Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Ahad, 14 September 2008

13- SALASILAH KESULTANAN SULU

Susunan asal dalam Bahasa Inggeris di http://en.wikipedia.org oleh YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu II bin YM Datu Aliuddin Haddis Pabila - Aranan.

PADA tahun 2004 ketika kami mula mencari fakta dalam internet tentang Kesultanan Sulu, kami mendapati tidak terdapat satu maklumat pun tentang Kesultanan sulu serta sejarahnya. Kalau ada pun cuma maklumat ringkas yang kurang tepat dan benar. Apa yang kita jumpa sekiranya mencarinya di enjin-enjin pencari ialah kenyataan "Sejarah Kesultanan Sulu adalah yang paling kabur di dunia".
.
Pada tahun 2006 bermula fasa baru tentang maklumat Kesultanan Sulu. Kami dipertemukan oleh Allah s.w.t dengan waris Kesultanan Sulu di internet (Chatting) dan membuat pertemuan di Kuala Lumpur. Pertemuan yang sangat bermakna bagi kami dengan keluarga Waris Kesultanan Sulu Maharaja Adinda Aranan adalah bersesu-aian dengan fakta yang ada pada tangan kami iaitu seperti yang tercatat dalam buku Prof. Cesar Adib Majul "Islam Di Filipina" (terjemahan bahasa oleh Shamsuddin Jaapar, DBP:1988)[1] bahawasanya Kesultanan Sulu adalah dari 2 warisan (yang awal) kemudian menjadi 3 warisan kemudian hingga kini.
.
Dua Warisan Awal
Dua warisan yang awal ialah Keluarga Kiram dan Keluarga Aranan sahaja kemudian dari keluarga Kiram muncul pula Keluarga Shakiraullah. Maka keluarga Kesultanan Sulu menjadi 3 warisan kini iaitu Kiram, Shakiraullah dan Aranan. Bermakna sistem kenaikan takhta Kesultanan Sulu adalah bergilir-gilir dan perkara inilah yang paling menarik yang tidak diketahui oleh dunia hari ini. Penggiliran takhta berjaya diperjelaskan oleh pengkaji sejarah Kesultanan Sulu dari Keluarga Maharaja Adinda (Aranan) iaitu YM Datu Ali Aman dalam kajiannya.
.
Pada tahun 2006 yang lalu juga YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu II telah memaklumkan pada kami bahawa beliau (YM Datu Ali Aman) pada tahun tersebut (2006) telah genap 9 tahun mengkaji Kesultanan Sulu dan telah pun berjaya menyiapkan manuskrip dan pelbagai bahan bukti yang menakjubkan dari seluruh dunia yang menelan belanja puluhan ribu ringgit dan beliau telah memulakan menghantar surat ke ICJ, Swiss Bank, Arkib England, Kerajaan Malaysia serta Kerajaan Filipina sendiri.
.
Apa yang lebih penting ialah selepas sahaja YM Datu Ali Aman memasukkan maklumat Kesultanan Sulu di internet (wikipedia) pada 2006 beberapa profesor Eropah berjaya berhubung dengan beliau termasuk mengambil bahan kajiannya tentang Kesultanan Sulu yang dijadikan bahan kajian ilmiah di Institute Royal Study Of Mediterranean And Southeast Asia oleh Donald Tick @ Rajamuda Kuno. Maka tahun 2006 adalah tahun bermulanya penyebaran maklumat tentang Kesultanan Sulu. Pada akhir tahun 2006 beberapa laman web yang telah muncul yang menggelar diri mereka sebagai Sultan Sulu.
.
Hingga hari ini semakin bertambah ramai pula yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Kononnya mereka mempunyai Salasilah Kesultanan Sulu, walhal jika diselidiki sebilangan mereka menggunakan maklumat Salsilah Kesultanan Sulu dari YM Datu Ali Aman yang dimasukkan ke dalam internet sebelum ini, dan sebahagiannya pula menggunakan Salsilah Kesultanan Brunei.[2]
.
Walaubagaimana pun kebanyakan bahan-bahan internet bukanlah rujukan yang berwibawa kerana sesiapa sahaja boleh memasukkannya sebagai bahan carian dan sesiapa sahaja boleh mempertikaikan kesahihannya. Maka rujukan dari buku-buku yang asal juga perlu ada sebagai penguat bukti. Dalam konteks Kesultanan Sulu ini, YM Datu Ali Aman telah menunjukkan kepada kami tentang buku-buku rujukunnya yang begitu banyak termasuk buku-buku dari Salasilah Kesultanan Brunei iaitu "Tarsilah Brunei I & II" oleh Pehin Prof. Hj Mohd Jamil Al-Sufri, "Sulu & Sabah" Nicholas Tarling, "Islam Di Filipina" Prof. Cesar Adib Majul dan beberapa buku-buku rujukan yang lain terutamanya yang lebih fokus terhadap tuntutan Sabah oleh Filipina.[3]
.
Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Maharaja Adinda Aranan terutamanya YM Datu Ali Aman kerana telah mengamanahkan kepada kami memegang Salinan Yang Sah Salsilah Sultan-Sultan Sulu (Ahlul-Bait) dan Salinan Salsilah Waris Kesultanan Sulu Maharaja Adinda Aranan pada 2006 yang lalu.
.
Senarai Sultan-sultan Sulu

"Fakta sejarah telah membuktikan bahawa Tanah Melayu dan seluruh Asia Tenggara telah mendapat cahaya keislaman adalah hasil berkat kegigihan dan dedikasi para pendakwah yang datang dari kota Tarim, Hadramaut, Yaman sehinggalah telah tersebarnya mazhab 'Aqidah Ahli sunnah wal-Jama'ah' dan mazhab feqah Imam Syafi'e r.a." (Prof. Hamka)
.
Berikut ialah senarai Sultan-sultan Sulu sejak permulaan hingga sekarang. Walaubagaimana pun yang diiktiraf oleh ahli sejarah termasuk Filipina hanya 32 dari Kesultanan Sulu. Bermula pada 1450 atau 1457 M hingga 1936 M. Akhir dari kesultanan Sulu telah memeterai perjanjian dengan Kerajaan Filipina untuk membangunkan wilayah Sulu maka sejak itu kerajaan Filipina mengambil alih pentadbiran mengatasi kuasa Kesultanan Sulu sendiri. Antara Sultan Sulu yang disenarai ialah:
________________________________________________________________________


Fasa 1 (Sayyid/Syed )
.
1. SULTAN SHARIFUL-HASHIM (Sayyid Abu Bakar - keturunan Sayyidina Hussein r.a.)
Sultan Sulu yang pertama, nama asalnya Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Ahlul-Bait dari Sayyidina Hussein r.a) yang datang dari Makkah. Seorang ulamak yang pernah singgah di Melaka kemudian ke Indonesia setelah itu meneruskan perjalanannya ke Brunei, sebelum itu sempat singgah di Johor (sebab mungkin ada keluarganya di sana). Dari Brunei beliau meneruskan perjalanan ke Sulu. Beliau berjaya mengislamkan masyarakat Sulu (Buranun, Taguimaha, Baklaya) dan kemudian diangkat menjadi Sultan Sulu yang pertama pada 1450 atau 1457 M dan memerintah hingga 1480 M dengan menggunakan gelaran Sultan Shariful Hashim.
  • Membina masjid-masjid, madrasah di Sulu. Baginda sendiri yang berusaha memberi pelajaran dan kefahaman agama kepada orang-orang Tausug. Sebab itu baginda adalah ulamak yang pertama sekali memperkenalkan kaedah pembelajaran Al-Quran dan Hadith yang lebih sistematik dan telah melatih para da'i-da'i Sulu bagaimana untuk mengajar.[4]
  • Baginda adalah seorang ulamak sufi yang lemah lembut dan penyayang sebab itu dengan mudah dapat mengislamkan masyarakat Tausug Baklaya & Taguima (penduduk tinggal di pantai) dan dengan hikmah dapat mengislamkan masyarakat Tausug Buranun (penduduk tinggal di pergunungan) yang majoritinya menganut Hindu-Buddha dan animisma.
  • Memperkenalkan akidah Ahlusunnah waljama'ah (Imam Al-Asy'ari r.a /Imam Al-Maturidi r.a), dan mazhab feqah Imam As-Syafi'e r.a. Berkemungkinan baginda adalah pengamal tareqat muktabarah kerana beliau membawa kitab Ad-Durr Al-Manzum karangan Abu Ishak As-Syrazi ketika datang ke Nusantara.[5]
  • Baginda adalah saudara kandung kepada Sayyid Muhammad Kabongsuan (datang dari Johor bersama orang Bajao) pengasas Kesultanan Maguindanao pada 1515 M.
  • Baginda (Sayyid Abu Bakar) digelar Syarif oleh masyarakat Sulu adalah disebabkan kaum Tausug yang naik haji ke Makkah mengenali keturunan Rasulullah S.A.W. hanya dengan istilah Syarif (kerana ketika itu penguasa Makkah adalah dari keluarga Syarif-syarif). Hingga hari ini kaum Tausug masih tidak berjaya menyebut dengan betul perkataan Syarif itu kecuali dengan sebutan "Salip".

2. SULTAN KAMALUDDIN

  • Anak kepada Sultan Shariful-Hashim. Memerintah Sulu 1480-1519.
  • Anaknya Puteri Laila Menchenai berkahwin dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Bolkiah (Nakhoda Ragam) maka lahirlah anak mereka yang juga jadi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Kahar.[6]

3. SULTAN ALAWADDIN
4. SULTAN AMIRUL-UMARA
5. SULTAN MUIZZUDDIN MUTAWADDIN
6. SULTAN NASARUDDIN AL-AWAL


7. SULTAN MUHAMMAD UL-HALIM
@ PANGIRAN BUDDIMAN UL-HALIM

  • Beliau berkahwin pula dengan Puteri Sultan Abdul Kahar, Sultan Brunei.
  • Maka lahirlah Betarashah Tengah dan Seorang pu-teri (puteri ini pula berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan, Sultan Brunei).
  • Puteri Sultan Muhammad Ul-Halim yang berkahwin dengan Sultan Brunei ini (Sultan Muhammad Hassan) telah dikurniakan putera bernama Raja Bongsu-I.

