Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Khamis, 26 Februari 2009

Darjah kebesaran Kesultanan Sulu?

DATU MUDARASULAIL menunjukkan risalah mengenai majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu di Kota Kinabalu, semalam.










Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijaja RM220,000

Berita Harian
Jumaat, 27hb Feb 2009, ms 16.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu yang kononnya akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, esok.

Datu Mudarasulail Kiram mendakwa, pihak tertentu dipercayai menyebarkan maklumat kononnya Sultan Sulu akan menganugerahkan lima jenis darjah kebesaran Kesultanan Sulu kepada penerima yang didakwanya `membeli' anugerah berkenaan.

Dakwanya, majlis yang kononnya dianjurkan Sultan Sulu itu tidak akan diadakan kerana Sultan Sulu yang sebenar tidak wujud selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A Kiram yang memerintah dari 1972 hingga 1986.
Beliau mendakwa, penganjur majlis itu kononnya yang beralamat di Ampang, Selangor cuba memperalat orang ramai melalui pemberian pingat kebesaran Kesultanan Sulu untuk kepentingan peribadi.

"Saya tahu mengenai perkara ini melalui risalah diedarkan di sini kelmarin. Risalah itu turut disertakan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran itu dan lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah.

"Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," katanya ketika mengunjungi pejabat akhbar ini, di sini semalam.
Beliau mendakwa, berdasarkan risalah itu, penganjur majlis berkenaan menetapkan bayaran antara RM80,000 hingga RM220,000 bagi pelbagai anugerah.

Datu Mudarasulail mendakwa, darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) ditawarkan pada harga RM220,000, selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
--------------------------------------


Ulasan
Saya ucap tahniah pada Datu Mudarasullail Kiram yang datang dengan beraninya ke Balai Berita Harian menyampaikan bangkangannya terhadap Datuk Eddy Thomas, beliau adalah setiausaha sulit Sultan Rodinood Kiram yang dilantik menjaja Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu. Maka terdedahlah tembelang para penjual darjah kebesaran diraja "yang tiada kedaulatan" itu.

Saya tidak mengenali Datuk Eddy Thomas atau siapa sahaja yang bersangkutan dengan Sultan Rodinood Bin Julaspi Kiram. Tetapi saya kenal benar Datu Mudarasullail Kiram ini (lihat gambar).

Pada tahun 2005 hingga awal tahun 2006 saya bersua dan berkenalan dengan Datu Mudarasullail ini melalui internet. Beliau jugalah yang memperkenalkan Datu Ali Aman Aranan (Kuala Lumpur), Datu Ladjamura Aranan (Lahad Datu ketika itu sebelum ke Sulu), Datu Muhammad Ali Kuyung Aranan (Sandakan) kepada saya. Mulai hari itu hubungan kami menjadi erat. Saya dan Datu Mudarasullail Kiram pernah tidur sebilik di sebuah hotel Kampung Baru, berhampiran Chow Kit KL. Bila masuk waktu solat saya ajak dia solat berjamaah. Hubungan kami sangat muhibbah atas dasar "Kesultanan Sulu", kerana beliau mendakwa anak kepada Sultan Mahakutta Kiram.

Yang hairannya ketika itu nama beliau ialah Datu Muidzullail Kiram, tiba-tiba hari ini dalam Berita Harian beliau menamakan dirinya Datu Mudarasullail Kiram. Ini sangat memeranjatkan dan terbukti satu penipuan. Si penipu ingin membongkar penipuan para penipu yang lain?

Beberapa bulan yang lalu sahabat saya dari Kota Kinabalu memaklumkan kepada saya bahawa Datu Muidzullail Kiram yang saya kenali itu telah bertukar nama kepada Datu Mudarasullail Kiram. Awalnya saya tidak menghiraukan kerana menganggap beliau hanya seekor lalat yang hanya mampu mengganggu tumpuan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Saman RM 6 Juta
Ketika beliau masih bernama Datu Muidzullail Kiram beliau pernah menelefon saya ketika pelancaran buku "Tausug dan Kesultanan Sulu" di Tawau (dirasmikan oleh Datuk Taufik Titingan pada akhir 2007). Beliau menelefon saya dari Kota Kinabalu ke Tawau dengan penuh kemarahan. Bermacam cercaan dan cacian dilontarkan terhadap saya. Tetapi saya tidak layan dan hanya tertawa dengan sikapnya yang kebudak-budakan. Terakhir dari kata-katanya ialah "saya akan saman kamu RM 6 juta kerana memasukkan gambar Ayahanda saya (Sultan Mahakutta Kiram) ke dalam buku kamu Tausug & Kesultanan Sulu tanpa kebenaran".

Soal-Jawab terakhir kami:

Asree:
Datu, semua keluarga kesultanan Sulu mesti bersatu sama ada mereka benar atau tidak. Kerana kebenaran akan muncul jua. Persoalannya, betulkah anda anak kepada Sultan Mahakutta Kiram?

Muidzullail:
Ya, saya anaknya, kamu ini bercakap berbelit-belit macam munafik KAFIR!

Asree:
Astaghfirullah, mudahnya kamu mengungkap perkataan kafir terhadap saudara mu? Kalau ia tak benar ia akan berbalik kepada mu!

Muidzullail:
!#@!@$@%#%$^^&^ (CACI MAKI BERTERUSAN)
Saya akan saman kamu RM 6 Juta, siap kau!

Asree:
Kahahahaha, saya tunggu saman kamu. Sebelum itu saya mau tanya, benarkah kamu berbangsa TAUSUG?

Muidzullail:
Benar, saya Tausug, apa kamu mau. Saya mau jumpa kamu. #%^#%^$^%*&%*&

Asree:
Kalau kamu benar TAUSUG kamu mesti saman saya. Seorang yang mengaku TAUSUG tetapi tidak berpegang kepada kata-kata sendiri saya anggap dia DAYYUS! Kamu saman saya, saya akan tunggu. Kalau tidak kamu DAYYUS!

Setelah pelancaran buku saya datang ke Kota Kinabalu untuk bertemu beliau. Para ustaz sahabat saya di Kota Kinabalu menghalang saya bertemu Muidzullail. Saya katakan pada mereka saya bukan ingin gaduh. Pergaduhan seperti ini seperti budak kecil, adalah memalukan dan merendahkan martabat saya bertumbuk bercakaran hanya perkara remeh seperti ini. Sekali pun ia melibatkan maruah perlulah ditangani secara waras dan bijak. Dalam hal ini,ketakutan hanya kepada yang Maha Berkuasa, kerana kalau takutkan makhluk, saya tidak akan bersusah payah menulis buku "Tausug & Kesultanan Sulu" yang membehayakan diri itu. Ketika itu secara diam-diam saya minta Ustaz Asmuni telefon Muidzullail yang saya sudah sampai ke Kota Kinabalu. Tetapi sehingga sampai penerbangan saya ke KL, ustaz Asmuni gagal dihubungi.

Beberapa bulan yang lalu, Muidzullail hantar SMS pada saya. Saya sambut sms nya dan sekali lagi saya mengajak beliau berjumpa. Beliau enggan dengan bahasa yang lunak beliau akan meneruskan penerbitan Tabloidnya SUARA TAUSUG di Sabah. Saya ucap tahniah padanya kerana berjaya menerbitkan tabloid bulanan Tausug.

Hari ini, beliau muncul dengan nama baru Datu Mudarasullail Kiram (lihat gambar). Sehingga hari ini saya masih menunggu saman 6 jutanya. :)

1 ulasan:

Hantu pocong berkata...

Si Paijar ni memang penipu Besar, Dia ni bukanlah dari suku kaum Suluk or Tausug. Dia ni dari suku kaum palauh bajau laut. Dia datang ke Sabah bukanlah sbb keselamatan seperti yg dia war-warkan selama ni. Dia memang pelarian dari Tando Bas.

Paijar ni bukanlah anak mahakuttah kiram tetapi anak kepada Naim atau nama kampungnya di Tando Bas sbg Tong Deyang. Manakala nama Paijar ini di Tando Bas adalah EMBENG. Di Sabah jadi Paijar--> Datu Muedzulail---->Datu Mudarasulail...skrg mengaku pula Sultan. Memang otak dia ni suda Gila. Ramai Cina & India yg tertipu oleh EMBENG ni....beliau menjual Datuk, Dato & mcm2 gelaran yg palsu. Saya nasihatkan org ramai yg tertipu supaya membuat laporan polis. kita tdk mau virus seperti ni hidup berpeleseran di Malaysia, khasnya Sabah.
Saya berani katakan yg si EMBENG ni tdk akan berani menyaman Asree sbb dia sendiri adalah penipu.
Jauhkan diri dari manusia virus ni. Jangan jadi Bodoh.....