KEBERANIAN YANG MENJADI IDENTITI
Sehingga hari ini para sarjana barat masih berterusan mengkaji keberanian kaum Suluk yang mereka anggap bukan sekadar semata-mata tradisi lisan tetapi satu kenyataan tentang kewujudan satu bangsa pejuang yang masih berjuang hingga ke hari ini. Kebanyakan sarjana barat ketika menulis tentang budaya kaum Suluk dan sejarahnya, tanpa mengira mereka musuh atau sahabat kepada kaum ini, tidak dapat lari dari kenyataan bahawa “kaum Suluk adalah pahlawan yang tiada tandingan di dunia”. Sesetengah mereka menceritakan sejarah keberanian kaum Suluk lebih fanatik dari kaum Suluk sendiri.
Robert A. Fulton bercerita di bukunya MOROLAND 1899 – 1906: America’s First Attempt to Transform an Islamic Society:
“Pada tahun 1960-an, semasa saya menunggu penerbangan keluar dari Zamboaanga, saya didekati oleh seorang tua Moro (Muslim), paras wajahnya menakutkan, dia segera menceritakan masanya menentang orang Jepun pada Perang Dunia kedua, tanpa menunggu pertanyaan saya, dia mengangkat kemejanya dan menarik seluarnya ke paras lutut menunjukkan puluhan bekas terkena peluru yang dia alami, saya terpegun di atas itu, dia menceritakan dengan Bahasa Enggerisnya yang kasar “Awak tahu, kamilah orangnya hinggakan tentera kamu mencipta pistol .45 automatik”.
Beliau menambah lagi : “Adakah ini benar?...pengalaman orang Amerika memerangi Moro (Muslim Tausug) ialah motivasi utama “penciptaan” senjata, atau kesimpulanya “penambahan”[senjata itu]. Keterangnya dari 1911 hingga ke 1985, Colt Model 1911, .45 caliber automatic pistol menjadi senjata rasmi tentera Amerika yang paling luas penggunaanya dan yang paling laris di sejarah ketenteraan Amerika. Tetapi adakah ia berjaya “menghalang” perjuangan Moro (Muslim)? Tidak…”
Seperti pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 oleh tentera Amerika yang di arah oleh General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan: "Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”
Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. berkata: “Pahlawan-pahlawan Tausug dan ahli keluarga mereka yang menentang pencerobohan asing di Perang Gunung Dahu (Bud Dahu [Battle of Bud Dahu]) patut di iktiraf kerana keberanian dan keperwiraan mereka. Jarang kita temui di dalam sejarah, keberanian seperti yang di tunjukan oleh Tausug di Bud Dahu. Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 A.D, zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada. Semangat Tausug tidak takut akan mati (never-say-die spirit) di Bud Dahu di contohi oleh juruterbang Kamikaze Jepun yang melanggar kapal perang Amerika di perang Okinawa hingga ke penghujung Perang Dunia Kedua di Pacific. Bud Dahu berdiri megah di dalam rekod keberanian pahlawan-pahlawan dan orang-orang yang melawan demi kemerdekaan negara mereka dan ia yakni berada di tahap Masada dan tinggi dari Okinawa dan Saipan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan