke mana-mana selain di Sabah? Tidak kira apa keturunan kita, selagi kita memegang jati diri sebagai anak peribumi (kan tausug itu salah satu bangsa anak negeri/peribumi/asli Sabah), maka selagi itu kita pentingkan negeri kita. memang suku kaum Bajo dan Tausug itu berasal dari Philipina, tapi Sandakan-Semporna-Tawau itu juga Tanah Tausug, takkan saudara tidak sedar hakikat itu? Seperti Pensiangan sebagai Tanah Murut, namun Murut juga ramai di Kalimantan. apabila kita bercakap tentang "Philipine balik Philipine", bukannya menyentuh tentang satu-satu suku kaum, sebaliknya ORANG PHILIPINE semata. Oleh itu, tidak kira Tausug,Bajau,Momogun perlu bersatu agar orang philipine balik philipine. Ini untuk masa depan generasi seterusnya. Saya sendiri iaitu seorang Momogun, tidak rasa bahawa datu amir kahar, tun mustapha, even saudara sendiri sebagai seorang Philipine. Suami kepada Makcik saya sendiri iaitu seorang Tausug Semporna sendiri pernah bercakap, "ini philipine bawa budaya yang ganas sama tidak bertamadun pigi di kampung". Saya peringatkan kepada saudara, kepada semua tidak kira Momogun atau Tausug dan kepada diri saya sendiri, apabila bercakap tentang PATI-Philipine dengan Indon, Jangan ungkitkan soal kaum. Jika saudara berminat, saudara boleh hubungi saya unutk bertukar-tukar pendapat.

DZULASREE @ Asree Sug berkata...

Panakz,

Pandangan anda benar, dan itu adalah pandangan anda. Sedangkan yang saya paparkan ialah sejarah kaum di Sabah bagaimana mereka mula-mula sampai ke Sabah. Kalau nak kontek, hubungi no hp saya 016 323 2849. Kenyataan anda dan makcik anda "ini philipine bawa budaya yang ganas sama tidak bertamadun pigi di kampung" sebenarnya merujuk kepada kaum Tausug.

Unknown berkata...

He he he....Bajau suluk tu pa ya....yg takut anjing tu ka?...anjing pun takut macam mana mau berperang dgn dayak yg hebat ternama tu. Banyakkan membaca la wahai pilak-pilak semua.....Oooopps...rupa-rupanya bajau ni tak pandai berbahasa english rupanya mana tidak asyik jadi lanun saja di laut (merompak saja)mana sempat belajar...he he he...

Bodoh betullah kaum kamu ni....ada angan-angan cakap sepanyol takut. Itu bukan takut la..Kalau takut takkan pilipin tu senang-senang saja dijajah. Bodoh betul la bajau ni...buta sejarah..ngok...patutlah nama pun bajau....he he he ha....

Unknown berkata...

Untuk makluman anda penulis Blog,

Mat Salleh & Tun Mustapha tu hanya sebagai tukang LANCAP pegawai tentera Jepun semasa kedatangan Jepun dimasa lampau. Itulah si Mustapha tu kena offer naik pangkat jadi ketua menteri...Kalau di sarawak atau kalimantan. Mustapha ni bermaksud tukang Lancap. Mat salleh pula bermaksud Pengecut mengikut bahasa dayak ngaju kalimantan.

Unknown berkata...

Untuk pengetahuan anda Tanah Sabah adalah hak milik kaum DAYAK. kaum sera gunting. tahukah anda kaum iban (sea dayak) telah di upah oleh company british india utk memburu lanun bajau Pilak yg memporak perandakan kawasan perairan sabah/sarawak. Kalau mahu bukti marilah kita berperang sekalai lagi. Dayak adalah pemencung kepala yg ditakuti oleh orang british masa lampau cuma kebanyakkan kaum ini tinggal dalam hutan.

i'm summoning the ancestor warrior spirit to spook all the dayaks people to wage war with all this PTI (bajau) dayak semua ayuh pancung kepala bajau.........!!!!

Sebagai bukti kalau u pilak pergi melawat rumah-rumah panjang Bangsa Dayak di Sarawak/Kalimantan & Sabah maka kamu pilak boleh nampak kepala-kepala bajau pilak yg di pancung oleh Dayaks Warrior. Pilak ni hebat di laut saja tapi di darat uinaaah takincing seluar ba pilak ni di pancung kapala. Itulah bukti fizikal ada tengkorak kepala datuk nenek moyang pilak tergantung di setiap rumah panjang kaum dayak.

Apa pula bukti fizikal yg bajau pilak ni ada....melainkan kumpaunya saja. Paling-paling tukang lancap tentera jepun---> ini sudah pasti betul....kekekeke....hehehe...

Unknown berkata...

Bajau oh bajau mengapa engkau bodoh....macam mana aku tak bodoh aku takut anjing....oh anjing oh anjing mengapa bajau takut...macam mana bajau tak takut sebab keturunan pencuri macam mustapha....keturunan pencuri adalah bangsa bangsa moro bajau pilak pilipin ya pernah jadikan hamba tukang panjat kelapa & hamba menyelan tiram oleh bangsa Bugis yg hebat dgn ilmu pahlawannya.

Drpd: Putera Bugis

Unknown berkata...

Saya sokong awak Putera Bugis,

Mari kita ganyang PTI...PTI ni yang sudah lantang bersuara, mulut celupar berbau busuk makan ikan kering saja...mentang-mentang la pribumi sabah ni berdiam diri selama ini...

Bangsa brunei la yg sepatut-patutnya yg layak menduduki kawasan persisir pantai yg di cemari oleh PTI...PTI filipin ni

Mari kita pakat-pakat gugurkan Bom atom korea utara ke pulau ikan Mindanao tu, biar pulau bajau mundu tu tengelam

Brunei Warrior

Unknown berkata...

Kalau mngikut cerita moyang moyang dayak dahulu kala...bangsa moro ni (iaitu pilak) amat dikenali sebagai perompak, lanun, pencuri, perogol, pengendap, penagih, bodoh, pengecut, ngenyot atas perahu, berak atas air laut lepas tu mandi disana juga dan banyak lagilah....tidaklah pula moyang dayak kami pernah cerita yg orang pilak suluk ni hebat-hebat kepahlawanannya...kalau bugis ya memang pernah diceritakan oleh moyang dayak kami kerana mereka pernah sama-sama berjuang menentang belanda & british.

Kesultanan sulu pd masa moyang dayak kami bercerita hanya terkenal sebagai kerajaan yg memerintah orang-orang bodoh macam bangsa suluk ni la. Hanya bangsa macam ni sajalah yg boleh diperintah oleh keturunan lanun ni sebab sama-sama lanun.

Moyang dayak kami juga pernah cerita yang bangsa moro pilak suluk ni sangat berbau hanyir taiks sehingga ternakkan babi & anjing mereka termuntah bila penyamun suluk ni merayau-rayau di darat, sebab itulah maka sangat senang kepala pilak ni di penggal utk dijadikan trofi oleh moyang dayak kami.

Rentap...Agi Idup Agi Ngelaban..

Unknown berkata...

Bukan main lagi nafsu pilak ni menceritakan history yg direka-reka oleh nenek moyang sulu itu sendiri yg hanya memihak sebelah pihak. Itu bukan sejarah betul la sebaba hanya diceritakan sebahagian.

Ada nafsu pula yg penduduk dari yunan & vietnam dapat ditangkan (ditawan) oleh pilak....Phuiii....kalau buat sejarah tu biarlah logik. Yunan tu negara cina la & sudah pasti merupakan negara yg terhebat dalam pelayaran & sangat terkenal dgn tentera kepahlawanan...Boleh di umpamakan bila seluruh penduduk cina meludah ke pulau Mindanao maka boleh banjir & tengelam pulau pilak itu...bodoh betul pilak ni...

Manakala vietnam pula merupakan satu-satunya negara yg dapat menewaskan Amerika Syarikat semasa perang Vietnam US.....yg mana tentu sultan pilak kamu tu tahu yg US pernah menjajah Philipine.

Sulu (pilak) pula apa kehebatannya. Kerajaan philipine pun kamu tak dapat tewaskan inikan besar nafsu mahu menangkap orang vietnam & yunan....biar logik wahai Mat Salleh & Tun Mustapha penipu sejarah...rupa-rupanya perompak @ lanun @ penjenayah.

Kekekeke....hehehehe....

Unknown berkata...

