Pada tahun 2004 yang lalu saya terbaca satu forum yang memperdebatkan bahawa kaum SULUK di Sabah bukan kaum Tausug. Alasannya ialah Tausug adalah kaum yang tinggal di SUG (Jolo) Sulu sedangkan Suluk pula adalah kaum yang tinggal di Borneo Utara atau Sabah. Hal perdebatan berkenaan saya tidak ambil pusing kerana menganggap ia hanya isu remeh kesalahfahaman semata atau kejahilan yang sementara. Malangnya sejak kebelakangan ini, isu Suluk bukan Tausug semakin kedengaran terutama kepada kaum Suluk Sabahan. Nampaknya, tanpa apa-apa sandaran yang kukuh mereka dengan sesuka hati memberi definisi secara bersendirian yang sudah tentu menampakkan kejahilan mereka sendiri.Berikut saya persembahkan jawapan kepada persoalan ini dalam bentuk soal-jawap secara mudah agar senang difahami:
Kaum Suluk di Sabah tidak sama dengan kaum Tausug di Sulu. Keduanya berbeza dari segi lokasi itu sendiri, Tausug di Filipina dan Suluk di Malaysia. Siapa yang dapat menafikan perkara ini?
Saya setuju, Tausug dan Suluk adalah berbeza sekiranya dirujuk kepada lokasi. Bermakna perbezaannya hanya dirujuk pada perbezaan tempat tinggal antara dua nama kaum itu. Tetapi saya nyatakan mereka tetap satu bangsa kerana menutur bahasa dan budaya yang sama.
Ia tetap tidak sama, kaum Suluk di Sabah tidak boleh mengatakan mereka Tausug kerana TAUSUG itu sendiri bermaksud "Orang di Sug" atau "Orang di SUlu", mana mungkin kaum Suluk di Sabah mengatakan mereka "Orang Sulu" sedangkan kaum Suluk di Sabah adalah warga Sabah di bawah Persekutuan Malaysia?
Sekarang saya tanya anda pula, nenek moyang anda berasal dari mana?
Memanglah asal nenek moyang kami dari Sug (Sulu) dan kami telah berada di sini dan menjadi warga Malaysia semenjak zaman Mat Salleh, sebab itu kami bukan orang Sug (Sulu) lagi. Di Malaysia kami dipanggil Suluk bukan Tausug. Apakah anda mengaku Tausug?
Ya, saya Tausug, dan saya memahami bahawa Tausug dan Suluk mempunyai pengertian yang sama dari segi makna, hanya sebutannya berbeza.
Maka jelaslah anda bukan orang Malaysia kerana anda adalah Tausug bukannya Suluk. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf nama Tausug di sini kerana Tausug asalnya di Sug (Sulu) yang ditadbir Filipina.
(Dalam keadaan berhadapan dengan debat bodoh seperti ini, adalah lebih baik angkat kaki atau mengiyakan sahaja perkataannya untuk mengelak pergaduhan)
Sekiranya para pembaca meneliti, punca segala isu Suluk bukan Tausug ini di Sabah adalah berpunca dari sifat rendah diri kaum Suluk di Sabah sendiri yang malu mengaku Tausug. Kerana satu bangsa yang kononnya berani berperang tidak terkalah, tetapi berbondong lari ke Sabah menyelamatkan diri menjadi pelarian hingga Sulu terbiar ditadbir oleh Filipina hingga hari ini. Yang menambahmalukan lagi kaum Suluk di Sabah ialah orang-orang Tausug yang menjadi anggota Abu Sayyaf datang ke Pulau sipadan menangkap warga Malaysia dijadikan tebusan.
Maka tidak hairan mereka tidak mahu mengaku Tausug lagi. Jelasnya, mereka bukannya tidak mahu mengaku sebagai Tausug, tetapi malu mengakuinya atas dasar perkara yang kita sebutkan tadi. Tetapi sekiranya Sulu itu dapat semula kedaulatannya suatu hari nanti (InsyaAllah tidak lama lagi), kita jangan hairan, orang yang mengaku Suluk Sabah bukan Tausug sebelum ini, itulah yang melompat dahulu mengangkat parang ditangannya sambil menjerit "Siapa yang tidak mengaku Tausug aku akan potong lehernya!". Ternyata sebenarnya dia bukannya "Tausug" dari Sulu.
Memperjelaskan Kebenaran Istilah
Darimanakah asal-usul istilah atau penggelaran SULUK kepada kaum Tausug di Sabah? Atau sememangnya kaum Tausug dahulu adalah ahli tariqat yang selalu berSULUK sebelum keluar berjihad fisabilillah menentang kufar? Ya yang ini ada kebenarannya, tapi Kita mahu jawapan yang lebih tepat lagi berdasarkan kenyataan sejarah. Sebenarnya, saya telah merata bertanya kepada golongan tua Tausug bertanyakan darimanakah asal panggilan Suluk kepada kaum Tausug di Sabah, tetapi tiada jawapan yang memuaskan hati hinggalah saya mengambil keputusan mencari jawapan melalui tulisan para sarjana timur dan barat sendiri.
Akhirnya didapati, satu-satunya di dalam dunia ini yang memanggil kaum Tausug dengan panggilan Suluk ialah orang-orang Brunei, sebab itu Dylrample menulis dalam catatannya, Soolook adalah merujuk kepada kaum Suluk kerana terikut-ikut atau terpengaruh sebutannya dari lidah kaum Melayu Brunei sendiri. Apa buktinya? Pengarah Pusat Sejarah Negara Brunei Darussalam, Pehin Prof. Jamil Al-Sufri telah menulis dua buku yang sangat penting bertajuk Tarsila Brunei I dan Tarsila Brunei II menyebut "Suluk" atau "Sultan Suluk" atau "Sultan dari Negara Suluk" atau "Orang Suluk" adalah merujuk kepada kaum Tausug di Sulu. Sejak dahulu kala orang-orang Brunei memanggil orang-orang dari Sulu (Tausug, Balangingi/sama Bajau, Yakan) sebagai Orang Suluk. Siapakah yang membawa istilah "SULUK" ini kepada orang-orang Brunei? Punca Panggilan Suluk Menurut dalam catatan Negarakrtegama Majapahit, kepulauan Sulu dipanggil SOLOT, begitu juga ketika zaman Srivijaya kepulauan Sulu di panggil SOLOT. Satu wilayah kepulauan yang tidak tertakluk oleh kedua kerajaan Hindu Buddha itu walaupun mereka katakan Solot sebagai wilayah naungannya. Persoalannya dari mana Srivijaya dan Majapahit mendapat gelaran Solot kepada wilayah Sulu?
Puncanya ialah semata-mata "pelat" atau lidah yang sukar menyebut sesuatu perkataan disebabkan tidak biasa menyebutnya. Bagi kaum Maranao, Maguindanao dan Iranun di Mindanao mereka memanggil kaum Tausug dengan panggilan "SULUG". Sekiranya kita teliti, "Sulug" adalah gabungan Sulu dan Sug menjadi Sulug (Sulu + Sug = Sulug). Bagi kaum Tausug sendiri, Sulu adalah satu wilayah atau ruang lingkup empayar pemerintahan raja-raja atau Sultan-Sultan Tausug. Sedangkan Tausug itu adalah orang-orang yang menghuni Pulau Sug (Jolo) yang menutur satu bahasa yang dinamakan Bahasa Sug. Lingua-franca di kepulauan Sulu adalah Bahasa Sug hingga hari ini. Sug bermaksud "Arus" air laut, maka "Tausug" bermaksud "Orang Arus". Mereka digelar Tausug atau Orang Arus adalah kerana mereka adalah kaum pedagang yang berlayar ke pelusuk Nusantara untuk berdagang mengikut arus lautan, sebab itu Tausug duduk di Pulau Jolo ditengah-tengah lautan yang deras arus air lautnya.
SULUG bermaksud "Sulu tempat asal orang Sug" atau "Orang Sug Sulu". Maka, sekiranya orang-orang Brunei menyebut SULUK kepada SULUG maka ia hanya semata-mata "pelat" lidah mereka. Sebenarnya yang tepat ialah "SULUG" bukannya SULUK. Sementelahan Srivijaya dan Majapahit pula menyebut SOLOT, atau SULUT yang lebih hampir kepada SULUK, sedangkan SULUK kata asalnya ialah SULUG.
Hubungan Brunei Dengan Kaum Di Mindanao
Menurut Majul dalam bukunya Muslims In The Philipines para pendakwah Islam dari Brunei sangat rapat hubungannya dengan Kesultanan Maguindanao pada awal-awal kedatangan Islam. Sudah tentu para da'i Brunei telah mengetahui gelaran Sulug itu kepada kaum Tausug Sulu itu dari orang-orang Maguindanao. Tapi lidah Melayu dari Brunei pastinya gagal menyebut SULUG itu dengan betul malah ia akan menjadi "Suluk" pada lidah mereka. Kita sedia maklum, Maranao, Maguindanao dan Iranun adalah yang terkenal menggelar SULUG kepada orang Tausug hingga hari ini. Menurut sahabat saya (Neldy Jolo) yang pernah mengembara mengelilingi Mindanao hingga perjalanannya ke Manila menyatakan, kaum-kaum Muslim di Mindanao memanggil orang Tausug dari Sulu sebagai SULUG hingga ke hari ini.
Di Sabah tidak jauh dengan Pulau Gaya di Kota Kinabalu, iaitu di Laut China Selatan terdapat satu pulau pelancongan yang cantik dan indah bernama Pulau Sulug. Sila lihat peta Sabah. Siapa yang menggelar pulau itu dengan gelaran Pulau Sulug? Yang mengelar sebenarnya ialah orang-orang Iranun yang menjadi tentera laut Sulu ketika itu. Ketika itu kaum Iranun sangat rapat hubungannya dengan Tausug pada zaman pemerintahan Raja Bongsu Sultan Mawallil Wasit sekitar 1610 M kerana perhubungan kekeluargaannya dengan Sultan Maguindanao, Sultan Qudarat. Hingga hari ini kaum Iranun banyak terdapat di Pantai Barat Sabah, dan sekiranya mereka (Iranun Sabah) tidak lupa, mereka memanggil Sulug kepada Tausug bukannya SULUK.
Ia cuma sebutan berbeza hanya kerana pelat semata, pada makna adalah sama. Kaum Tausug hingga kini, terutama yang duduk di Mindanao, maklum, sekiranya ada orang yang memanggil mereka SULUG, itu pastinya datang dari kaum lain. Dikalangan Tausug tetap memanggil diri mereka sebagao TAUSUG!.
16 ulasan:
salam! Sya berpendapat demi untuk penyatuan bangsa tausug satu kajian&penyelesaian tentang IDEOLOGI org suluk di malaysia perlu dibuat.bagi sya tausug & suluk itu adalah sama - sya adalah suluk & dlm masa sama sya juga tausug.sya berpendapat dan yakin bahawa - 'KETURUNAN KITA YG DATANG KE SABAH DAN MELAHIRKAN KITA & MEMBESARKAN SERTA MENDAPATKAN PENDIDIKAN UNTUK KITA ADALAH DGN HARAPAN SATU MASA NANTI KITA AKAN MENJADI GENERASI YG AKAN MENOLEH KEMBALI KPD BANGSANYA SERTA MENJADI PEMBELA & MENJADI PENERUS PERJUANGAN MEREKA'.walau bagaimanapun berdasarkan pergaulan sya.sya dapati ada di kalangan org suluk yg tidak lagi prihatin dgn perkembangan bangsanya.sbb itu sya berpendapat kajian tentang ideologi perlu dibuat.
Salam perkenalan dari saya syaiful, ulasan yg mantap, boleh minta sumber2 rujukan ini email saya.wanz24@yahoo.com
bagus ulasannya. mereka di sabah ibarat kacang lupakan kulit. Adik tak mengaku abang.
Dalam masa yg sama, mereka tidak mengaku mungkin juga kerana mereka lari ke sabah ketika sulu ditawan sepanyol seperti dakwaan saudara, tetapi mungkin hanya kerana tidak mengenal keturunan sendiri.
Sabah juga sebenarnya adalah tanah milik Kesultanan Sulu selepas diberi oleh Kesultanan Brunei kerana menentang musuh Brunei pada waktu itu. Sabah/Sarawak (North Borneo) adalah milik kesultanan Brunei.
Pastinya, telah ramai kaum sulu/tausug berpindah ke tanah baru itu setelah diberi brunei, dan asimilasi pastinya telah lama terjadi antara penduduk tetap sabah dan sulu.
http://www.zamboangatoday.ph/index.php/opinion/viewsopinions/4391-how-sabah-fell-into-the-hands-of-sulu-sultanate.html
Assalamualaikum wtw..Dgn ucapan Bismillahirrahmanirrahim..Saya jg anak jati bangsa suluk(Tausug) yg telah pun dilahirkan,bersekolah dan membesar di sabah sehinggalah kpda hari ini,dan saya jg tidak menafikan bahwasanya SULUK adalah TAUSUG dimana seprtimana jg yg kita semua sedia maklum pertuturan bahasanya jg adalah sama.Tiada sumber yg boleh menafikan SULUK BUKAN TAUSUG.Jadi saya di sini menegaskan SULUK adalah TAUSUG.Wahai bangsaku SULUK@TAUSUG ayuh kita sama2 bersatu padu untuk memartabatkan lagi serta memperjuangkan bangsa dan agama kita di mata dunia sehinggalah ke peringkat Global.Amin Ya Rabbal Alamin....
salam.. mau bg pandangan shj..hehe..suluk dan tausug adalah sama, kecuali penggunaan istilah dalam kalangan masyarkat itu ... di malaysia kita yg brbangsa tausug lebih dikenali dgn suku kaum suluk dan di Filipina khususnya moroland kita dikenali sebagai tausug ...
BTW... saya sbg kturunan Datu brasa bangga dengan adanya penulisan dan pengkajian tentang susur galur kesultanan sulu... saya tau jgk bhawa kesultanan sulu merupakan sebuah kerajaan yg terkenal di nusantara pada suatu masa dahulu...kalau berkesempatan saya mau membuat penulisan ilmiah ttg kesultanan sulu dan bangsa tausug ini untuk memperkukuhkan lagi fakta sejarah kita dalam sejarah bangsa kita...
Aku Suluk/Tausug 100%
Sibaud(ayah) + Maimbung(ibu)
= Tausug/Suluk....
Assalamu'alaikum,cuma aku sedikit bingung+keliru kenapa para Pewaris2 Kesultanan Sulu tidak boleh bersatu?Adakah kerana ada sesuatu?Ketepikanlah dulu masalah dalaman,kalau memang nak memperjuangkan hak Bangsa...tegakah kita melihat kepayahan yang berpanjangan sejak beberapa generasi ini?
Assalamu'alaikum Bro Asree,kalau boleh update setiap hari,supaya kami faham kedudukan sebenar keadaan tanah Leluhur kita...tu pun kalau Bro Asree ndak keberatan.
Assalamualaikum,kebanyakannya malu mengakuinya...ndak tau la apa sebabnya.kalau bagi aku...apa nak dimalukan.Memangpun Suluk tu Tausug.Aku bangga kerana dilahirkan sebagai bangsa Tausug/Suluk.
Asslm Alkm ww...
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.,.
Samad bin Lintasan, berasal dari SULUK SANDAKAN.
Alhamdulillah Syukur sarta Rahmat dan Nikmat Allah. Saya ingin mengucap terimah kasih atas penjelasan saudara Asree dan juga Neldy.
Bagi saya,
memang lah dulu di waktu era pemarintahan kesultanan sulu, BAHASA PERANTARA adalah BAHASA SULUK, kewarganegaraannya Tao-Sug. Ini sebelum jaman Britist lagi. Setelah kita mejadi Britis crown kita guna Bahasa ENGLISH BRITIST selapas kita di CABUL oleh pihak British dan mengambil kesempatan dlm kesimpitan utk meng+Christiankan sekelumpuk ethnic yg berasal dari pelusuk Asea untuk di tanam menjadi perusak GUGUSAN KERAJAAN dan KEWARGANEGARAAN KESULTANAN SULU untuk bertukar dari MAJURITY ke MINURITY. Seterusnya barulah NEGERI SABAH di serah bagi kepada MALAYSIA sementara sebagai umpan bertujuan utk kacang melupakan kulitnya. Ikan karapu bagahak tidak juga dapat menelan umpan itu sebab terlalu panas oleh kerana ada 2 tuntutan...
1. Tuntutan harta kewangan dan kedaulatan GUGUSAN KUASA KESULTANAN SULU.
2.Tuntutan kuasa ethnik ternakan Britist yg tiada sekeping documen pun yg membuktikan bahawa BORNEO UTARA adalah milik merika. Inilah meka yg menindas memecah bela kaum SULUK dan BAJAU.
orang cina dipanggil cina dan menngaku cina.. tp cina jumpa cina tidak akan cakap dia cina.. orang suluk panggil suluk tausug..orang melayu panggil suluk orang bajau panggil aa suk.. orang jepun panggol suruk..padahal sama sahaja.. jgnlah pusing2.. apakah orang suluk yg tinggal di us masih suluk atau dpggil SOLOQ..
sebut ikut lembut lidah.. dun pulgit tu rimimbil mi.. jgnlah dgn kkrsan lidah kita mengakkan benang basah.. belajarlah dr kekuranga.. bukan sembunyikan dan bercerita tntg kayangan.. kmbli kjlan agama jauhkan assabiyah..
memg rmai yg x mgaku bangsa tausug/suluk sbb malu, pasal bangsa kta ni di kenal sbgai PATI/PTI di negara. wlopun saya lahir, mbesar di sabah & mjdi rakyat malaysia, datuk nenek saya ada lagi di zamboanga, kdang2 ja mreka dtang sabah. tapi saya bangga menjadi sbhgian dari tausug..
rmai org kita yg tgal d pulau gaya, penempatan kinarut yg brulang alik dri kpulauan sulu ke sabah. dorg mbawa brita dri sana. kalau brgaul dgn mreka, bleh la dpat brita dri sana wlopun sdkit.
Catat Ulasan