8. SULTAN BETARASHAH TENGAH @ PENGUILAN/PENGERAN TINDIG [7]

  • Anak kepada Sultan Muhammad Buddiman Ul-Halim.
  • Mangkat tanpa zuriat.
  • Takhta diserahkan kepada anak saudaranya, RAJA BONGSU-I (Anak Sultan Brunei dengan saudara perempuannya).
  • Ini bermakna Sultan Betarashah Tengah adalah Sultan Sulu terakhir dari keturunan Sultan Shariful Hashim @ Sayyid Abu Bakar (dari Sayyidina Hussein ra).


    ________________________________________________________________________

Fasa 2 (Syarif)

9. SULTAN MAWALIL-WASIT @ RAJA BONGSU-I @ PANGIRAN SHAHBANDAR MAHARAJALELA IBNI SULTAN MUHAMMAD HASSAN dari BRUNEI
Bermulanya Kesultanan Sulu dari keturunan Sultan Brunei, Sultan Sharif Ali (Barkat Ali) dari (Sayyidina Hassan ra).


10. SULTAN NASIRUDDIN-II

  • Ahli sejarah kabur tentangnya, kemungkinan beliau ialah Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao.
  • Sebabnya ialah beliau telah berkahwin dengan puteri Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I yang bernama SITI KABIRA.
  • Salah satu sebab juga ialah Sultan Qudarat sangat berkuasa ketika itu sehingga dapat menguasai Bandar Zamboanga dari Spanyol dan kekuasaannya dirasai hingga ke Pulau Basilan sendiri (Rujuk Prof. Cesar Adib Majul "Islam Di Filipina").

11. SULTAN SALAHUDDIN-KARAMAT @ PANGIRAN BAKHTIAR

  • Pada zaman beliaulah kesultanan Brunei mengalami perang saudara yang berlarutan 10 tahun lamanya. Sultan Brunei telah meminta bantuan darinya untuk menamatkan perang saudara tersebut. Sultan Salahuddin Karamat ini menghantar bala tenteranya ke Brunei dan berjaya menamatkan perang saudara yang hampir memusnahkan Kerajaan Brunei.
    Dengan bantuan tersebut Sultan Brunei menghadiahkan Borneo Utara (Sabah) kepadanya (Sultan Sulu).
  • Permintaan bantuan dari Sultan Brunei tersebut bukanlah perkara pelik kerana mereka (kedua-dua kesultanan) saling tolong-menolong antara satu sama lain sememangnya mereka adalah bersaudara atau bersepupu (lihat percantuman keluarga antara cucu-cucu Syarif Ali Barakat dengan cucu-cucu Sayyid Abu Bakar @ Shariful Hashim di atas).
  • Sementara menunggu Datu Sahabuddin ibni Sultan Salahuddin-Karamat layak menjadi Sultan Sulu - mungkin masih kecil, (kerana perlu mengikut protokol Diraja Sulu) maka 3 orang sultan sementara telah dilantik secara bergilir-gilir bermula 1680 hingga 1685.

Antaranya ialah:-
(SULTAN SEMENTARA)


12. SULTAN ALI SHAH, atau Nai Long Ena. Beliau sebenarnya adalah Sultan Riau Lingga. Beliau juga adalah putera yang ke-4 Sultan Muzaffar Syah III @

Koya Long dalam kerajaan Islam Siam Kedah Pasai Ma,Gangga Negara yang mana kekuasaannya meliputi Semenanjung Tanah Melayu , Sumatera, Riau hingga ke Borneo dan Sulu.

.
13. SULTAN NURUL A'LAM @ SITI KABIRA, dan
.
14. SULTAN AL-HAQUNU IBN WALI UL AHAD.
________________________________________________________________________



Fasa 3 (Penggiliran Takhta Bermula)
.
15. SULTAN SAHABUDDIN
  • Putera sulung Sultan Salahuddin-Karamat.
  • Mula mengutip cukai di Borneo Utara (Sabah)
.
16. SULTAN MUSTAFA SHAFIUDDIN
  • Putera kedua Sultan Salahuddin-Karamat (adik kepada Sultan Sahabuddin).

17. SULTAN BADARUDDIN-I
  • Putera ketiga Sultan Salahuddin-Karamat.
  • Isteri pertamanya ialah gadis Bugis dari Soopeng (Soppeng) Sulawesi.
  • Bondanya (Sultan Badaruddin-I) sendiri adalah daripada suku kaum Tidung. Dan beliau juga berkahwin dengan Puteri Tidung sebagai isteri kedua.

18. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-I @ FERNANDO DE ALIMUDDIN.

  • Putera dari isteri pertama (bugis) Sultan Badaruddin-I.
  • Beliau seorang ulamak yang belajar agama di pesantren Betawi, Jawa.
  • Setelah beliau "dibaptis" oleh padri Spanyol pada 1750 dalam gereja di Manila, menyebabkan kekuasaan beliau ke atas takhta Kesultanan Sulu telah terbatal secara otomatik.
  • Bermulanya keturunan KELUARGA KIRAM & SHAKIRAULLAH (Lambang keris dalam bendera Sulu)
  • Maka takhta Sultan Sulu telah diambil alih oleh adiknya (adindanya) dari isteri kedua (Tidung) iaitu RAJA MUDA BANTILAN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I (menggelarkan dirinya SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN).

19. SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I.
Bermulanya keturunan KELUARGA MAHARAJA ADINDA (Lambang tombak dalam bendera Sulu).

20. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-II IBNI SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN.

  • Lahir dari sulbinya seorang putera iaitu RAJA MUDA DATU BANTILAN melahirkan MAHARAJAH ADINDA SULTAN MOHAMMAD ARANAN/ADANAN PUYO (menaiki takhta selama seminggu) melahirkan DATU MOHAMMAD SHIEIK/SIE/SEH/SY.
  • Di sinilah bermula susur galur keluarga YM Datu Ali Aman bin YM Datu Aliuddin Haddis Pabila dan YM Datu Uda @ Ladjamura bin YM Datu Wasik.

21. SULTAN MUHAMMAD ISRAIL
Putera Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I.
.
22. SULTAN SHARIFUDDIN
  • Juga putera Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I.

23. SULTAN ALIMUDDIN @ AZIMUDDIN-III

  • Putera Sultan Sharifuddin.
  • Sultan ini menaiki takhta pada 1808 hanya selama 40 hari jadi sultan. Rajamudanya yang diiktiraf ketika itu ialah Raja Muda Datu Bantilan @ Raja Muda Badaruddin ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin-II (rajamuda dari keluarga Maharaja Adinda ini sepatutnya menaiki takhta setelah Sultan Alimuddin @Azimuddin-III malangnya direbut oleh Sultan Aliuddin (lihat bawah) maka bermulalah 'pelanggaran' protokol diraja Sulu atau 'Tartib Di Raja Sulu').

_____________________________________________________________________

Fasa 4 (Pembolotan Giliran Takhta Bermula)

24. SULTAN ALIUDDIN

  • Adinda (adik) kepada Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III
  • Sultan inilah yang merampas takhta yang sepatutnya jatuh kepada Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin-II (Keluarga Maharaja Adinda) pada 1808, ketika mana Raja Muda Datu Bantilan tidak berada di Jolo, Sulu (sebab mengelak dari wabak cacar) pada 1808 iaitu selepas kemangkatan Sultan Alimuddin @ Azimudin-III.

25. SULTAN SHAKIRAULLAH,

  • Adinda (adik) Sultan Aliuddin & Sultan Azimuddin @ Alimuddin-III.
  • Bermulanya keluarga SHAKIRAULLAH -
    (LAMBANG BARONG).
  • Inilah sahaja satu-satunya sultan dari KELUARGA SHAKIRAULLAH
.
26. SULTAN JAMALUL-KIRAM-I,
  • Putera Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III.
  • Bermulanya keluarga KIRAM - (KEKAL MENGGUNAKAN LAMBANG KERIS).
27. SULTAN MUHAMMAD FADL @ SULTAN PULALUN,
  • Putera kepada Jamalul-Kiram-I.

28. SULTAN MUHAMMAD ADANAN (ARANAN) PUYO.[8]

.
29. SULTAN JAMALUL A’ZAM @ A'LAM, (perjanjian Pajakan Sabah 1878)

  • Beliau menandatangani surat perjanjian "PAJAKAN SABAH 1878" dengan Baron Von Overbeck & Alfred Dent sebagai individu pemajak (penyewa).
  • Perjanjian "pajakan" yang bersejarah ini tidak mendapat persetujuan dari ke-rabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun para datu-datu diraja yang lain keseluruhannya.[9]
  • Istilah "PAJAKAN" bermaksud pajak atau sewa, bukannya "PENYERAHAN" yang membawa maksud 'menyerahkan hak keseluruhannya tanpa ada tuntutan lagi di hari kemudian'. Istilah "penyerahan" itu sendiri tidaklah membawa maksud penyerahan secara mutlak tetapi sebenarnya adalah "Amanah", lihat Kamus Dewan (Edisi Keempat) m.s. 1463 tertulis "Penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dll): Contoh ayat "Kekalahan China diikuti oleh penyerahan Hong Kong kepada British". Walhal umum mengetahui kerajaan British akhirnya menyerahkan semula Hong Kong kepada China. Kerajaan Malaysia juga masih menganggap "PENYERAHAN" itu sebagai "PAJAKAN" ini kerana tanpa diketahui umum Kerajaan Malaysia masih tetap meneruskan bayaran pajakan Sabah itu kepada waris Kesultanan Sulu dari keluarga KIRAM hingga hari ini sebanyak RM 5000.[10]
  • Beliau menaiki takhta setelah mendapat bantuan dan sokongan kuat dari datuk saudaranya Maharaja Adinda Mohammad Aranan (Adanan) Puyo (menaiki takhta selama 7 hari sahaja sebelum menyerahkan takhta kepada Sultan Jamalul Azam @ A'lam dengan alasan sudah tua).

30. SULTAN BADARUDDIN-II

  • Beliau tiada anak lelaki cuma seorang puteri bernama Dayang-dayang Hajjah Piandao.
  • Jika mengikut sistem protokol Kesultanan Sulu, takhta sepatutnya diserah kepada KELUARGA MAHARAJA ADINDA kerana beliau tiada waris penyambung ketika mangkat pada 1884.
31. SULTAN HARUN AR-RASHID
.
32. SULTAN JAMALUL-KIRAM-II (Mangkat pada 1936)
  • Inilah Sultan Sulu yang terakhir diiktiraf oleh Dunia dan Kerajaan Filipina.
    Beliau tiada zuriat sekalipun isterinya ramai.
  • Malangnya selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram ini telah berlaku perebutan antara waris-waris keluarga Kiram akan siapa yang berhak keatas takhta Sulu (terutamanya berebut terhadap siapa yang berhak keatas wang "pajakan" Borneo Utara). Waris-waris yang menuntut kebanyakannya adalah wanita tetapi tidak mendapat sokongan dari "Rumah Bicara". Akhirnya telah mendapat reaksi dari Kerajaan Filipina (sebagai yang diamanahkan membangunkan Sulu) dengan tidak mengiktiraf lagi sesiapa yang dilantik sultan mahupun sultanah (Pangyan) dari keluarga Kiram.

________________________________________________________________________

Fasa 5 (Era kesultanan Tanpa Kedaulatan Bermula)

Kami berpandangan bahawa sejarah kesultanan di dunia yang paling ramai menyamar jadi sultan ialah Kesultanan Sulu (sejak 1936 hingga sekarang). Selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram-II itu awal-awal lagi anak angkatnya melantik diri sebagai waris Sultan Sulu, sejak itu ramai yang muncul melantik diri menjadi Sultan sekalipun tanpa nasab keturunan yang jelas. Mereka bertindak masuk keluar kampung orang-orang Sulu mengutip wang dengan menjual 'name card' kesultanannya. Malangnya masyarakat Sulu yang berada di Sabah yang selalu tertipu.

Natijahnya orang-orang Sulu sudah naik menyampah dengan keadaan seperti ini. Sekarang ada pula individu di Malaysia yang menubuhkan satu persatuan (berdaftar di Malaysia) Kebudayaan dan kesultanan Sulu yang mendakwa bahawa beliau adalah putera kepada Sultan Mahakuttah Kiram yang sah. Kami pernah berjumpa dengan 'beliau' dan pernah minum bersama, malangnya kami dapati beliau juga adalah "penyamar".


Walaubagaimana pun kami tidaklah mempertikaikan dakwaannya sebagai anak Sultan Mahakuttah yang bernama Muedzullail Kiram itu sebabnya sesiapa sahaja yang mendakwa waris sultan sulu dari keluarga KIRAM hari ini sekiranya punya "Fulus" yang banyak boleh sahaja melantik atau menggelar dirinya dengan gelaran apa pun yang dia mahu. Tetapi sekiranya kita melihat Salsilah yang mereka bawa tentang kesahihan nasab mereka dari Kesultanan Sulu itu tanpa bukti-bukti berupa sokongan keluarga terdekat yang mengenali mereka tentu sahaja kita dapat mengenali samada mereka "Palsu", "Penyamar", "Pembohong Besar" atau sememangnya layak digelar Sultan Sulu.


33. SULTAN ESMAIL KIRAM I (1947-1973)

  • Adalah keluarga dari Kiram, lahir pada Februari 1907
  • Bekerja sebagai guru sekolah dan guru disiplin.
  • Menyertai tentera Perang Dunia ke-II dengan pangkat Major dan bertugas dengan tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh.
    Anak sulung Raja Muda Mawallil-Wasit melalui isteri pertama bernama Dayang Ennang
    Salah seorang dari 9 waris kepada penerima hasil pajakan Borneo Utara (Sabah) melalui persetujuan Macasckie di Sandakan, Sabah pada 1939.
  • Dianggap layak menjadi Sultan Sulu sekalipun tidak dipandang oleh kerajaan Filipina (Di manakah kelayakan untuk menjadi Sultan Sulu sedangkan rela menjadi tentera kerahan Amerika Syarikat?).

34. SULTAN MAHAKUTTA A.KIRAM (1974-1986)

  • Dari keluarga Kiram juga
  • Lahir pada 1 Ogos 1941, meninggal 16 Feb 1986.
  • Kemudian menjadi timbalan Mayor yang seterusnya menjadi mayor di Maimbung.
    Pemangku Governor di Sulu.
  • Anak yang paling tua Sultan Esmail Kiram I.
  • Berkahwin dengan isteri pertama Puteri Farida T. Kiram. Dikurniakan zuriat Dayang-dayang Xuharra, Raja Muda Datu Muedzul-Lail-Kiram, Dayang-dayang Dinwasa dan Datu Yldon.
  • Isteri kedua, Puteri Miriam Kiram dari Tarlac melahirkan 4 anak perempuan; Dayang-dayang Normahal, Dayang-dayang Aisah dan Dayang-dayang Tanya.

35. SULTAN MUHAMMAD FUAD ABDULLA KIRAM I (Sultan Sulu hari ini?)

  • Juga adalah Keluarga Kiram, lahir pada 24 Oktober 1954.
  • Anak keempat Sultan Esmail Kiram I melalui isteri Pangyan Haji Nanang Abdullah Kiram.
  • Adik kepada Sultan Mahakuttah A.Kiram.
  • Anak-anak: Putera Ezzarhaddon A. Kiram, Putera Al-Mezzheer A. Kiram, Fuad A. Kiram, Putera Mohammad Ismail A. Kiram, Puteri Leila Mae Kiram, Puteri Maryam Jaya Kiram
    Kononnya ditabal menjadi Sultan pada 3 Jun 2006 oleh Datu Diraja dan Datu-datu serta Syarif-syarif di Sulu dan Sabah.
  • Beliau mendakwa turut disokong oleh MNLF Filipina sebagai Sultan Sulu dan Sabah.
  • Malangnya pusat pentadbiran beliau ialah di Tawi-tawi (Sepatutnya di Sulu), yang ada di Sulu cuma pejabat "Rumah Bicaranya".
  • Sila lihat laman rasmi Sultan Muhammad Fuad Kiram di http://www.royalsulu.com/.

*Perhatian: Sila perhatikan pada fasa 5 (Era Kesultanan Tanpa Kedaulatan Bermula) kerana terdapat kemusykilan yang boleh diperbahaskan secara lanjut.
________________________________________________________________________

Komen & Kritik :
Inilah senarai Sultan-sultan Sulu sehingga hari ini. Selepas Sultan Jamalul Kiram-II yang mangkat pada 1936 yang sememangnya tercatat dalam sejarah sebagai "tiada zuriat" tiba-tiba muncul Julaspi Kiram sebagai waris penyambung Sultan Jamalul Kiram-II karana Julaspi mendakwa adalah anak sultan terakhir. Tidak lama kemudian anak Julaspi Kiram iaitu Rodinood kiram pula tiba-tiba muncul dengan menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu di Manila. Walaubagaimana pun setelah diteliti oleh para datu yang mahir dengan sejarah dan Salsilah Sulu, didapati Julaspi Kiram ayah kepada Roodinood Kiram itu sebenarnya adalah anak angkat Sultan Jamalul Kiram II. Didapati juga segala sultan-sultan yang muncul selepas Sultan yang ke-32 iaitu Sultan Jamalul Kiram-II tidak layak lagi menjadi atau mengangkat diri mereka sebagai Sultan Sulu. Kerana Keluarga Kiram telah pun kehilangan hak sejak awal-awal lagi dengan melanggar protokol Diraja Sulu (Tartib Diraja Sulu) iaitu penggiliran takhta antara "Keris dan Tombak" seperti yang tertera dalam bendera Sulu yang memang wujud sejak kurun ke-17 itu.


Walaupun mereka masih diberi peluang oleh Allah s.w.t menjadi Sultan tetapi sekali lagi mereka (keluarga Kiram) melakukan kesilapan besar sebagai pemegang amanah kesultanan Sulu dengan memajakkan wilayah-wilayahnya (bukanlah miliknya secara peribadi melainkan adalah milik rakyat) tanpa mendapat persetujuan dari "Rumah Bicara" atau dari kerabat diraja Sulu yang lain. Sebenarnya kalau diimbau kembali sejarah mengapa wujud bendera kesultanan Sulu yang punya lambang Keris dan Tombak itu adalah kerana hasil pertengkaran adik beradik yang hampir berbunuhan disebabkan adik yang seorang itu tidak bersetuju dengan tindakan abangnya (Sultan) yang tunduk kepada kemahuan Spanyol. Apabila si abang (sultan) pergi juga ke Manila untuk di baptiskan di gereja untuk menganut kristian adik mengambil alih kuasa dan enggan tunduk kepada kemahuan Spanyol untuk masuk ke Sulu. Dan inilah sejarah bendera Sulu itu sebenarnya.


Kiram seolah-olah sudah terlalu lemah dan tiada upaya. Munculnya penyamar Sultan seperti Julaspi dan anaknya Roodinood Kiram itu pun tidak dapat mereka halang. Akhirnya yang menghalang ialah Filipina sendiri dengan mengurangkan seminimum mungkin kuasa-kuasa Sultan kemudiannya. Bagaimana Filipina mengiktiraf waris-waris Sultan Jamalul Kiram-II sebagai pengganti sultan sedangkan "Rumah Bicara" di Sulu sendiri enggan mengiktirafnya, disebabkan waris Sultan Sulu tersebut (yang mahu merebut takhta) majoritinya adalah wanita.[11]


Sebab itu kita melihat para keluarga Kiram yang menjadi Sultan bukan sahaja telah menjadi tentera (barua?) Amerika Syarikat yang sememangnya adalah musuh rakyatnya sendiri malah ada pula (Sultan Sulu) yang menjadi mayor dan gabenor di Sulu di bawah kerajaan Filipina yang tidak selayaknya di sandang oleh seorang Sultan Sulu yang merdeka dan ini sangat memalukan kerabat-kerabat diraja Sulu dan rakyat Sulu keseluruhannya.


Kini sejarah berulang, Pewaris Pertama Kesultanan Sulu (Kiram) buat silap lagi (lagi dan lagi) dan Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Aranan) pula datang membetulkan keadaan. Kali ini kita akan melihat Kiram kemungkinan besarnya akan kehilangan hak mereka ke atas takhta Sulu buat selama-lamanya kerana kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan tidak diperbetulkan malah salsilah nasab keturunan yang ada pada mereka sendiri penuh dengan kesilapan dari segi fakta. Tidak berusaha mengkaji dan menyelamat umat Islam Sulu. Apa yang dalam kepala mereka setelah menjadi Sultan (tidak berdaulat itu) ialah "menuntut Sabah...menuntut Sabah...menuntut Sabah" sahaja. Ke sana ke mari membawa surat tuntutan yang kononnya mahu menuntut Sabah semula sebab Sabah itu mereka (Sultan Sulu) yang punya. Walhal negara asal kesultanan Sulu sendiri masih tidak tertuntut (Sulu). Patutnya mereka berusaha mengumpul tenaga rakyat jelata bersatu mengeluarkan wilayah Sulu itu (yang punya pusat sejarah kesultanan) dari kekuasaan Filipina dengan membuat pelbagai memorendum dan sebagainya bukannya menuntut Sabah.


Apa yang mereka tahu tentang sejarah "Pajakan Sabah"? Apa yang mereka tahu tentang nilai kesejahteraan terhadap rakyat mereka yang berlindung di Sabah? Sebenarnya yang mereka tahu ialah wang ringgit yakni fulus semata tanpa mengambil berat keadaan rakyat Sulu yang miskin dan melarat itu. Akhirnya setelah dapat duit pajakan tahunan RM5000 dari kedutaan Malaysia, mereka akan terus diam seperti tunggul kayu ditengah angin ribut!! Rakyatnya di Sulu dihujani bom (oleh tentera Filipina) pun masih tidak tahu apa-apa?


Maka kami menyeru kepada kesemua kerabat Kesultanan Sulu di mana jua mereka berada (termasuk yang menggelar diri mereka Sultan Sulu) agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Martabatkan kalimah "Laa Ilaha Illallah" wa "Muhammad Rasulullah s.a.w" kembali sebagai matlamat kalian kerana nenek moyang kalian bermula dari Sultan Shariful Hashim hingga dari keturunan Syarif Ali Barakat telah berjaya mengangkat Kalimah suci itu ke pelusuk Borneo (sebab mereka ini adalah ulamak besar) dan Kepulauan Sulu hinggakan Allah swt menganugerahkan mereka kekuasaan (jadi Sultan) walhal bukanlah kehendak mereka. Apa yang berlaku hari ini sebaliknya. Kerabat diraja Sulu berebut-rebut mahu dilantik menjadi Sultan kerana tujuan kekayaan pribadi dan dunia semata (hari ini di Sulu sahaja ada lebih dari 4 orang menabal diri jadi Sultan), tidak menuntut ilmu agama sebagai perisai Ahlul Bait mereka sesungguhnya mereka lupa kepada Allah dan Rasul-Nya lantaran Allah pun membiarkan mereka. Mereka tidak mengenali Syariat Allah s.w.t lagi seperti yang di bawa oleh nenek moyang mereka Sayidina Rasulullah s.a.w sebab itu rakyat Sulu keseluruhannya pun tidak mengenali mereka lagi (para sultan Sulu hari ini).


Sesungguhnya komen dan kritik kami kepada kesultanan Sulu adalah semata-mata atas rasa kasih sayang kami kepada Ahlul-Bait Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Apakah ada lagi perkara lain yang menjadi kedukaan kami kaum Sulu selain dari ini? Apakah kami rela keluarga Rasulullah s.a.w ini di caci dan dihina hanya disebabkan dari kealpaan mereka dalam mengendali atau memegang amanah kepimpinan sehingga umat Islam di Sulu itu boleh terjerumus kedalam lembah "kekufuran"?[12] Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu anna Muhammadurrasulullah, saksikanlah kami wahai muslimin sekelian bahawa kami adalah termasuk dikalangan orang-orang Islam. Dan kami orang-orang Sulu sejak sekian lama telah membuktikan kepada dunia bahawa kami mengasihi dan membela Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w sehingga ketitisan darah kami yang terakhir. Mereka adalah wasilah kami!! Mereka adalah kekasih kami!! Mereka adalah syafa'at Rasulullah s.a.w untuk kami di akhirat kelak!! Mereka adalah pemimpin kami!! Mereka adalah Datu-Datu kami!! "Same'na wa ato'na" yang kami curahkan kepada mereka menyebabkan kami diberi kekuatan oleh Allah s.w.t mempertahankan wilayah kami selama hampir 400 tahun tanpa terkalah dan terjajah hingga hari ini!! Sesungguhnya mereka adalah perisai kaum Muslimin sehingga kiamat!!! Begitulah jeritan batin orang-orang Sulu terhadap pemimpin mereka yang mereka gelar "Salip" (Syarif iaitu Ahlul Bait) itu .


Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunan ku: yang memenuhi keperluan mereka: yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati" (Hadith riwayah Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"...Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah s.w.t tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)". (Hadith riwayat Al-Hakim dari Zaid bin Arqam r.a.)


Nota kaki:

[1] Bagi kami rujukan yang dicetak dan diterjemahkan di Malaysia seperti terjemahan buku "Muslim In The Philipines" ini ke Bahasa Melayu oleh Shamsuddin Jaapar dengan tajuk "Islam Di Filipina" yang diterbitkan oleh DBP dicetak pada 1988 adalah rujukan yang berwibawa. Bagi kami ia lebih selamat menggunakan rujukan yang diterbitkan di Malaysia lebih-lebih lagi kalau datang dari DBP sendiri terutamanya ketika menyentuh "Pajakan" Sabah yang sensitif itu.

[2] Tarsilah Brunei I & Tarsilah Brunei II yang ditulis oleh Pehin Prof. Hj Mohd Jamil Al-Sufri.

[3] Tuntutan Filipina Terhadap Sabah : Implikasi dari Segi Sejarah, Undang-Undang dan Politik - oleh Mohd Ariff Bin Dato' Hj Othman (Terbitan DBP :1988).

[4] Islam Di Filipina, Prof. Cesar Adib Majul, m.s. 84 (Terjemahan Shamsuddin Jaapar, DBP:1988).

[5] Ahlul-Bait, Hj Muzaffar, Tun Suzana, m.s. 114 (Crescent KL : 2007).

[6] Anak kepada Sultan Shariful Hashim ini telah memulakan ikatan kekeluargaan (lebih dekat di antara keluarga Ahlul Bait) dengan mengahwinkan puterinya, Puteri Laila Menchenai dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Bolkiah. Di sinilah permulaan kekeluargaan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

[7] Inilah sultan yang terakhir dari nasab lelaki Sultan Shariful Hashim (dari Sayyidina Hussein r.a.) kerana selepas ini Kesultanan Sulu telah diambil alih oleh keturunan Kesultanan Brunei (dari Sayyidina Hassan r.a.).

[8] Ruj: Mukasurat 150, Salasilah Maharaja Adinda Aranan.

[9] Prof. Cesar, Op. Cit., m.s. 487.

[10] Rujuk: http://www.royalsulu.com/

[11] "Sultan Jamal ul-Kiram II died in 1936 without a direct heir. His niece and adopted child, Princess Piandao succeeded him as Pangyan (Sultana) of Sulu. But the some members of the Ruma Bichara (the Council of Elders) did not like the idea that their Pangyan was married to a non-Tausug" - by Datu Jamal Ashley Yahya -
http://moroland.freehostia.com/

[12] Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." - (Riwayat Abu Namin daripada Anas). Para fakir miskin yang tidak redha dengan kemiskinannya (menyalahkan takdir Tuhan dan tidak berusaha) lantaran melakukan kerja-kerja mungkar seperti merompak, mencuri, menipu adalah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w itu.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh kah anda memberikan saya maklumat mengenai adik beradik sultan jamalul kiram 1 dan 2?????

saya ingin mencari keluarga daripada keturunan nenek saya iaitu dayang sari alam binti mudin anak kepada pangeran digadung kesultanan brunei yang berkahwin dengan dayang bongsu anak kepada sultan sri banun,adik beradik kepada sultan jamalul kiram.........


saya berharap pihak anda dapat memberikan maklumat....tujuan hanya untuk mengusul keturunan dan bukan nya berniat untuk menuntut apa apa yang berkaitan..

terima kasih..

Unknown berkata...

nama saya syed amran alqadri....keluarga sasasilah Kiram kesultanan sulu adalah dari kalangan ahlul bayt maka kembalilah ke jalan Allah dan amalkan ajaran sunnah ahlujamaah...Kita malaysia dan selatan pilipina dari kalangan org2 islam.....perlu di bawa muzakarah jika terdapat perbezaan.......

Unknown berkata...

Yang saya tau sultan sulu adalah 7 bersaudara maksudnya 7 adik beradik

Unknown berkata...

Yang saya tau sultan sulu adalah 7 bersaudara maksudnya 7 adik beradik

Unknown berkata...

Benarkah Sultan Johor itu adalah saudara kepada Sultan Sulu yg pertama Sultan Maulana Abubakar (Syariful Al Hashim) yg berbangsa Suluk? Sekadar ingin tahu

Unknown berkata...

KESULTANAN SULU YANG TOLEN DARI KETURUNAN SULTAN SHARIF ABU BAKAR DENGAN KESULTANAN MAGUINDANAO DARI KETURUNAN SULTAN SHARIF MUHAMMAD KEBUNGSUAN SELAIN DARI KETURUNAN TERSEBUT SULTAN TIDAK DI DINDANG (ANGKAT SENDIRI JADI SULTAN BEGITULAH PERANGAI TAUSUG (SULUK)

Unknown berkata...

Salam..saya sbg peminat sejarah kesultanan Sulu/Brunei.mahu mengetahui nama sebenar nama Sultan Jamalul Kiram II..dan apakah maksud dayang2 piandau..?? ingin tahu..ada sesiapa yg boleh bagi terangkan..

Unknown berkata...

Salam..saya sbg peminat sejarah kesultanan Sulu/Brunei.mahu mengetahui nama sebenar nama Sultan Jamalul Kiram II..dan apakah maksud dayang2 piandau..?? ingin tahu..ada sesiapa yg boleh bagi terangkan..

Unknown berkata...

Benarkah ramai orang yang dah pergi menuntut atau mengaku mereka adalah sultan yang dimaksudkan tu. Tapi semuanya gagal . Orang kata dalam istana ada paluan gong/gendang yang apabila keturunannya berbicara tentang kesultanan brunei .. gong/gendang itu berbunyi ?

Unknown berkata...

Mengarut ini semua.. Aku yang dari keturunan adam dan hawa ini pun tidak extrem.. Apa benda ni semua ini berebut harta duit punya pasal lah.. Klu amerika x kacau negara kita..x tabur duit x tabur fitnah.. Kita ummat nusantara tidak akan berpuak puak..tentunya masih bersatu hingga hari ini.. Boleh ku katakan disini.. Semua nya kerana kedudukan pangkat darjat dan wannngggg....

Unknown berkata...

semoga apa yg patut..dapat di kembalikan...

Unknown berkata...

mura2xhan in rakyat taosug masannang ha adlau nia..iban kaingatan sin dunya katan..

Unknown berkata...

sarif amri sarif ali