The illegals landed in Sabah by the hundreds of thousands. Some later became citizens. I believe UMNO were aware of this and had a hand. These people now are still living in abject poverty simply because the government took them only as a source of cheap labour and election votes without looking after their basic human need like any other citizen. They lived in squatter homes which at times subject to demolition. Their children do not get proper education especially on how to live like other Sabahans in respecting Law and order and civic consciousness. They grow up selling cigarettes, plastic bags, pushing carts, pushing drugs, selling banned turtle eggs, their bodies etc etc.
Today the hundreds of thousands of them were moved to new homes like the one in Telipok. You see them loitering around and at times fighting amongst themselves over clandestine business like drug pushing etc. Locals do not dare go into this area. It is just unlike our own country.
These are human like you (UMNO) and me. If Malaysia wants to keep them they must be raised up as proper citizens. Time can change them. They cannot be kept simply for their votes..it is totally a big sin to treat human that way...
I see no difference in these problem as those UMNO mention on foreign labours. UMNO want to look better in their opinion but their treatment to these so called PTI is no better when UMNO were the PM Goverment..

From: Rungus Momogun

nur berkata...

puteri duyung,panaks,brunei,juburi,dan pendekar bugis...jgn la kita persoalkan dari jenis bangsa..kita ini semua sama sahaja cuma pemahaman sahaja lain...tidak boleh menilai manusia dari depan mata..yang penting kita ini sesama islam.islam itu adalah satu iaituh kita..masing2 dgn perjuangan sendiri..yang penting kita tahu yang tiada Tuhan yang lain selain daripada ALLAH dan Muhammad itu adalah PesuruhNYA...

sabahankiller berkata...

itu pilaks memang bikin samak saja d sabah sya tda peduli durang ada dpt i.c ka tda ka yg penting i wan Them TO GET LOSE FROM SABAH....saudara Juburi Dan Putera Bugis. Disabah sini pun ada pemancung kepala. keturan rungus yg ori d sabah mereka la org asli d sabah. pemancungnya terdiri daripada murut dan dusun. hanya tinggal sejarah ingatan sahaja yg dpt d critakan oleh nenek moyong sya sendiri....mat salleh dia sebenar pelarian dia lari daripada org british yg mahukannya. nasib dia berakhir di TAMBUNAN SABAH. head hunters smua sya da dgr critanya.... sya anak kelahiran sinokadazandusun ingin memperjuangkan maruah dan bangsa untuk keselamatan negeri di bawa bayu sabah untuk menhalau pti iaitu pilak!!!!!!!! tapi jan mara putera bugis di sabah ada juga bugis yg datang tanpa izin mereka juga pernah buat kecoh,merompak dan merogol. kini ada yg suda ber i.c so harap mereka tda seperti dulu. sekian terima kasi. salah silap minta maaf di ujung jari kaki anda.

mujahid berkata...

apa yang saya tahu Afonso De Albuquerque pernah berkata... kalau saya ada 100 orang bangsa moro saya yakin saya boleh menakluk dunia..

satu satunya bangsa yang dari dahulu sentiasa berjuang.. sehingga sekarang masih lagi berjuang. kepulauan mindano sampai ke saat ini masih lagi berjuang mempertahankan tanah, bangsa, maruah dan paling penting agama mereka.. tidak kisahla sepa yang penggal siapa.. apa yg penting sampai ke saat ini moro masih lagi memenggal musuh musuh mereka... mungkin mereka kelihatan ganas, tp nk buat mcm mana begitula cara hidup mereka dari dulu sampai skg.. disebabkan mempertahan hak dan agama mereka telah terdidik begitu.. tidak di nafikan ada di kalangan mereka yang jahat dsb... tapi semua orang didunia ni ada yg baik dan ada buruk.... so same2 lor..... saya tabik dengan penulis... berjuang dan terus berjuang.. komen2 orang tu biasala habis-habis macam tu ja la...yg diorang tk tau kadang kadang kalau lalu imigresen d air port, di cek ic diorang oleh pegawai imigresen yg mungkin berbangsa suluk bajau dsb... kan semua benda di dunia berevolusi... so kalau ujud pun bangsa2 yang baru di sabah jangan la salahkan siapa2 itu suda lumrah alam... apa2 pon saya sokong perjuangan bangsa moro.. berjuang untuk kepentingan agama bangsa dan martabat mereka... dari zaman dahulu sampai sekarang beb.... perang tk pernak berhenti...

RangeRimba berkata...

Betul tu saudara Mujahid,penulis sekadar menulis sejarah Bangsa Tausug yang menurut pendapat saya cukup berguna untuk generasi Tausug yang berikutnya.Kenapa pula yang lain 'terasa'?Dan saya menyokong perjuangan penulis,menyokong perjuangan para Mujahiddin Sulu & Mindanao.
Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini..jangan keterlaluan mencaci@menggelar sesuatu bangsa itu dengan gelaran hina...sebab kita tidak tahu kita menghina diri kita sendiri.Manalah tahu ada diantara keluarga terdekat anda kahwin dengan bangsa yang anda cerca...kesian.
Atau...kalau perang meletus(mudah2an dijauhkan)adakah anda memiliki semangat 'jihad'seperti semangat juang yang dimiliki oleh bangsa yang anda cerca ini?
Fikir fikirkan lah...

Unknown berkata...

fitnah semata-mata...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mohon maaf ust zulasri, sedikit info mengenai Kadazan dusun @ momogun:
akikalawon: ORANG MELAYU SEMENANJUNG BERASAL DARI DUSUN

http://akikalawon.blogspot.com/2011/05/orang-melayu-semenanjung-berasal-dari.html?m=1

Lihat,
Satu lagi penemuan saintifik oleh kumpulan penyelidik forensik dan antropologi USM diketuai oleh Dr. Zafarina Zainudin.

Orang Melayu semenanjung berasal dari DUSUN.

ARTIKEL:

———————————
Dr Zafarina studies on genetics showed Malay people migrated from Borneo to Sumatera and then to Peninsula Malaysia. I have attached part of her writings below.

“TRACING THE ORIGIN OF THE MALAY RACE THROUGH THE MORPHOLOGICAL, HISTORICAL, SOCIO-CULTURAL AND GENETIC ANALYSIS

RESEARCH CENTER :
Human Genome Center , School of Health Sciences and Dental School , USM
CURRENT STATUS OF PROJECT: Ongoing ( started : Jan 2005 )
RESEARCHERS:
1.Principle Investigator: Dr. Zafarina Zainuddin
2.Co-researchers: Dr. Zilfalil Alwi,
3.Prof. Abd. Rani Samsudin, 4.Miss Azlina Ahmad,
5.Dr. Bakiah Shaharuddin, 6.Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin,
7.Mr.Hoh Boon Peng,
8.Mr. Mohamad Ros Sidek,
9.Dr. Nizam Abdullah,
10.Prof. Norazmi Mohd. Nor, Assoc.
11. Prof. Ooi Keat Gin,
12.Panneerchelvam,
13.Dr. Zainul Ahmad Rajion, 14.Prof. Zainul F.Zainuddin

INTRODUCTION:
The Malay race inhabits particularly Peninsular Malaysia and portions of adjacent islands of Southeast Asia (SEA), east coast of Sumatra , coast of Borneo and smaller islands between these areas.

They were traced by anthropological evidence from the north-western part of Yunnan , in China .

The proto-Malays were seafaring people, probably from coastal Borneo who expanded into Sumatra and Peninsular Malaysia as a result of trading and seafaring activities.

The present day Malays, called Modern Malays of Peninsular Malaysia and coast of the Malay Archipelago are a mixture of different races.

They were described as deutero-Malays, descendants of the proto-Malays mixed with modern Indians, Thai, Arab and Chinese.

The history and the origin of the Malay race have been the subject of much speculation among scholars.

Since the Malays primarily reside within SEA, particularly Peninsular Malaysia, the prehistoric migrations into these regions must be taken into consideration.

Several hypotheses of the SEA migration pattern have been put forward. Preliminary studies using mitochondrial DNA analyses suggested affinity of the Southern Mongoloid in the Modern Malay population of Peninsular Malaysia (Zafarina, 2004).

The term Melayu or Malay‚ was also associated with the Hindu-Buddhist Srivijaya Empire (7th-13 centuries CE) believed to be located in the South-eastern part of Sumatra .

An Arab text dating around 1000 CE observed that travellers bound for China sailed through the sea of Melayu‚ that can be inferred to mean the Straits of Melaka.

On opposite shores of the Straits of Melaka by the 7th century CE or earlier, there were the domicile areas of the Malays, namely Sumatra and the Malay Peninsular.

OBJECTIVES:
1. To compile the genetic profile of the Malay race.
2. To study the history, social and anthropology of the Malay race.
3. To characterise the craniofacial, dental and ocular features of Malay race.
4. To correlate the genetic profile of the Malay race with their craniofacial, dental and
ocular characteristics.
5. To correlate the genetic profile of the Malay race with its history, social and
anthropology.
6. To trace the origin of the Malay race by using the genetic profile, anthropology,
craniofacial, dental and ocular characteristics.

METHODOLOGY:
The research encompasses four parts of studies: The Historical and Socio-cultural Analysis, the Ocular Morphology Analysis, the Craniofacial Morphology Analysis, and the last major part, the Genetic Analysis.

Various types of genetic markers are used in the study of the genetic components of the population.

These markers are autosomal and Y chromosome STR markers, mtDNA, Human Leucocytes Antigen (HLA) and lastly, the SNP genotyping which will be done using the Microarray 50K genechip system.

Unknown berkata...

Orang Melayu berasal dari Etnik Dusun( Melayu Sebenar )

- menurut kajian oleh Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan. USM, Prof Madya Dr.ZAFARINA BINTI ZAINUDDIN
Ketua penyelidik sains. forensik Universiti Sains Malaysia (USM)
-UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SCHOOL OF HEALTH SCIENCES, HEALTH CAMPUS, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN, MALAYSIA.
TEL. NO. (OFFICE)09-7663993
FAX NO.09-764 7884
E-MAIL ADDRESS; zafarina@kck.usm.my

(PhD, FORENSIC SCIENCE, UNIV OF GLASGOW, UK, 2004.
Bachelor, BIOKIMIA, UNIVERSITI MALAYA, 1997.
Master, MOLECULAR BIOLOGY, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)

kajian Dr Zafarina ada menunjukkan orang Melayu berhijrah dari Borneo ke Sumatra dan Semenanjung. Perbendaharaan bahasa Melayu juga sangat banyak dalam bahasa Dusun atau Dayak yang lain. Tapi setakat ini beliau cuma membuktikan penghijrahan tersebar dari Borneo ke Sulawesi, Sumatra, Semenanjung hingga ke Taiwan. Tapi "Teori Yunan" masih belum dipatahkan kerana manusia di Borneo adalah Mongloid.

Perkataan Melayu berasal dari Melayur iaitu istilah suku Malayalam atau Malabar dari India Selatan yang bermakna bukit atau permatang.

Orang-orang Melayur adalah masyarakat asli Nusantara Sumatera (yang berasal dari Pulau Borneo berhijrah ke Sumatera yang menggunakan bahasa asal atau asli Melayu) berkahwin dengan orang-orang Indian Malabar atau Malayalam. Hasil pertembungan dua bangsa dan budaya menghasilkan bangsa Melayur sempena tempat yang dinamakan Melayur dan juga menghasilkan Indianized Kingdom (kerajaan dipengauhi India) yang memerintah ribuan tahun di kepulauan Nusantara.

Dunia Melayu mulai dikenali dengan kewujudan pemerintahan raja-raja kacukan India dan penduduk asli kepulauan nusantara termasuk Sumatera, Jawa, Borneo, Filipina, dan Champa di Vietnam. Kedatangan pengaruh Arab Islam telah menjadikan kerajaan Melayur kerajaan Islam setelah raja-raja orang Melayur memeluk agama Islam.

Bangsa dan pemerintahan raja-raja Melayur akhirnya dikenali sebagai Melayu dan berkembang pesat melalui perkahwinan antara kerabat di raja, perdagangan, peperangan atau penaklukan, dan juga diplomasi atau politik.

Bahasa Melayu yang kita kini kenali berkembang menjadi bahasa perdagangan, diplomasi dan keagamaan di seluruh kepulauan nusantara di mana kerajaan Melayu telah diwujudkan.

Bahasa Melayu asal mempunyai persamaan dengan bahasa asli Borneo khususnya Dusun dan Iban. Bahasa Melayu moden adalah 70% bahasa India (Sanskrit) yang digunakan oleh suku kacukan Melayu yang dipengaruhi kemudian oleh bahasa Arab, Cina dan Portugis disebabkan pertembungan budaya antara benua melalui perdagangan di bumi Melayu.

Hari ini istilah Melayu bukan istilah bangsa (race) tetapi etnik (dari segi agama) kerana tidak ada bangsa yang dikenali sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia. Seorang Melayu adalah sesiapa yang biasanya mengunakan bahasa Melayu, beraga Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Bahasa dan Budaya Melayu adalah termasuk bahasa Sanskrit dan budaya masyarakat India Selatan.
Dalam bahasa Melayu moden, perkataan asal Melayu hanya 30% yang hampir kesemuanya dapat dikesan berasal dari Pulau Borneo.

Hampir kesemua raja-raja Melayu di zaman dahulu adalah kacukan India dan tempatan (Sumatera dan Borneo)yang menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa asal diperkayakan dengan bahasa asing. Pada hakikatnya bahasa Melayu sekarang adalah bahasa yang diperkayakan oleh bahasa asing khususnya bahasa Sanskrit sesuai dengan kedudukan sejarah dimana selama 2,000 tahun kepulauan nusantara dipengaruhi oleh India dan Arab.

Istilah masuka Melayu bermakna menjadi sebahagian masyarakat berbudaya tinggi berasaskan budaya India dan Arab. Manusia Pagan atau Kafir dikecualikan dari defininasi ini.

Penulis-penulis sejarah Melayu sebenarnya adalah Melayu kacukan tempatan dan Inda seperti Munsyi Abdullah. Raja-raja atau Sultan-Sultan Melayu zaman dahulu menganggap diri mereka keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Unknown berkata...

Dari zaman ais sampai skrg melanun sj kerja. Org nak hidup aman damai lah!!!

Oh Seram berkata...

Haha cerita pilak2 kononya mereka kuat dan berkuasa . .. tangkap dan jual dayak?hahahaha sejak bila dayak duduk tepi pantai atau di lautan..berani ke pilak masuk ke dalam hutan ? Sebab ni aku kata pilak ni syok sendiri . ..utk info pilak2 ... dayak di masa dahulu tinggal di dlm hutan dan hulu2 sungai....


Betul2 info syok sendiri bangsa agung kononya . .suka mbangakn diri..faktanya tetap tertindas lost identity

Oh Seram berkata...

Mula2 aku baca je..la blog asree syuk sediri rupanya patut lah cerita berapi2..adoi2

Bangsa yang hebat lah sangat.buktinya?masih terkial2

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

kepada pihak yg pertahankan momogun clan tolonglah, sila bw byk fakta ilmiah atau cerita2/kisah2 perang silam ka at least dlm komen, ne blk2 sa tinguk kamurang kurang beri fakta kajian ne, lebih kpd defensif yg bersifat menghina, cubalah bw hipotesis atau kajian sejarah yg lebih teratur, kan lg bagus, klu setakat mengolok jd pelancap segala bgus kamu diam2 jak, bikin malu seja ne, artikel asreesug ne ada yg bole pakai n ada jg yg cuma berbentuk hipotesis yg masih boleh dipertikaikan, berbicaralah dgn ilmiah behh huhhh

Unknown berkata...

Hahaha, ketawa sy baca ni blog. Kadazandusun itu adalah keturunan hamba yg dijual beli lanun? Hahahaha. Ketara btl xda sekolah ni penulis blog. Cerita kau teda satu pun yg betul. Km belum kenal lg sejarah kaum Kadazandusun, jd km buat la cerita rekayasa sesuai dgn niat kamu mau naikkan pilak di Sabah. Silakan kau rujuk tulisan2 kolonial, teda satupun yg blg Bajau, Suluk n iranun itu dr Sabah. Semuanya blg dr kepulauan Sulu n Mindanao. Klo sd pendatang buat la cara pendatang.

Unknown berkata...

Thanks for the crap blogs..tafsiran kamu banyak salah tentang kaum2 Suluk,Filipin lanun rompak dan dagang hamba,kaum yang berani..bla..bla..bla..itu tafsiran anda..tetapi mengapa ada ratusan kepala lanun yang dipenggal oleh kaum Dayak yang dipamer di setiap rumah panjang?Filipin tetap Filipin,not Origin Sabahan..saya keturunan Dayak bangsa Iban,sejarah tentang asal usul diceritakan dari nenek moyang saya..We are The True Warriors and We aint coward like u bombing and killing innocent people..sebab itu sampai sekarang nama Head Hunters masih lagi wujud dikalangan bangsa suku kaum diSarawak..

Unknown berkata...

Thanks for the crap blogs..tafsiran kamu banyak salah tentang kaum2 Suluk,Filipin lanun rompak dan dagang hamba,kaum yang berani..bla..bla..bla..itu tafsiran anda..tetapi mengapa ada ratusan kepala lanun yang dipenggal oleh kaum Dayak yang dipamer di setiap rumah panjang?Filipin tetap Filipin,not Origin Sabahan..saya keturunan Dayak bangsa Iban,sejarah tentang asal usul diceritakan dari nenek moyang saya..We are The True Warriors and We aint coward like u bombing and killing innocent people..sebab itu sampai sekarang nama Head Hunters masih lagi wujud dikalangan bangsa suku kaum diSarawak..

Unknown berkata...

Waahhh sedapnya mulut bercakap usul org lain kau remot dari dari jauh saja ka? ko baca2 buku sja ka utk mengusul org kb ni. samah kb bukan bangingi sepeti yg ckp tu. Jomo sama kb sudah lama d tampassuk sebelum kedatangan sulu dan brunai lagi. Cuba ko baca Diary W.pretyman Resident 1st tampasuk siapa bangigi ? samah kota belud? di saat pretyman membangunkan kota belud. Jomo samah kb dan pretyman tangkap perompak yg masuk sungai tampasuk. perompak itu ialah lanun bajau bangingi dr laut yg jahat merompak. lukisan perahu lanun bangigi yg d tangkap ada dlm direy itu. mereka d tangkap d di bicarakan semua ada d nyatakan dlm diery itu. Jomo samah kb bukan dr bangigi. jangan kotorkan blog kamu dgn tulisan palsu

Unknown berkata...

Bangsa yg paling mundur d asia tenggara ialah bangsa tau sug( suluk) d selatan filipina. Tamadunnya menjurus ke belakang bukan ke depan. Kenapa?. Dulu dia boleh belayar d lautan biru tapi sekarang sudah tersepit d tanah air suluknya sendiri d selatan filipina kenapa? kini Org sabah semua bergerak ke depan semakin maju tapi suluk2 d sana semakin mundur ke belakang kenapa?
1 saja jawapan yg paling tepat ialah = kerana kebodohannya termasuk lah admin ni. Diharap admin ini balik rumah n cari di mana letaknya kebodohan itu. jangan la tunjuk sangat kebodohan itu dlm dunia moden ini.

Unknown berkata...

ADA2 JER ORNG SULU SABAH INI. NAK BUAT CERITA PUN TAK TAU. TAU TAK SIAPA MENCEROBOH LAHAD DATU ITU BKN SULU KAITU?

Sundang Bugis berkata...

Bikin malu seja ni blog ni...bukan mau mengolok tpi mcm lain sdh dia ni tau... sini la bawa bangsa kau tu test sama Murut kita tengok sepa takancing2...ko tau ka c Mat salleh guna pedang mandau dayak semasa lawan british??.. pahalawan Ontoros Antanom yang paling hebat semasa lawan british.. xda lari sana lari sini macam mat salleh.. sorry to say la .. kau ckp pasal celupar sy tngok kau yg celupar ni.. dan bangsa Tidung tu kerabat Murut.. sebab sama2 dari etnik dayak di kalimantan ... cari kau sejarah sarjan korom org murut yg kasi selamat org2 suluk di pulau gaya dgn pulau balabingi dri tangan jepun... tentera yang pertama iaitu Sabah Border Scout tu majoriti trdiri dri org KDM... sikit seja org pilak d sabah ni waktu tu.. sebab blum ada projek ic.. bangsa2 PTI ni kna lindung kerajaan sebenarnya utk mengundi... kalau tda... kesian mcm peristiwa Sampit di kalimantan antara Dayak dan MAdura.. cari sejarah bro jngn siuk sndiri.. saya ramai kawan suluk bajau drg smua baik tda yg racist klw mengutuk2 perkara biasa.. tpi jngn la buat blok yg memecahkan perpaduan .. cma la buat blok utk kebangkitan SabahSarawak merdeka semula kan bagus... sama2 kita org Borneo jngn ada pecah bela.. pasal sejarah jngn diungkit . Kita fokus masa depan NEGARA KITA SABAH!

Unknown berkata...

Jangan cuba bangkitkan kemarahan ya bosku..

Wawa berkata...

Terbaik penulis.. salah satu rujukan yang bermanfaat 👍

Simon Munang berkata...

Yang beri komen jgn terlalu emosi. Forum ini memang baik untuk cambah fikiran. Kita insan biasa ada pelbagai pendapat mahu pun pandangan dalam fikiran yg kita perolehi daripada perbagai sumber info apa yang kita dengari, pelajari atau pembacaan. Setiap warganegara malaysia yg mendiami negeri ini hak serta kedudukan mereka sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.