Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Isnin, 16 Februari 2009

Safari Wali Songo 2009: Di Jakarta, 15hb Feb 2009


Lepas Isyak, 15hb Feb 2009, Jln Pedati/Otista Raya, Jakarta Timur, penulis sampai bersama rombongan KH Muhammad Al-Khaththath. Ketika sampai jalan masuk ditutup rapat kemudian dibukakan setelah melihat KH Muhammad Al-Khaththath didalam keretanya (kerana KH Al-Khaththath cukup terkenal di sini).

Kami sampai di satu lorong yang penuh sesak dengan pemuda berbaju putih Laskar FPI. Kelihatannya para penjaja barang-barang berupa alat-alat ibadat, DVD dan VCD ceramah para habaib berada disepanjang tepi jalan menuju ke majlis tersebut. Penulis teringat suasana seperti ini ketika menghadiri majlis ceramah PAS tidak lama dulu, lebih kurang sama.

Dari jauh lagi kedengaran lagu ratib Al-Haddad dinyanyikan di atas pentas dengan alunan lagu yang begitu merdu memuji Rasulullah saw. Lagunya lebih merdu dari penyanyi ratib di majlis-majlis Habaib di Malaysia yang biasa penulis hadiri. Yang peliknya 90% kehadiran adalah golongan muda dari Laskar Front Pembela Islam (FPI). Semangat mereka begitu berkobar-kobar. Di sepanjang jalan menuju ke tempat para Habaib duduk para pemuda ini tidak putus-putus bersalaman dengan KH Muhammad Al-Khaththath mencium tangannya, penulis yang hanya berjalan mengekori KH Al-Khaththath turut mendapat berkat darinya kerana turut di jabat tangan oleh para pemuda Laskar FPI.

Kami sampai di ruang tamu tuan rumah Habib Umar, dan kami dijemput duduk bersama habaib yang lain yang telah sampai awal. Penulis diperkenalkan oleh KH Muhammad Al-Khaththath kepada tetamu dan berbual beberapa isu. Jam 10 malam penulis dijemput ke atas pentas duduk bersama para habaib kerana diminta memberikan sepatah dua kepada hadirin tentang siapa yang dikatakan Moro itu.

Setelah ceramah KH Muhammad Al-Khaththath dan dua habib selesai, maka tibalah giliran penulis. Antara kandungan ucapan:

"Ramai yang bertanya kepada saya setelah menjejak kaki ke Jakarta sejak semalam, mangapa kami dipanggil Moro?, penjelasannya mudah, Moro bermaksud kaum atau pelbagai etnik beragama Islam yang tinggal di kepulauan Filipina Selatan. Siapa yang mula memanggil gelar ini? Ialah para penjajah Spanyol kerana sebelum datang ke Filipina, mereka mempunyai sejarah yang panjang berperang dengan Muslimin Afrika Utara yang juga dipanggil Moro"

Penulis jelaskan lagi,
"Gelaran Moro bermaksud Orang Beragama Islam, maka menurut Spanyol di seluruh dunia setiap orang yang beragama Islam tetap dipanggil Moro, maka Malaysia, Indonesia, Brunei dan Pattani juga tetap mereka panggil Moro"

"Ada yang bertanya mengapa hingga hari ini Moro masih berperang? Ternyata peperangan itu telah menghancur leburkan segala apa sahaja, anak-anak kebanyakan buta huruf, menjadi pelarian dan sebagainya. Mengapa umat Moro jadi begini? kerana mereka sudah kehilangan pemimpin mereka para Habaib, yang pada ketika dulu menjadi sumber kekuatan mereka".

"Wilayah Moro terbahagi dua, yang pertama Mindanao, yang kedua ialah Sulu. Keduanya mempunyai Sultan dari kalangan Habaib. Untuk menyatukan kedua negara ini mustahil, mana mungkin menyatukan Malaysia dengan Indonesia sedangkan mereka punya kedaulatan masing-masing? begitulah juga Sulu dan Mindanao. Mereka hari ini telah berjaya dilanyak kerana telah kehilangan para Habaib yang selama ini menjadi "ibu dan ayah" mereka"

"Habib Abu Bakar bin Ali Zainal Abidin seorang ulama membawa Islam ke Sulu. Mengislamkan umat Sulu dari Hindu-Buddha yang kemudian menjadi sultan Sulu pada 1450 M. Setelah itu para penjajah datang, tetapi gagal menjajah kerana kekuatan Spiritual para habaib yang ada bersama mereka"

"Pada tahun 1700-an datang lagi Habib Alawi Balfaqi dari Hadramaut telah memberi kekuatan kepada mereka sekali lagi. Maka (Umat Sulu) mereka terus bertahan tidak terkalahkan dari sebarang peperangan dan penjajahan. Malah pada masa kedatangan Habib Alawi Balfaqi ke Sulu, ketika itu Sulu berada di kemuncak kegemilangannya"

"Hari ini, kami umat Moro! Telah tewas kerana para kekasih kami cucu-cicit Rasulillahi Sallallahu'alaihi wasallam telah meninggalkan kami bersendirian tanpa barakah! Wahai para Habaib, kami berseru atas nama Allah swt, kembalilah kepada kami, kami terkalah kerana kehilangan kalian, kami telah kehilangan "kekasih" kami para ulama'ulamilin dari kalangan habaib lantaran Marcos dapat menguasai wilayah Moro hingga hari ini"

"Sebab itu wahai saudara-saudara sekalian, saya sebagai menyampai amanat dari Kesultanan Sulu, Datu Ladjamura bin Datu Wasik menyampaikan pelawaan kepada Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab untuk menjadi mufti kerajaan Sulu sempena pertabalannya sebagai Sultan Sulu yang rasmi pada tanggal 17hb Feb 2009 nanti, insyaAllah, Dan Pak Habib Muhammad Rizieq telah menyatakan persetujuannya Allahu akhbar!!"

Tiba-tiba para habaib dan para laskar FPI bangkit melaungkan takbir dengan penuh semangat.
"Allahu akbar, subhanallah!!"
"Allahu akbar, subhanallah!!"
"Allahu akbar, subhanallah!!"

Penulis mengakhiri ucapan. Jam 1.30 pagi bersurai.

Tiada ulasan: