Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Selasa, 24 Mac 2009

Perjalanan Menuju Jolo, Sulu




Catatan Perjalanan bermula Khamis, 12hb Mac 2009:

  • Dari Kuala Lumpur Terminal LCCT jam 7:15 am langsung terbang ke Sandakan, Sabah. Sampai jam 10:15 am di Lapangan Terbang Sandakan.
  • Sampai di Sandakan disambut oleh Ustaz Hatta langsung ke Batu 8 bertemu dengan Bro "Mohd Syahrizan" salah seorang bloger yang menyokong blog Tausug. Saya dan beliau baru pertama kali jumpa.
  • Jam 2 pm menuju ke Bandar Ramai-Ramai menempah tiket kapal laut 13hb ke Zamboanga, Sulu (Filipina Selatan).
  • Menuju ke Kg Bahagia (berhampiran Kg Gas, Sandakan) bertemu Bro Yaz dan sahabat-sahabat Tausug di sana sambil buat perbincangan tentang masa depan Bangsa Tausug. Kehadiran dalam 15 orang. Bro Yaz adalah sahabat karib saya semenjak 1984 ketika Kg Bahagia siap dibina oleh Amnesty (UNHCR) ketika itu. Hari ini Bro Yaz adalah seorang penggerak seni kebudayaan dan salah seorang bloger Tausug yang progresif.
  • Waktu malam tiba, saya ditemani ayah saya bermalam di rumah Imam Yasin (Adik kepada ayah).
  • Esok paginya 13hb, menuju ke Balai Polis Sandakan bertemu Insp. Endrew untuk dapatkan barang adik saya yang tertangkap sebelum ini (adik disabitkan kesalahan memalsukan dokumen, penjara 2 thn). 
  • Jam 3 pm menuju ke Pelabuhan Sandakan menaiki kapal laut ke Zamboanga.
  • Dalam perjalanan berkenalan dengan seorang rakyat Britain bernama Mr. Neil Liddle (seorang bloger, neilsrtw.blogspot.com) yang kebetulan satu kabin dengannya dalam kapal.
  • Mr Neil adalah seorang berfahaman Athies, banyak bertanya soalan tentang bangsa Tausug, saya menjawapnya sambil menunjukkan buku Tausug & the Sulu Sultanate kepadanya. Kami bercerita sepanjang perjalanan mengenai pelbagai isu termasuk isu kejatuhan ekonomi global. Beliau bangga dengan bangsa Tausug, bangsa yang masih meneruskan "pendirian nenek moyang" yang masih wujud hingga hari ini.
  • Saya ajak beliau ke Jolo, tetapi beliau enggan dengan mengatakan Jolo adalah wilayah yang paling tidak selamat buat dirinya.

Menemuramah bekas banduan seramai hampir 100 orang yang di halau ke Zamboanga dari Sandakan:

  • Dalam kapal di bahagian penumpang umum kelihatan ramai berkerumun sedang mengagihkan surat, saya mendekati mereka dan mendapati mereka adalah kaum Tausug, Bajau dan Iyakan yang ditangkap oleh Polis Malaysia, mereka telah dibebaskan dengan menghalau mereka ke Zamboanga. 
  • Saya bertanya samada ada dikalangan mereka ada yang dirotan oleh pihak keselamatan Malaysia. Beberapa orang tampil sambil mengaku mereka di rotan kerana tidak punya pass perjalanan sah sebab itu ditangkap dan dirotan. Ada yang dikenakan satu rotan dan ada yang tiga kali rotan. Menurut mereka, satu pukulan rotan sahaja menyebabkan punggung berdarah berminggu-minggu bagaimana kalau 3 pukulan rotan?
  • Mereka menyatakan bukan semuanya yang dirotan, cuma beberapa orang itu pun dipilih hanya dikalangan lelaki. Wanita dan kanak-kanak pula tidak dirotan kerana tidak termasuk dalam peraturan wajib rotan.
  • Saya ambil gambar dan ambil nama mereka yang kena rotan sebagai bukti. Mr. Neil yang baru menjadi sahabat saya dalam kapal menyuruh saya melaporkannya ke Amnesty International. Beliau sedih, bagaimana Malaysia yang mengaku beragama Islam memperlakukan saudara mereka yang seagama seperti Tausug, Bajau dan Iyakan seperti ini. Tiada perikemanusiaan katanya, beliau sendiri pernah ditangkap di Israel ketika dulu kerana bekerja tanpa permit dan passport tamat tempoh pun tidak pernah dirotan oleh pihak keselamatan Israel.
  • Nampaknya menurut beliau Israel jauh lebih baik dari Malaysia dalam hal menangani kemasukan pendatang tanpa izin seperti ini. Salah seorang dari awak-awak kapal menyampuk, bahawa Malaysia juga yang mengajar USA bagaimana ISA diguna kepada pengganas. Maka USA telah membina penjara Guantanamo di Cuba untuk menyeksa dan mengurung Muslimin yang dituduh pengganas berdasarkan tunjuk ajar pihak keselamatan Malaysia. Tentang hal ini saya tiada komen, kerana saya tidak tahu kesahihannya.
  • Saya bertanya kepada mereka yang dirotan samada mereka akan kembali semula ke Sandakan, mereka dengan serentak mengatakan "mereka akan kembali". Salah seorang dari mereka mengatakan, beliau dari Miri Sarawak berbangsa Iyakan, beliau akan kembali kesana kerana anak isterinya tertinggal disana ketika beliau ditangkap polis Malaysia.



Sampai di Zamboanga pada 14hb, jam 3:40 pm:

  • Kapal sampai ke Pelabuhan Zamboanga, kelihatan bot-bot dan perahu-perahu Bajau Laut menyerbu sambil menjerit-jerit meminta sesuatu (wang atau makanan).
  • Saya terkejut dan tergamam kerana tidak pernah menyaksikan suasana seperti ini. Perahu-perahu Bajau Laut semakin banyak berkerumun di sisi kapal, dari atas kelihatan mereka seperti semut-semut mengerumuni segumpal gula. Beberapa penumpang kapal yang sedang berbaris untuk pemeriksaan Pasport melemparkan syiling Peso ke arah mereka. 
  • Saya menukar Peso 100 kepada syiling lalu melemparkannya kepada perahu-perahu Bajau Laut. Syiling hanya habis saya lemparkan ke arah perahu yang ada anak kecil yang sedang menangis dan orang tua yang tidak berdaya. Syiling habis saya lemparkan sebotol minuman perisa Apel kepada wanita yang punya anak kecil sedang menangis. 
  • Kesimpulannya bangsa Sulu perlu anjakan paradigma, ternyata Filipina tidak mampu membantu menaiktarafkan hidup kaum Sulu keseluruhannya.
  • Ini juga membuktikan bahawa bukan sahaja Kaum Bajau Laut yang sukar hidupnya lantaran meminta-minta menjadi budaya hidup mereka malah kaum lain juga seperti Tausug dan Iyakan turut mengalami perkara yang sama.
  • Saya bertanya kepada salah seorang penumpang kapal yang sedang berbaris kalau ada kaum Tausug yang menjadi peminta-minta seperti ini, beliau tersengih dengan mangatakan bahawa, Tausug tidak mungkin jadi peminta-minta malah sanggup membunuh untuk mendapatkan sesuatu (untuk dimakan kiranya terdesak). Menurutnya lagi, Tausug sanggup dirotan atau ditangkap demi mendapatkan sesuap nasi di Malaysia (Sabah) dari pada meminta sedekah.
  • Adalah menyedihkan keadaan bangsa Sulu keseluruhannya, ditambah dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin teruk ketika ini sudah tentu kes-kes jenayah akan meningkat.
Bersambung.......

Tiada ulasan: