Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Ahad, 14 September 2008

20- MASALAH PELARIAN SULU DI SABAH


Sabah Menjadi Tumpuan Orang-orang Dari Sulu Disebabkan Kemakmurannya

BANTUAN
Walaupun bangsa Tausug dikenali sebagai ganas dan bahaya namun mereka punya sejarah pembelaan terhadap bengsa-bangsa lain yang tidak dapat dilupakan. Walaupun bangsa Tausug ini dikenal sebagai 'pakar menculik' dan 'pakar menyeludup' namun mereka masih mempertahankan maruah diri mereka di tengah-tengah letupan bom peperangan yang mereka hadapi sejak sekian lama. Sifat dan gaya hidup mereka telah berevolusi mengikut keadaan mereka yang terdesak mencari sesuap nasi.
.
Mereka tidak mengharap lagi bantuan dari sesiapa setelah mereka menadah tangan kesana-kemari kepada dunia Islam (meminta bantuan selesaikan krisis perang dan ekonomi) sehingga mereka berasakan diri mereka dianggap seperti meminta sedekah pula. Maka hidup dalam kemelaratan terpaksa diteruskan, sedangkan ulat boleh hidup dalam batu inikan pula orang-orang Sulu. Cukuplah Allah s.w.t sebagai pembantu kami, begitulah kata hati orang Sulu keseluruhannya.

Sesetengah umat Islam menyoal "Kami telah bantu anda dengan pelbagai jenis bantuan termasuk menyelesaikan peperangan dengan menganjur perdamaian. Tetapi kalian (orang Sulu) seperti tidak berminat dengan segala bantuan itu melainkan berterusan menentang kerajaan Filipina. Kamu semua sebenarnya hendak apa?". Rupanya orang-orang Sulu ini punya seribu satu jawapan terhadap persoalan di atas. kita akan tahu sendiri jawapannya sekiranya kita sendiri berada di Sulu.
.
PERDAMAIAN
Kami berpandangan bahawa perdamaian yang dianjurkan oleh pihak ketiga untuk menyelesaikan krisis di Selatan Filipina tidak akan selesai hingga kiamat sekiranya masih menggunakan format perdamian seperti yang ada sekarang. Akibatnya peperangan akan terus berlarutan. Kesempitan hidup semakin meruncing di Sulu (Selatan Filipina). Undang-undang rimba akan mengambil alih (memang pun dah berlaku sejak sekian lama) yang banyak senjata dan pengikut adalah yang paling berkuasa. Maka penduduk yang tiada apa-apa akan berhijrah selamatkan diri sekalipun menghadapi pelbagai risiko (berhijrah ke Sabah).
.
Maka, kita akan lihat semakin ramai rakyat Sulu berhijrah ke Sabah mencari sesuap nasi. Mereka bertambah ramai dari hari ke sehari. Kemasukan tidak akan dapat dikawal kerana keluasan perairan Laut Sulu yang turut dikongsi oleh pantai timur Sabah. Maka hasilnya semakin banyak terbinanya rumah-rumah setinggan di seluruh Sabah. Bertambahnya krisis kemanusiaan dikalangan penduduk setinggan dengan bertambahnya kadar buta huruf di kalangan pendatang seiring dengan bertambahnya kadar kelahiran. Penduduk tempatan semakin rimas dengan kehadiran pendatang Sulu yang begitu ramai.
.
Peluang pekerjaan bagi masyarakat tempatan Sabah akan semakin rumit kerana pendatang Sulu sanggup mengambil gaji yang rendah sekalipun dengan hanya RM 250 sebulan sesetengahnya sanggup dibayar RM 150 sebulan sebagai permulaan. Peniaga Cina di Sabah lebih berminat mengambil pekerja pendatang Sulu kerana tidak perlu membayar gaji mahal dan APF. Sebab itu jangan hairan mengapa ribuan muda-mudi tempatan Sabah hijrah ke Semenanjung dan rela pula bekerja di kilang-kilang sekurang-kurangnya mendapat gaji lebih tinggi berbanding di Sabah.
.
PELARIAN
Kerajaan Malaysia melalui Polis Diraja Malaysia (operasi bersama JPN dan Jbtn Imegresen) membuat tangkapan setiap hari di seluruh Sabah dan menghimpunkan mereka di satu tempat beberapa bulan sementara menunggu masa menghantar mereka semula "pulang" ke negara asal mereka "Filipina?". Kos kerajaan Malaysia untuk buat tangkapan sehari-hari tentunya memakan belanja yang bukan sedikit dan memberi makan minum pula ketika dalam tahanan sementara juga menelan belanja jutaan ringgit sejak puluhan tahun lamanya. Bagi pendatang Sulu, tangkapan hari-hari dan road-block (checking) oleh Polis Diraja Malaysia adalah risiko yang dimaklumi oleh pendatang Sulu ini sekiranya datang ke Sabah untuk mencari "makan". Bagi mereka apalah salahnya ditangkap sekiranya masih diberi makan juga dalam tahanan sekurang-kurangnya dapat makan 'Free'.
.
Bagi pendatang Sulu yang tahu sejarah Sabah (Kesultanan Sulu punya yang dipajak oleh syarikat British) mereka tidaklah gentar sangat walaupun sebenarnya lari lintang pukang juga sekiranya terlihat Polis membuat rondaan. Kebanyakan kes, pendatang Sulu yang ditangkap dan dihantar pulang semula ke Sulu akan kembali semula ke Sabah seminggu kemudian. Sesetengahnya dihantar hari ini, esok mukanya kelihatan lagi berjalan-jalan selamba dengan meneruskan aktiviti harian. Itulah pendatang Sulu. Ulat dalam batu pun boleh hidup inikan pula manusia cekal seperti orang Sulu itu.
.
MASALAH BESAR
Akhirnya masalah yang besar pun timbul. Pendatang yang ingin dihantar pulang ke Filipina tidak diterima oleh Kerajaan Filipina kerana sebilangan besar pendatang tersebut tiada dokumen yang menunjukkan mereka adalah rakyat Filipina. Baru-baru ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap kerajaan Filipina yang lambat memberi jawapan menerima rakyatnya yang bersedia dihantar ke Filipina itu.
.
Kerana semakin lama dalam tahanan maka semakin banyaklah kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan "menyara" pendatang Sulu yang dikurung itu. Kenapa jadi demikian? Kenapa kerajaan Filipina tidak menerima? Sebab tiada dokumen yang menunjukkan mereka Rakyat Filipina? Bagaimana pula kerajaan Filipina mahu menerima rakyat Sulu sebagai rakyatnya sedangkan:
.
Pertama: Tiada dokumen menunjukkan mereka rakyat Filipina,
.
Kedua: Sekiranya mereka memang Rakyat Sulu tentunya mereka adalah 'pengganas' (MNLF, MILF, Abu Sayyaf) yang memang sejak sekian lama memerangi kerajaan Filipina,
.
Ketiga: Rakyat Sulu memang bukan rakyat Filipina pun sebab Sulu itu bukannya hak mutlak Kerajaan Filipina melainkan hak Kesultanan Sulu yang hanya membuat perjanjian ekonomi dengan Kerajaan Filipina untuk membawa pembangunan ke Sulu. Apa yang berlaku bukan sahaja Kerajaan Filipina gagal membawa pembangunan malah berterusan membunuh ratusan malah ribuan rakyat Sulu saban tahun atas nama "Memerangi Keganasan". Kalau tidak masakan rakyat Sulu itu berbondong-bondong lari ke Sabah?.
.
Apakah kerajaan Malaysia masih tidak tahu akan masaalah ini? Sekiranya tahu tapi tidak mahu cari penyelesaian dari bawah maka dikhuatirkan masaalah ini akan menjadi semakin rumit dan kusut.
.
MASALAH YANG LEBIH BESAR
Perkara ini tidak disedari oleh Rakyat Malaysia terutamanya para ahli politik yang berkuasa menggubal undang-undang di parlimen. Iaitu undang-undang 'merotan' pendatang asing yang ditangkap tanpa dokumen (perjalanan) sah. Bilakah undang-undang ini digubal dan dijadikan sebahagian akta imegresen? Ia sebenarnya bermula di semenangjung Malaysia beberapa tahun lalu (2004) setelah berlakunya kes rusuhan pekerja Indonesia di sebuah asrama kilang di Nilai, Negeri Sembilan yang melibatkan anggota Polis kerana didapati majoriti perusuh adalah pendatang asing yang tiada dokumen perjalanan mahupun permit kerja yang sah. Perkara ini (rusuhan) menaikkan kemarahan rakyat Malaysia maka ahli politik telah menambah atau menggubal undang-undang rotan (minima 6 kali) terhadap rakyat asing yang tiada dokumen sah perjalanan.
.
Maka ia telah pun berkuatkuasa di seluruh Malaysia hari ini. Kebaikan dari undang-undang rotan ini ialah pendatang asing yang masuk tanpa dokumen perjalanan sah kiranya tertangkap akan dirotan hingga 6 kali setelah itu akan dihantar pulang ke negara asal mereka nescaya mereka tak akan datang semula tanpa pas perjalanan yang sah lagi. Itulah kebaikan besar dari hasil perlaksanaan undang-undang rotan itu.
.
Tetapi dalam konteks pendatang Sulu di Sabah pula bagaimana? Maka jawapannya ialah hukuman rotan tetap dijalankan. Hasilnya hanya beberapa tahun kerajaan Malaysia mungkin berjaya merotan ribuan pendatang Sulu yang sememangnya tiada pas perjalanan sah itu. Kami telah dihubungi oleh seorang bekas anggota MNLF (sekarang tinggal di Sabah sejak 1975) yang bekerja kontrak (Buruh binaan) menceritakan pengalaman beliau ditangkap dan dirotan disebabkan kekeliruan kad pengenalannya yang hilang yang mana beliau hanya memegang resit kehilangan kad pengenalan hilang itu sejak kira-kira 10 tahun hingga kini. Katanya dengan hanya satu pukulan rotan punggungnya berdarah dan tidak boleh duduk selama seminggu hinggakan beliau bersolat dengan keadaan meniarap dan kadang-kadang berdiri, bayangkan kalau 6 pukulan rotan?. Beliau dengan terketar-ketar (menahan marah) menceritakan perkara ini pada kami. Sebenarnya ini adalah satu berita buruk yang menambah parahkan lagi keadaan.
.
Harap kerajaan Malaysia menangani perkara ini atas dasar persaudaraan seagama dan melihat sejarah semula. Kerana perkara rotan ini bukannya penyelesai masaalah, malah menambah masaalah dengan merotan ribuan orang Sulu setiap tahun bermakna ribuan bakal 'musuh' akan terhasil?. Kerana kami percaya 5 dari 10 orang yang dirotan itu adalah biasa memegang senjata malah sebahagian besarnya adalah bekas anggota Mujahidin MNLF. Anggota MNLF lebih 80% adalah penganut Islam yang taat dan istiqamah. Dan perlu juga dimaklumkan, bukan semua anggota MNLF yang berada di Sabah itu mendapat suaka politik (IMM13).
.
Yang menambah lagi kekusutan ialah beberapa orang ahli politik dari Sabah yang masuk dalam parti politik KEADILAN (pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isterinya, Datin Wan Azizah) melancarkan satu gerakan mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan Siasatan Diraja menyiasat IC palsu termasuk IC projek yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia (Era Dr. Mahathir) kepada orang-orang Sulu di Sabah. Dalam desakan itu, ahli politik dari Sabah dan pengikutnya menyeru agar membawa Dr Mahathir ke muka pengadilan. Sekiranya beliau bersalah maka IC projek yang ada di tangan pendatang Filipina (Sulu) itu dirampas dan menghalau mereka semula ke Filipina. Kita maklum tentang hal ini (tuntutan mereka) dan kita serahkan kepada kerajaan Malaysia menanganinya. Kami menyeru kepada mana-mana pihak agar bersabar dan jangan gopoh membuat tuntutan seperti ini (mewujudkan siasatan Diraja) kerana dikhuatiri ia didalangi oleh pihak yang benci kepada Islam.
.
Kita juga maklum, pihak yang menuntut siasatan itu (kaum dan agama anutannya) telah menjadi minoriti ketika ini. Umat Islam di Sabah hari ini membentuk lebih 71% berbanding yang lain dan inilah kenyataannya. Dengan menghalau masyarakat Sulu di Sabah kembali ke Filipina (termasuk orang Islam kaum Bugis dari Sulawesi yang banyak berjasa kepada Sabah dengan bekerja di ladang-ladang kelapa sawit) maka orang Islam akan menjadi minoriti semula di Sabah. Jelasnya adalah disebabkan tujuan politik dan sentimen agama yang mewarnai tuntutan siasatan diraja itu.
.
Adalah amat menyedihkan sekiranya ada umat Islam yang terlibat menyertai tuntutan itu. Walaubagaimana pun kami berkeyakinan bahawa parti pembangkang di Malaysia seperti Parti Pas Se-Malaysia dan Parti Keadilan tidak akan terlibat malah berlepas tangan terhadap desakan itu. Kecuali mereka yang terlalu terpengaruh tentang isu "pengundi hantu".
.
PENYELESAIAN (Hantar Semula Rakyat Sulu Ke Negara Asal Mereka?)
Persoalannya sampai bila Kerajaan Malaysia terutamanya Sabah menghadapi situasi seperti ini? Apakah cukup dengan melakukan tindakan rutin menangkap dan menghantar semula rakyat Sulu kembali ke Filipina? Percayalah ia tak akan selesai malah akan bertambah rumit dan sukar. Kami telah berbincang dengan sahabat-sahabat terutamanya dari Kerabat Maharaja Adinda Aranan sendiri bagaimana menangani situasi ini. Sebabnya mungkin kerajaan Malaysia tertunggu-tunggu cadangan atau pembetulan dari mana-mana pihak untuk menyelesaikan permasalahan pendatang Sulu ini agar tidak bertambah kusut dan rumit.
.
Mengikut YM Datu Uda @ Lajamura - Aranan, perkara ini (isu pendatang Sulu) tidak akan berlaku seperti hari ini sekiranya beberapa perkara diperbetulkan lebih awal. Walhal penyelesaiannya dapat dipermudahkan sekiranya kita menuruti kaedah penyelesaian ini secara hati terbuka dan atas dasar iman dan Islam itu sendiri. Maka kami menyimpulkan pandangan YM Datu Uda ini sebagai renungan kita bersama dalam masa yang sama kami berharap semoga pandangan beliau (YM Datu Uda) mendapat perhatian kerajaan Malaysia, insyaAllah.

4 ulasan:

J.C berkata...

sampai bilakah nasib masyarakat sulu tidak terbela...?sepatutnya kerajaan sabah memberi peluang kepada masyarakat sulu yang sudah lebih 20 tahun di sabah untuk menjadi penduduk tetap sabah...ego kah mereka????

MORCK berkata...

Sabah adalah Malaysia, tak perlu kita nak cerita tuntutan Sultan Sulu terhadap Sabah,rakyat Sabah sendiri tidak akan ingin untuk berada dibawah kesultanan sulu,itu semua mimpi bukan siang hari tetapi mimpi yang dibuat sendiri,kenapa perlu malaysia memikir untuk menyelesaikan hal sulu, orang sulu sendiri perlu ingat, ini bukan zaman raja sulu, sabah telah berada dimalaysia, dan ini tidak mungkin ditukar hak milik lagi, bangsa sulu yang duduk disulu, duduk saja diam2 disana,kalau saya, saya tidak akan rotan, ditembak terus sahaja pendatang yang datang ke sabah, sebab mereka ini merosakkan sabah. jangan disebabkan keturunan, saudara seagama malaysia berlembut dengan pendatang sulu ini, sudahlah kena bagi makan nak lebih lagi, tengok dilabuan siap diberi rumah lagi, orang sulu tidak tahu berterima kasih, no wonder they call PIRATE, pirate harus ditembak, sekarang nak tuntut semua keturunan sulu diminta tidak dihantar pulang ke sulu, bodoh sangatlah kerajaan malaysia untuk medengar cakap askar sultan sulu ini, sudahlah pandai2 pula menaiki lahad datu dengan senjata, kami rakyat sabah sudah bosan, menyampah, benci, meluat dengan bangsa sulu, tolonglah balik ke kampung halaman anda semua, minta kerajaan tembak sahaja mana2 pendatang sulu yang datang kesabah, nak cerita sejarah? dipersilakan, kenapa kaum aztec tidak meminta mexico kembali?red indian di america tidak menuntut america? orang asli australia menuntut australia, ini zaman millenium,siapa berkuasa dia yang empunya,janganlah keturunan sulu nak perasan tuntut sabah. sebangsa, seagama konon.

Mahatin Salikat berkata...

admin juga salah seorang pemutarbelit sejarah, kalau kau truly malaysia, kau tidak akan bermati-matian membela keturunan penggganas tu......go back to Sulu la asree

1986azlan berkata...

islam menghalang umatnya bersifat nationalisme tapi menggalakan perpaduan x kira bangsa & negara. tpi sbhagian besar pmimpin islam mgutamakan negaranya lbh dari agamanya. hmpir stiap kali mreka brucap, ia brsifat nationalisme. sbb itu la byak ngara islam hncur sbb mreka x brsatu. mereka tahu agama mreka tpi x mdalami & x mgikut sunnah nabi. jgn kn ngara arab, malaysia sndri akan hncur krana "umat islam" di ngara ni myangka ianya aman belaka, pdahal itu semua khayalan blaka. umat islam mesti brsatu xkira la apa bangsa mereka krana Allah SWT hanya merahmati mreka yg 'beriman' (solat saja xckup kalo sifat2 yg lain x mgikut apa yg islam wajibkan) \
\
mudah mudahan Allah SWT mbuka mata hati kita sumua.}