Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Khamis, 19 Februari 2009

Keturunan Raja-raja Saudi Adalah Yahudi?


Tarikh 18hb Feb 2009
Pasar Borong Jakarta

Pada 16hb, ketika majlis Tabligh Akbar anjuran Forum Umat Islam, penulis mendapat jemputan dari Dewan Pimpinan Pusat Al-Ittihadiyah untuk menjelaskan Tausug & Kesultanan Sulu di surau seliaan mereka ditengah bandaraya Jakarta.

Al-Fadhil Ustaz Drs Fikri, Sekretaris Jenderalnya sendiri yang mengundang untuk mengisi ceramah ringkas sebelum solat Zohor itu malangnya tidak dapat dipenuh kerana kenderaan kami terperangkap dalm kesesakan lalu lintas yang teruk ditengah bandaraya Jakarta.

Ketika kami sampai para jamaah telah pun bersurai. Untuk menenangkan keadaan Ustaz Fikri menyatakan esok masih ada peluang. Selepas berbincang kami minta diri dari Ustaz Fikri menuju ke satu restoran terbuka untuk makan tengah hari.

Kami singgah terlebih dahulu di sebuah surau yang penuh sesak dengan jamaah bersolat bergilir-gilir. Inilah Indonesia, negara ummat Islam terbesar dunia. Ummat Islam teramai yang pantang terlihat demonstrasi atau rapat umum, pasti mereka menyertainya. Beza dengan di Malaysia yang tidak begitu terdedah dengan budaya demonstrasi. Kalau ada pun tidaklah semeriah di Indonesia. Yang sungguh sensitif kepada setiap isu.

Terkejut
Ketika hendak menyimpan kasut di surau tersebut ust Agus yang menjadi pemandu kami mengejutkan penulis dengan kehadiran seorang sahabat lamanya yang dia gelar "Murid KH Abu Bakar Ba'asir", dikatakan beliau seorang mujahidin yang pernah berjuang dari Afghan hingga ke "Moro". Kami pun berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman. Kemudian beliau menunjukkan penulis satu risalah yang menurutnya risalah tersebut telah mendedahkan "Tembelang Keluarga Diraja Saudi". Menurutnya telah terbukti "Bani Saud" itu adalah akar keturunannya dari bangsa Yahudi yang terlaknat. Beliau bersungguh-sungguh menyampah dengan meluahkan kekecewaannya terhadap perilaku Pemerintah Saudi penjaga Haramain itu yang hanya berdiam diri ketika Gaza dilanyak.

Penulis membelek risalah tersebut yang bentuknya seperti majalah kecil Mastika di Malaysia. Penulis bertanya kiranya ada lagi penulis akan beli. Katanya tidak perlu beli, buku itu dia hadiahkan tanda persaudaraan dengan umat Moro.

Setelah itu datang seorang lelaki yang kelihatannya seperti penjaga surau tersebut. Dengan imej berkopiah, berjanggut menyapa kami dengan wajah muram. Selepas bersalaman lelaki tersebut terus bersoal jawab dengan "mujahidin" yang baru sahaja menjadi sahabat penulis itu. Antara perbualan mereka yang penulis fahami (kerana mereka bertutur bahasa Melayu pasar Jakarta):

Lelaki Surau:
Akhi, risalah yang antum bagi pada ana ini sangat tidak sesuai, kerana kalau benar Bani Saud dari keturunan Yahudi maka bagaimana dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (pengasas Wahhabi) yang membantu Bani Saud membela Al-Quran dan Sunnah?

Mujahidin:
Akhi, percaya atau tidak terpulang. Kerana itu adalah kajian yang mempunyai asas. Yang benar tetap benar. Di situ juga dikatakan Muhammad bin Abdul Wahhab itu adalah juga berketurunan Yahudi dari Turki.

Penulis tergamam, kelihatannya mungkin akan berlaku hujjat-menghujjat yang tidak sihat sebentar nanti. Penulis mengambil keputusan mendiamkan diri untuk mendengar dahulu debat mereka. Mujahidin yang seorang ini, dengan imej yang juga berkopiah berjanggut, dengan usia mencecah 50-an tidak berganjak menyatakan persetujuannya dengan kandungan risalah itu. Tentunya beliau adalah yang mengedar risalah itu.

Lelaki Surau:
Sahabat-sahabat saya semuanya menelefon saya marah-marah kerana sebelum ini saya yang menyuruh mereka membeli dan membaca risalah ini. Mereka menghujjat, tulisan ini tidak benar dan memecah belah perpaduan ummat. Kalau itu benar sudah tentu sudah lama kita semua tahu.

Mujahidin:
Akhi, buktinya saudi tidak berbuat apa-apa ketika Gaza dilanyak, malah Saudilah yang menyumbang semula pembangunan Gaza yang musnah dan menyeru umat Islam Gaza jangan melawan Israel lagi, menyarankan menyambung pelan damai dengan Israel sahaja. Bukannya antum tidak tahu, pelan perdamaian itu kan tipu helah Yahudi saja memperbodohkan umat Islam?

Lelaki Surau:
Jadi bagaimana dengan segala tulisan-tulisan Syeikh Ibnu Abdul Wahhab yang selama ini menjadi rujukan kita? (Beliau menyebut nama-nama kitab Syeikh Ibnu Abdul Wahhab satu persatu)

Nampaknya semakin reda walaupun hujjah mereka masih berterusan. Penulis pun akhirnya menyampuk untuk menceriakan keadaan yang kalau dibiarkan tentunya tidak membawa keuntungan. Penulis memahami, Indonesia ini sekali pun berbeza mazhab sesama mereka dengan hujjah masing-masing, tetapi masih dapat bersilaturrahmi dan berlapang dada.

Penulis:
Sahabat sekalian, risalah ini memang ada benarnya kerana Lawrence Of Arabia yang membantu Raja Saud sehingga membawa kepada tertakluknya Makkah dari tangan para Syaraif ternyata adalah Zionis. Hal ini juga baru kita ketahui kerana didedahkan sendiri oleh ahli-ahli sejarah mereka sendiri. Tetapi, perlunya juga dilihat bahawa tulisan ini (dalam RisalahMujahidin) hanya menjelaskan tentang Raja Saud bukannya Syeikh Ibnu Abdul Wahhab. Rasanya adalah tidak adil mencerca Syeikh Ibnu Abdul Wahhab dengan panggilan Yahudi sedangkan saudara-saudaranya itu adalah para alim ulamak yang mukhlis bermazhab Hambali. Contohnya Syeikh Sulaiman, abang kandung Syeikh Ibnu Abdul Wahhab itu adalah salah seorang yang menentang ajaran Syeikh Abdul Wahhab.

Apa pun hal ini, mari kita bertasamuh (berlapang dada), perbezaan pendapat adalah lumrah. Habib Muhammad Rizieq Syihab yang Syafi'i itu boleh duduk semeja dengan KH Abu Bakar Ba'asyir yang Salafi, bersama-sama berganding bahu menangani masalah ummat Islam Nusantara. Kita letak ketepi perbezaan, cari persamaan untuk menyatukan ummat. Inilah mazhab yang benar, hormat-menghormati sesama selagi berada dalam naungan Ahli Sunnah Waljamaah. Guru saya Ustaz Abdul Halim Abbas Kedah mengatakan, sebagaimana ummat Islam mengamalkan ayat-ayat Allah yang muhkamat dan menyerahkan kepada-Nya segala yang Mutasyabihat, begitu juga dengan hal ini (perbezaan mazhab), mengutamakan yang jelas dipersetujui bersama, meletakkan ke tepi segala yang diperselisihkan. Maaf pak, kiranya tersilap sila betulkan.

Lelaki Surau tersenyum dan si Mujahidin terangguk-angguk tanda bersetuju dengan hujjah mudah itu. Lelaki Surau meminta alamat dan nombor HP penulis kemudian kami bersurai.

------------------------

Setelah meneliti tulisan dalam Risalah Mujahidin, sememangnya segala fakta yang dikemukakan memang ada kebenarannya. Berikut penulis petik dari kandungannya dalam tajuk Fakta Menggemparkan:

"Sejumlah kesaksian yang meyakinkan bahawa keluarga Saud itu merupakan keturunan Yahudi, dapat dibuktikan melalui fakta-fakta berikut ini. Pada tahun 1960-an, pemancar radio "Sawtul Arab" di Kairo, Mesir, dan pemancar radio di Sana'a, Yaman, membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saudi adalah dari trah Yahudi".

"Raja Faisal Al-Saud tidak bisa menyanggah bahawa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada tanggal 17 September 1969, dengan menyatakan bahawa: "Kami, keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar ke seluruh dunia".

Hmmm... Patutlah si Mujahidin tadi serius benar berhujjah.

Tiada ulasan: