Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Jumaat, 27 Mac 2009

Kekeliruan Malaysia Terhadap Surat Kelahiran UTC


Sultans aplenty: Dr Hiew showing the birth certificate issued by the Sultanate of Sulu to The Philippines, Saturday.

Dalam laporan The Star Online satu tajuk berita yang menggemparkan baru-baru ini telah dibongkar oleh Dr Hiew. Malah perihal surat kelahiran Sulu ini turut dibawa ke Parlimen.

Tajuk besar The Star Online ialah: So, who’s the real sultan? Untuk membaca laporan lanjut sila ke http://thestar.com.my/

Dengan terbongkarnya berita surat kelahiran UTC di Parlimen maka timbullah tanda tanya. Siapa yang punya? Sultan Sulu yang mana satu? Sultan Sulu masih wujud? Bermacam-macam lagi pertanyaan serta tanggapan tetapi sehingga artikel ini ditulis Ahli Parlimen Malaysia masih tidak mendapat jawapannya.

Sebenarnya tanpa disedari surat kelahiran tersebut telah menjadi satu kegemparan samada dari segi perundangan mahu pun dari segi hubungan antara Filipina dan Malaysia. Kerana menurut sebahagian rakyat Malaysia Sultan Sulu dan rakyatnya adalah warga Filipina. Tanggapan seperti ini turut dipersetujui oleh hampir kesemua PTI Sulu di Sabah kerena bukan sahaja mereka menerima panggilan "Orang Pilipin" terhadap diri mereka malah mereka sendiri menyebut "Kami Orang Pilipin" adalah kerana kejahilan mereka sendiri. Maka tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia termasuk Sabahan bertanggapan bahawa Sultan Sulu dan rakyatnya adalah warga Filipina.

Filipina dan Malaysia tidak menyedari bahawa di Sulu telah ada satu gerakan pembaharuan Tausug yang bermula pada tahun 2006. Satu gerakan teratur dan bijak atas nama UTC dan Sultanate of Sulu. Satu gerakan keamanan diketuai oleh seorang Datu Aranan (bukan Kiram) buta huruf yang tidak pandai membaca dan menulis. Tetapi berjaya menghimpun puluhan ribu penyokong yang setia rela berkorban harta dan nyawa atas nama perjuangan Tausug dan Kesultanan Sulu. 

Beliau datang seorang diri ke Jolo dari Lahad Datu dengan hanya membawa bendera merah (tertera atasnya lima bintang, keris dan tombak) lalu memacaknya di Jolo sambil berseru:

"Wahai Tausug! Kamu sememangnya merdeka. Inilah bendera nenek moyang kalian yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah di atasnya!! Keluar dari Filipino dan keluarlah dari panggilan Moro, insyaAllah kalian merdeka!!"

kemudian Tausug Jolo berdiri "Tuan memang benar dan jujur sekali pun buta huruf! Kami redha dengan tuan sebagai pemimpin kami. Maka kami akan dengar dan kami patuh!"

Tindakan pertama Datu Aranan yang buta huruf ini ialah mendaftarkan pengikutnya dengan Surat Kelahiran sebagai tanda yang mereka bukan rakyat Filipina. Semuanya menurut dan hingga hari ini kumpulan mereka dinamakan United Tausug Citezens (UTC) yang berpusat di Jolo, Sulu.



Virus UTC menular sehingga ke Bongao Tawi-Tawi. Kemudian menular ke Basilan hingga ke Palawan. Dan sekarang menular pula hingga ke Sabah. UTC tidak dapat dihalang kerana mereka bergerak atas nama keamanan dan perpaduan bangsa, negara dan agama. Mereka membuka keahlian kepada siapa sahaja. Sehingga keturunan cina dari Manila dan Zamboanga pun turut mendaftar jadi Warga Tausug UTC. Maka jangan hairan kaum cina dari Singapura datang berbondong-bondong jadi Warga Tausug UTC adalah kerana kejatuhan ekonomi global hari ini tak lama lagi akan menghancurkan Singapura.

Dalam kekalutan mencari siapa yang punya surat kelahiran dan dari mana datangnya itu, muncullah Sultan-sultan boneka dari keluarga Kiram mengaku bahawa itu adalah mereka yang punya. Tanpa segan silu mereka mengaku bahawa UTC adalah rakyat mereka walhal selama ini mereka ditabal jadi Sultan pun di Manila, Tawi-Tawi dan Zamboanga, bukannya di Jolo, Sulu sebagai pusat pertabalan Sultan yang sah. Hari ini Sultan Sulu yang diangkat oleh UTC telah pun ditabal. Walau pun pada awalnya Datu Aranan ini tidak mahu ditabal jadi Sultan tetapi atas desakan UTC beliau pun menyusun Rumah Bicharanya diikuti oleh para ahli kabinetnya maka tertaballah Sultan yang benar dengan gelarannya Sultan Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan.

Lepas ini Dr Hiew dan ahli Parlimen Malaysia tidak akan tercari-cari lagi siapa yang keluarkan Surat Kelahiran tersebut.

