Tidak lama dulu seorang sahabat saya di Zamboanga menghantar email mengatakan pada saya Presiden Filipina itu telah mengaku berbangsa Tausug dalam satu majlis. Ketika itu saya tergelak dan menyatakan kepadanya semenjak akhir-akhir ini setelah siapnya buku "Tausug dan Kesultanan Sulu" terlalu ramai yang telah mengaku "Kami adalah Tausug".
Maka adalah tidak menghairankan kiranya Arroyo juga mengaku begitu. Walaupun ianya benar berbangsa Tausug apalah salahnya. Tausug bukannya ada apa-apa pun di Filipina. Malah Tausug juga tiada apa-apa di Sabah atau pun di Indonesia. Mereka hanyalah orang biasa, hanya sanya menjadi sedikit berharga ketika orang luar memanggil mereka dengan panggilan "Bangsa Moro" yakni bangsa Pejuang.
Menurut Saudara Julani Hadjail yang baru sahaja menyerahkan kepada saya satu salsilah ganjil (salsilah kesultanan Brunei-Sulu yang tidak lengkap) yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, menyatakan bahawa Gloria Macapagal Arroyo itu sememangnya adalah Tausug. Mulanya saya tergelak hampir "terkentut" dengan dakwaannya tetapi setelah beliau jelaskan satu persatu termasuk satu gambar klasik dua wanita bernama:
- Puteri Sitti Lahama binti Sultan Muhammad Jamalul Alam
- Puteri Sitti Lalay binti Sultan Muhammad Jamalul Alam
Gambar tersebut punya salinan asli dalam simpanannya dan juga terdapat salinan di Muzium Brunei dan Johor (beliau telah pergi ke Muzium Johor dan terlihat sendiri gambar tersebut masih diletak elok di dinding Muzium) menyebabkan saya mula berfikir dan memberi perhatian.
Menurut salsilah yang dibawa oleh saudara Julani Hadjail lagi, menyatakan kedua-dua puteri tersebut punya saudara sebapa bernama Putera Sahibol bin Sultan Muhammad Jamalul Alam. Persoalannya siapakah Sultan Muhammad Jamalul Alam? Adakah dia Sultan Sulu atau Sultan Brunei? Menurut Sdr Julani pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam ini adalah sekitar 1900-an. Yang agak merumitkan ialah salsilah beliau semuanya tanpa tarikh yang boleh dirujuk. Alasannya ialah perkara ini adalah satu RAHASIA yang tidak boleh mendedahkan tarikhnya sehinggalah masanya yang sesuai. Jadi sekarang ni sesuai sangatlah katanya.
Kemungkinan Sultan yang dmaksudkan adalah Sultan Brunei. Sila rujuk Salasilah Kesultanan Brunei di http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm di sini dinyatakan:
"Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924). Baginda naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Baginda lindung (mangkat) pada tahun 1924".
Sedangkan Sultan Sulu, Sultan Muhammad Jamalul Alam telah memerintah Sulu pada TM 1862 hingga 1881 sahaja. Maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Sultan yang dimaksudkan ialah Sultan Brunei.
Membongkar Rahsia Dayang Albiah
Menurut salsilah tersebut, ibunda kepada 3 bersaudara ini (Sahibol, Sitti Lahamma dan Sitti Lalay) bernama Dayang Albiah Binti Bandahala (dari kerabat Kesultanan Sulu). Kemudian Dayang Albiah berpisah dengan Sultan Muhammad Jamalul Alam II lalu berkahwin dengan King George VI of England dan melahirkan anak perempuan bernama Princess Tarhata. Dayang Albiah berpisah lagi dengan King George VI lalu kembali ke Borneo dan berkahwin pula dengan Bantilan. Saya tanya beliau siapa Bantilan ini? Dia kata keluarga Aranan tetapi nama penuhnya beliau tidak tahu. Kalau begitu beliau ialah Datu Bantilan? Kerana dalam salsilah tersebut hanya dinyatakan sebagai BANTILAN. Mungkin hanya memaksudkan sebagai dari keluarga Aranan. Perkara ini perlu saya sahkan nanti kepada Datu Ladjamura bila sampai ke Sulu.
Menurut Sdr Julani lagi, perkahwinan Dayang Albiah dengan Bantilan (perkahwinan kali ke-3) kali ini telah melahirkan Hj Uddin. Kemudian Hj Uddin ini pula akhirnya telah ditabal menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Omar Ali Saifuddien. Saya mula berasa curiga alias was-was tentang cerita beliau dan segala apa yang ada di dalam salsilahnya. Walau bagaimana pun saya mengambil jalan tengah. Perkara ini sekiranya benar adalah satu perkara yang memeranjatkan (sebab menjadi satu bukti sultan yang memerintah Brunei sekarang adalah Sultan Sulu) dan sekiranya salah maka anggap sahaja sebagai fiksyen.
Kalau benar Sultan Bolkiah adalah dari Keluarga Aranan maka sudah semestinya Tausug bersatu dengan Brunei berjuang mempersatukan keluarga Kesultanan Nusantara kembali berdaulat dibawah satu payung Khilafah. Kalau juga hal ini benar maka saya tidak hairan mengapa keluarga Aranan di Sulu memberitahu saya pada tahun 2005, bahawa dari lidah Dato' Dr Pehin Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) menyatakan hanya tinggal keluarga Aranan sahaja lagi yang boleh menghidupkan institusi Kesultanan Sulu yang mampu menghimpunkan atau mempersatukan rakyat Sulu, kerana yang lain sudah menjadi "Sultan Sapi" (yang dimaksudkan ialah Sultan-sultan Sulu palsu yang banyak sekarang ini).
Membongkar Keturunan Gloria Macapagal Arroyo
Perkahwinan pertama Dayang Albiah dengan Sultan Muhammad Jamalul Alam II telah melahirkan Putera Sahibol dan putera ini pula berkahwin dengan seorang wanita bernama Maharayyam. Perkahwinan Putera Sahibol dengan Maharayyam ini berjaya melahirkan zuriat antaranya:
- Normina
- Rebuan @ Ussam
- Sali
- Maura
- Peroh
- Hamdan
Anak pertama ialah Puteri Normina, ketika berumur 6 tahun Puteri Normina telah dipelihara dan diserah kepada Princess Tarhata (Anak Dayang Albiah dari suaminya King George VI of England). Ini disebabkan Princess Tarhata adalah ibu saudara (Makcik) kepada Puteri Normina sendiri. Dikatakan bahawa Princess Tarhata bukan sahaja sebagai seorang anak Raja England malah adalah seorang yang cantik dan menawan perwatakannya malah pandai menari dan menyanyi sebab itu digilai dan menjadi idaman setiap lelaki kaya dari golongan elit.
Ketika termeterainya pembentukan MAPHILINDO pada 04.04.1954, Kerajaan Filipina diwakili oleh bakal Presidennya sendiri iaitu Diosdado Macapagal (Beliau hanya menjadi Presiden Filipina pada 1961 - lihat gambar sebelah) Presiden Filipina ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kononnya tidak lama dulu beliau pernah mempunyai hubungan dengan Princess Tarhata. Menurut Sdr Julani Diosdado telah berkahwin dengan Princess Tarhata (sebagai isteri kedua - bukan perempuan simpanan?). Tidak lama kemudian hubungan keduanya retak dan berpisah. Mungkin atas permintaan Diosdado kepada Princess Tarhata, Puteri Normina telah ditinggalkan kepada Diosdado untuk membesarkannya.
Hingga hari ini Puteri Normina telah besar panjang (pendek?) dengan nama barunya Gloria Macapagal Arroyo. Beliau setelah menjadi Presiden Filipina, telah mengakui bahawa beliau adalah Tausug dan kerabat Kesultanan Sulu dan Brunei. Mengakui walaupun secara diam-diam Sultan Bolkiah adalah Sepupunya. (Sebab itu setiap perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam Filipina Selatan, Gloria sentiasa merujuk kepada Sultan Bolkiah untuk menyelesaikannya). Ketika dulu saya terkejut ketika membaca laporan dari akhbar tempatan Malaysia menyatakan kesungguhan Gloria meminta kepada Sultan Brunei untuk menghantar pakar Syariah ke Filipina Selatan untuk mengimbangi kekuatan "teroris" yang bermaharajalela di sana.
Saya tidak hairan selepas ini sekiranya Gloria sangat rapat dengan Sultan Abdulla Fuad Kiram. Malah menunjukkan kebaikannya dengan melantik Sultan A. Fuad Kiram beberapa jawatan di Malakannyang?
Apa yang berlaku kepada Princess Tarhata? Princess Tarhata kembali ke England yang kemudiannya ditabal sebagai Queen Elizabeth II. Menurut Sdr Julani, Princess Tarhata lah yang berada di belakang termeterainya perjanjian MAPHILINDO dan beliaulah arkiteknya. Dan Princess Tarhata jugalah yang menyusun keamanan di rantau Nusantara samada perjanjian Komonwelth mahupun MAPHILINDO. Beliau jugalah yang membantu mengangkat Kesultanan Brunei (dari Keluarga Bantilan?) sehingga Sultan Bolkiah kini. Dan beliau jugalah yang mengangkat Kesultanan Sulu kembali berdaulat di tangan BANTILAN (Aranan) kerana antara tahun 2003-2006 beliau senantiasa menghantar wakilnya ke Sulu untuk mencari keluarga sebenar BANTILAN. Yang terakhir dihantarnya ialah Mr. Stacy yang akhirnya berjaya bertemu Datu Ladjamura di Jolo Sulu ketika itu (Datu Ladjamura dan Datu Ali ada menyerahkan gambar pertemuan ini, insyaAllah saya akan paparkannya di masa yang sesuai).
Rahsia Di Sebalik Perjanjian MAPHILINDO
Di sebalik perjanjian MAPHILINDO terdapat nama Raja Hussein Lahama. Raja Hussein adalah sepupu kepada Puteri Normina @ Gloria Macapagal Arroyo. Kerana Raja Hussein adalah anak kepada Sitti Lahama sedangkan Puteri Normina adalah anak kepada Putera Sahibol. Disinilah muncul satu istilah "United Kingdom Of Sulu" (Bermula dari Sulu hingga ke Keseluruhan Borneo- Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei sehingga sebahagian Sumatera-Riau, Pulau Sulawesi termasuk Keseluruhan Mindanao dan Filipina) telah bersetuju atas nama Raja Hussein Lahama untuk menyerahkan "United Kingdom Of Sulu" kepada MAPHILINDO selama 50 tahun (bermula pada 04.04.1954) yang berakhir pada 04.04.2004 yang lalu. Ini bermakna selama 50 tahun tiada sesiapa yang boleh menambah atau mengurangkan mahupun merampas wilayah "United Kingdom Of Sulu" tersebut sehinggalah tarikh yang "ditentukan".
- Sebab itu saya tidak hairan mengapa Kesultanan Kiram dihentikan (dikurangkan kuasa seminimum mungkin) setelah kewafatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936 kerana telah berpindah kuasa kepada "United Kingdom Of Sulu" di Brunei. Sebab itu Sultan Esmail Kiram I hairan mengapa tindakannya menghalang Tun Mustafa membawa masuk Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 1963 tidak berjaya. Dalam hal ini Filipina berpura-pura membantu Sultan Esmail Kiram I menuntut Sabah, walhal mereka dah maklum ketidak layakan Sultan Esmail Kiram I sebagai Sultan yang berdaulat.
- Saya juga tidak hairan bila Parti-parti Politik Sabah gagal mendapat memerdekakan Sabah terlebih dahulu dari Kerajaan British sebelum masuk ke Persekutuan Malaysia. (Kerana antara keinginan Parti-parti Politik Sabah ketika itu ialah perlunya Merdeka dahulu dari Great Britain sebelum menyertai Persekutuan Malaysia, malangnya tidak diterima oleh Queen Elizabeth II kerana sudah sedia maklum Sabah masih dalam wilayah "United Kingdom Of Sulu") Untuk tidak menghampakan penduduk Sabah maka telah diwujudkan Suruhanjaya Cobold yang saya kira atas nasihat Kerajaan Britain juga.
- Saya juga tidak hairan mengapa Gloria Macapagal Arroyo tidak menghalang Kumpulan Datu Ladjamura Aranan mengangkat 10,000 bendera Kesultanan Sulu di Jolo malah dibiarkan bergerak menambahkan sokongan keseluruh Filipina, mungkin.
- Saya juga tidak hairan mengapa Malaysia menang terhadap Indonesia berebut Pulau Sipadan di ICJ, adalah kerana setelah disebut nama Raja Hussein Lahama serta yang terlibat dalam MAPHILINDO maka ICJ menyokong Malaysia.
- Saya akhirnya tak hairan pada tahun 1953, Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967) menerima Bintang Kebesaran sebagai tanda muhibbah kekeluargaan daripada Duli Yang Maha Mulia Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’. (Rujuk: http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm).
Tunggu kemunculan semula "UNITED KINGDOM OF SULU".....
