Berita Harian
Rabu, 28 Jan 2009
KUALA LUMPUR: Berikutan kos pengurusan dan gaji pembantu rumah dari Indonesia yang makin meningkat, agensi pembekalan pembantu rumah kini beralih kepada pembantu rumah beragama Islam dari kepulauan Mindanao, selatan Filipina. Selain bagi mengurangkan kos, ia untuk memenuhi permintaan majikan beragama Islam kerana ramai daripada mereka hanya mampu menawarkan gaji antara RM500 hingga RM600 yang dianggap murah oleh pembantu rumah dari Indonesia.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata pengambilan pembantu rumah dari Indonesia berkurangan kerana ejen di negara itu mengenakan yuran pengurusan RM2,000 hingga RM3,000 seorang, di samping alasan gaji ditawarkan majikan di Malaysia amat rendah.Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan awal dengan pihak berkuasa tenaga kerja Kedutaan Filipina di sini minggu lalu dan menerima reaksi positif mereka.
“Kita percaya ramai umat Islam di sana mahu bekerja sebagai pembantu rumah dengan majikan beragama Islam di sini,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Filipina antara beberapa negara pembekal tenaga kerja pembantu rumah asing ke Malaysia sejak enam tahun lalu, tetapi agensi pembantu rumah asing di Malaysia termasuk ahli Papa lebih banyak membawa pembantu rumah bukan beragama Islam.
Namun, Raja Zulkepley berkata, kini Papa mahu meluaskan bekalan pembantu rumah Islam dari negara itu supaya tidak hanya terhad kepada pembantu rumah bukan beragama Islam saja.
Beliau berkata, dengan memberi peluang kepada penduduk di Mindanao bekerja di sektor itu, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi mereka.
“Ketika ini jumlah pembantu rumah asing bukan Islam dari Filipina di negara ini dianggarkan 10,000. Kita percaya majikan beragama Islam juga akan berasa selesa menggunakan khidmat pembantu rumah beragama Islam dari Filipina seperti pembantu dari Indonesia,” katanya.
Ulasan:
Alhamdulillah, harap kerajaan mempercepatkan urusan pengambilan rakyat Muslim Mindanao untuk pembantu rumah di Malaysia sebagai alternatif membantu ekonomi ummat Islam dari Selatan Filipina. Persoalannya, mengapa baru sekarang Malaysia terfikir? Sejak sekian lama umat Islam Mindanao termasuk Sulu teraniaya dan kurang pembelaan dari segi bantuan ekonomi dan pendidikan, baru hari ini "kita perlu mengambil amah dari Mindanao?"
Kita alu-alukan kerajaan kita membantu umat Islam selatan Filipina dengan memberikan mereka peluang pekerjaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pekerja Indonesia. Walau bagaimanapun kerajaan diharap bertindak lebih adil dengan tidak membuang semua pekerja Indonesia hanya semata-mata mengambil pekerja Muslim dari Selatan Filipina. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini perpaduan ummat Islam dengan saling tolong menolong sesama mereka sangat perlu. Dibimbangi dengan membuang pekerja Indonesia dan mengambil pekerja Selatan Filipina boleh mencetuskan perasaan kurang senang dan permusuhan rakyat Indonesia kepada muslimin Selatan Filipina pula.
Diulang sekali lagi persoalan, mengapa hari ini barulah kita terfikir perlunya Malaysia membantu Muslim Mindanao untuk bekerja di Semenanjung Malaysia? Untuk "membantu" atau ada sesuatu yang telah berlaku di sana yang boleh menggugat "keselamatan" negara kita Malaysia?
Bukankah selama ini Malaysia telah banyak membantu menjadi orang tengah kepada perdamaian antara MILF dan Filipina? Atau telah banyak membantu pelarian Tausug dari Sulu bekerja di Sabah dengan memberikan mereka Pass Pelarian (IMM13) agar dapat bekerja menyara hidup? Alhamdulillah ini memang benar! Kerajaan kita telah lakukannya demi membantu sesama umat Islam.
Tetapi saya melihat "kemungkinan" tindakan kita mengambil pekerja muslim Mindanao menggantikan pekerja (amah) Indonesia di Semenanjung Malaysia adalah satu langkah "drastik" untuk menyelamatkan Negara Malaysia yang kita cintai ini. Mengapa dikatakan begitu? Kerana Wilayah Sulu (yang tidak termasuk dalam Wilayah Mindanao) telah membuat satu gerakan sekarang untuk keluarkan Sulu dari pentadbiran Filipina secara "Aman".
Mengapa pula gerakan di Sulu boleh ancam "Keselamatan Negara?". Mengikut satu andaian bodoh seorang sahabat "Sekiranya Sulu keluar jadi satu Negara Berdaulat, habislah Malaysia, sudah tentu Sulu akan tuntut Sabah (Sabba) atau North Borneo. Sekiranya ini berlaku (Sabah berjaya dituntut oleh Sulu), Sarawak secara otomatik akan keluar dari Malaysia (kerana menyertai Persekutuan Malaysia serentak dengan Sabah), Semenanjung Malaysia juga akan pecah, kerana P. Pinang tidak akan berdiam diri, negeri kaya seperti Selangor dan Johor juga tentu tidak mahu membela negeri-negeri miskin lain (Perlis, Kedah, Melaka, dll)". Bagi sahabat saya yang lain mengatakan bahawa ini adalah satu andaian diluar logik akal yang tidak perlu dihiraukan, saya turut bersetuju. Saya mengandaikan, sekiranya berlaku demikian (bukan setakat Malaysia yang hancur, malah Brunei, Indonesia dan Negara Filipina akan turut hancur lebur berkubur tanpa batu nesan?
Menurut salah seorang pengunjung dari blog taymanghud.blogspot.com, andaian yang saya anggap "bodoh" itu ada kebenarannya sekiranya kita meneliti fakta sejarah, menurutnya:
-Negara Brunei: Akan diambil pemerintahannya oleh Sulu adalah disebabkan kononnya Kesultanan Brunei sekarang susur galurnya adalah dari "Wanita" (menurutnya sultan Brunei yang ada hari ini tidak mempunyai Pulau Janggi mereka sendiri sebagai tanda susur galur Kesultanan Brunei yang sah). Mengikut protokol Sulu, kerabat dari sebelah perempuan tidak layak jadi Sultan. Kesultanan Sulu perlu melantik Sultan Brunei yang benar memerintah Brunei. Ini kerana Kesultanan Sulu adalah datang dari Kesultanan Brunei sendiri (anak Sultan Muhammad Hassan dari Brunei menghantar anak boungsunya ke Sulu untuk diangkat menjadi Sultan setelah sultan Sulu yang asal telah mangkat tanpa zuriat sebagai penyambung, tahun 1610 M). Dalam hal ini, sekiranya Sultan Sulu tidak menemui kerabat Kesultanan Brunei yang layak dilantik menjadi Sultan Brunei, Sultan Sulu sendiri boleh mengambil alih kuasa pemerintahan Brunei. Masalah yang melanda Brunei ialah tanggapan dari kaum Sulu sendiri, "Sultan Brunei adalah kaya malangnya kami (Sulug) tidak dibantu, malah dibiar dianiaya seteru, Allah swt maha kaya".
-Negara Indonesia: Kalimantan akan diambil oleh Sulu disebabkan bermula dari Sambas (Kesultanan Sambas adalah kerabat Sultan Brunei dan Sultan Sulu melalui Sultan Muhammad Hassan, 1600 M) hingga ke Tarakan (bekas kerajaan Tidung, kemudian Bolongan) adalah dibawah naungan Kesultanan Sulu (dibawah kekuasaan maritim Sulu, Iranun, Tidung dan Balangingi).
-Negara Filipina: Akan menjadi sebahagian dari kerajaan Kesultanan Sulu adalah kerana "hutang mereka yang tak mungkin dapat dibayar sekalipun 1000 tahun membayar secara ansuran kepada Sulu". Mengapa demikian? Kerajaan Filipina meminjam 400,000 tan metrik jongkong emas dari Kesultanan Sulu untuk mendirikan bank negaranya yang dikenali "Bangko ang Filipinas" pada tahun 1949. Setelah itu mereka perangi dan menganiaya pula Tausug pada tahun 1972 (dengan mewujudkan perang olok-olok) membunuh ribuan muslimin dari Sulu dan Mindanao sehingga jadi pelarian yang melarat di Sabah yang hingga hari ini "Sabahan" menggelar mereka bangsa "jahat dan busuk" hanya kerana duduk dirumah setinggan buruk serta perlakuan jenayah mereka (disebabkan desakan hidup miskin dan melarat). Kini, disebabkan "peperangan" yang dicetuskan oleh Filipina, kaum Tausug yang lari ke Sabah dari Sulu saban hari menjadi PTI ekonomi, dikejar kesana-kemari diberkas Polis untuk disumbat dalam "rumah merah" setelah "disebat dengan rotan" dihantar semula ke Sulu (zamboanga) kepada kerajaan Filipina (kerana dianggap orang Filipina, walaupun kaum Sulu tidak mengakuinya). Malaysia (sebagai saudara seagama) tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan "perjanjian ASEAN"?.
Saya berpandangan, perkara diatas tidak akan berlaku kerana mustahil ia berlaku. Sahabat saya seorang ustaz berkata pada saya demi menenangkan keadaan katanya, "Sekiranya ia berlaku (seperti yang dikatakan di atas) ketika itu bukan perpecahan tetapi "perpaduan Ummah" Nusantara dibawah satu Sultan yakni Khilafah. Ketika ini tiada lagi sempadan, umat Islam disatukan kekuatan untuk menghadapi kufar, ini kerana ada satu athar dari sahabat Rasulullah saw yang lebih kurang mengatakan, di akhir zaman nanti akan muncul satu kumpulan dari sebelah timur, membawa panji (putih dan kuning?), mereka adalah pembela agama Allah yang membantu tentera Imam Al-Mahdi memerangi Yahudi Dajjal di Palestin.
Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan