Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Sabtu, 7 Februari 2009

Perang Dunia Ketiga Bermula Di SULU?


Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakana buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia Tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.

Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya betulkah?

Menurut sahabat saya seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan Setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan.

Beberapa hari lalu seorang sahabat yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini.

Satu penjelasan menarik dari salah seorang Dr yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores. Dalam blognya 

http://jurnalis-ntt.blogspot.com/2008/07/bupati-flores-timur-drs-simon-hayon.html  

memperjelaskan tentang satu benua yang dinamakan LAMAHOLOT. Umum mengetahui yang dinamakan Solot oleh Srivijaya dan Majapahit dalam dalam catatan Negarakrtegama adalah kepulauan Sulu itu sendiri.

Dalam blog beliau menjelaskan:

Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan.
Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?


Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu.


Kejatuhan Ekonomi Global Serta Kaitannya Dengan SULU

Baru-baru ini seorang Tengku, sahabat saya dari keluarga diraja Pahang dan Selangor mengatakan sepatutnya kejatuhan Ekonomi Global sudah berlaku selepas beberapa bulan meletupnya bangunan berkembar New York pada Sebelas September 2001 yang lalu. Betulkah? Bagaimana ia berlaku demikian?

Katanya, pada tarikh 11hb September adalah tarikh lahir Mantan Presiden Filipina Ferdinand E.Marcos, kerana pada tarikh tersebut berakhirnya cagaran/pelaburan Gold Bar yang ditabur Marcos di seluruh dunia untuk kembali ke Filipina (Sulu?). Bermakna, segala jongkong emas (gold bar) itu sepatutnya akan kembali ke Filipina pada tarikh tersebut, malangnya berlaku letupan dan meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York itu. (Umum mengetahui, letupan tersebut bukan dilakukan oleh Al-Qaeda Osama bin Laden) Ini bermakna letupan tersebut adalah “Diletup Sendiri” untuk menghalang kembalinya jongkong emas 600,000 tan metrik ke Filipina. Sebab itu mengapa “Isu Keganasan” telah dinyalakan untuk mengalih tumpuan. “Keganasan” terfokus terutama kepada golongan Islam radikal (Wahhabi/Salafi) yang sememangnya mudah dikambing-hitamkan (Al-Qaeda).

Jongkong emas yang ditabur Marcos keseluruh dunia bermula pada 1981, iaitu berakhirnya undang-undang tentera (Martial Law) di Filipina Selatan (ketika ini (1981) penduduk Sulu sudah membanjiri Sabah kerana lari dari perang MNLF vs Marcos sebagai pelarian, yang kekal hingga hari ini (IMM13)). Dalam mana-mana pelaburan jongkong emas, 20 tahun adalah jangka masa maksimum yang ditetapkan, setelah itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Umum mengetahui, akaun pelaburan Marcos bermula pada 11hb September 1981, sempena tarikh lahirnya dan sudah tentu akan berakhir pada 11hb September 2001 (tarikh berlakunya kehancuran Pusat Dagangan Dunia, New York).


Tarikh Lahir Keramat?

Dalam laman web http://www.globalpinoy.com mengatakan: The 10th president of the Republic of the Philippines, Ferdinand Marcos was born on September 11, 1917 in Sarat, Ilocos Norte…”

Para pengkaji harta bersetuju, bahawa Marcos sangat suka meletak sesuatu pekerjaan yang punya nilai sejarah sesuai dengan tarikh lahirnya. Tarikh Undang-undang Tentera (Martial Law) di Filipina juga dilakukan pada tarikh hari lahirnya, cuma terlewat beberapa hari iaitu pada 22hb September 1972 yang mungkin disebabkan masalah teknikal ianya tersasar. Bermula dari tarikh lahirnya segala kedurjanaan turut mewarnai 11hb September sebab itulah tarikh “kekayaan” yang membawa “kehancuran”

Para pengkaji harta juga termasuk Mr. Mike Kay menyatakan segala jongkong emas Marcos adalah bukan kepunyaannya, tetapi adalah kepunyaan Sultan Sulu dan Rakyatnya. Ianya telah menjadi sumber kekayaan Marcos bersama isterinya Imelda secara peribadi. Ini bermakna Marcos dan Imelda lebih kaya daripada kerajaan Filipina sendiri setelah berjaya memanipulasi Harta Perbendaharaan Sulu. Dalam laman web http://www.infoplease.com membuktikan Marcos dan Imelda tidak menggunakan harta kerajaan Filipina sekali pun rakyat sangsi bagaimana Marcos mendapat kekayaan yang begitu banyak.

“After substantial evidence of Marcos's corruption emerged, he and his wife were indicted for embezzlement in the United States. Marcos died in Hawaii. After her husband's death Imelda Marcos was found innocent (1990) of embezzlement by a U.S. court, but she was convicted of graft in a trial in the Philippines in 1993”.

Walaupun Filipina membicarakannya namun tiada bukti kaitan penyelewengan Marcos terhadap asset Filipina. Dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu menjelaskan:

“Juga semasa soaljawab oleh pihak Mahkamah di Manila ke atas Puan Imelda Marcos (Isteri Marcos) pada tahun 1993, beliau telah menafikan yang suaminya (Presiden Marcos) ada menggelapkan mana-mana harta Kerajaan Filipina semasa era pemerintahannya dari tahun 1965-1986”.

Yang digelapkan sebenarnya ialah jongkong emas Sultanate Of Sulu. Kerajaan Filipina terpaksa mengakui bahawa kalau bukan Marcos sudah tentu Filipina hingga hari ini gagal memasukkan Sulu dalam wilayah kedaulatannya. Malah kalau bukan Marcos masakan Filipina pada tahun 1949 berjaya meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Kesultanan Sulu untuk menubuhkan “Bank Negara Filipina” yang ketika itu adalah salah satu dari negara “Papa Kedana” di Asia Tenggara?

Untuk mengetahui bagaimana cara Marcos memanipulasi harta Sulu, sila klik ke dalam kandungan buku “Tausug dan Kesultanan Sulu”: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

 

Kuasa Proksi Zionis

Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan AS) mengatakan “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa AS pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi AS akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan AS hebat ialah kekuatan ketenteraannya”

Sebenarnya kejayaan AS bukan semata-mata kepada ketenteraannya tetapi “think tank” disebalik semua apa sahaja yang dimiliki oleh AS iaitu “Yahudi”. Perkara ini bukan lagi rahsia bagaimana “Jutawan Yahudi” sebagaimana yang pernah disebut oleh Tun Mahadir sebagai “Kuasa Proksi” adalah yang berkuasa terhadap segala tindak-tanduk AS. Lalu, bagaimana “Yahudi” begitu berkuasa dalam negara “Polis Dunia” itu? Bagaimanakah Yahudi mendapat dana begitu besar sehingga dapat menguasai Dunia? Sebenarnya adalah berpunca dari harta KESULTANAN SULU! (Lihat kaitannya dengan Marcos serta kerjasama Vatikan memindahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas dari Sulu ke Italy sebelum Perang Dunia ke-II meletus : http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html)

AS secara zahirnya, tidak lagi mampu menguruskan dirinya kerana hutang terlalu banyak. Hutang yang bertimbun menyebabkan AS mengikut sahaja apa yang dimahukan oleh kumpulan yang memberikan hutang. Hutang kepada siapa? Dalam laman web http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/nwo-krisis-dunia-sekarang.html menyatakan:

“Masalah hutang luar negera Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk ( Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dll ). Hutangnya sekitar USD 50 dan 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion. Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya”

Ketika Zionis muncul dan menjadi kuat selepas Perang Dunia Pertama, dengan percaturan bijak mereka berjaya memproses serta menghantar Kamal At-Tarturk dan Laurence of Arabia masing-masing ke Turki dan Najad, Saudi Arabia, hinggakan mereka berjaya menghancurkan kesatuan Khilafah Othmania di Timur Tengah, maka adalah mudah menewaskan yang lainnya (seperti Asia Tenggara) selepas itu. Kerana sumber kekuatan Dunia Islam telah pun musnah.

 

Amerika Syarikat Bermula Di Sulu

Pada hujung abad ke-19, AS telah pun berada di Sulu memeterai beberapa perjanjian penting setelah kekalahan Spanyol kepada AS. Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram-II, memeterai Perjanjian Bates pada 1898 dan membuat perjanjian semula pada Perjanjian Carpenter 1915. Ketika ini AS telah dapat menghidu “sesuatu” ke atas Sulu dan Kesultanannya. Pada 1916, AS telah mewujudkan Jones Law untuk persediaan memberikan kemerdekaan pada Filipina tetapi gagal kerana ditentang hebat oleh kongres AS sendiri. Tujuan AS ialah agar Sulu berjaya dimasukkan ke Filipina secara tipu helah sebab itu AS cepat-cepat memberikan Kemerdekaan kepada Filipina.

AS telah berjaya “menghidu” kekayaan Sulu berdasarkan budaya perniagaan secara BARTER pihak Istana Sulu dengan kerajaan Kayangan China, yang sudah tentu telah mengumpul harta karun yang bukan sedikit. AS tidak dapat berbuat apa-apa atau memaksa Sultan Sulu membuat itu dan ini kecuali Sulu mesti berada di bawah kekuasaan atau pentadbiran negara lain, maka sebab itu Filipina mesti dimerdekakan dan memasukkan Sulu-Mindanao dalam wilayahnya untuk memudahkan AS membuat “urusan”.

Pada tahun 1930, AS telah mengalami musibah kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah AS. Kemelesetan turut merebak ke seluruh dunia yang kita katakana hari ini sebagai kejatuhan ekonomi global. Kejatuhan ini seperti telah “dirancang” dengan begitu rapi, dengan demikian segala urusan perjanjian dengan wilayah-wilayah dalam naungan perniagaan AS akan dapat dipermudahkan.

Sebab itu Jones Law yang gagal pada 1916, telah diganti dengan satu lagi Undang-undang yang telah diperkenalkan pada tahun 1934 iaitu Tyding-MCduffie Law. Ia juga dikenali sebagai The Philipines Independence Act sebagai langkah memberi kemerdekaan kepada Filipina. Tyding-MCduffie Law akhirnya berfungsi sepenuhnya pada 1935 di Filipina.

Ketika ini pada 1935, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram-II telah berjaya diyakinkan oleh “Agen” yang terdiri dari 2 orang Trusty untuk melabur dalam pelaburan AS. Oleh kerana Sultan Jamalul Kiram-II terikat dengan beberapa perjanjian sebelumnya dan dikatakan bagindalah satu-satunya Sultan Sulu yang paling bijak dan moden yang mengetahui pelaburan “ala saham Amerika”, dan mungkin ditambah lagi dengan kemudahan dari  Tyding MCduffie Law, maka Sultan Sulu menyerahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas kepada 2 orang Trusty tersebut. Oleh kerana Sultan Sulu yang satu ini bijak dengan senantiasa memantau “jongkong emasnya” maka pada tahun 1936 baginda telah mangkat dipercayai diracun.

 

Tercetusnya Perang Dunia Ke-II

Berkenaan aset besar Sulu, jongkong emas bernilai lebih 600,000 tan metrik ini kemungkinan besar berjaya “dihidu” oleh Jepun melalui Turki yang pada ketika itu Jepun bersekutu dengan Turki dan Jerman sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-II. Setelah itu Jepun telah melaungkan slogan “Asia untuk Asia” yang kemungkinan inspirasinya datang dari pembolotan AS terhadap “Harta Karun Sulu” itu. Keadaan ini menimbulkan ketakutan AS dan para “proksinya” lalu dibuat tindakan drastik:

Pada 1939, harta-harta Sulu telah dihantar ke Vatican City untuk mengelakkan dari Perang Dunia ke-II (WW-II) dan ketika ini (Vatican) dibawah jagaan POPE JOHN PAUL-II. Tidak lama selepas itu, kedua-dua trusty telah mengambil Ferdinand E.Marcos menjadi "Peguam" mereka dalam menguruskan harta-harta Sulu tersebut..” Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu, http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

Akhirnya Perang Dunia Ke-II telah meletus pada tahun 1941-1945. Jepun telah berjaya masuk ke Sulu dengan General Tenteranya bernama Yamashita mengetuai serangan. Telah terbukti Jepun telah mengetahui akan kewujudan “Harta Karun” Sulu itu lebih awal sebelum meletusnya perang, iaitu setelah General Yamashita berjaya masuk ke Sulu, langkah keduanya ialah mencari “Harta Karun” Sulu. Yamashita telah berjaya menemui satu kawasan simpanan jongkong emas Sulu yang nilainya tidaklah sebanyak apa yang didapat oleh AS (2 trusty dan Vatican) yang diserah oleh Sultan Jamalul Kiram-II. Hingga hari ini, terdapat satu nama sebagai pemilik Jongkong emas iaitu “Yamashita”.

Ini juga membuktikan, Sultan Sulu masih ada simpanan emasnya di Sulu, tetapi masih tersimpan rapi. Sebahagiannya telah dijumpai oleh Yamashita dan sebahagian lagi diserah kepada Trusty AS itu tadi. Hingga hari ini pencarian masih berlaku di sekitar kepulauan Sulu. Tentera Filipina menjaga Sulu dengan propaganda “keganasan” dari Tausug (Abu Sayyaf, MILF, MNLF, JI dan sebagainya) yang dianggap ganas dan jahat. Yang kononnya segala penculikan adalah dilakukan oleh kaum Tausug, hakikatnya adalah untuk menjaga Sulu dari didatangi pemberita kerana disitu terdapat banyak kepentingan AS (Minyak dan Emas) yang belum diteroka.

 

Amerika Akan Berakhir Di Sulu?

Untuk menyelamatkan ekonomi AS dan gobal keseluruhannya, AS bersama “proksinya” terpaksa mengakui bahawa Sulu adalah “tempat” untuk menyelamatkan diri. Setelah meletupnya bangunan Pusat Dagangan Dunia, New York pada 11hb September 2001 dengan atas alasan yang penulis sudah terangkan di atas, AS akan bergegas kembali ke Asia Tenggara terutama di sekitar Mindanao. Dalam hal ini (AS kembali melihat Asia Tenggara), Prof. Joseph S NYE mengakui dengan mengatakan:

“Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah ‘kembali kepada Asia’”

Di dalam laman web http://www.nautilus.org/fora/security/08053Valencia.html menyatakan:

“..the United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.

Semuanya atas nama memerangi keganasan global sebagai alasan tunggal masuk ke Sulu (Mereka tidak menyebut Sulu secara spesifik, takut kantoi, hanya menamakan Mindanao). Artikel di atas bersambung lagi:

“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.

Juga mereka masuk dengan tajuk “latihan bersama” atas alasan memerangi keganasan serta kebebasan. Contohnya di Filipina, latihan bersama AS dengan tentera Filipina di Sulu dinamakan “Balikatan”. Semenjak tahun 2002, AS telah berada di Sulu malah dengan adanya “Balikatan” mereka semakin kukuh di sana dengan menunjukkan bantuan kemanusiaan “Humanitarian”. Bangunan “kekal” juga turut dibina di seluruh kepulauan Sulu untuk memudahkan “bantuan”. Antara program Humanitarian AS di Sulu ialah:

  1. 1.       Menyediakan bekalan air bersih di kepulauan Sulu.
  2. 2.       Membina Jalan Berturap (sekarang sedang berlangsung).
  3. 3.       Membina perigi-perigi untuk bekalan air bersih penduduk.
  4. 4.       Sistem perparitan (dalam Bandar) terutama di Jolo kerana selalu banjir.
  5. 5.       Membina sekolah untuk kanak-kanak Sulu (membasmi buta huruf).
  6. 6.       Membaiki masjid dan surau.
  7. 7.       Membina hentian-hentian bas (berbumbung)
  8. 8.       Membaiki bangunan lama yang rosak.
  9. 9.       Mengadakan seminar-seminar untuk kesedaran bernegara secara aman, kursus-kursus kesedaran berpolitik (sebahagian anak Sulu di bawa ke AS untuk mendalami kaedah berpolitik mengikut sukatan AS).

Rakyat Sulu tentunya sangat berterima kasih dengan “Balikatan” dan satu rahmat buat mereka dari Allah swt sekali pun yang memberi bantuan itu AS. Nampaknya OIC tiada langsung peranan di Sulu kecuali “Oh, i see”… Tiada apa yang boleh diharapkan dari negara-negara Islam kecuali hanya “omong kosong” dan kedayusan. Sebagaimana kedayusan negara-negara Islam kerana gagal menghalang serangan Israel-Yahudi ke atas penduduk GAZA, begitu jugalah dengan Sulu.

Sulu kiranya menjadi negara berdaulat semula, ia akan menjadi sahabat “Karib” Amerika yang tak boleh disangkal dan dinafikan “kekuatannya”. SEBAB ITU SULU BOLEH TUNTUT SEMUA HAKNYA DISELURUH DUNIA walau sekecil biji sawi pun ianya akan tertuntut.

Mengikut Hadith Rasulullah saw, menyatakan bahawa akan ada satu kumpulan dari sebelah timur yang akan datang membawa panji-panji untuk membantu Al-Mahdi. Berkenaan kemunculan Dajjal juga dikatakan akan muncul di SEBELAH TIMUR?

3 ulasan:

Langan berkata...

Salam Bro Asree, saya terharu dengan artikel Bro Asree ini. Ini ialah infromasi baru bagi kajian tentang Sulu. Seperti Lawrence itu ialah Zionis, melambangkan satu kegigihan Bro Asree mengkajai apa jua fakt-fakta yang berhubungkait dengan Kesultanan Sulu. Dari itu, saya mengulas artikel Bro Asree melalui arikel di bawah selepas saya membaca artikel Bro Asree.

WILAYAH KESULTANAN SULU TERBAHAGI TIGA

Neldy Jolo

Kepulauan Sulu Dianeksasi Ke Republik Filipina

Semasa Sepanyol kalah berperang dengan Amerika, ia menyerahkan Delas Islas Filipinas atau kepulauan Filipina dengan harga 20 juta dollar dalam perjanjian kedamaian yang di tandatangani di Paris pada 10 Disember 1898, yang telah dikenali sebagai “Treaty of Paris” . Kedaulatan Kesultanan Sulu dan Mindanao disertakan dalam perjanjian tersebut, walaupun ia tidak pernah dijajah.

Pada 7 November 1900, perjanjian baru telah diadakan antara Sepanyol dengan Amerika. Perjanjian tersebut telah memasukkan Teluk Sibutu dan wilayah Kagayan De Sulu pada harga 100,000 dolar. Taganak dan Pulau Penyu turut dimasukkan dalam perjanjian baru tersebut, walaupun ia sebahagian dalam pajakan antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara yang dimeterai pada 22 Januari 1878. Disamping itu, juga pada tahun 1878, perjanjian perdamaian telah diadakan diantara Kesultanan Sulu dengan Kerajaan Sepanyol yang di wakili oleh Colonel Carlos Martinez kerana di masa itu, Kerajaan Sepanyol mengalami kekalahan yang amat teruk dalam perperangan dengan Kesultanan Sulu.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum perjanjian Kesultanan Sulu-Amerika Syarikat yang di panggil “Kiram-Bates Treaty” pada 20 August 1898 dan perjanjian yang dikenali sebagai “Carpenter Agreement” pada 22 Mac 1915, terdapat satu lagi perjanjian di tahun 1904 antara Kesultanan Sulu dan Amerika Syarikat dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”. Dalam perjanjian itu Amerika Syarikat telah mengikhtiraf kedaulatan, hak dan tugas Sultan Sulu dan pembesar-pembesarnya atas kedaulatan Negara Kesultanan Sulu.

Semua perjanjian ini di tandatangani semasa pemerintahan mendiang Sultan Muhammad Jamalul Kiram II, beserta Perdana Menteri Hadj Butu dan para pembesar-pembesarnya. Kiram-Bates Treaty telah dimeterai pada 2 March 1904, kononnya Sultan Sulu gagal menghapuskan pemberontakan oleh pahlawan-pahlawan Sulu dan triti tersebut adalah penghalang pada penaklukan Amerika terhadap Kesultanan Sulu.

Pada 10 October 1904, Hadji Abdulbaqui Butu Rasul sebagai Perdana Menteri Kesultanan Sulu, telah dilantik sebagai penolong kanan kepada Gabenor Tentera di Sulu oleh kuasa tentera Amerika Syarikat. Ini bermakna pada tahun 1904, Hadji Butu telah mula bersubahat dengan Amerika Syarikat untuk mengambil alih kedaulatan Kesultanan Sulu. Pada tahun 1904 tersebut, Sultan Jamalul Kiram II masih lagi memerintah di Sulu sebelum beliau mangkat pada 7 Jun 1936.

Perbuatan Hadji Butu bagaikan melompat parti, sepertimana yang berlaku dalam sistem politik hari ini. Bayangkan, sebagai Perdana Menteri tiga kali berturut-turut di bawah pemerintahan tiga Sultan, tiba-tiba menjadi penolong kanan kepada Gabenor Tentera Amerika Syarikat. Apakah yang boleh di katakan padanya, selain daripada kata-kata yang menyakitkan hati.

Pada 20 Jun 1913, pangkatnya di naikkan kepada Naib Gabenor wilayah Sulu oleh Gabenor Tentera wilayah Moro (Mindanao dan Sulu), iaitu Jeneral John Pershing. Maka dari ini, boleh dikatakan bahawa Hadji Butu tahu akan rancangan Tentera Amerika untuk mengadakan pembunuhan beramai-ramai para Datu dan rakyat Kesultanan Sulu yang tinggal di Bud Dahu (Bukit Dahu) pada Mac 1906 dan yang tinggal di Bud Bagsak (Bukit Bagsak) di Julai 1913 sebab dia telahpun seiring dan bertugas di bawah kerajaan Amerika.

Kemudian, Hadji Butu dilantik sebagai senator oleh Gabenor-Jeneral Francis Burton Harrison pada December 1915, bagi mewakili persidangan ke-12 wilayah senator di Mindanao dan Sulu. Sejak itu, dia telah dikenali sebagai senator Muslim pertama di Filipina. Ini bermakna, dia telahpun menjadi bangsa Filipina dan rakyat Amerika, bukan lagi bangsa Sulu dan rakyat Kesultanan Sulu. Walhal, kerajaan Kesultanan Sulu ialah negara yang berdaulat dan telah di buktikan dalam perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915.

Draf undang-undang yang di sarankan adalah untuk memberi autonomi dan seterusnya kemerdekaan Filipina. Draf undang-undang tersebut mula ditulis pada tahun 1912 oleh Demokrat William Atkinson Jones yang pada masa itu sebagai pengerusi, Komite Dewan Amerika Syarikat Hal Ehwal Dalam Negara. Draf undang-undang tersebut ialah rancangan untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada 4 Julai 1921. Tetapi ia tidak lagi berkembang selepas itu.

Versi kedua draf undang-undang (bill) tersebut difailkan lagi oleh Wakil Dewan Jones pada 1914, tetapi ia tidak lagi menentukan tarikh untuk memberi kemerdikaan pada Filipina. Banyak pembaharuan pada draf tersebut disebabkan pembangkanganan wakil-wakil dewan Repulikan. Ia diluluskan setelah disemak dan di tandatangani pada 29 Ogos 1916 oleh Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson dan di namakan “Jones Law of 1916.”

Pada tahun 1920, sistem politik Kesultanan Sulu telahpun di masukkan dalam sistem politik Filipina, mungkin dalam keputusan perjanjian Mei 1919 antara Kesultanan Sulu dengan Amerika Syarikat. Seperti yang di katakan oleh Dr. Hedjazi, iaitu berakhirnya Kesultanan Sulu di perjanjian Mei 1919 dalam buku mereka the “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”.

Di petik dalam buku manuskrip “Sulu Archipelago: The Islands of Pearls and the Wisdom Behind It” yang di tulis oleh Nelson Dino, bahawa kemasukan (dipaksa) Kesultanan Sulu, selepas Jabatan Mindanao dan Sulu dibawah Biro pihak bukan Kristian, Jabatan Hal Ehwal Dalam Negara di mansuhkan. Orang Amerika dan Filipina menyepadukan (mengintegrasikan) orang Islam Mindanao and Sulu ke aliran sistem politik utama mengikut kuasa dari Majlis Undang-undang Negara Filipina. Dan para Datu Tausug menentang pengintegrasian ini pada 1921. Hadji Butu masih lagi bertugas sebagia senator pada masa itu sehingga tahun 1931 dalam kerajaan Amerika Syarikat di tanah jajahan Filipina (kecuali Mindanao dan Sulu).

Wakil Dewan New York, Robert Bacon memperkenalkan House Bill No. 12772 atau lebih dikenali sebagai “Bacon Bill” pada 6 May 1926, memanggil politik terasing untuk tanahair Muslim, merdeka daripada Filipina. Tetapi bill ini kalah oleh pengaruh para orang Amerika yang menyebelahi sebilangan rakyat Filipina. Pada 2 Januari 1930, Amerika dan British membuat perjanjian sempadan yang disahkan pada 13 Disember 1932, merujuk pada Treaty of Paris, Disember 10, 1898 dan perjanjian pada 7 November 1900.

Akta Kemerdekaan Filipina atau dikenali sebagai Tydings-Mcduffie Act ditandatangani pada 24 Mac 1934 untuk membenarkan orang Filipina (Filipino) menulis perlembagaan negara mereka sendiri untuk peralihan Kerajaan Komonwel dalam masa sepuluh tahun dan memberikan kemerdekaan Filipina pada 4 July 1946 bermula dari tahun 1935. Di tahun 1935 ini juga Konvensen Perlembagaan diadakan dengan tiga wakil dari Mindanao dan Sulu dan dua orang daripada mereka dipilih menjadi wakil ke Perhimpunan Agung (National Assembly). Pada tahun yang sama, Kerajaan Komonwel telahpun rasmi ditubuhkan.

Pada 4 Julai 1946, kemerdekaan Republika Filipina telahpun diisytiharkan. Mindanao dan Sulu telah di aneksasikan sebahagian daripada Negara Filipina. Dan bukti keengganan orang Sulu terhadap penganeksasian ini masih wujud lagi hingga kini.

Borneo Utara Menyertai Persekutuan Malaysia

Pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu, iaitu Sultan Muhammad Jamalul Ahlam-Kiram telah menandatangani Surat Ikatan Pajakan Borneo Utara dengan Gustavus Baron de Overbeck orang Austria dari Hong Kong dan Alfred Dent, Esquire dari London yang mewakili Syarikat British Borneo Utara. Wilayah yang dipajak adalah dari Sungai Pandasan di Timor, dan seluruh pesisir pantai Timor hingga ke Sungai Sibuku di selatan (sekarang Kalimantan, Indonesia) termasuk wilayah-wilayah di Sungai Pandasan dan tanah pesisir dikenali sebagai Paitan, Sugut, Banggal, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang, dan wilayah-wilayah dan tanah pesisir ke selatan sempadan Teluk Darvel hingga ke Sungai Sibuku termasuk semua pulau-pulau di dalam sembilan batu dari pesisir pantai.

Dalam pajakan tersebut, Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent, Esquire telah menjanjikan bayaran sebanyak lima ribu Mexican Emas Dolar setiap tahun dan berjanji tidak akan memindah milik hak dan kuasa kepada Negara lain atau syarikat warganegara asing tanpa persetujuan dari kerajaan Duli yang Maha Mulia. Dan pada tarikh 22 Januari 1878 ini juga Baginda Sultan yang empunya kuasa di Negeri Sarawak, melantik Baron de Overbeck sebagai Raja Sandakan dan Datu Bendahara, sepertimana yang tertulis di dalam buku Asreemoro, “Tausug dan Kesultanan Sulu”.

Pada 1849, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Sulu Jamalul Ahlam untuk membenarkanya menduduki Negeri Sarawak. Dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah” mengatakan, setelah Kerajaan British mengisytiharkan protektorat pada 12 Mei 1888 terhadap North Borneo dan Sarawak, James Brooke telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai Raja dan pemerintah yang sah bagi Negeri Sarawak yang merdeka di bawah naungan Great Britain.

Overbeck dan Dent mempunyai kedudukan sebagai hamba sebagaiman kedudukan Raja James Brooke denga Sultan Brunie sebelum Sarawak diisytiharkan sebagai negeri naungan. Satu lagi perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara pada 22 April 1903, memajakkan wilayah dari Pulau Banggi ke Sungai Sibuku (Kalimantan).

Setelah Republik Filipina mendapat kemerdekaan pada 4 Julai 1946, selepas sebelas hari, wilayah Borneo Utara dianeksasikan oleh kerajaan British dan dipanggil Tanah jajahan Borneo Utara. Syarikat British Borneo Utara mula menyerahkan kuasanya pada Kerajaan British bagi Borneo Utara pada 26 Jun 1946. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua di tahun 1945. Syarikat British Borneo Utara tidak boleh lagi memulihkan kehancuran pada wilayah ini. Dan pada 10 Julai, kerajaan British mengeluarkan pengumuman dalam mesyuarat untuk menganeksasikan Borneo Utara beserta Labuan sebagai Tanah jajahan.

Satu pertanyaan yang timbul disini. Mengapa Syarikat British Borneo Utara tidak menyerahkan kembali ke empunya wilayah, hak dan kuasa mentadbir. Jawapanya mungkin di sebabkan yang empunya wilayah, Kesultanan Sulu telahpun di aneksasi ke Republik Filipina. Jadi lebih eloklah Syarikat British Borneo Utara menyerahkan Borneo Utara kepada Kerajaan British.

Pada 16 September 1963, Borneo Utara menyertai Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, Singapore dengan persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Tarikh sebenar menubuhkan Persekutuan Malaysia ialah 31 Ogos 1963, mengikut tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, tetapi mendapat tentangan dari dua Negara jiran iaitu Republik Filipina dan Republik Indonesia pada tahun 1962, hinggakan Konfrontasi meletus antara Persekutuna Tanah Melayu dan Republik Indonesia.

Pada tahun 1962, Republik Filipina telah mengumumkan tuntutannya terhadap Borneo Utara melalui Kesultanan Sulu. Padahal Kesultanan Sulu tidaklah termasuk pada wilayah Filipina secara tersirat dan tersurat. Ini hanya di sebabkan pengisytiharan kemerdikaan Republik Filipina oleh Amerika Syarikat di tahun 1946 dan dalam Treaty of Paris di tahun 1898, tanpa persetujuan Sultan, para Datu dan para rakyat Sulu.

Kalimantan Menjadi Indonesia

Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenali hari ini sebagai Kalimantan tidak di rasai dan begitu senyap. Hinggakan terbitnya buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, mengatakan Kalimantan ialah salah satu daripada wilayah Sulu, pusat pentadbiranya di Balikpapan dan ia juga salah satu bintang yang terterah dalam Bendera Sulu.

Setelah membaca buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”, terdapat perjanjian-perjanjian antara United Kingdom dan Belanda, iaitu perjanjian sempadan pada 30 Jun 1891, disahkan pada 11 Mei 1892. Perjanjian tersebut menetapkan garis sempadan antara milik Belanda di Borneo dengan negeri naungan British. Dan satu lagi perjanjian sempadan pada 28 September 1915 bahawa British tidak boleh mengambil wilayah Borneo yang terdapat di selatan khatulistiwa iaitu di Kalimantan, dan menetapkan sebagai negeri naungan Belanda.

Setelah wilayah-wilayah dan Kepulauan Aceh, Jawa, Sumatra, Makassar, Maluku, Sulawesi, Irian Jaya beserta Timur Timor (Timor Leste), Kalimantan dan lain-lain mendapat kemerdekaan dari kerajaan Belanda pada 17 Ogos 1949 yang dinamakan Republik Indonesia, bermaksud kedaulatan Kalimantan sekarang ialah di Republik Indonesia.

Kesimpulan Dan Analisis Terkini

Pada 26 January 2002, Eric Margolis mengatakan di artikelnya, Philippines, Next Target of Bush's War, iaitu:

“Inilah kali kedua selepas lebih seratus tahun tentera Amerika beraksi menentang Moro (Muslim di Sulu dan Mindanao). Setelah Amerika menghalau Sepanyol dari Filipina pada tahun 1901 dan menjadikan kepaulauan tersebut (Filipina) sebagai Negara taklukan, Kesultanan Sulu dan Mindanao telah menentang dengan berani seperti apa yang mereka lakukan terhadap Sepanyol selama 350 tahun…Amerika telah mengetepikan pemberontakan di utara (Filipina) oleh komunis gerila yang begitu ganas seperti Abu Sayyaf. Nampaknya terorisma, dalam istilah Bush hanya merujuk kepada Muslim.”

Pengisytiharan kemerdekaan Republik Filipina telah memasukkan Kesultanan Sulu pada tahun 1946, dan penyerahan Borneo Utara (Sabah) oleh Syarikat British Borneo Utara kepada Kerajaan British juga pada tahun 1946, ada sesuatu yang tersirat yang boleh melambangkan bagaimana Kesultanan Sulu di hancurkan, menggunakan akal fikiran. Telah sedia maklum, Kesultanan Sulu tidak pernah dijatuhkan atas nama peperangan hingga kini.

Pada tahun 1915, perjanjian Carpenter telah di adakan antara Sulu dan Amerika, juga boleh menimbulkan satu persoalan, sebab perjanjian sempadan antara British dengan Belanda juga ditandatangani pada tahun 1915.

Tertulis dalam buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, Wilayah- wilayah Kesultanan Sulu yang terdapat dalam Bendera Sulu iaitu lima bintang melambangkan lima wilayah Kesultanan Sulu, iaitu Kepulauan Sulu (Sulu, Basilan, Tawi-Tawi), bintang ditengah, Zamboanga Peninsula, Palawan, Borneo Utara dan Kalimantan bintang pada empat penjuru.

Perjanjian perdamaian antara Kesultanan Sulu dan Kerajaan Sepanyol pada tahun 1878 di wakili oleh Colonel Carlos Martinez menjadi kesempatan bagi pihak Syarikat British Borneo Utara untuk membuat perjanjian pajakan terhadap Borneo Utara (wilayah Sulu) antara Kesultanan Sulu di tahun yang sama iaitu 1878.

Kesultanan Sulu telah tenggelam dalam perjanjian yang kini ada. Yang terkini ialah perjanjian-perjanjian antara Republik Filipina dan Moro National Liberation Front iaitu perjanjian di Tripoli, Libya pada tahun 1976 (Tripoli Agreement), perjanjian di Jeddah (Jeddah Accord) pada tahun 1986 dan yang terakhir ialah perjanjian di Manila, Filipina (Final Peace Agreement) pada tahun 1996. Semua perjanjian-perjanjian hanyalah Autonomi bukannya kepada kemerdekaan wilayah-wilayah BangsaMoro?

Jika suasana ini diteliti dengan baik maka boleh di katakan orang Sulu telah diperbodohkan. Kerajaan Filipina akan membuat perjanjian selepas setiap sepuluh tahun untuk membunuh rakyat Sulu. Lihat perjanjian 1976, selepas sepuluh tahun perjanjian 1986 dilakukan dan seterusnya selapas sepuluh tahun lagi menghancurkan rakyat Sulu dan Mindanao iaitu perjanjian tahun 1996 turut diadakan.

Setelah sekian lama kerjaan Filipina tidak boleh menentang ketua MNLF iaitu Prof. Nur Misuari. Satu helah diadakan oleh kerajaan Filipina supaya ia boleh menimbulkan satu peperangan yang kejam lagi. Selepas itu, NProf. Nur Misuari ditangkap pada tahun 2001 di Malaysia dan di hantar ke Filipina atas sebab kes pemberontakan (rebellion). Dan pada 2006, selepas sepuluh tahun perjanjian itu diadakan, ulangtahun perjanjian itu yang kesepuluh dimeriahkan di Davao. Apa lagi agaknya perjanjian yang diadakan nanti?

Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa sebegini ada hubungkait dengan operasi Zionis Yahudi. Mungkin inilah cara Yahudi membutakan mata dan hati orang-orang Islam di Sulu supaya tidak lagi menghiraukan harta perbendaharaan Kesultanan Sulu.

Apa yang dikatakan di dalam Filem Braveheart, orang Scotland memerangi kemerdekaan dari orang Inggeris bahawa, “hidup tanpa kebebasan sama sekali tidak hidup” adalah benar dan berunsur kenyataan. William Wallace berkata dalam filem ini juga, “memang benar orang akan mati tetapi tiada orang yang benar benar hidup” tanpa kebebasan. Kata-kata ini membawa maksud kebebasan Agama, Negara dan Bangsa.

Mengikut Hadis Muhammad RasulAllah, bahawa panji-panji hitam yang di bawah oleh orang-orang yang berpakain putih akan muncul dari timur menolong Imam Al-Mahdi untuk menentang panji-panji kuning. Ada kemungkinan “timur” yang di katakan itu ialah Sulu. Kembalinya kebenaran ke Bumi Sulu, kemerdekaan dan kemajuan di Negara Sulu Darul Islam akan timbul dan muncul serta merta!!!InshaAllah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!

Jack The Guitarist berkata...

"Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenali hari ini sebagai Kalimantan tidak di rasai dan begitu senyap. Hinggakan terbitnya buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, mengatakan Kalimantan ialah salah satu daripada wilayah Sulu, pusat pentadbiranya di Balikpapan dan ia juga salah satu bintang yang terterah dalam Bendera Sulu."

Dalam sejarah kami, TIDAK PERNAH ADA CATATAN mengenai kekuasaan Kesultanan Sulu di wilayah Indonesia, apalagi kalau mengatakan kekuasaannya berpusat di Balikpapan. Saya bisa membantahnya, dengan hanya 1 alasan: TIDAK ADA SEORANG PUN SUKU SULU DI BALIKPAPAN. Balikpapan dan kebanyakan kota-kota di Kalimantan Timur dibangun oleh Suku Bugis, dan mereka mempunyai pemerintahan-pemerintahan tersendiri yang berdaulat dan masih diakui keberadaannya oleh negara Indonesia hingga kini, beberapa di antaranya kesultanan Tidung di wilayah Kabupaten Tana Tidung, Nunukan, dan Kota Tarakan sekarang; kesultanan Kutai di wilayah Kabupaten Kutai Kartanegara, Kutai Barat, Kutai Timur dan Mahakam Ulu sekarang, serta kota Balikpapan, Samarinda, dan Bontang; kesultanan Bulungan di wilayah kabupaten Bulungan, Malinau, dan Berau sekarang; dan kesultanan Paser di wilayah kabupaten Paser dan Penajam Paser Utara.

Mohon lebih bijak untuk tidak hanya mengambil satu sumber rujukan sebagai bahan tulisan, apalagi yang tidak mempunyai dasar pijakan yang kuat. Terima kasih.

Tentara Daulah Islam Melayu berkata...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://dimelayu.co.de