Pengenalan Tentang Istilah
SEBELUM kita membicarakan tentang kaum Tausug, perlulah difahami terlebih dahulu beberapa perkara tentang sejarah awal atau kewujudan bangsa yang di gelar Moro dari Sulu ini. Sebagai pendahuluan, dalam bab di bahagian penjelasan istilah ini kami akan menjelaskan beberapa kekeliruan terhadap penggunaan istilah Sulu, Orang Sulu, Orang Suluk dan Tausug serta pemahaman tentang istilah Bangsa Moro itu sendiri.

.
Ini penting supaya kita dapat meletakkan istilah tersebut pada tempatnya seterusnya memudahkan pembaca memahami isi kandungan buku ini dari bab ke bab. Berikut dijelaskan secara ringkas tentang makna atau maksud perkataan-perkataan yang menjadi kekeliruan itu.

Sulu
Sulu bermaksud Negara Sulu atau Kerajaan Sulu (Empayar Kesultanan) atau Kepulauan Sulu. Maka dijelaskan, dalam Kepulauan Sulu itu terdapat 5 pulau yang utama di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu iaitu Pulau Sulu @ Sug (Jolo), Tawi-tawi, Basilan (termasuk Zamboanga), Palawan dan akhir sekali Borneo Utara atau Sabah (sebelum menyertai Persekutuan Malaysia). Kalau kita susun mengikut susunan ialah:
1.Pulau Sulu @ Sug (Jolo)
2.Tawi-tawi
3.Basilan (termasuk Bandar Zamboanga di Mindanao)
4.Palawan
5.Borneo Utara (Sabah)

Kita sekarang hanya mengenal Sulu itu hanya dari nombor 1 sehingga 4 sahaja kerana kita tidak memasukkan Borneo Utara (Sabah) sebagai salah satu dari wilayah Sulu sebabnya ia berada dalam pentad-biran Malaysia yang merdeka. Walau bagaimanapun sebahagian kecil dari Borneo Utara yang asal itu sebenarnya telah dimasukkan kedalam wilayah Kalimantan Indonesia, inilah yang kita maklumi pada hari ini.

Orang Sulu
Orang Sulu bermaksud masyarakat yang pelbagai etnik (kepercayaan, bahasa dan budaya) yang tinggal di Kepulauan Sulu (tidak termasuk Mindanao) iaitu etnik:

1. Tausug (Suluk)
2. Bajao (Bajau, Badjao, Badjaw, Samal, Sama)
3. Yakan
4. Kagayan
5. Iranun (Ilanun)
6. Kalibugan (Subanun, Suba'anun)

Sekiranya kita memasukkan kaum-kaum di Borneo Utara (Sabah) maka tentu etniknya akan bertambah walaupun terdapat kaum Iranun di Sabah tapi asal mereka memang dari kepulauan Sulu juga demikian kaum Bajao adalah sama dari Kepulauan Sulu. Seperti yang tersenarai di atas maka jelaslah bahawa Orang Sulu itu bermaksud kesemua masyarakat yang pelbagai etnik yang menduduki Kepulauan Sulu sama ada ia beragama Islam atau tidak.

Suluk
Dalam konteks istilah, Suluk atau Orang Suluk adalah merujuk kepada kaum Tausug, iaitu kaum dominan di Sulu. Orang Tausug juga digelar orang Suluk oleh masyarakat Melayu Brunei atau Borneo dan Sulawesi disebabkan kesukaran mereka menyebut "Tausug".

Dari segi bahasa, Suluk berasal dari istilah Tasawwuf [1] dan lafaznya adalah Bahasa Arab. Maka Suluk membawa maksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah s.w.t sebanyak-banyaknya)[2] di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya 'Salik' iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t mengikut kaedah tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah s.w.t sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Tausug
Tausug adalah perkataan asal dari perkataan Suluk atau Orang Suluk. Orang-orang Melayu Brunei, Sabah, Kalimantan atau Sulawesi memanggil Orang Tausug sebagai Orang Suluk. Tausug adalah kaum majoriti di Kepulauan Sulu dan punya sejarah kesultanan yang panjang sejak bermula kedatangan Islam ke Sulu pada tahun 1456 M lagi. Bangsa ini telah menjadi gemilang dan terbilang setelah mereka kesemuanya menganut Islam. Cara hidup mereka berubah setelah itu dan di sinilah bermula kemunculan Kesultanan Tausug atau Sulu (dari Ahlul-Bait) serta terbinanya satu Empayar Kesultanan Sulu yang terkenal di Alam Melayu.
.
Borneo Utara (Sabah) adalah antara wilayah Sultan Sulu ketika dulu sebelum dipajakkan kepada Syarikat British. Sabah di hadiahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu setelah Sultan Sulu berjaya membantu Sultan Brunei menamatkan perang saudara 10 tahun. Sejak itu bermulalah penguasaan orang Tausug terhadap Borneo Utara atau Sabah. Kini orang-orang Tausug telah menjadi pelarian dan berserakan di mana-mana terutamanya di Malaysia kerana ada yang tidak kena dengan negara asal mereka (Sulu) hingga kini. Ini kerana mereka terlibat dengan peperangan yang panjang sejak penjajahan Spanyol lagi hingga kini.

Bangsa Moro
Terdiri dari dua perkataan Bangsa dan Moro. 'Bangsa' adalah dari Bahasa Melayu bermaksud ras, etnik, jenis, atau keturunan atau kaum[3] dan Moro pula membawa maksud kesemua kaum-kaum atau etnik yang beragama Islam di Filipina yang menentang penjajahan. Dalam konteks seperti yang orang-orang Sulu dan Mindanao fahami, Bangsa Moro membawa maksud kesatuan semua etnik yang menganut Islam sama ada etnik dari Sulu atau dari Mindanao untuk mewujudkan satu negara yang dinamakan 'Moroland'[4] ataupun tanah atau wilayah Moro. Moroland hanya Sulu dan Mindanao sahaja tidak termasuk Luzon yang terdapat Bandar Manila[5] di sana. Kerana wilayah Luzon itu adalah kepunyaan kerajaan Filipina yang dapat dimerdekakan oleh Aguinaldo[6] dari Amerika Syarikat.

Moro berasal dari perkataan Moor yang dinisbahkan kepada orang Islam Iberia atau Mauretania (Orang Arab Islam Spanyol) yang dianggap ganas oleh orang Eropah ke-rana terlalu kuat penentangannya terhadap serangan tentera Eropah. Ketika Spanyol menjajah Filipina didapati ada pula kaum yang menentang mereka malah lebih ganas dari orang Moor di Spanyol itu. Maka mereka menggelar Moor juga pada orang Islam Filipina dan disebut dengan lidah Spanyol sebagai Moro hinggalah ke hari ini.

Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Islam Di Filipina menjelaskan tentang istilah Moro :
"Legazpi[7] memanggil mereka Moro, nama yang dikekalkan mereka hingga ke hari ini, tanpa mengira yang mereka itu tidak mempunyai persamaan dengan Orang Mauretania, membuktikan sebuah masyarakat agama yang dikongsi bersama Arab Spanyol"[8]

"Istilah Moro pada mulanya berasal dari Mauri purba atau Mauretania. Sungguhpun istilah ini lebih tepat ditujukan kepada orang Berber (Barbar) di Afrika Utara dan mereka yang datang ke Spanyol, namun istilah ini adakalanya sesuai digunakan untuk merujuk penakluk-penakluk Islam yang menakluki Spanyol, dan yang demikian istilah ini adakalanya merujuk kepada orang Arab juga. Bagi setengah-setengah orang Spanyol, disebabkan oleh kekurangan istilah yang lebih tepat untuk merujuk kepada mana-mana orang Islam, maka mereka menggunaka istilah secara longgar"[9]