Asree: Semua ahli keluarga sudah mendaftar jadi ahli UTC.


6 ulasan:

Ahmad Azam berkata...

Ulasan Buku Tausug & Kesultanan Sulu

1.Saya ucapkan setinggi tahniah atas penulisan buku ini. Bagi saya yang telah mengikuti perjuangan Bangsa Moro sejak tahun 70an lagi, setelah membacanya, kefahaman saya mengenai perjuangan suci Bangsa Moro semakin jelas. Fakta-fakta yang dikemukakan begitu meyakinkan. Kekeliruan mengenai siapa Sultan yang sah dan layak untuk menuntut kedaulatan Kesultanan Sulu juga terhurai dengan kajian yang susah untuk dipertikaikan.

2.Penerangan mengenai asal usul Bangsa Tausug sebagai bangsa majoriti di Kepulauan Sulu banyak membantu kefahaman mengenai pelbagai bangsa yang menghuni Kepulauan ini yang dinamakan Bangsa Moro oleh Penjajah Sepanyol.

3.Apa yang menarik dari buku ini ialah penulisan sejarah yang agak lengkap bagi sesiapa yang ingin mengkaji dan memahami perjuangan Bangsa Moro yang dikatakan sebagai perjuangan yang terpanjang dan yang paling berdarah umat Islam didalam sejarah penentangan Penjajah Barat.

4.Saya rasa buku ini harus menjadi bacaan wajib bagi sesiapa juga yang terlibat didalam sebarang usaha damai di Selatan Filipina. Kegagalan untuk memahami sejarah ini sebagaimana yang tercatit didalam buku ini, adalah suatu kesilapan besar, kerana nantinya penyelesaian tidak akan tercapai kerana kegagalan memahami sejarah dari perspektif pejuang.

5. Tahniah sekali lagi kepada Asreemoro kerana inisiatif yang membuka mata ini. Semoga ALlah ta'ala jua akan membalas segala usaha dan perjuangan saudara dalam mengangkat martabat Kesultanan Sulu.

Ikhlas,

Ahmad Azam Abdul Rahman
Pengerusi,
Future Global Network Foundation
Kuala Lumpur

7 April 2009

mazri berkata...

samua keluarga dah daftar jadi UTC??????so tunggu apa lagi...balik la ke sana...wat pa jadi pengkhianat pada negara yang bagi sesuap nasi dan taraf warganegara pada kau....oh ya...penceritaan kau ni macam dongeng je...atau kau masuk bakul angkat sendiri...

Gerd berkata...

Asree Moro, seorang tausug yang memegang mykad malaysia yang hidup di zaman lampau. kau dah boleh buang dah mykad kau tu. balik la jolo phillipine

Mahatin Salikat berkata...

Buku Tausug dan Sejarah kesultanan sulu tidak lebih dari sebuah hikayat yang setaraf dengan hilayat Merong maha wangsa versi moden yang penuh dengan cerita fantasi penulisnya kerana didorong oleh ketaksuban bangsa yang melampau...
Alahai...siapalah yang sanggup nak jadi warga tausug yang tak bernegara itu.......tidak masuk akal langsung........ Bangsanya pula tidak.....lah kenal apakah itu tamadun.....semenjak dari dahulu sampai sekarang tidak ada sebarang pekerjaan asyik melanun, smugle dadah, merompak, menculik, menceroboh negara orang dll yg sewaktu dgnnya....
Terus terang, saya agak sentimen dgn bangsa yang memang saya tahu latar belakang sejarahnya apa lgi setelah insiden di Lahad datu.......

Unknown berkata...

Memang rumit konflik di Sulu, semoga para pihak yang bertikai dapat berunding memecahkan masalah bersama, komentar balik dong di blog saya www.goocap.com

Unknown berkata...

samua keluarga dah daftar jadi UTC??????so
tunggu apa lagi...balik la ke sana...wat pa jadi
pengkhianat pada negara yang bagi sesuap nasi
dan taraf warganegara pada kau....oh
ya...penceritaan kau ni macam dongeng je...atau
kau masuk bakul angkat sendiri...

*yang kau mau peduli kenapa juga? biarla dia mau buat apa dia suka. bukan dia kacau kau pun~ bukan semua KDM suka dgn org melayu(org jau) sdh la datang² sini menembirang ! sumandak sabah pun mau disapu tu duit sabah yg patut untuk warga sabah pigi mana semua? habis dii~ sudah tambirang bekurang ajar lagi.. pelajar² melayu pun apa kurangnya? diberi keutamaan daripada warga asal sabah beii.. sepa baa yg nda marah? sudah sabah tolong membentuk melayan dulu inda pandai berterima kasih lagi :(( biarla ketulahan dimakan janji sendiri, susah² mmg kali kamu (orang melayu) lupa.. tapi kami warga sabah inda akan lupa tentang perjanjian 20pekara salah satunya kamu melayu nda buli kacau duit penghasilan kami(sabah) sekarang yayasan sabah tu jadi office sdh pulak !! adidiii :((