Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Ahad, 14 September 2008

12- PULAU JANGGI (BUKTI)


Kelapa Laut Afrika (Coco de Mer) Adalah Bukti Kesultanan Sulu Waris Raja Kedua

SEBAHAGIAN orang mengatakan bahawa untuk membuktikan mereka (Waris Kesultanan Sulu) adalah benar ialah dengan melihat samada mereka membawa "Keris dan Sarungnya". Kalau ada maka merekalah "Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu" yang digelar "Waris Raja Kedua" itu.
.
Keris & Sarung
Adakah dengan hanya menunjukkan Keris dan Sarung itu sahaja yang boleh membuktikan bahawa itulah pewaris sebenar Sultan Sulu yang dicari itu? Cerita tentang keris dan sarungnya tidaklah berapa tersebar di kalangan orang-orang Tausug di Sulu. Akan tetapi cerita tentang Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang menjadi lambang "Bukti" persaudaraan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei adalah yang lebih diketahui. Kebanyakan kaum tua orang-orang Sulu percaya (yang tahu) bahawa, sesiapa yang memiliki Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang asli itu, maka dialah Pewaris Sebenar Sultan Sulu yang dicari selama ini. Dikhabarkan juga, bekas Presiden Filipina (Presiden Ramos) juga ada menyatakan bahawa Keluarga Diraja Sulu yang ada menyimpan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itulah Waris Sebenar Sultan Sulu.
.
Maka sejak itu, ramailah orang yang menyatakan mereka mempunyai Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu seperti yang didakwa oleh Sultan Aidal M.Aliuddin dan lain-lain (penyamar Sultan). Perlu dimaklumi bahawa Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang sebenar itu sebenarnya telah dihantar ke Brunei oleh ayahanda kepada YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II, iaitu YM Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin YM Datu Mohammad Sheikh/Seh/Sie ke Muzium Brunei pada 1978. Barang itu telah melalui Ujian oleh 9 orang Pegawai Muzium Brunei dan seorang warga British. Ujian tersebut telah mengesahkan bahawa Pulau Janggi itu adalah "Asli". Kesemua pegawai itu khabarnya telah tunduk hormat dan mencium tangan YM Datu Aliuddin dengan menyatakan bahawa Datu Aliuddin itu adalah "Waris Sebenar Sultan Sulu". Kemudian pihak Muzium Brunei telah mengeluarkan satu Surat Pengesahan tanda penerimaan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi tersebut. Hingga hari ini surat pengesahan tersebut masih berada dalam simpanan Keluarga Maharajah Adinda.
.
Masuk ke Brunei
Sebenarnya orang yang membawa YM Datu Aliuddin Haddis Pabila masuk ke Brunei pada 1978 adalah Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. malangnya selepas menghantar Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu ke Muzium Brunei, YM Datu Aliuddin terus sahaja balik ke Kota Kinabalu. Sebenarnya Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri meminta Datu Aliuddin menunggu beliau sebelum itu kerana ada sedikit urusan. Sejak tahun 1978, YM Datu Aliuddin terus menyepi di Kota Kinabalu. Setelah tahun 2000, atas arahan dan nasihat anakandanya YM Datu Ali Aman, satu rombongan keluarga Maharaja Adinda telah bertandang ke Brunei dan sempat melawat:
  • Ke Muzium Brunei (dibenarkan melihat kembali, Pulau Janggi itu oleh pihak Pengarah Muzium Brunei. Gambar ada diambil dalam Pejabat Pengarah Muzium Brunei sebagai Bukti),
  • Ke Pejabat Sultan Brunei (Grand Chemrlain) -Tapi malangnya tidak dapat bertemu atau mengadap Sultan Hassanal Bolkiah, kerana pada masa itu Baginda dan keluarga dikatakan bercuti di London.
  • Ke Pusat Sejarah Brunei (bertemu dengan Pehin Prof. Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri). Pehin menyatakan bahawa Keluarga Maharaja Adinda perlu meneruskan tuntutan hak ke atas takhta Kesultanan Sulu, kerana hak itu adalah milik Keluarga Maharaja Adinda. Pehin juga meminta Datu Aliuddin agar tidak susah hati. Dengan nada jelas Pehin menegaskan; "Sekiranya tiada Datu Aliuddin ini, maka tiadalah lagi Sultan Sulu kini".


Dengan banyaknya orang-orang Sulu yang membuat-buat seakan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu yang dibawa ke Manila dan diperlihatkan kepada Presiden Ramos, akhirnya Presiden Ramos membuat kenyataan lagi bahawa pewaris sebenar dan Keluarga Diraja itu ada juga menyimpan satu barang yang tidak dapat dibuat. Maka tahukah anda, apakah benda yang tidak boleh dibuat itu?

Tanduk Datu Teteng
Benda itu adalah "Tanduk Datu Teteng @ Datu Tating". Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang "Pahlawan Sulu" yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.[1]


Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diumbun-umbun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).


Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin (Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.


Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Sebab itulah "Tanduk" beliau telah (diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah Adinda yang berada di Semporna).


Nota kaki:

[1] Rujuk: Peristiwa-Peristiwa Berdarah di Sabah : Datu Tating Mengganas - Oleh Ismail Abbas dan K.Bali, m.s. 1-9 (DBP:1987). Catatan sejarah tentang Datu Teteng juga terdapat dalam buku: Islam Di Filipina. Prof. Cesar Adib Majul, m.s. 383 - 386 (Terjemahan Shamsuddin Jaapar, DBP:1988).

2 ulasan:

MUHAMMAD AMEIN berkata...

assalammualaikum
asree moro. boleh tak sy ingin mendapat no tel tuan..

MUHAMMAD AMEIN berkata...

sebab sy dah cuba email tuan. tapi tak boleh