Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Rabu, 4 Mac 2009

Pengumuman!


Kepada muslimin-muslimat Sarawak, diharap dapat menghadiri ceramah Maulidurrasul 1430 H yang akan diadakan di masjid Miri, Sarawak.

Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki adalah salah seorang guru saya yang sangat saya hormati. Ketika saya bermastautin di Seremban, saya selalu mengikuti pengajian Tasawwuf beliau di Masjid Negeri yang diadakan setiap Isnin malam selasa.

Beliau adalah salah seorang Ulama' Muda yang berkarisma di semenanjung Malaysia saat ini. Beliau adalah ahli hujjah bagi membela Ahlusunnah waljamaah. Selain beliau ramai lagi para ustaz yang alim dalam membela ahli sunnah seperti Ustaz Zamihan Al-Ghari, Ustaz Mahfuz, Ustaz Fahmi Zam-zam dll.

Syaikh Mohd Fuad Al-Maliki, memahami keadaan Bangsa Moro di Filipina selatan. Saya menghadiahkan buku pada beliau "Tausug dan Kesultanan Sulu" pada 2007 lalu serta memberi maklumat apa yang berlaku di Sulu serta pengalaman perang Tausug dari dulu hingga kini. Beliau turut mendo'akan keselamatan bagi umat Islam Filipina Selatan dan sangat berharap menghidupkan kembali Kalimah Lailaha illallah, Muhammadurrasulullah kembali berdaulat di Filipina Selatan khususnya Sulu.

Beliau adalah salah satu anak murid kepada Ulama' Ahlul Bait, Almarhum Assayyid Muhammad Alawi Al-Maliki yang terkenal di Makkah. Disinilah bermulanya beliau diberi gelaran oleh Assayyid Muhammad Alawi dengan gelaran Al-Maliki (yang bermaksud mendapat penghormatan dari keluarga Assayyid Muhammadl Alawi Al-Maliki yang menjadi guru mursyidnya).

InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan aturkan rombongan menemui beliau di pusat pengajiannya di Kuala Lumpur sempena pertabalan Sultan sulu pada 17hb Mach nanti, insyaAllah.

Grafik ihsan dari : http://pondokhabib.wordpress.com/category/ahlulbait/

Tiada ulasan: