Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Selasa, 14 Oktober 2008

Perlunya IMM13 Diberi PR?

Saya setuju IMM13 dijadikan PR 100% sebab mengapa?

Supaya jadi pengajaran kepada Sabahan yang masih duduk terperap dibawah pokok tarap di kampung-kampung pedalaman (menanam padi bukit) agar keluar dari kepompong mereka menyertai dunia perniagaan sebagaimana yang dilakuakan oleh PTI, IMM13. Mereka datang cari peluang sedangkan sabahan asyik bermain politik dan sentimen kaum demi meraih keuntungan pribadi (tengok la YB-YB kawasan anda). Saya katakan (minta maaf cakap) sabahan majoritinya bodoh-bodoh belaka kerana tidak mahu membuat anjakan paradigma keatas status ekonomi mereka kerana hanya mengikut "bahasa" sentimen yang dimainkan ahli-ahli politik sokongan mereka.

Sebab itu apa sahaja yang dijerit oleh ahli politik mereka termasuk menentang pemberian PR kepada IMM13 mereka ikut sahaja tanpa usul periksa dari segi perundangan antarabangsa dan peri kemanusiaan. Inilah bodoh namanya. Bukan sahaja anda malah kita semua sabahan diperlakukan seperti ini sejak sekian lama.

Tahuka anda, semua yang berstatus IMM13 adalah pelarian perang Filipina dari tahun 1972-1987? Mereka dibawah perhatian Amnesty International atau UNHCR dibawah undang-undang antarabangsa yang tidak boleh dihalau dari negara yang menumpangkan mereka selagi mereka tidak lakukan jenayah dan sebagainya yang memudaratkan keselamatan negara.

Malaysia akan dikenakan tindakan oleh PBB sekiranyan menghalau IMM13 tanpa alasan yang munasabah. Termasuk juga dalam peraturan ini ialah "pelarian perang boleh membuat pilihan samada kembali ke negara asal atau menetap di negara yang menampung mereka", dan satu lagi "setiap pelarian perang dalam masa tertentu yang ditentukan (beberapa tahun lamanya) akan diserap diberi kelonggaran bekerja seterusnya diberikan PR". Sebab itulah IMM13 itu diwujudkan oleh Jabatan Imegresyen Malaysia semata-mata mematuhi syarat yang ditetapkan oleh UNHCR. Dalam hal ini perkampungan juga diwujudkan untuk penempatan pelarian di Sabah seprti KG Mawtas (Kg Bahagia) di sandakan yang dibena pada 1983 siap dibena 1984. Kg Talipok dekat Inanam dan banyak lagi di sekitar Sabah tanpa diketahui oleh "sabahan". Perjanjian tanah penempatan kerajaan ini dengan UNHCR ada had waktunya ialah 35 ke 40 tahun.

Selepas 30-40 tahun macamana? Mereka pelarian perang "mesti diberi PR" dan diserap kedalam masyarakat untuk dimanfaatkan oleh negara sebagai tenaga buruh dan sebagainya, kalau tidak mereka akan menjadi penjenayah kerana bilangan mereka terlalu ramai, sebab itu tidak boleh dihalang sekiranya mereka bekerja dan sebagainya yang penting mereka pelarian yang sah (yang punya IMM13) yang tidak sah akan dikira PTI. Yang melakukan jenayah berat akan dilucutkan dari PR nya dan dihalau ke negara asalnya.

3 ulasan:

Azmil Ahud ® berkata...

proud to b tidung :)

someone berkata...

Saya sangat setuju. Jangan asyik tuduh pemegang IMM13 mendtangkan bnyk masalah. Sebenarnya mereka jugala yng bekerja dalam pembinaan, pelayan, secara amnya kerja2 orang pribumi tak nak buat. Sebenarnya merka da banyak membantu dlm pembangunan negeri Sabah. Sekiranya kerajaan memberikan peluang peluang yng sama seperti peluang pekerjaan dan pendidikan maka kurangla jenayah dan gejala sosial. Kerajaan bole membuang pemegang IMM13 yang tidak berkelakuan baik ke negara asal tetapi kpda yng suda menyangi negara ini dengan tulus dimanakah nasib mereka?

JEJAI berkata...

Mangsa keadaan kepincangan Kerajaan Dan puak2 JPN N IMEGRESEN... Kenapa masih mghasilkan IMM13? Status pelarian da lama tamat...