Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Ahad, 15 Februari 2009

Habib Muhammad Rizieq As-Syihab Sebagai Mufti Kerajaan Sulu


Pertemuan yang penuh muhibbah dengan presiden Front Pembela Islam (FPI) dalam lokap. Penulis menyampaikan amanat dari Datu Ladjamura bin Datu Wasik berkenaan permintaan yang mulia Habib sebagai Mufti Kerajaan Sulu.


Pertemuan Pendek: Taklimat Sejarah

Asree:
Pak Habib, Datu Ladjamura bin Datu Wasik-Aranan bersama ahli RUMAH BICARANYA di Sulu telah menerima saranan dari yang berbahagia guru kami Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah, bahawasanya untuk mengembalikan "Roh" Kesultanan Sulu harus melantik seorang Mufti dari kalangan Habaib yang ada di Malaysia atau di Indonesia. Kerana untuk mengembalikan hak ummat Sulu, perlu kembali kepada sejarahnya iaitu Dakwah Islamiyah sampai ke Sulu sejak awal abad ke-15 adalah dibawa oleh para Habaib. Sultan Sulu yang pertama ialah Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin Al-Husseini seorang ulama besar berjaya menyatukan umat Tausug dengan Islam. Kemudian dia dilantik Sultan Sulu yang pertama pada 1450. Maka sudah selayaknya kemuftian datang dari para Habaib sendiri.

Perkara ini juga semestinya diikuti oleh umat Islam Mindanao yang kesultanan mereka juga dimulai oleh Sayyid Kabongsuan bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Adik kandung Sayyid Abu Bakar) yang ditabal menjadi Sultan Maguindanao pada 1515.


Soalan:


Asree:
Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah telah membuat cadangan dalam satu musyawarah dengan para asoib-asoib dari Malaysia telah sepakat dengan "Rumah Bicara" Datu Ladjamura di Sulu, untuk melantik yang mulia Pak Habib sebagai Mufti Kerajaan Sulu. Bagaimana pandangan Pak Habib tentang hal ini?

Pak Habib:
Alhamdulillah, saudara Asree, hal itu pada dasarnya saya menerimanya dengan rasa tanggungjawab dan dengan penuh rasa muhibbah, kerna kita semua umat Islam rantau Nusantara harus bersatu padu bahu-membahu untuk membantu sesama. Perkara ini (perlantikan Mufti Sulu) telah pun dimaklumkan melalui telefon oleh sahabat saya Ustaz Hj Abdul Halim Abbas pada tahun lepas lagi, cuma belum mendapat makluman resmi dari sana. Kerna kami juga perlukan kepastian.

Berkenaan kepimpinan yang sejak dulu para Habaib yang memulakannya, maka memang selayaknya kaum Sulu perlu bangkit kembali mengangkat pemimpin mereka semula. Kerna saya lihat, umat Islam di Filipina Selatan seperti kehilangan "Ibu dan bapa" sejak sekian lamanya, dan hingga kini masih tidak mampu bangkit sebagai satu ummat yang bersatu padu kearah mendapatkan cita-cita mereka. Terima kasih atas kepercayaan Datu Ladjamura serta kawan-kawan yang berkerja kearah kesejahteraan ummat.

Asree:
Untuk makluman Pak Habib, tanggal 17 Maret 2009 (17hb Mac 2009) adalah hari pertabalan yang berbahagia Datu Ladjamura sebagai Sultan Sulu yang pertama sejak kehilangannya bermula dari hari kewafatan Sultan Sulu yang terakhir pada 1936. Ia akan dilakukan dengan aman dan muhibbah. Kita menjemput saudara-saudara kita dari Malaysia dan Indonesia malah Filipina dan Brunei sendiri untuk sama-sama menyertai hari bersejarah ini. Hal ini (perlantikan Sultan Sulu) kita harus menanganinya dengan berhati-hati kerana ianya perlu dilihat sebagai satu kesatuan dan perpaduan ummat Islam Nusantara bukannya sebagai pemecah belah.

Kerana ada beberapa pandangan menyatakan kiranya Sulu keluar jadi satu negara maka wilayahnya di Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) akan dituntutnya kembali. Dan juga Filipina (Manila) sendiri akan tertuntut masuk ke wilayah Sulu kerana hutangnya terlalu banyak kepada kerajaan Sulu yang memungkinkannya tidak mampu membayar sekalipun membayarnya secara ansuran selama 3000 tahun. Ini kerana semenjak tahun 1935-49, Manila berhutang dengan Kerajaan Sulu lebih 600,000 tan metrik jongkong emas. Pembantaian kepada umat Islam Moro juga adalah berpunca dari sini (Harta Sulu).

Saya optimis, segala tuntutan wilayah itu tidak akan berlaku sekiranya kita umat Islam Nusantara membantu Sulu tegak kembali menjadi satu negara berdaulat seperti dahulu kala. Keluarnya Sulu jadi satu negara juga dengan cara ini (mengembalikan kesultanannya kembali berdaulat) kemungkinan besar akan diikuti oleh saudara kita di Mindanao untuk membuat perkara yang sama. Hal ini tidak memerlukan peperangan. MNLF dan MILF yang perjuangan mereka berdasarkan penentangan bersenjata akan terserap menjadi tentera kedua-dua wilayah kesultanan Sulu dan Mindanao. Filipina tidak boleh berbuat apa-apa kecuali membantu mempermudahkan segala urusan Kesultanan di kedua-dua wilayah itu, kerana dia sendiri tahu kedudukannya yang "berhutang" kepada umat Islam di Filipina Selatan.

Habib:
(Pak Habib tersenyum panjang terukir diwajahnya sambil mengangguk-angguk) Sebenarnya saya sudah membaca sebahagian kandungan buku saudara Asree, maka perlu dibaca lagi dihabisin untuk lebih memahami permasalahan umat Islam Sulu dan Mindanao ini. Sebelum saudara bagi yang ini (menunjukkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu) saya sudah mendapatkannya di Kuala Lumpur ketika kedatangan saya ke sana. Saya perlu membacanya dan akan membincangkannya kepada para ikhwan untuk dinilai bagaimana kita dapat membantu hal ini samada dari segi undang-undang dan sebagainya.

Penjelasan saudara Asree telah menambahyakinkan lagi bahawa Kesultanan Sulu itu selayaknya muncul kembali kerana haknya telah tertutupi oleh pihak-pihak yang kita telah ketahui. Apa pun kita berdoa kepada Allah swt untuk keselamatan ummat Muhammad saw di seluruh dunia amnya khususnya di bumi Nusantara ini agar perjuangan kita menegak Agama Allah swt dipermudahkan, kiranya ada halangan dan sebagainya maka itu adalah lumrah (dinamika) dalam perjuangan dan kita akan menanganinya dengan strategi.

Asree:
Syukran Pak Habib, insyaAllah kita akan berjumpa lagi.

Habib:
InsyaAllah!

--------------
Temuramah dari lokap POLDA Jakarta. Perbualan penulis banyak lagi dengan beliau selama lebih kiurang 2 jam yang tak mampu dicatat dikesempatan ini.

Tiada ulasan: