Klik Untuk Kembali:

PERHATIAN!!

Untuk membaca catatan terkini Asreemoro sila klik ke http://tausug-global.blogspot.com/
Di sini hanya untuk Catatan Lama!! Harap Maklum!!

Rabu, 15 Oktober 2008

Jawapan: Pemegang IMM13 dijadikan PR!!

Dari Forum www.sabahan.net

RE: Pemegang IMM13 dijadikan PR!!
(08-10-2008 01:08 PM)ayumi Wrote:
aku ingat kes antar balik bangsa ni dah selesai...
tapi napa kk skg tambah banyak bangsa dia org ni...
dah lah tu guna BAHASA ASING LAGI DI MALAYSIA
tida langkah lain lagi ka kerjaan malaysia boleh bikin
utk kurang kan bangsa ni...
bikin kotor nama sabah oooo...
nanti sabah kena sangka bangsa kurang ajar..
bangsa lain yang bikin kurang ajar,bangsa sabah yang kena tuduh...

Kesian kat sista Ayumi, seperti "anjing menyalak bukit" gamaknya. Mintak maaf kat sista ayumi saya bukan maksudkannya dia sebagai "anjing" tetapi keadaan kita sekarang keseluruhannya begitu (Menjerit macamana pun keadaan tetap demikian). Bagaimana kita katakan mereka menggunakan bahasa asing sedangkan kita juga kaum murut, Kadazan-Dusun, Brunei, Sungei dan sebagainya turut menggunakan bahasa asing selain bahasa Malaysia. Persoalannya siapa yang boleh menghalang anda menggunakan bahasa ibunda anda di Sabah?

Melupai bahasa ibunda samalah melupai asal usul anda. Contohnya seperti menggunakan nama AYUMI (Bahasa Jepun) berbanding nama dalam bahasa ibundanya sendiri. kalau anda belajar bahasa jepun di Sabah atau bahasa Inggeris juga dikira gunakan bahasa asing. Kebodohan telah melata kepada sebahagian besar umat Sabah. Kehilangan perikemanusiaan hanya berdasarkan sentimen perkauman yang langsung tiada nilaian adab tatasusila mulia.

Bagimana kita sanggup menyanjung bangsa jepun dengan memberi penjelasan buruk kepada kaum "Filipin" kepadanya sedangkan kita sedia maklum akan kekejaman dahsyat tentera jepun ke atas rakyat Sabah ketika dulu? Sebagai manusia tidak lari dari salah dan silap. Demikian orang jepun juga termasuk masyarakat Suluk yang kita gelar "orang Filipin" itu. Apakah kita mengherdik mereka disebabkan gaya hidup mereka yang keras begitu? Atau kita membenci mereka kerana faktor sejarah kerana mereka berjaya menangkap kita dari Yunnan (Indochina) lalu dijual ke Borneo Utara kepada Pangeran dan Datu untuk dijadikan kita hamba? Beringat sebelum terlambat. Manusia yang anda anggap kawan selama ini mungkin adalah musuh anda dalam selimut. Manusia yang anda anggap musuh ketika dulu sebenarnya adalah saudara dan pembela anda.

Malangnya kita tidak belajar dari sejarah, sebab itu kita senantiasa kehilangan arah dan pertimbangan. Sejarah tidak berbohong kecuali membongkar pembohongan si pemutar belit sejarah.

Ulasan:
PTI dengan Pelarian Perang ada perbezaan. PTI (Pendatang Tanpa Izin) adalah datang secara ilegal tanpa Pas Perjalanan Sah untuk masuk kemana-mana negara berdaulat seperti Malaysia dengan tujuan mencari pendapatan atau penghidupan yang lebih baik. Manakala Pelarian Perang (Selamatkan diri dari peperangan) adalah masuk kemana-mana negara berdaulat kerana terdesak selamatkan diri dari terbunuh. Dalam konteks Pelarian di Sabah, mereka diberi IMM13 oleh Jabatan Imegresyen Malaysia (kerjasama UNHCR) sebagai tanda mereka Pelarian Perang Filipina semenjak 1972.

Kekeliruan rakyat tempatan Sabah terutama Kadazan-Dusun terhadap orang-orang Suluk yang masih berniaga di sekitar KK, Sandakan dan ditempat-tempat lain yang mereka ingat adalah PTI adalah salah sangka belaka. Kerana sebelum merdeka lagi kaum Suluk sudah memang membanjiri sekitar Sabah malah ketika Sabah bergelar North-Borneo lagi. Generasi muda kaum lain (selain kaum Suluk) di Sabah walaupun berpelajaran tinggi adalah buta sejarah.

Begitu juga kalau orang luar datang ke Kelantan misalnya, akan keliru mengenal antara warga Melayu Kelantan (Malaysia) dan Warga Melayu Pattani (Thailand) disebabkan menutur slanga Melayu/Jawi yang hampir sama, yang membezakan ialah Passport Thai nya atau MYkadnya. Ini juga berlaku kepada warga Suluk di Sabah dibahagi 4: 1-Warga Suluk Sabah (MYkad-ini biasanya nenek moyangnya telah ada di Sabah sebelum Merdeka), 2-Warga Suluk Pelarian (IMM13), 3-Warga Suluk PTI (Tanpa status samada Filipina atau Malaysia-ini biasanya Mujahidin MNLF, MILF, Abu Sayyaf), 4-Warga Suluk Filipina (Punya Passport Filipin).

"Membungkus" mereka semua dengan istilah PTI adalah satu kesilapan. Kalau dah tahu tapi masih pura-pura tak tahu maka ini adalah satu kebodohan dan kesombongan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Perlu diberi tahu, sifat warga Suluk di kategori 3 di atas adalah merbahaya kerana sudah biasa hidup tanpa undang-undang. Sekiranya mereka membunuh atau menikam musuh mereka di Sabah susah didakwa walaupun dibuat laporan Polis ke atasnya kecuali tertangkap. Apa yang pihak keselamatan kita buat ialah sentiasa buat rondaan dan sekatan jalan untuk membenteras Warga Suluk kategori 3 itu tadi.

-------------------------------
RE: Pemegang IMM13 dijadikan PR!!
(Yesterday 11:55 PM)Panglima_Digadong Wrote:
aluuu.... smua sbb politik di semenajung..negeri kita jd sasaran..kenapa org pilipin dorg mau kasi jd warganegara..????
np..??? sbb kerajaan pusat takut jatuh dalam keadaan politik sekarang ni..sbb pengundi di semenanjung sdh KURANG percaya kpd kjaan pusat...
so dorg mau tarik ini org pilipin jd warganegara malaysia.....
jan kamurang pikir jauh2 la....cb kamu dgr crita org tua2 kita dlu masa pemerintahan TUN MUSTAPHA di sabah....di byk tarik org negara mn jd warganegara...?????!!!

sdh tiba masa nya PELAJAR2 SABAH di semenanjung tubuhkan KESATUAN untuk menyuarakan
HAK2 keistimewaan BUMIPUTERA SABAH.....!!!!
kenapa kerajaan pusat suka hati ja mau jadikan org pilipin warganegara...????!!!

Ahaaa....sila rujuk sejarah Sabah bagaimana bermulanya projek meWARGANEGARAkan orang luar (Orang Sulu). Ada 3 faktor utama:

Pertama: Tuntutan Sultan Sulu (Sultan Esmail Kiram-I bermula 1962) ke atas Sabah dengan menggunakan Filipina sebagai proksi dengan termeterai perjanjian penyerahan kedaulatan Sulu-Manila 12hb September 1962. Dalam perjanjian tersebut Filipina mesti menuntut Sabah masuk kewilayah Filipina dan ditadbir sebagai wilayah semulajadi Filipina selama 10 tahun (maknanya berakhir pada 1972). Selepas 10 tahun wilayah Sulu mesti dikembalikan kepada Sultan Sulu beserta Jongkong Emas 400,000 Tan Metrik yang dipinjamkan oleh Sultan Sulu kepada Filipina untuk menubuhkan "Bangko Ang Filipinas" dengan bantuan 2 orang Trustee (Ruj: Tausug & Kesultanan Sulu), serta berdasarkan bantuan guaman Ferdinand E.Marcos (ketika itu menjadi peguam kepada Trustee Sultan Sulu). Ketika ini Tun Mustafa yang juga ketua Kaum Suluk dan dipersetujui kaum-kaum lain di Sabah ketika itu menarik seramai mungkin orang Suluk masuk ke Sabah untuk menyokong tindakannya bawa Sabah masuk Malaysia pada 1963.

Kedua: Setelah Marcos menjadi presiden Filipina, beliau (Marcos) enggan menyerahkan kedaulatan Sulu semula pada 1972, sebaliknya Marcos mewujudkan perang untuk menghancurkan Sulu dengan mengisytiharkan undang-undang tentera ketika itu. Perang meletus antara Moro dan Filipina sehingga pelarian perang membanjiri kawasan pantai timur Sabah. Malaysia terpaksa menerima pelarian atas 2 perkara: 1) Kena terima kerana mereka seagama, 2) kena terima sebab Malaysia masih membayar wang pajakan Sabah (hingga kini RM 5,300 Setahun) kepada waris Sultan Sulu atau menerima padahnya dituntut oleh waris Sultan Sulu. Dalam hal ini Malaysia bukan lagi terpaksa malah perlu memberi IC kepada ketua dan keluarga Mujahidin di Sabah untuk "meneutralkan" mereka. Agar tidak membom dan menembak sesuka hati dan dapat mengawal mujahidin dibawah seliaan mereka sekali gus tidak terbawa-bawa oleh mana-mana pihak yang mengaku Sultan Sulu untuk menuntut Sabah. Ini untuk kebaikan warga Sabah juga.

Ketiga: Kebodohan rakyat Sabah sendiri iaitu tindakan Datuk Joseph Pairin Kitingan membuat gerakan keluarkan Sabah dari Malaysia pada akhir 80-an dengan menjaja 20 perkara kemasukan Sabah ke persekutuan Malaysia 1963. Menyebabkan kerajaan bertindak membawa UMNO masuk ke Sabah dan menghimpun seramai mungkin kaum Muslimin masuk kedalam UMNO (dengan menyerap semua ahli USNO) dengan apa cara sekalipun demi kelangsungan Sabah tetap dalam wilayah Malaysia. Tindak tanduk Joseph Pairin Kitingan yang dikatakan membawa masuk masyarakat Cina dari China dan Taiwan (Pemimpin Kaum Suluk di Sabah Maklum hal ini) dan hanya asyik membina gereja sekalipun di pelusuk kampung yang tiada penghuni (sekarang papan tanda gereja di mana-mana - ada papantanda lebih besar dari gereja?) di samping meminggirkan maslahat kaum Muslimin, adalah faktor menaikkan kemarahan "Orang Malaya".

Itulah faktornya......Sejarah adalah kompas kepada permasalahan anda.... Tanpa sejarah sesiapa sahaja boleh mengaku ini adalah negerinya sejak sekian lama? Benarkah?

Selasa, 14 Oktober 2008

Perlunya IMM13 Diberi PR?

Saya setuju IMM13 dijadikan PR 100% sebab mengapa?

Supaya jadi pengajaran kepada Sabahan yang masih duduk terperap dibawah pokok tarap di kampung-kampung pedalaman (menanam padi bukit) agar keluar dari kepompong mereka menyertai dunia perniagaan sebagaimana yang dilakuakan oleh PTI, IMM13. Mereka datang cari peluang sedangkan sabahan asyik bermain politik dan sentimen kaum demi meraih keuntungan pribadi (tengok la YB-YB kawasan anda). Saya katakan (minta maaf cakap) sabahan majoritinya bodoh-bodoh belaka kerana tidak mahu membuat anjakan paradigma keatas status ekonomi mereka kerana hanya mengikut "bahasa" sentimen yang dimainkan ahli-ahli politik sokongan mereka.

Sebab itu apa sahaja yang dijerit oleh ahli politik mereka termasuk menentang pemberian PR kepada IMM13 mereka ikut sahaja tanpa usul periksa dari segi perundangan antarabangsa dan peri kemanusiaan. Inilah bodoh namanya. Bukan sahaja anda malah kita semua sabahan diperlakukan seperti ini sejak sekian lama.

Tahuka anda, semua yang berstatus IMM13 adalah pelarian perang Filipina dari tahun 1972-1987? Mereka dibawah perhatian Amnesty International atau UNHCR dibawah undang-undang antarabangsa yang tidak boleh dihalau dari negara yang menumpangkan mereka selagi mereka tidak lakukan jenayah dan sebagainya yang memudaratkan keselamatan negara.

Malaysia akan dikenakan tindakan oleh PBB sekiranyan menghalau IMM13 tanpa alasan yang munasabah. Termasuk juga dalam peraturan ini ialah "pelarian perang boleh membuat pilihan samada kembali ke negara asal atau menetap di negara yang menampung mereka", dan satu lagi "setiap pelarian perang dalam masa tertentu yang ditentukan (beberapa tahun lamanya) akan diserap diberi kelonggaran bekerja seterusnya diberikan PR". Sebab itulah IMM13 itu diwujudkan oleh Jabatan Imegresyen Malaysia semata-mata mematuhi syarat yang ditetapkan oleh UNHCR. Dalam hal ini perkampungan juga diwujudkan untuk penempatan pelarian di Sabah seprti KG Mawtas (Kg Bahagia) di sandakan yang dibena pada 1983 siap dibena 1984. Kg Talipok dekat Inanam dan banyak lagi di sekitar Sabah tanpa diketahui oleh "sabahan". Perjanjian tanah penempatan kerajaan ini dengan UNHCR ada had waktunya ialah 35 ke 40 tahun.

Selepas 30-40 tahun macamana? Mereka pelarian perang "mesti diberi PR" dan diserap kedalam masyarakat untuk dimanfaatkan oleh negara sebagai tenaga buruh dan sebagainya, kalau tidak mereka akan menjadi penjenayah kerana bilangan mereka terlalu ramai, sebab itu tidak boleh dihalang sekiranya mereka bekerja dan sebagainya yang penting mereka pelarian yang sah (yang punya IMM13) yang tidak sah akan dikira PTI. Yang melakukan jenayah berat akan dilucutkan dari PR nya dan dihalau ke negara asalnya.