12 ulasan:
keturunan sultan Brunei adalah berasal dari kerajaan arab di Taif dan tidak ada yg kena mengena langsung dengan kesultanan sulu....
kesultanan brunei asli adalah berasal dari keturunan tanah arab di taif dan bukan kerajaan sulu....
bia betul ni? saya check princess tarhata...
http://en.wikipilipinas.org/index.php?title=Princess_Tarhata_Alonto-_Lucman
so x betul langsung lah..pasal gloria macapagal tu...klau betul lah..apa pasal dia nak lawan milf kat mindanao tu or org2 islam? sbb yg nak ditegakkan kesultanan sulu..so klau gloria tu puteri normina..so apa lagi nak diperjuang kan? dah keturunan kesultanan sulu yg pegang filipina pon..so crita ni langsung x leh pakai...saya pun check gamba princess taharta tu..muka melayu yg amat...mmmmm
cerita tentang princess tarhata & putri normina adalah betul mengikut fakta fakta yg terdapat bukan sahaja di internet...
Aduh........
Mana Rujukan kepada semua tulisan? Lebih hebat dari pendita a tulisan dalam semua ni. Bagus, bagus... bagus.. I am inspired in a way. Aduhhhh.....
Oh Lupa pula..
Kamu ini Kartunis Profesional
Dan juga Storyboard Artis dan Penulis Skrip. Patutlah cerita asal jadi lain macam. Sesat 4 minit saya
keturunan apa pun, kalau dah kapiaq & murtad apalah nak dibanggakan.
spread this news in sulu as a public knowledge .becouse my family knows the history of princess tarhata.her house was in marina st.(presentname of add.)there was no other house in between .as i have known that during that time my grandfather KALINGGALAN CALUANG is the right hand of the sultan of sulu who used to come and go to SABAH as sultan order.the look of princess tarhata and queen elizabeth is really different.and history of gloria macapagal arroyo is really of different.with what is happening now with gloria arroyo multiple case are we still claiming she is from sulu?besides she was never a solution to the problem of the tausug.the millitary attack in several times in different area of sulu that was still the time of gloria arroyo.nauzubillah hi minzalik if she claim to be tausug then she is not worth it becouse she dont deserve.
sila baca siapa Princess Tarhata Kiram....
http://www.nhi.gov.ph/downloads/mp0082.pdf
...saudara pakai sedap menulis, semua pakai bantai tanpa ada rujukan...
IQRA' - bacalah!!! saudara kena banyak membaca dan buat banyak rujukan...supaya maklumat dan ilmu yang nak disampaikan berkualiti, tepat, jitu dan sahih... saya sokong usaha saudara, tetapi jangan menulis tanpa ilmu...nanti ramai yang jadi 'sesat'...
wallahu'alam...
assalamualaikum
salam sejaterah kepada admin,
saya dah baca artikel tentang queen elizabeth yang admin tulis dan saya dapati ia amat2 lah menarik untuk menambah ilmu dalam hal2 sejarah yang melibat kan NUSANTARA
cuma ada beberapa perkara penting yang saya ingin tanyakan kepada admin..bukan lah makluk untuk menolak fakta yang admin buat atau menyangkal hujah2 yang telah admin tulis
cuma di sini saya berharap admin seorang yang open mind kerana,bila sebut sahaja soal queen elizabet nie mana2 manusia dalam dunia nie pun pasti akan merujuk kepada NAMRUD LAKNAHTULLAH
kerana ada juga pihak pengkaji di malaysia,bah kan negara arab sekali pun mengatakan bahawa ratu englad itu ada lah CUCU PADA NAMRUD LAKNAHTULLAH..
ok soalan saya adalah
jika ia benar2 adalah 1 fakta yang betul mahu kah admin merungkai salah silah namrud yang telah membakar nabi ibrahim a.s
kalau soal sejarah penglibatan sultan brunei tu saya letak tepi dulu kerana terus terang saya katakan setelah terbaca artikel di atas saya amat2 terkejut
jadi mohon shared artikel ini
apabila memcaca penulisan sdr, seolah-olah saya membaca cerita dogeng, ada kecenderungan mengangkat bangsa tausug-tausug centrik....
saya minat membaca apa saja sejarah tentang nusantara ini,teruskan usaha pengkajian Tuan,tetapi sertakan copy dokumen2 yg benar untuk menyokong hujah/kajian,cerita lisan orang2 tua2 juga boleh di ambil kira,kerana ada sejarah yg tdk di tulis,mungkin di turunkan secara lisan secara turun temurun.kita sedia maklum sejarah mungkin ada yg di padam/disembunyikan dan ada sejarah yg direka atau di cipta.
Catat Ulasan