Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Isnin, 17 November 2008

Mari Belajar Bahasa Suluk 1

Bahasa Suluk Atau Bahasa Tausug (Sinug)

Atas permintaan dan desakan beberapa pihak termasuk sahabat-sahabat kami, mereka minta tunjuk ajar bagaimana caranya agar dapat bertutur dalam Bahasa Suluk secara mudah. Memandangkan kami sendiri bukanlah pakar dalam Bahasa Suluk maka segala tunjuk ajar atau kaedah yang kami tunjukkan di sini adalah berdasarkan kreativiti dan inisiatif kami sendiri. Bahasa Suluk yang kami paparkan disini adalah bahasa kebiasaan yang kami tutur sehari-hari di rumah. Pendek kata ia adalah "mother tounge" kami sendiri.

Menunggu ahli Bahasa Suluk datang untuk memberi tunjuk ajar sedangkan kami sendiri tidak mengetahui dimana mereka berada, sangatlah sukar mendapatkannya. Apa yang perlu kami beritahu disini ialah Bahasa Suluk itu sendiri hingga kini tiada "standard" yang boleh dipegang sebagai bahasa autentik kepada kaum Tausug. Yang pasti, Bahasa Suluk berkembang dari masa kesemasa sebagaimana bahasa Melayu juga yang telah disusupi oleh pelbagai bahasa asing mengikut keperluan peredaran zamannya.

Kaedah atau teknik belajar Bahasa Suluk atau Bahasa Tausug (Sinug) perlulah bermula dengan menghafal istilah atau perkataan mudah terlebih dahulu. Kemudian barulah belajar untuk menyusun ayat tertentu. Untuk permulaan, berikut kami paparkan sebutan atau istilah yang ada persamaannya dengan Bahasa Melayu sendiri untuk memudahkan hafalan pembaca. Perlulah difahami, Bahasa Suluk adalah juga dari Bahasa Melayu yang kebanyakan sebutannya boleh difahami dengan mudah.

Kesamaan Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Suluk (BS) serta sebahagian pengertiannya:-
  1. Kampung = Kampung
  2. Titian = Taytayan (Titian atau jambatan kecil)
  3. Laut = Laud (Laut air masin)
  4. Pukat = Pukut
  5. Ikat = Hukut
  6. Batu = Batu
  7. Pasir = Pasil
  8. Bumbung = Bubung
  9. Dinding = Dingding
  10. Tampan = Tampan (Membawa maksud penghadang)
  11. Sepit = Sipit (Tersepit atau penyepit)
  12. Kayu = Kahuy (Kayu dari pokok)
  13. Nyiur = Niyug (Pokok Kelapa)
  14. Bukit = Bukid (Kawasan tanah tinggi)
  15. Batang = Batang (Batang kayu)
  16. Belenggu = Bilanggu' (Pengikat atau tali besi)
  17. Huma = Umah (Huma tempat bercucuk tanam)
  18. Kapal = Kappal
  19. Lancang = Lansa (Sejenis kapal laut)
  20. Hujan = Ulan
  21. Badan = Baran
  22. Bencana = Binsana' (Membawa makna kesengsaraan)
  23. Bunuh = Bunu' (Menamatkan riwayat orang lain)
  24. Perang = Parrang (Bertumpah darah)
  25. Angin = Hangin
  26. Alun = Alun (Merujuk kepada alunan ombak)
  27. Fikir = Pikil
  28. Pandai = Pandai (Merujuk kepada kebijaksanaan yang terhormat)
  29. Pendekar = Pandikal
  30. Keris = Kalis
  31. Pedang =Puddang
  32. Sanggah = Sangga (Menepis perbuatan yang salah, juga merujuk kepada serangan yang ditepis dengan tangan)
  33. Bantah = Bantah (Membawa maksud bersengketa)
  34. Sambut = Sambut
  35. Cepat = Sapat
  36. Laju = Ladju
  37. Sumpah = Sapah
  38. Atau = Atawa
  39. Sakit = Sakit
  40. Mata = Mata
  41. Hidung = Ilung
  42. Lidah = Dila'
  43. Telinga = Tainga
  44. Dagu = Taku'
  45. Siku = Siku
  46. Betis = Bitis
  47. Kuku = Kukku
  48. Jantung = Jantung
  49. Hati = Atay
  50. Seteru = Satru'
  51. Serampang = Sapang (Sejenis tombak bermata tiga untuk menombak/menangkap ikan)
  52. Bulu = Bulbul (Merujuk kepada mana-mana bulu pada anggota)
  53. Biru = Bilu
  54. Kuning = Biyaning
  55. Hitam = Itum
  56. Panji = Panji
  57. Bendera = Bandira
  58. Berat = Buggat
  59. Sedap = Sarap
  60. Bisa = Bisa (Merujuk kepada kesakitan)
  61. Lapah = Lapah (Merujuk kepada menebas rumput)
  62. Bicara = Bissara
  63. Kata-kata = Kata-kata (Merujuk kepada kata-kata pujangga atau bunga-bunga bahasa)
  64. Anak = Anak
  65. Kucing = Kuting
  66. Peha = Pa'a (Merujuk kepada anggota atas lutut)
  67. Hadapan = Harapan (Merujuk kepada alat sulit yang berada di hadapan)
  68. Ratu = Datu (Gelaran kerabat diraja)
  69. Nakhoda = Nakura' (Merujuk kepada ketua kumpulan)
  70. Perahu = Pala'o (Merujuk kepada kaum Bajau Laut yang sentiasa berada di lautan dengan menaiki perahu)
  71. Terbang = Talbang
  72. Buka = Ukab
  73. Jamu = Jamu (Menjamu makanan)
  74. Indah = Inda' (Cantik, merujuk kepada wanita cantik atau penghargaan kepada wanita)
  75. Bujang = Budjang (Anak dara, merujuk kepada kaum wanita yang belum berkahwin)
  76. Pagar = Pagal
  77. Jerat = Jallat
  78. Adat = Addat
  79. Ampun = Ampun
  80. Tuan = Tuan
  81. Benar = Bunnal
  82. Tongkat = Tungkud
  83. Buruk = Buruk (Merujuk kepada kepala seseorang yang dipenuhi kudis)
  84. Baca = Bassa
  85. Pulih = Uli'
  86. Terompah = Taumpa'
  87. Bonggol = Buggul
  88. Cabul = Sabul
  89. Sesat = Sasat
  90. Balik = Balik (Kembali)
  91. Masa = Masa
  92. Susah = Susah
  93. Senang = Sannang
  94. Sukar = Sukkal
  95. Sempit = Sigpit
  96. Cirit = Igit (Cirit-birit)
  97. Jemu = Sumu
  98. Tepuk = Tuppak
  99. Sepak = Sipa'
  100. Insang = Asang (Atau merujuk kepada nafas mulut)
  101. Tumbuk = Suntuk
  102. Tanduk = Tanduk
  103. Urat = Ugat
  104. Urut = Hilut
  105. Jarang = Lahang
  106. Ludah = Lura'
  107. Kertas = Katas
  108. Lukis = Gukis
  109. Surat = Sulat
  110. Bunga = Bunga (Membawa maksud putik buah atau buah-buahan)
  111. Bau = Bahu' (Bau wangi/busuk)
  112. Tikar = Tikal
  113. Pinggan = Pinggan
  114. Pasu = Basu (Merujuk kepada cawan diguna untuk minum)
  115. Sauh = Sau (Sauh kapal)
  116. Lemah = Lammah
  117. Kufu = Supu (BM: Sekufu/Setara. BS: Mewarisi sifat sama dari ayah atau keluarga teratas)
  118. Sapi = Sapi'
  119. Minum = Minum
  120. Kilat = Kilat (Bermaksud petir)
  121. Rimba = Gimbah
  122. Kaca = Kassa'
  123. Cara = Sara' (Juga merujuk kepada hukum Syarak)
  124. Bisu = Bisu (Bermaksud pekak)
  125. Payung = Payung
  126. Ubat= Ubat
  127. Sebut = Sabbut
  128. Jilat = Dilat
  129. Cium = Sium
  130. Padi = Pai
  131. Beras = Bugas
  132. Upih = Hupi'
  133. Durian = Duyan
  134. Manggis = Manggis
  135. Bersambung..............
Nombor:
  • Satu = esa
  • Dua = Duwa
  • Tiga = Tu
  • Empat = Upat
  • Lima = Lima
  • Enam = Unum
  • Tujuh = Pitu
  • Lapan = Walu
  • Sembilan = Siyam
  • Sepuluh = Hangpu'
  • Sebelas = Hangpu' tag esa
  • Duabelas = Hangpu' tag duwa
  • Dua Puluh = Kaduwa'an (Sebut Kawha'an)
  • Dua puluh satu = Kaduwa'an tag esa
  • Tiga Puluh satu = Katu'an tag esa ( Sebut Katlu'an tag esa)
  • Empat puluh satu = Kaupatan tag esa (Sebut Kaapatan tag esa)
  • Seratus = Hanggatus
  • Dua ratus = Duwanggatus
  • Seribu = Hangibu
  • Sepuluh ribu = Hangpu'ngaibu (Sebutan lainnya Hangkalaksa')
  • Seterusnya......
Demikianlah.... kami sambung dilain waktu... insyaAllah

3 ulasan:

Unknown berkata...

Maaf mau tanya...ada di jual ka buku lengkap belajar bahasa suluk

Unknown berkata...

Maaf mau tanya...ada di jual ka buku lengkap belajar bahasa suluk

Unknown berkata...

Kau ambil lah pisini