Walau bagaimanapun secara umumnya para penjajah menggelar 'Moro' kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ketika zaman penjajahan dahulu asal sahaja mereka menyebut tentang orang Islam sama ada dalam tulisan atau percakapan, mereka akan memanggil 'Moor' atau sesetengahnya memanggil 'Mohammedan'. Tetapi orang Islam di Filipina (terutamanya di Selatan) masih di panggil Moro hingga ke hari ini adalah disebabkan peperangan yang panjang yang ditimpakan ke atas mereka. Dunia dari dahulu hingga kini senantiasa mendengar khabar berita peperangan orang-orang Islam di Selatan Filipina itu tentunya mengaitkan sejarahnya dengan Spanyol kerana Spanyollah yang mempopularkan istilah "Moro" terhadap orang Islam Filipina.

Sebab itu kalau kita menyebut orang 'Moro Sulu' maka bermaksud orang-orang Islam di Sulu sahaja, kalau kita menyebut orang 'Moro Mindanao' bermaksud orang-orang Islam Mindanao sahaja. Bila disebut 'Bangsa Moro' maka bermaksud orang-orang Islam di kedua-dua wilayah iaitu Sulu dan Mindanao yang dikenali sebagai 'Moroland'. Tetapi sekiranya disebut 'Moro' sahaja maka bermaksud kesemua orang-orang Islam di Filipina termasuk utara iaitu di Cebu, Luzon, Manila dan sebagainya. Ramai yang keliru dengan pengistilahan Moro ini tetapi sekiranya kita melihat kronologi sejarah orang-orang Islam di Filipina yang digelar Moro itu maka kita akan melihat secara jelas perbezaan-perbezaan antara istilah-istilah Moro itu dan penggunaannya. Kebiasaan kita hari ini hanya menyebut Moro itu dengan maksud secara umum, itu tidaklah lari dari makna asalnya sekurang-kurangnya masyarakat dunia telah pun mengetahui bahawa orang Moro itu adalah orang Islam yang tempatnya berada di Filipina tetapi untuk lebih faham, mengetahui perbezaan-perbezaan dan penggunaan istilah Moro itu adalah lebih baik dan sememangnya perlu terutama bagi para pengkaji-pengkaji orang-orang Moro.
Nota kaki:
[1] Tasawwuf merupakan suatu ilmu yang menitikberatkan perbincangan tentang penyakit hati dan mengubatinya untuk sampai kepada kedudukan yang sempurna. Ini termasuk di dalam makna firman Allah s.w.t di dalam surah al-Syams ayat 9 "Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang dapat membersihkan dirinya". (Kewajipan Bertasawwuf - Karangan Al-Hafiz As-Syarif Abdullah bin Muhammad Al-Ghumari) terjemahan Syeikh Muhd. Fuad Kamaluddin Al-Maliki, ms 45 (Abnak:2003).

[2] Surah Al-Ahzaab ayat 41, "Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah), ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya".
.
[3] Kamus Dewan (Edisi Keempat), m.s. 122-123. (Maksud atau makna yang lebih tepat dan terperinci)

[5] Nama asalnya adalah Amanillah (Mendapat keamanan Allah) ketika Raja Sulaiman memerintah sekitar tahun 1500-an. Raja Sulaimanlah serta angkatan tenteranya yang terakhir mempertahankan kerajaan Islam di Manila hingga beliau terkorban sebagai syuhada.
.
.
[6] Emelio Aguinaldo (1869 -1964), pejuang kemerdekaan Filipina berketurunan Cina-Tagalog, sila lihat http://www.answers.com/topic/emilio-aguinaldo.
.
.
[7] Miguel Lopez De Legazpi seorang Gabenor Diraja Spanyol telah sampai ke Pulau Cebu pada 1565 dari New Spain (Maxico). Rujuk www.britannica.com/ebi/article-9047633
.
.
[8] Islam Di Filipina, Prof. Cesar Adib Majul, m.s. 112. (Terjemahan Shamsuddin Jaapar, DBP:1988).
.
.
[9] Ibid, m.s. 114.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan